Thursday, January 31, 2013

Jejaka Merah Jambu

Queensbay: Selamat Tahun Baru Cina untuk semua.

Isnin. 8.45 pagi. Kelihatan Bank Maybank di Jalan KOMTAR Geogetown belum mula beroperasi. Ramai pelanggan tertungu-tungu di luar kawasan premis berkenaan. Kelihatan disebalik cermin, staf-staf Maybank diberi sedikit taklimat oleh orang atasan berkaitan urusan perbankan pada hari ini serta disampaikan berita-berita semasa. 


Orang ramai yang sudah lama menunggu bank tersebut beroperasi kerana jam telah menunjukkan pukul 9.00 pagi, dan akhirnya orang ramai berpusu-pusu masuk ke dalam bank setelah pak cik security membuka pintu. Selepas itu, mereka pergi membuat urusan masing-masing, ada yang pergi ke mesin ATM, Deposit Cash, Deposit Cek dan ada juga yang pergi ke kuanter pertanyaan dan ada mengambil angka giliran untuk berurusan.



Seorang jejaka berusia awal 20-an pelajar tahun pertama Universti yang berpangkalan di betul-betul hujung utara Malaysia dan bukan setia hujung nyawa yer pun berjalan cepat memasuki Bank tersebut untuk melakukan kerja yang dipinta oleh pensyarahnya itu melakukan survey di dalam bank tersebut. Segak, bergaya, berbadan tegap, hidungnya mancung dan berkulit sawo matang seperti jejaka Melayu terakhir. Dengan rambut hitam pekat dan lurus seperti rambut Justin Bieber dan sedikit artis korea atau seperti remaja sekarang panggil kpop, boleh dikatakan jejaka ini boleh dikategorikan sebagai tampan dan menjadi rebutan gadis-gadis di luar sana :)



Apa yang menarik tentang jejaka ini adalah baju kemeja yang dipakainya. Ia digosok rapi dan kelihatan begitu kemas dan segak sekali dan berleyat yang bertulis Dpp Petronas UUM. Baju kemeja yang dipakai di "outer" mengikut susuk tubuh jejaka berkenaan dan kelihatan begitu kemas sekali. Dan yang menarik perhatian adalah warna kemejanya begitu memukau mata yang memandang iaitu Merah Jambu. 



Yup, Merah Jambu. Terang, dan Mengodakan serta Terpesona



Adakah jejaka tersebut Metro ataupun Metroseksual.



Apa yang menghiburkan, beberapa dara pingitan tersengih-sengih melihat tingkah laku jejak tersebut. Dengan harapan agar jejaka tersebut menegur lantas mengutarakan ayat-ayat manis untuk mengurat mereka. Agak perasan di situ.



Namun, ada juga yang terkantoi menjeling-jeling jejaka tersebut. Yang kali ini bukan setakat anak dara pingitan: malah mak dan nenek dara pingitan pun tidak segan silu menjeling susuk tubuh badan yang segak dan kacak itu! Kemudian apabila jejaka tersebut menjeling kembali, mereka lantas tersipu-sipu. Malu. Hehe. Padan muka.



Sambil menunggu di sofa lembut yang berwarna hitam dan berhadapan terletak meja kaca separa bulat, jejaka tersebut meletakan beg galas berwarna hitam serta fail berwarna kuning di atas meja tersebut sambil menunngu pelanggan yang berlapangan untuk melaksanakan tugasan yang diberikan oleh pensyarah jejaka tersebut.



Sementara itu, Jejaka tersebut terkumat-kamit membaca sesuatu. Matanya terpejam sambil itu. Khusyuk. Mungkin sedang menghafal lirik lagu kegemaran agaknya.. Orang di sekeliling serta staf di Bank tersebut tidak putus-putus memerhatikan gelagat lelaki ini. Tertarik. Menarik. kau memang Tampan



Tiba-tiba mulutnya berhenti terkumat-kamit. Dia tersenyum sinis. Pendek. Puas. Lega. Dia kemudian membuka kelopak matanya. Anak matanya yang bulat dan memiliki bulu mata yang tebal, memandang ke sesuatu sudut tempat dia duduk, dan dahinya sedikit berkerut seperti sedang memikirkan sesuatu.



Dia lantas membuka beg galas berjenama nike di hadapannya. Tangannya ligat menyelongkar mencari sesuatu di dalamnya.



Insan-insan yang sejak daripada tadi memerhatikan tingkah laku jejaka tersebut kini lebih teruja. Malah ada juga seorang yang tidak tahu malu ingin menjaga tepi kain jejaka tersebut, bergerak mendekati jejaka itu. Benar-benar ingin tahu.



Menyibuk.



Tiba-tiba, jejaka itu mengeluarkan sesuatu seperti "Pouch Beg Casing" yang berwarna Merah Jambu sambil mengeluarkan Ipod Touch daripada beg tersebut. Jejaka tersebut memandang ipodnya sambil mengesek skrin ipod tersebut untuk membuka papan kekunci. Kemudian jejaka tersebut membuka aplikasi Al-Quran lantas mencari mukasurat terakhir yang ditinggalkannya. Surah An-Nahl. Tanpa menghiraukan pelanggan-pelanggan yang beratur panjang untuk menukar duit dibelakang jejaka tersebut dia menyambung baca ayat-ayat cinta dari langit itu. Mendayu-dayu. 

Nanges.



Terbeliak beberapa biji mata yang memerhatikannya. Ada juga yang sedikit terlopong melihat keadaan itu. Yang mana tadi sibuk memerhatikan gelagat jejaka itu, kini tertunduk malu dan cuba mencari-cari aktiviti lain yang boleh dilakukan. 



Malu.



Kelihatan, nun di satu sudut menunggu giliran di Bank tersebut, seorang gadis bertudung labuh, Berwajah sedikit kecinaan, ada darah keturunan cina agaknya. Sangat terserlah keayuaan apabila dilihat mengenakan pakaian yang sopan dan hanya tersenyum manis melihat lelaki itu. Bangga. Dia lantas terus menyambung bacaan maathuratnya, dia memanfaatkan teknologi dan masa serta kesempatan waktu yang terluang untuk bersama dengan penciptaNya yang tercinta.



Jejaka tersebut berhenti sebentar. Dia memandang sekeliling, mengikut gerak hatinya. Matanya henti tatkala memandang kelibat seorang wanita muda yang bertudung labuh duduk di hujung ruangan menunggu, terangkat-angkat bibirnya, membaca sesuatu. Jejaka itu memicing telinga untuk mendengar apa yang dikatakan oleh gadis tersebut. Di tangan gadis itu erat memegang tasbih. Dia tersenyum. Izzah. Senyumannya bertambah lebar apabila melihat warna tudung yang dipakai gadis itu.


Merah Jambu. Comel :)

+++++ 

"Sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertaqwa, dan orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya."

(al-Nahl. 16:128)


-adaptasi daripada incik gabbana dan pengalaman.




Tuesday, January 29, 2013

Sentiasa mengagumi ciptaanNya

Emas Awanan
Tidak dapat syawal lupakan pengalaman keluar pada waktu awal pagi untuk pergi ke bahagian Pulau melalui jambatan Pulau Pinang dari kawasan Seberang Perai. Syawal sedikit bernasib baik kerana kawasan perumahan yang syawal tinggal sepanjang menjalankan misi 'survery' di sekitar bandar Geogetown sangat dekat dengan jambatan. Oleh itu, memudahkan syawal untuk ulang-alik daripada tempat tinggal syawal ke kawasan 'survey'. Seawal pagi syawal memecut motor untuk masuk ke belah pulau, wah perasaan pertama kali syawal melalui jambatan pada waktu pagi sangat indah, sepanjang pejalanan di jambatan syawal dapat melihat laut yang terbentang luas, desiran ombak, bau laut kemasinan yang menusuk rongga udara, matahari berbalam-balam terbit di ufuk timur, para nelayan yang keluar seawal pagi untuk mencari nafkah, bukit yang menghijau di belakang bandar pulau yang membangun. Tersentap di jiwaku betapa indahnya ciptaanMu Ya Allah. Tak dapat syawal bayangkan bagaimana pula suasana di syurgaMu.

Monday, January 28, 2013

Berikan Hambamu Kekuatan.


Dalam hidup ini, mesti kita pernah terjatuh tersungkur kan? Lalu kita bangkit menyapu luka mengagahi diri untuk bangun semula. Melalui pergalaman kita terjatuh itu dan merasai kesakitan apabila terluka, kita bagaikan disuntik satu aura untuk bangkit semula untuk mecapai kejayaan. Aura tersebut adalah nikmat daripada Allah swt untuk membantu kita untuk pulih daripada kegagalan dan bersemangat untuk mencapai kejayaan. Namun, kenapa sejak kebelakangan ini, terasa hati ini sangat jauh daripaNya. Semakin dekat aku menghampiri, semakin jauh pula engkau daripada ku. Andai daku membuat khilaf, maafkan hambaMu yang jahil ini. tunjukkan aku jalan yang diredaiMu. 

Kadang-kala aku lupa akan nikmatMu, sesungguh aku seorang yang pelupa. Kadang-kala aku sorang yang sangat bersyukur namun jauhilah aku drpd sifat riak. Memang hidup terasa siksa tanpa rahmatMu. Tanpa hidayahMu aku lemah, aku lemah dengan hasutan syaitan, aku mampu melawannya tanpa rahmatMu. Terasa diri ini sangat lemah. 

Aku memohon, kembalikan dari aku yang dulu. Yang selalu terjaga di sepertiga malam untuk bersujud padaMu, Yang selalu bersendirian mengenangkanMu, yang selalu meminta keampunan daripadaMu. Memang senang untuk aku menjauhikan diriku daripadaMu, namun amat sukar aku untuk mendekatiMu. Oleh itu, permudahkan urusan hambaMu ini. Berikan aku kekuatan esok untuk menghadapi hari yang mendatang 

Sesungguhnya, aku mudah tertewas, mudah terjatuh, mudah tertipu dengan hasutan syaitan. Berikan daku kekuatan untuk bertahan.


Saturday, January 26, 2013

Alam pun bertasbih kepadaNya. Mengapa kita tidak?

Ikramul Kareem UNIC


video

Allah, Aku tak layak tuk ke syurgaMu
Namun tak upaya menghadapi 
nerakaMu.
Terima taubatku ampunkan dosaku.
Kerna sesunggunhnya, Engkaulah
Maha Pengampun dosa-dosa besar

Lagu ini sangat memberi inspirasi kepada syawal, memberi ketenangan di saat syawal mencari keredaanNya. Mungkin syawal sudah jauh daripadaNya. Mengapa syawal terasa dari ini semakin jauh daripada Pencipta yang Maha Esa. Syawal, mana dirimu yang selalu mendekatkan diri denganNya. Syawal, kamu kena kuat, kerana sesungguhnya hamba ini tidak kuat menghadapi segala ujian yang melanda. Mana impian kamu syawal, yang selama ini menimpikan rahmatNya, ingin menegakkan agama Islam, selalu bersujud merindui JannahNya, selalu bertaubat padaNya, senantiasa menginsafi dosa-dosa yang dilakukan. Cari kembali dirimu itu syawal!!!!! 
Berikan Hambamu kekuatan, kerana hamba tak upaya menghadapi segala ujian bersendirian.



Tiada yang kekal abadi di dunia ini.. 

Alhamdulilah, pagi ini dapat lagi syawal menikmati permandangan indah di kampung halaman. Ketika berada di sini, terasa tenang sangat dengan langit yang membiru dan sawah padi yang terbentang luas menghijau di bumu mu Ya Allah serta bunyi kicauan burung yang berterbang di udara umpama sedang bertasbih ke memujiMu. Terasa diri ini sangat jahil kerana selalu melupaiMu. Ya, Allah engkau pelihara syurga dunia ini daripada kerosakan. Terlalu syawal menyayangi tempat ini.

Friday, January 25, 2013

Salam Maulidur Rasul. Banyakkan selawat kepada Baginda

Mengapa jari-jemariku terasa hangat untuk menulis. Bukan jari ini terkena ayaq panas ka apa, namun apabila membaca kisah sahabat-sahabatku ku sedang bersuka ria ketiga cuti semester ini membuatkan syawal teringin untuk berkongsi cerita dengan kawan-kawan semua. Mungkin hobi menulis syawal kian hilang apabila menyambung pelajaran yang 80% pengajiannya bukan seperti syawal belajar dahulu. Sekarang syawal mengambil bidang yang amat memerlukan calculator untuk mengira iaitu ijazah muda kewangan.

Dulu, buku-buku yang tebal menjadi peneman syawal tatkala ketika belajar dahulu. Subjek kegemaran syawal dulu adalah sejarah! wah, mesti orang hairan kenapa syawal minat sejarah, antara banyak-banyak subjek yang syawal belajaq subjek inilah yang paling syawal cerah mata bila belajar. Mungkin imaginasi syawal terlalu tinggi apabila syawal dapat membayangkan situasi di zaman dahulu ketika cikgu sedang mengajar tentang sejarah.

Kalau anda meminat Ramli Sarip penyanyi rock zaman 80an dulu, syawal ingin memetik satu rangkap lagu terkenalnya iaitu Doa Buat Kekasih 'sejarah mengajar kita menjadi dewasa meniti arus angkara' di sini syawal ingin menekan bahawa manusia yang lupakan tentang sejarah hidupnya sudah pasti akan melakukan kesalahan yang sama pada masa hadapan.

Apabila cerita tentang sejarah, syawal teringat masa syawal kecik-kecik dulu. Pasa setiap malam, ibu syawal akan bercerita tentang sejarah Nabi kepada syawal. Masi jelas terbayang situasi ketika itu semasa syawal berumur di antara 8 hingga 10 tahun, setiap kali selesai syawal dan abang usai mengaji Al-quran depan. Syawal akan duduk depan ibu sambil mendengar cerita tentang sirah Nabi, setiap kata-kata ibu ketika bercerita tidak pernah syawal lupakan drpd ingatan ini. akan syawal simpan segar memori tersebut dalam ingatan, melalui penceritaan itu juga ibu banyak menasihati syawal agar mencintai Nabi dan mencontohi perwatakan serta nilai akhlak Ya Rasulullah. Selesai selesai ibu bercerita, mesti ibu akan bertanya soalan berkaitan dengan penceritaannya. Wah, tisu kehabisan...

xmampu syawal hendak meneruskan penceritaan, bersyukur sangat kerana sewaktu kecik ibuku telah menerangkan dan menerapkan keperibadian Rasulullah kepadaku.. Tatkala menyebut tentang Rasulullah merindui umat, hati kecil tersentak, memang tidak dapat menahan sebak di dada apabila, seorang pemimpin agung pada zamannya sangat menrindui umatnya sehinggakan di akhir kewafatan baginda, baginda menyebut umati, umati, umati. Adakah kita salah seorang umat yang dirindu baginda? cuba tanya kalian. betapa dalamnya cinta kita kepada Rasulullah? jika anda mencinta rasul sekali, maka rasul akan mencinta anda berkali-kali.

Petikan Khutbah Jumaat di Masjid Tanjung Bungah. Rasulullah bertanya kepada sahabat "Pada pendapat kalian, siapkan yang paling mulia di di dunia dan di akhirat?" maka sahabat menjawab " malaikat Ya Rasulullah". Baginda membalas " ya benar dengan apa yang kamu katakan, namun bukan itu yang aku maksudkan.
Kemudian, sahabat Nabi berasa hairan lalu berkata "jika bukan malaikat, orang yang paling mulia di sisimu mesti para Rasul dan Nabi Ya Rasullullah?" Baginda menjawab "Benar juga yang kalian katakan, tetapi bukan itu yang aku maksudkan
Sahabat kebuntuan idea " maka, jika bukan mereka Ya Rasulullah jadi kamilah para sahabatmu yang berjuang menegakkan agama Islam yang senantiasa bersama tatkala susah dan senang. Baginda menjawab, benar memang kamulah yang mulia di sisiku namun ada orang lain yang lebih mulia daripada itu. Para sahabat kebingungan dan bertanya kepada baginda siapakah gerangan orang yang mulia itu.
Rasulullah menjawab "Orang yang paling mulia di sisi ialah umatku setelah kewafatan ku nanti. Mereka adalah umat yang beriman kepada Kalimah La ilaha illallah dan beriman dengan ajaranku walaupun mereka tidak pernah menatap wajahku, mendengar suaraku, berjuang bersamaku, tetapi mereka yakin dan percaya dengan apa yang aku sampaikan kepada mereka. Maka, orang yang paling mulia disisiku di dunia dan akhirat kelak umatku yang beriman dengan ajaran yang dibawa olehku.

Thursday, January 24, 2013

Pengalaman hari kedua di bank. hehe

Hari kedua ketika membuat soal selilidik di Maybank. Kali ini syawal ingin pergi ke Main Branch di Lebuh Union, Pulau Pinang. Bank ini adalah bank utama di Pulau Pinang dan bank yang terbesar sekali di Pulau Pinang pada pendapat syawal kerana bank ini sahaja dh tiga tingkat serta banguna 'private bank' khas untuk Maybank sahaja.

Bank ini susah sikit syawal nak cari lokasinya sebab banyak sangat jalan kat sini dan betul-betul di kawasan kedai-kedai tepi jalan di George town. Setelah penat pusing di sekitar kawansan tersebut, syawal mengambil  keputusan untuk bertanya abang yang berada di tepi jalan. Alhamdulilah, abang tersebut memberitahu lokasi bank tersebut dengan tepat.

Setelah syawal tiba di bank tersebut, dengan kepenatan syawal terus masuk ke bank tersebut dan menglihat persekitaran bank tersebut adakah sesuai untuk membuat soal selidik. Syawal duduk sebentar di hadapan kaunter pertanyaan dan berfikir bagaimana nak soal selidik di kawasan yang orang semua nak cepat..

Tiba-tiba syawal ditegur oleh pakcik yang menjaga kaunter tersebut. adik nak buat apa ya.. duk termenung daripada tadi lagi pakcik tegur.. syawal menjawab 'sebenarnya saya terberfikir dan berehat sebentar setelah penat cari bank ini, dari datang atas arahan prof saya untuk membuat soal selidik di kawasan bank ini. Pakcik itu membalas 'okay, awat la adik duk termenung kat situ tadi, habaq la awai. okay masuk jumpa manager ya"

Seterusnya syawal pun pergi jumpa manager, namun manager tersebut ada pelanggan yang perlu di di layani. syawal menunggu sebentar dan tidak lama kemudian manager itu keluar dan syawal meminta kebenaran beliau untuk membuat soal selidik di sekitar bank tersebut.

Kesabaran amat tercabar apabila pelanggan-pelanggan ini semua seperti ferrari apabila berurusan dengan pihak bank, tak sebut sungguh syawal nak berkenalan dengan mereka. Setelah lama menunggu dan tiada pelanggan yang berlapangan untuk syawal temuduga, syawal dihampiri oleh staff maybank  di bahagian "customer service"

Adik buat apa kat sini? daripada tadi abang tengok adik duduk tercegat kat sini. Syawal menjawab 'saya ada buat sedikit soal selidik sedikit, jika abang tak keberatan boleh saya soal abang tak? abg itu menjawab ' boleh sahaja lagipun saya tak ada kerja ini.

setelah selesai soal selidik dengan abang itu. ada udang di sebalik batu rupanya.. hehe, sebenarnya dia nak jual insurans kat syawal. patut la baik sangat. dekat 2 jam lebih dia menceramah syawal tentang kebaikkan produk insuran yang dijual oleh abang itu. Bukan tidak mahu menghargai jasa abang itu kerana sudi menjawab soalan-soalan syawal, tapi produk itu sangat menakutkan apabila apa yang ditanggung oleh insurans itu daripada number 1 sampai 5 semua berkaitan dengan mati. jauh di sudut hati syawal bank juga tempat yang bagus untuk mengingati mati..

Apabila dia berusaha untuk jual produk insuransnya, terus hilang mood syawal untuk meneruskan soal selidik pada hari tersebut. hehe, jem kan. syawal telah mempersiakan satu hari yang amat berharga ditambah pula pelanggan bank pada haru tersebut sangat sedikit, pada pendapat syawal lokasi bank tersebut agak tertutup dan menyukarkan pelanggan untuk datang berurusan di bank itu.

kredit
Bagi menghilangkan tension, syawal balik naik feri.... yeaahhhh.. dapat menikmati permandangan laut yang membiru.. tamat sudah pengalaman pada hari kedua.. jumpa lagi/

Tuesday, January 22, 2013

Aktiviti "Big Impact" Semester 1 buat reaseach.

kawasan syawal melewaq. hehe
  Mengapa di saat pelajar-pelajar lain sedang menikmati cuti semesti selama sebelum bersama-sama family dengan riangnya dan aku pula terpaksa berkerja serta menolong pensyarah syawal iaitu Prof Madya Mohammed Nasser Katib dalam menjalankan kajian tentang "Savings and investment Behavior of The Consumer of Financial Services and Their Expectation from Bank" tengok tajuk pun dah panjang kan? belum tengok soalan lagi. Menurut prof yang telah memcuba secara rawak soal selidik ini mengambil masa sekurang-kurangnya 45 minit untuk menyiapkan satu soal selidik. Haaa, hampa nampak kan? First time syawal buat sampai 1 jam kot. Sampai pelanggan tu tanya soalan tak habis lagi ka?

  Baik syawal kongsikan pengalaman ketika berada di dalam bank. Hari pertama syawal memilih Malayan Bank untuk dijadikan tempat untuk disoal selidikkan yang beralamat Peneng Road Branch 1 Arked Ria Satu KOMTAR, 10000 Pulau Pinang. Hari pertama memang semangat sangat, sebelum pukul 9 dh tercacak kat depan pintu Maybank tu. Setiap pagi kat bank itu ada macam taklimat sedikit tentang operasi bank pada hari tersebut. Dh hari pertama dengan tidak cukup persediaan dengan pen tak ada, pensil tak ada, pemadam pun tak ada. Kalot la p cari semua alat tulis tersebut. Setelah selesai, syawal p la kat kaunter bersertakan surat kebenaran daripada pihak universiti untuk menjalankan soal selidik. Abang kat kaunter itu suruh merujuk kepada Assistant Manager iaitu Encik Fadzil di bahagian dalam bank. Wah, syawal tunggu la dengan penuh keyakinan seperti hendak meminta kerja. hehe, tapi cuma nak tunjukkan surat kebenaran dan memberikan tentang kehadiran syawal "melewaq" di sekitar premis bank tersebut.

  Memang seronok apabila seharian kita berada di dalam bank tersebut, pelbagai ragam dan gelagat manusia yang dapat kita lihat dan dijadikan iktibar. Apa yang penting yang ingin syawal kongsikan adalah zaman berkerja merupakan satu masa atau waktu yang amat memenatkan berbanding zaman kita belajar atau berada di zaman universiti. Oleh itu, syawal nasihatkan kepada anda semua, hargailah zaman anda di universiti dan gunakan masa dan ruang yang ada untuk meningkatkan daya tahan diri dan potensi diri kita kerana alam pekerjaan sangatlah mencabar sehinggakan anda mungkin sukar untuk menguruskan diri.

Kamus kedah:
melewaq= berkeliaran

Tuesday, January 15, 2013

Semester 1 hampir tamat

Kehidupan di universiti sangatlah berbeza daripada kehidupan di alam persekolah. Seperti fitrah manusia, apabila sesuatu yang berada di depan mata kita tidak menghargainya sepenuh hati kita. Cuba ingat kembali, semasa kita di zaman persekolah, mesti bermain di fikiran kita bahawa kita tidak sabar untuk meninggalkan alam persekolahan untuk memasuki alam universiti yang pada ketika itu kita rasakan sangat seronok. Tapi malangnya, apabila kita sudah melangkah ke alam universiti kemudian dibebani tugasan dan latihan serta pelbagai aktiviti yang perlu dihadiri. Kemudia, dengan pelahan-pelahan mesti kita rindukan atau teringat kembali kenangan kita dia alam persekolahan Hal itu terjadi pada diri syawal dimana sudah hampir 1 semester syawal menjalani kehidupan sebagai seorang mahasiswa, ternyata banyak perubahan dan pedekatan yang lain untuk syawal lakukan bertujuan menyesuaikan diri di alam kampus.

Terkenang kenangan syawal di alam persekolahan di  mana ketika kita menjadi senior atau pelajar yang paling dewasa di sekolah. Hubungan kita dengan cikgu kita ibarat ibu bapa kita seketika apabila berada di sekolah. Kesan daripada itu, kita boleh belajar bermacam-macam benda dan juga dapat berkongsi masalah dengan cikgu yang kita rapat. Setelah kita meninggalkan mereka untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi mesti kita teringat penat lelah guru-guru kita di sekolah dulu mengajar kita dengan bersungguh-sungguh daripada kita tidak tahu apa-apa tentang sesuatu subjek sehinggakan kita pakar dalam bidang tersebut. Melalui pemerhatian syawal apa yang kita belajar di sekolah dulu lebih mencabar daripada yang kita belajar di universiti. Di sekolah dahulu, kita belajar daripada kosong dan dengan sedikit demi sedikit guru kita di sekolah mengajar kita sehingga kita pandai. Manakala, di universiti kita seperti mengulangkaji atau belajar semula apa yang kita pelajari dahulu serta mengaplikasikan semua yg kita belajar di sekolah kepada sistem universiti.

Namun, mungkin ada pihak di luar sana yang berbeda pendapat atau mengalami pengalaman yang lain daripada saya itu adalah perkara normal. Setiap orang mengalami pegalaman masing-masing, tetapi yang yang bijak adalah orang yang mengambil iktibar terhadap pegalaman orang lain.Selain itu, kehidupan di universiti amatlah meyeronokkan apabila kita mengunakan kesempatan serta peluang yang diberikan dengan sebaik yang mungkin. Pada ketika ini juga, syawal belajar pelbagai ragam dan karenah serta pemikiran mahasiswa yang positif, negatif dan macam-maca lagi. yang berjaya menempatkan diri ke universiti. 

Ingat, kehidupan di alam universiti adalah medan kita di alam pekerjaan nanti. Oleh itu, nasihat syawal yang dipetik daripada cikgu syawal yang paling rapat di sekolah dulu ialah apabila anda mendapat peluang untuk belajar, maka gunakan peluang itu dengan sebaik yang mungkin kerana anda selepas ini mungkin tidak dapat peluang yang sama dalam keadaan yang anda inginkan. Hal ini kerana perkara yang sama seperti mana anda rindukan alam persekolahan mungkin akan terjadi apabila melangkah ke alam pekerjaa  nanti.
Banyak yang ini syawal coretankan pengalaman sepanjang semester 1 ini. Jika ada kesempatan kita berjumpa lagi..
Assalamualaikum.