Monday, October 28, 2013

Sedih yang hadir...

Tuhan,
Andai masih ku gagal,

Untuk meneruskan kehidupanku
Teruslah membantuku
Sesungguhnya aku ingin selamat
Di dalam Rahmatmu.

Tuhan, kuatkanlah aku,
HambaMu yang hina ini,

Berikanlah kekuatan hatiku
Moga cintaku padaMu selalu

Moga di hujung nanti manisnya kurasai,
Hikmah tersembunyi dari sakit diuji,
Moga ia akan tetap menjadikanku sentiasa bersamaMu

Tuhan....

Saturday, October 26, 2013

Mengemis cebisan semangat

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ketemu lagi kita di arena luahan rasa, erti, jiwa, gusar, perasaan, pengalaman..

Di sini syawal cuma nak berkongsi apa yang syawal kutip sepanjang hidup sepanjang 20 tahun lebih ini. Kita kena tahu, apa yang kita lakukan di dunia ini tidak akan 100% akan memenuhkan permintaa n orang terhadap kita. Ada kalanya kita perlu berani untuk mengatakab tidak untuk sesuatu yang kita tidak suka. Perlu berani menyatakan yang kita tidak suka. Senang agar jenis dan berbeda agar semua orang tahu.

Itulah kelemahan syawal. Yang tak mampu untuk menyatakab tidak. Yang selalu menyatakan ya. Yang selalu menurut apa saja orang lain mahukan. Syawal adalah orang yg penuh dengan kelemahan. Tak ada kelebihan langsung. Cuma syawal satu sahaja, syawal suka membahagiakan orang di sekeliling syawal. Cuba untuk membahagiakn kawan-kawan walapun diri yang merana. Bagi syawal kawan adalah anugerah, satu pemberian yang perlu kita hargai. Maafkan syawal jika tak sempuna untuk membahagiakan kamu kawan. Mungkin itu adalah silap syawal sendiri yang yang memahami kamu.

Kawan ada yang datang yang pergi. Sahabat adalah orang yang selalu bersama kita di dalam suka dan duka. Mungkin syawal terlupa dengan sahabat yang selalu ingtkan syawal. Kamu sibuk mengejar bayangan yang tak pasti. Walaupun bayangan itu terus hilang meninggalkan kamu.

Hazazi. Maafkan syawal kerana terlupakan kehadiran kamu yang pernah hadir dalam hidup syawal. Walaupun hanya sekejap kita menjadi roomate. Namun kenangan kita bersama tidak syawal lupankan. Maafkan syawal kalau tak dapat nk melayan kamu sembang tengah malam sebabnya ceq tidoq awal. Terima kasih sebab selalu jaga syawal apabila kamu tak dapat tidoq. Selali juga syawal perasaan kamu tak tidoq sebab kamu memang tak dapat tidoq malam.

Khas untuk awak... Tq hazazi

Wednesday, October 23, 2013

Jangan mudah mengalah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada kawan-kawan syawal di luar syawal sana. Satu sahaja yang ingin syawal ucapkan. Syawal sayang anda semua. Kawan yang sejak daripada kanak-kanak, tadika, sekolah rendah, tempat mengaji al quran, taman sepermainan, taman perumahan, kawan kat kampung, di alam maya, dan di mana-mana sahaja. Syawal sangat sayangkan hampa semua!!!!!

Hampa semualah yang membentuk syawal sekarang. Menjadi seorang yang duk tak pandai, sekarang pandai membaca dan menulis, tak tahi bergaul, pandai bergaul, seseorang yang tak tahu apa-apa dan sekarang macam-mcam belajar. Ketika kecik dulu. Indah sangat. Tak banyak perkara yang perku difikirkan. Bangun pagi, tengok sarapan dh disediakan, nak pakai baju tgk baju sudah digosokkan
nak pakai kasut sekolah tgk kasut dh dicucikan. Semua lengkap disediakan untuk kita tanpa bersusaah paayah bersengkang biji mata nak buat semua tu. Mudah kan ! Untung tahu jadi kanak-kanak nie. Mudah ja hidup. Hehehe. Tapi nal buat mcam na, hidup mesti f
Diteruskan. Umur semakin bertambah, kerja semakin bertimbun, masalah pun semakin.menggunung tinggi kan?

Kita sebagai manusia kena selalu reset minda dan fikran. Selalu berfikiran positif dan melakukan kebaikkab kepada semua orang. Sebab itulah syawal nak sayang korang semua agar apabila syawal sayang hampa semua. Harap2  ada lah orang yg sayangkan syawal.. Hihihihih.

Percayalah bahawa tuhan tidak akan menguji hambanya dengan sesuatu yang dia tak mampu untuk kita menanggungnya. Dia tahu kita kuat untum menghadapinya. Sebab itulah ditakdirkan untuk berhadapan dengan maslah tersebut agar dapat dijadikan iktibar kepada orang lain. Jadi anda patut bersyukur sebab anda adalah orang yang terpilih. Menjadi insan yang terpilih untul menyucikan dosa-dosa noda kita yang terdahulu. Betul tak? Kita sudah dicuci dengan dosa yang pernah kita lakukan sebelum kita pergi menghadapya? Takkah itu suweet namanya? Syawal selalu berpesan kepada diri syawal. Setiap apa musibah yang menimpa kita adalah satu anugerah bt kita. Agar kita lebih bersedia menghadapi sebarang kemungkinan pada masa hadapan.

Jadi, hadapilah dengan senyuman. Jangan kedekut senyuman itu. Kerana senyuman itu kan sedekah kalau kedekut sangat mcm syawal nie.. Bagi senyuman pun dh okay. Siap orang paanggi pemurah lagi tahu.

Kita kena tahu, hidup ini tak selalunya cerah. Ada hujan, ada ribut, ada petir, ada taufan, dan segala-galnya ada. Kena ingat macam mana keadaan kita pun ketika itu. Ada orang yang ambil berat pasal kita yang sayangkan kita yang hanya mampi berdoa di dalam dirinya agar kita selamat dalam apa dugaab yanh kita alami. Kita hanya doakan dalam setiap sujud kita agar dipermudahkah segala urusan. Bukankan itu tersangatlah awsomee!!!!

Syawal anda anda kuat!! Mampu untuk mwnghadapinya. Tapi syawal hanya mampu berdoa kepada Allah swt agar anda diberikan kekuatan super saiya yang ke tujuh untuk menghadapinya. Syawal hanya perlukan senyuman anda yang dahulu. Senyam yang tak pernah lekan daripada bibir itu. Satu senyuman yang mampu menggongcang dunia.

Dunia yang penuh kepalsuan, penuh dengan kejahatan, penuh dengan orang yang tamak, orang yang zalim, orang yang penuh dendam, orang yang penug dengan dendam kesumat.

Syawal hanyalah inginkan dunia yang lebih indah. Dunia yang an dan damai. Dipenuhi dengan bunyi kicauan burung yang berterbangan. Walaupun dunia itu mungkin dalam fantasi. Ingin syawal jadikan dunia itu sebagai realiti.

Khas untuk.

Telah lama aku pendamkan.
Harsat yang tersimpan rapi,
Tak mampu disusun dengan erti,
Tak mampun diluahkan dengan  kata-kata,
Kerana kecintaan kepada Allah, rasul melebihi langit dan bumi,
Disulami tanggjawab berbakti,
Membina empayar yang diimpi.

Busy gilaaaaaa.. Tapi best!!!!!

Monday, October 21, 2013

Korban yang bermakna...

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hehehhehe. Kini kita bertemu lagi. Bertemu di alam maya. Bersyukur kepada Allah swt kerana memberikan kita oksigen agar dapat terus bernafas. Tak lupa kepada ahli keluarga kita yang kini jauh di perantaun mencari rezeki masing-masing. Walaupun hanya sekejap sahaja balik ketika cuti hari raya haji baru-baru ini. Namun ia cukup mengubati kerinduan kepada anda semua wahai abang-abangku. Terasa hidup ino sekejap sahaja melangkah apabila teringatkan kembali di saat mana ketika masih tak matang dan kanak-kanak. Kita semua sering bergaduh, bartikam lidah, wrestling, aku kata kat hang, hang kata kat aku, aku ejek hang, hang ejek aku, sama-sama tolong abah di bendang, sama2 mencari rezeki yang halal, sama-sama main badminton. Wahhh
banyak sangat kenangan yg tak matang itu. Namum sangat manis apabila dikenangkan kembali.

Tapi, sekarang. Anda semua sudah menjadi ayah kepada puteri yang comel-comel. Abang yang pertama ayah kepada hanan husna yang meginjak lebih 2 tahun, abang yanh kedua hampir setahun menjadi ayah kepada farah hanis. Dan abang yang ketiga bakal menjadi ayah tak lama sahaja lagi. Taniah setinggi taniah syawal ucapkan kepada kamu semua.

Walaupun keluarga syawal bukannya datang daripada keluarga yang berada. Ayah hanyalah seorang pesawah padi yanh sekangkang kera dan ibu hanyalah suri rumah. Ingat lagi kata-kata ayah. Ayah tidak harta untuk tinggalkan kepada anak-anak ayah nti. Sebabnya ayahnya bukannya pandai sekolah pun tak abis dulu kemudian masuk askar. Tapi, ayah hanya mampu berikan didikan agama dan didikan agar menjadi manusia yang berguna di dunia ini. Ingatlah syawal. Kamu anak lelaki, besar tanggunjwbnya nanti. Kena jaga ibu, isteri dan ank-anak. Dlam hidup ini jangan sesekali meminta dan mengemis selagi mana kiya punya tulang 4 kerat. Walaupun ayah tak berjaya di dunia dan tak pandai. Ayah cuma berharap anak-anak ayah menjadi orang yang berguna dan berjaya daripada ayah.

Benarlah bahawa Allah itu  maha pemurah lagi maha peyayang. Walaupun kita dibalas dengan apa kebaikkan yanh pernah kita lakukan di dunia ini. Namun, siapa tahu balasan atas kebaikan kita itu akan dapat kepada anak-anak kita atau saudara mara kita nnti. Siapa tahu kuasa tuhan
betul tak?

Walaupun ayahku tak berjaya mempunyai harta bertimbun di dunia. Namun, dia mempunyai yang yang lebih bernilai dan berterusan di akhirat kelak iaitu anak-anak soleh. Jadi, berlapang dada dan reda dengan apa yang kita hadapi.

Wednesday, October 16, 2013

Rindu ini menggamit rasa...

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...

   Bagaimana sambutan hari raya Aidiladha di tempat anda? meriah? seronok? muram? tak ada apa-apa feeling? gembira? bercampur baur perasaannya? Harap semuanya yang anda laluinya indah-indah belaka.. Di kala kita seronok, ada juga cerita yang menyedihkan datang bertamu.. Itulah kehidupan, tak selalu kita tersenyum, kadang kala kita perlu menangis, perlu merintih, perlu menginsafi segala perbuatan yang telah kita lakukan.


  Hidup syawal selama ini lebih sedekad ini, sangat-sangat indah. Hidup dikelilingi kawan-kawan lelaki yang sangat satu kepada. Manakan tidak. Daripada tingkatan satu sampai la tingkatan 5 di mana semua rakan sekelas syawal adalah lelaki. Tambahan pula tinggal di asrama. Memang selama hidup 5 tahun hidup syawal dikeliling oleh lelaki. Oh lelaki, yang sangat memudahkan perjalanan hidup ini. Hidup penuh warna, penuh warni, penuh kegembiraaan. penuh dengan nilai-nilai persahabatan yang tidak tandingan. Di mana syawal dahulu kawan dengan semua tak kira dia senior atau junior. Bahkah syawal lebih rapat dengan senior yang berusia lebih setahun dan ke atas. Sehinggakan ada seorang abang syawal yang bernama amar affandi. Walaupun dia tua setahun, itu tak menjadi halangan untuk kami berkawan baik. Daripada dia bercinta dengan awek dia semasa zaman sekolah sehinggalah masuk universiti dan berkahwin jua kedua-dua abang dan kakak syawal ketika itu. Banyangkan bercinta daripada zaman sekolah sehinggakan disebabkan satu kejadian hubungan mereka terputus, nama siapalah yang boleh melawan takdir ALLAH swt apa memang mereka telah ditakdirkan untuk berkahwin. Jadi, kejadian ini menjadi pengajaran kepada syawal. Apabila kita tahu apa yang kita lakukan itu salah, namun kita tetap lakukan. Tapi akhirnya di memohon ampun dan taubat untuk tidak mengulangi kesalahan yang sama. InsyaALLAH. Dia akan permudahkan urusan kita kerana dia adalah penerima taubat. 

Itulah kehidupan, bak kata sahabat syawal. Jika kita tak melakukan kesilapan itu namanya tidak belajar. Sebabnya kita tak tahu di mana kesalahan kita yang sebenarnya. Manusia ini bermacam-macam ragam. Ada yang, ada yang terlebih baik, ada yang jahat, ada yang terlebih jahat. Sebabnya itulah sifat manusia. Semakin hari semakin kita sakit hati apabila memikirlah masalah manusia. 

  Setelah hampir 5 tahun hidup dan megerti erti hidup di sekolah lelaki semua. Dia terkejut dengan kehidupan yang baru. Apabila kehidupan barunya di universiti ini sangat berbeza semasa di zaman persekolahannya. Dia rindukan zaman persekolahnya di mana semasa dia tingkatan satu, ada abang-abang senior yang baik hati. Walaupun ketika itu dia diragging dan dibuli oleh senior-senior dan ketika itulah dia mengenal erti hidup, erti kehidupan, erti persahabatan apabila kesalahan yang orang lain buat kita tanggung bersama-sama. Itulah nilai lelaki. Akan melindungi kawan-kawan walaupun dirinya tak bersalah. Asalkan kita kena bersama-sama. Dia merindui zaman di mana melakukan perbuatan nakal terhadap kawan-kawan seperti mencalit kapur ketika sahabatnya tidur. Namun, walaupun mangsa itu tahu siapa yang melakukannnya, namun mereka tidak mengambil hati, bahkan mandi bersama-sama pukul 3 4 pagi untuk membersihkan calitan kapur itu. Rindunnya zaman itu.

  Dia merindui zaman dimana kapten pasukan ragbinya mengoncang katil dengan kuat agar turun training ragbi. rindu dimana, selepas balik sekolah pakat-pakat tidoq semasa waktu prep sebabnya tidoq lewat pada malam itu sambil duk sembang benda yang tak berguna. Dia merindu bau tanah di padang di mana setiap petang dia berlatih di situ pada waktu petang. Zaman di mana tiada masalah, hati tak perlu sakit, tak perlu pedih. Yang hanya kebahagiaan dan kegembiraan bersama-sama rakan-rakannya.


  Dia merindu saat dimana dia bangun bersama-sama rakan-rakan lain satu dorm pergi mandi beramai-ramai. Pakai baju sekolah bersama-sama. Sikat rambut bersama-sama, Pakai tali leher bersama-sama. Pakai kasut bersama-sama. tengak jadual kelas dan susun buku bersama-sama. Pergi bersarapan bersama-sama. Pergi sekolah bersama-sama. Masuk kelas lewat bersama-sama. Kena catit nama dengan pegawas bersama-sama.

Rindu saat itu. Andai dapat ku undurkan putaran dunia. Ingin aku menikmat kembali saat-saat itu. Saat bahagia bersama-sama rakan seperjuangan. Yang kini berada di haluan masing-masing. Sesungguhnya ku amat merindui kalian. Semoga kita bertemu di syurga sana.. Amin!!!!
Ketika zaman jahiliyah dulu.. hehe miss you all

Sunday, October 13, 2013

Kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

  Entah kenapa sejak kebelakangan ini, hati selalu jadi sayu, selalu rasa kosong, rasa tak kuat. Mana syawal yang dahulu, yang periang, petah bercakap, menyenangkan orang di sekeliling, cuba megembirakan orang lain walaupun hati dalam keadaan bersedih, seorang yang cuba membuatkan kawan-kawannya tersenyum, orang yang suka menolong orang. Mana syawal yang dahulu. Kenapa syawal, kenapa syawal kamu jadi macam ini? bak kata bdk tu.. hehhe..

Baru syawal sedar bahawa kita tidak selalunya ketawa, tidak selalunya gembira, hidup kita tidak selalunya ini. Kadang kalau, kita akan diuji dengan kesedihan, masalah, bencana malapetaka dan sebagainya. Nak tahu kenapa? sbbnya untuk menjadikan diri kita lebih kuat untuk menghadapi ujian yang bakal kita alami kelak. Apabila di diuji dengan keseronokkan di dunia sehinggakan semakin hari semaki kita lalai dan lupa kepada Allah swt, dan ketika itulah kita diuji, diuji dengan sesuatu yang sukar untuk kita tanggung, sukar untuk kita terima, sukar untuk kita menyelesaikannya. Namun, barulah kita sedar bahawa kita ada Allah swt yang sentiasa berada di sisi kita. Hanya kitalah yang lupa padaNya..


Pada syawal, setiap yang berlaku kepada kita adalah takdir yang telah ditetapkan kepada kita. Namun, terpulang kepada kita untuk menilai dan menghadapi setiap takdir yang telah ditentukan kepada kita.. Seperti yang selalu syawal pegang kata kata ini. " Kita tidak akan merasai betapa sakitnya jatuh andai kita tidak pernah terluka. Namun luka itu akan meninggalkkan parut kepada kita sebagai pengajaran. Memang syawal tak suka untuk terjatuh dan tidak ini untuk merasai betapa sakitnya apabila terluka. Namun, Alllah itu Maha Adil dan Maha bijaksana. Dia tahu syawal tak mampu untuk menanggung semua itu, lalu ia hadirkan seseorang yang pernah terjatuh, sakit dan bangun semula agar syawal dapat mengambil iktibar daripada semua yang telah dia lalui.. Namun, Semakin kita hidup, semaki kuat kita diuji berdasarkan ilmu yang kita ada. Kini, pengalaman yang selama ini orang lalui mula menimpa diri syawal. Memang sakit, memang perit, barulah syawal faham perasaan orang lain yang mengalami sebarang musibah atau ujian. Sebelum ini syawal hanyalah mendengar cerita dan mampu memberi nasihat.. Apa gunannya kalau kita berilmu namun tidak amalkan.. Faham tak? heheheh.

Kemudian, barulah syawal sedar bahawa syawal sudah dewasa. Sudah besar untuk membuat keputusan. Sudah matang untuk merencana kehidupan. Sudah tidak masanya untuk syawal menerima semua ujian. Jika ketika ini adalah masa untuk syawal diuji. Syawal bermohon agar diberikan kekuatan agar syawal mampu untuk belajar sesuatu yang baru atau yang berguna daripada ujian yang telah diberikan. Usia pun semakin meningkat. Jadi, sudah tiba masanya untuk syawal fikirkan masa depan. Ada orang bertanya kepada syawal ketika zaman sekolah dulu, semasa syawal di kolej sultan abdul hamid. Ketika itu kawan-kawan pakat-pakat cari gf dekat sekolah asma la, sekolah rival kami dulu.. hehehe. Setiap hujung minggu pergi date dekat town la... Haha, sebab itu syawal lebih suka bersukan, sebabnya masa yang terluang itu dapat gunakan untuk syawal berlatih pada setiap hujung minggu. Lagi yang takleh blah kalau kena training pagi dan petang pada setiap hujung minggu. Memang tak nampuk rupa la syawal time tu.. Balik rumah pun mak dengan selambanya melawak cakap anak sapa balik nie. tak kenai... HAHAHHA, sadis kan? tapi itulah syawal. Didik oleh abg sebegitu. Sebabnya syawal bukannya berasal daripada keluarga yang berada atau senang mahupun sederhana. Syawal berasal daripada keluarga yang biasa-biasa sahaja kerana ayah syawal adalah petani dan emak suri rumah. Namun, didikan ilmu dunia dan agama ayah dan emak syawal sediakan secukupnya agar syawal dapat hidup di dunia ini tak perlu mengharapkan belas kasihan orang lain. Ini adalah salah satu sebabnya kepada ketika syawal sekolah dulu. Syawal melupakan hasrat untuk membuang masa ini. Namun, syawal adalah lelaki, yang nakal, yang jahat, dan suka buat benda-benda yang tak berfaedah.. Tapi itu adalah kisah silam Kisah yang penuh kegelapan.
Semasa di asrama dulu, ada kawan tanya kenapa tak pernah bercinta? terus terang syawal cakapkan, syawal bukan jenis sebegitu. Syawal ada prinsip yang tersendiri. Setakat nak berkawan itu boleh. Tapi kalau lebih daripada itu syawal minta maaf. Sebabnya syawal takut untuk kecewa. Takut untuk mengecewakan orang. Sebabnya syawal tak punya harta, tak punya ilmu, tak punya rumah, tak punya apa-apa. Itulah sebabnya..

jadi masa yang syawal terluang itu syawal gunakkan untuk mencari apa yang syawal tak ada. Syawal mula berkerja di macam-macam tempat semata-mata untuk mencari secebis pengalaman, berkerja di kilang, berkejar di kedai makan, berkerja di kedai komputer, berkerja di kedai perabut, berkerja di kedai dobi dan macam macam lagi.  Pengalaman demi pengalaman syawal kutip, pelbagai cerita dan masalah syawal hadapi, dan semua itu mematangkan syawal. Alhamdulilah semua itu dapat syawal cari sedikit demi sedikit sehinggakan syawal mampu untuk memiliki pendapatan sendiri, kenderaan sendiri dan bakal memiliki kediaman sendiri insyaALLAH doakan ye kawan-kawan. Walaupun sekarang yang mampun menyewa di DPP.

Barulah apabila syawal di tahap ini syawal sudah bersedia untuk melengkap separuh lagi agama islam. Doakan syawal ye kawan-kawan. Tapi sebelum untuk kita melangkah daripada separuhi itu. Ingatkan kepada lelaki terutamanya syawal ini, kita perlu menlengakap diri kita dengan ilmu agama dan ilmu dunia.. Doakan syawal berjaya dapatkan segulung ijazah untuk membanggakan kedua itu bapa syawal dahulu. Doa kalian sangat syawal perlukan. Hal ini kerana akal wanita senipis rambutnya. Tak salah kalau wanita itu melakukan kesalahan, memang Allah swt telah cipta kaum hawa ini tidak berfikir panjang kalau dia telah berulang-ulang kali melakukan kesalahan yang sama. Jadi kita sebagai khalifah yang telah dilantik oleh Allah swt perlulah menasihatinya mereka dengan berhikmah.. Boleh tak kaum adam? Sebenarnya ini adalah ingatan kepada diri ini yang lemah yang jahil sebenarnya. Agar syawal sentiasa ini bahawa jangan melakukan kesilapan yang sama dua kedua kalinya. Ingat syawal.

Pesanan ikhlas buat diri ini.. Terima kasih kepada semua yang pernah hadir dalam hidup syawal.

Harapan hanya tinggal kenangan
Sesuatu memori yang akan membahagiakan
andai segalanya kita serahkan kepadaNya
Masalah yang dihadapi mulai layu ditelan waktu
Yakinlah bahawa Dia ada disis setiap masa

Sejarah telah membuktikan bahawa cemburu membinasakan
Umpama cemburunya Sarah kepada Hajar
Tatkala suami adalah Nabi Ibrahim
Tak lepas daripada ujian
Bagaimana bijaksana menerima arah Allah swt
membawa hajar ke tanah yang gersang
Terbitlah titis-titis air zam-zam yang menakjubkan

Ada hikmahnya dalam setiap kejadian
bermula daripada sifat cemburu yang merosakkan
tercipta satu ciptaan yang teragung 
satu moleku yang tiada tandingan di dunia ini..
SubhanALLAH indahnya ciptaanMu

Friday, October 11, 2013

Selesai melaksanakan amanah yang diberikan..

Walaupun dalam keadaan sakit, namun. Inilah salah satu cara untuk syawal meredakan kesakitan yang teramat sangat.. Beban yang selalu ini dipendam harus diluahkan, dilupakan buat seketika. Terima kasih kepada semua yang meringankan beban di dada ini dalam melaksanakan program-program yang telah diamanahkan.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat kawan-kawan yang dikasihi. Alhamdulilah sudah genap sebulan kita menjalani kehidupan dalam UUM ini. Sekadar coreten sepanjang semester ini..

Tahniah kepada semua yang telah berjaya melaksanakan, akan, bakal dan sudah program pada semester ini dan semester lepas. Harap program kalian akan dipermudahkan untuk dilaksanakan. 

Program: Jamuan Hari Raya FABS~ ribuan terima kasih kepada semua MT dan Exco yang turun padang dan bersusah payah menghias dan menghadiri majlis tersebut. Program tersebut selamat bermula dan tamat dengan amanya. walaupun ada sedikit masalah tentang waktu dan peserta. itu bukan menjadi alasan untuk kita menlaksanakan program. Kita tak perlukan program yang 100% sempurna namun tidak tidak mendapat nilai terhadap apa yang kita laksanakan.

Program Interface 2013: Terima juga kepada MT dan Exco yang bersusah payah hadir pada waktu pagi dan berpakaian korporat walaupun waktu cuti dan dalam keadaan hujan. Al least korang datang untuk memberikan sokong kepada program untuk meraikan korang atas tanggunjwb korang menerima jawatan yg diamanah. Maaf kalau ada sebarang kecacatan terhadap majlis tersebut.. Tq juga kepada Semua yang sanggup turun sampai ke petang untuk join aktiviti expolare tersebut. wlaupun sedikit yang ada. bukanya itu alasan itu kita tidak bergembira. in that case, syawal realise. crowded is nothing, value what we get from what had we done more important.. Dh lama kita tak bersama-sama bermain aktiviti bersama-sama. Tahniah kepada group sywal seprti hidayah, zyda, mira yang bg kotmitmen. tahniah kepada kumpulan kak aina, ila yang berjaya dapat no dua. dan kumpulan farahin yang dapat no 1. kedudukan itu tak penting. yg penting kita seronok..!

Program FABS LEADERSHIP and progresive: Selamat dilaksanakan pada hari kemarin. AJK semua terdiri daripada peljar semester 1. Walaupun mereka baru sebulan menjejakkan kaki ke UUM. Semangat mereka untuk menjayakan program syawal sanagt respect. Walaupun mereka tiada pengalaman untuk menjayakan program, namun semangat merekan untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan sangat syawal kagumi. Mereka tak tahu nak buat iklan, mereka tak tahu nak deal dengan penceramah, mereka tak tahu nak minta tandatanga, mereka tak tahu nak buat surat, mereka tak tahu nak tempah dewan, mereka tak tahu di mana tempat program. Namun, mereka banyak bertanya kalau tak tahu, bukan memberi alasan jika mereka tak tahu. itu yang penting. Alhamdulilah program dapat dilaksanakan denga lancarnya. sehinggakan perserta yang harga menawarkan diri untuk menjadi ajk itu program tersebut dan prgram yang bakal dianjurkan oleh FABS.

Beribu-ribu tahniah diucapkan kepada kak aina kerana bertungkus lumus buat paper work dan run jugak prgam yang tergantung dengan dr faizal.. Nasib kita sama apabila syawal juga kena marah dengan Timbalan dekan SEFB sebab buat kerja tak betul. Namun semua itu sbagai pengajaran. terima kasih atas tunjuk ajar. Selamat juga kepada Kak Mun yang juga mengorbankan masa untuk melaksanakan program yang telah diamanahkan. semoga apa yang berlaku akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Banyak nak diceritakan di sini. Namun, kawan-kawan semua boleh fikirkan sendiri. Kita tidak boleh berdiri dengan sebelah kaki sahaja. perlukan sebelah lagi untuk menyokong kita. Begitulah dalam organisasi. Kita kena saling bantu menbantu untuk kita terus kekal berdiri..

Sekian.. Terpaksa berhenti sbb sakit kepala yang teramat sangat. Buat paper, hantaq report, tempah tempat, untuk ketiga-tiga program tersebut.. 

Anda mampu mencipta seribu satu alasan, namun, malangnya anda tak mampu mencipta secebis kejayaan.. renungkanlah... need a rest. im sory

legaaa.. dapat rehat seharian... Need energy for midterm.. pray for me.. :)

Friday, October 4, 2013

Ingatan untuk diri ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa habaq semua, walaupun dalam kesibukkan sebagai seorang pelajar, anak, pekerja, kuli, bos, pencari ilmu, sahabat, pak cik, abang senior atau lepas tetap abg syawal. Hehehehe. Serius tak suka. Hahaha. Syawal masih sempat untuk menulis. Tujuan utama menulis sebenarnya untuk meredakan tekanan yg semakin hari semakin bertambah. Satu cara yang syawal dapat lakukan ialah dengan menulis. Dengan pelahan-pelahan tekanan itu akan mulai reda. Alhamdulilah.

Hari ini syawal nak bercakap pasal lelaki. Yup. Lelaki yang seperti syawal. Fitrah lelaki yanh sukakan kecantikkan, harta, takhta dan wanita. Alhamdulilah. Sepanjang syawal hidup di dunia ini. Allah swt telah mengajar syawal 1001 makna kehidupan. Pegajaran yg membuatkan syawal sedar. Tak selalu kita di atas, kadang-kadang kita akan jatuh ke bawah juga. Bersyukur kerana syawal nak berjaya bermula daripada bawah. Jadi kita yg bermula daripada bawah akan turut merasai apa yang orang di bawah kita apabila kita memegang kuasa di peringkat yang lebih atas.

Memang prinsip syawal untuk melakukan sesuatu kita mesti menjadi orang suruhan dulu atau lebih tepat menjadi kuli. Saya tak malu nak beritahu kawan-kawan bahawa ayah syawal cuma kerja buat sawah. Tanah cuma sekangkang kera. Tapi alhamdulilah anak-anak tak pernah kebuluran lagi. Tapi hidup taklah semewah orang lain. Apa yang penting dalam hidup ini bukanlah harta. Tapi bagi syawal adalah kasih sayang.

Yup, kasih sayang itu yang penting. Sebab itulah sepanjang syawal hidup syawal cuba berkongsi apa yang syawal dapat itu dengan orang lain. Syawal suka memberikan orang itu rasa seperti disayangi. Sebabnya tak semua orang dapat dengan apa yang kita dapat. Jadi berkongsilah apa yang kita ada dengan orang lain. So, sebarkan cinta allah swt dan rasulnya. :-)

Mood sekarang adalah untuk memberikan kasih sayang kepada si dia kerana selama sebulan ini tak dapat nk berikan perhatian kepada. Disebabkan tugas meeting sana sini, program sana sini wktu untuk kita bersama kurang. So, selepas program yg ketiga ini, kita boleh la date selalu yeee.. Hehehhe.

Banyak pulak ceq membebel nie.. Jmpa lagi kawan2.. Jum bt assgmnt

Wednesday, October 2, 2013

Come to join us... Like our company

https://www.facebook.com/pages/Jersey-Latest-Shop/119405601536027