Friday, August 15, 2014

Pinjaman PTPTN. Ada kebaikkan ada keburukkan.. Rancang awal!


meruap darahku meliat baki pinjaman PTPTN ku ni. ANTAM KAMU MENGASI BUDUH MANUSIA! aku pinjam RM24 000k. bayar dr potongan gaji dr 2012-2014. skali cek baki pinjaman bulih2 pulang naik kpd RM 24 748k. ni mmg aku memaki ni meliat! SAMPAI MATI PUN X HABIS NI KALAU KAMU CAS SETIAP BULAN RM 60.00 KOS PENTADBIRAN TAH UTK APA?! mmg JAHANAM lah!!!! bagus stop potongan gajiku! xpyh bayar lg BAGUS! bukan mengasi sanang mengasi SUSAH adalah!


Kepada adik-adik yang bakal mengambil ptptn. Harap silap baca polisi yang diberikan kepada anda dengan teliti. Fahami segala syarakt-syarat perjanjian dan rasa bayar balik pinjaman anda itu. Nanti ketika di UUM akan dilakukan 'roadshow' tentang ptptn. Jadi, gunakan kesempatan itu untuk bersoal jawap berkaitan pinjaman, bayaran balik, pertukaran kepada biasiswa, sistem ujrah, caj perkhidmatan dan lain-lain.

Ingat tulus ikhlas kepada adik-adik, gunakan wang ptptn dengan sebaik-baiknya. Guna wang tersebut untuk membantu adik-adik dalam pembelajaran. Dan ingat bahawa wang ini perlu dibayar semula, jadi urus wang anda dengan bijak. Simpan atau invest lebihan baki wang anda setiap semester. Jadi kerja nak belanja awek dan abg2 fasi anda anti atau beli telefon 'smartphone'. Jangan pandai smartphone jika anda tak pandai urus wang anda..
Ada perlu planning pembayaran semula pinjaman anda mulai sekarang dan bukannya semasa anda kerja kelak. Bagi yang dapat biasiswa Tahniah diucapkan. Bagi yang mengunakan PTPTN, jangan risau first class kan ado!

Bagi kes akak nie bukanya apa. salah dia sebab dia bayaq rendah dan tidak menggunakan sistem ujrah. jangan risau setiap masalah ada jalan peyelesaiaannya.

encik s,
mantan exco perhubungan Kelab Finance and Banking UUM

Sunday, August 10, 2014

Adakah boikot tu perlu? tak perlu. yang perlu adalah ilmu memboikot.

Andai malaikat ada sifat seperti manusia penat, nafsu, lapaq, suka, sedih, gembira, ketawa.... pasti beliau penat menulis dosaku.

sekeping gambar boleh membawa 1001 kisah. oleh yang alaminya akan merasai situasi itu.

encik s,
penat dgn fitnah manusia,
terduduk dengan ragam manusia.

Hari ini nak kongsi pengalaman pergi melihat Mcd dekat City Plaza Alor Setar. Hurrmm.. Nmpaknya dh lama aku tak menjejakkan kaki dekat kawan sewaktu zaman persekolahan setiap hujung minggu akan datang untuk melepak di sini dengan kawan-kawan. Banyak peristiwa pahit manis, tawaq habiaq.. Namun semua itu adalah kenangan. Pengalaman silam yang mengajar aku untuk lebih menjadi manusia di waktu sekarang.


Di sini aku melihat pelbagai ragam anak muda yang telah rosak, membuang masa, berdating sana sini, merokok, melepak. Aku tak salahkan mereka kerana diri ini pun pernah hidup seperti mereka. Namun, apabila diri ini meningkat dewasa. Terasa diri ini dipenuhi oleh dosa. Dosa yang tiada terkira, Alhamdulilah tuhan itu penerima taubat. Dan janganlah malu segan untuk bertaubat. 

Di sudut restoran mcd itu. Aku lihat lenggang, tiada siapa yang berani hampir ke Mcd melainkan rakyat malaysia yang berbangsa cina. Mereka menikmati hidangan Mcd dengan nyamanya. Jangan cakap aku rasis aku cuma cerita yang aku nampak dan it adalah hak mereka untuk berada di situ. Kenapa hangpa terlalu estrem untuk memboikot?? 

Melihat gelagat manusia menyedarkan bahawa kita semua ini adalah sama. Yang membezakan iman dan taqwa. Di tepi sudut restoran Mcd itu. Apa yang aku lihat pekerjanya semua bertudung, berbangsa melayu dan sudah pasti muslim. Namun, aku tidak ingin ulas nasib mereka. Namun, aku nk kongsi apa yang aku lihat adalah seorang pencuci lantai yang oku. Beliau bisu. Tak boleh untuk bercakap. Beliau hanya boleh bercakap dengan bahasa isyarat. Setelah beliau selesai menjalankan kerja mengemop lantai beliau pergi ke suatu sudut belakang sekali di restoran itu......

Nampaknya beliau belum sempat lunch walaupun ketika itu sudah menghampiri waktu petang. Beliau dan rakannya berada di suatu sudut yang belakang dan tidak dinampak oleh orang awam. Mungkin untuk menjaga sensitiviti aktivis-aktivis yang di luar restoran untuk memegang tabung bantuan kemanusiaan gaza di luar kawasan restoran itu.. 

Terdetik di hati ini.... Kalau restoran Mcd tak ada. Kat manakah pekerja Oku itu nk mencari rezeki dan sesuap nasi?

syawal kah? InsyaALLAH suatu hari nanti. Sebab itulah syawal jadikan perniagaan sebagai medan untuk bertarung.. Doakan syawal berjaya untuk memyediakan perkerjaan kepada orang lain...

encik s,
coretan perjalanan..
Kalau malaikat ada sifat lapaq penat, nescaya dia penat menulis dosaku.

Kempen Boikot Menjadi, McDonald's Lengang

Wednesday, August 6, 2014

Kenapa kita perlu katakan tak nak kepada rokok??

Sebenarnya nak letakkan gambar-gambar yang ngeri lagi. Tetapi apakan daya. Ceq sendiri tak mampu nk tengok. wkakaak!
Di sini syawal ini kongsi kisah yang baik untuk anda semua. Jadi, Setelah anda membaca kisah ini kongsikan kepada rakan-rakan anda yang merokok dan tanyakan reaksi mereka setelah membaca kisah ini. Ada mereka masih yakin lagi dengan ucapan 2 kalimah syahadah itu? lu pikiaq la sendiri.

Kisah seorang petugas sukarelawan Gaza yang merokok:

Sehinggalah..menjejak kaki di bumi Gaza...apabila ditegur oleh seorang anggota Alqassam semasa pergi ke kem di Jabaliya

Soalan pertama dia tanya.. " anta isap rokok tak? " saya jawab..hisap tapi di malaysia.. Di gaza tak hisap lagi..

Lepas itu..dia senyap dalam 3,4 minit..saya tunggu soalan yang seterusnya..kenapa susah payah dia nak tanya soalan yang kedua..

Mungkin dia takut..saya akan terasa hati kalau dia tanya soalan yang seterusnya..kemudian dia menarik nafas dalam-dalam.baru dia bertanya semula. "Anta sayang tak Rasulullah?" Saya dengan pantas menjawab.."mana mungkin tidak sayang..mestilah sayang...!"

Dia kemudian memberi penerangan ...."kalau sayangkan Rasulullah..kita tidak akan buat apa yg Rasulullah tidak suka buat..Rasulullah tidak suka kepada perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri dan orang lain..Rasulullah tidak suka kepada benda-benda yang berapi dan yang mengeluarkan asap... Rasulullah tidak suka kepada bau-bauan yang busuk.."

Katanya lagi.."agaknya kalau kita buat juga perkara-perkara yang Rasulullah tidak suka..Rasulullah sayang tak dengan kita??"


Saya senyap terus..airmata mngalir..berasa sebak dan pilu dalam hati...selepas hari tu sehingga kini.saya dah tidak menyentuh rokok.. Sehinggakan orang nak suruh hulur kotak rokok pun saya tak mahu .

KRik krik KRIKK.....

Apa perasaan anda? kalau bermanfaaat kongsikan ye kawan-kawan!

Di sini bukan nak cerita pasal sukarelawan Gaza yang super OHsem. Nak cerita point yang dia nak sampaikan. Anda mempunya hak untuk membuat pilihan tentang hidup anda. Tentang apa yang anda ingin buat dengan diri anda. Jika di dalam kalangan sahabat-sahabat syawal boleh jelaskan kebaikkan merokok mohon terangkan untuk info syawal. Kalau anda tidak dapat untuk jelaskan kepada syawal. Dengan ini anda perlu setuju dengan syawal bahawa rokok yang memang tiada dalam agama kita. Jadi, tinggalkan rokok? boleh kan? tak susah pun. Dan tak macho pun kalau anda merokok. Sayangilah rakan2, anak2, isteri2 dan masyarakat. 

encik s,

katakan tanak kepada rokok.

Saturday, August 2, 2014

Bumiputera takut risiko saham


====kisah reunion sekolah====

Saya suka untuk bertanyakan kepada rakan sekolah saya dahulu adakah mereka pernah buat investment? "Jawab beliau, pernah buat dekat internet yang kena klik2 pastuh dapat duit. Pastoh ada investment apa tah dekat intenet, cari2 orang pastoh kena tipu, lagi ada beli beli certificate emas dekat cimb. Kita beli harga emas tu dekat bank sampai lanie harga tak naik pun emas tu. Melihat situasi ini itulah rencah kehidupan, tak semua kita buat akan untung malah diri saya sendiri pun pernah kena tipu tetapi semua itu adalah pengalaman yang akan mematangkan kita. 

Saya lebih selesa untuk berkongsi ilmu dengan rakan-rakan saya sebab saya kenal latar belakang mereka, kehidupan mereka, dan gaya hidup mereka. Malah keratan akhbar telah membuktikan apa yang saya alami selama ini. Saya ingat saya ini adalah orang kita selalu sahaja berfikiran negatif. Terus terang saya cakap jika anda selalu berfikiran negatif anda tidak akan ke mana-mana. 

Ada saya kongsi dengan apa yang Dato Azizan Osman buat. Ramai di antara kita memandang negatif tentang usaha yang beliau lakukan. sebagai contoh kata-kata sahabat saya "Hang p belajaq dengan DAO itu? hang tak taw ka macam2 cerita buruk pasal dia? Ramai orang duk cakap dia duk makan duit orang la, perkena orang la, dan mcm2 lagi. Saya terdiam tak cakap apa. Betullah orang cakap ilmu yg akan membeza kita dalam menilai sesuatu. Bagi saya mudah sahaja, apa yang baik kita amek dan apa yang buruk kita jauhkan sebabnya kita DAO bukannya maksum tak pernah buat dosa ataupun kesilapan. Bagi saya suka tgk daripda sudut positif tentang usaha untuk membangunkan ekonomi pasal cerita buruk itu adalah urusan dia tengan tuhan. Kalau kita boleh buktikan apa yang beliau lakukan salah. Tunjukkan dan jangan pandai cakap sahaja. Itu adalah cara saya dalam berurusan.

Lagi satu orang kita jika dijanjikan keuntungan serta merta seperti "Skim cepat kaya", "Bisnes hari2 duit masuk" ramai sahaja dia antara kita yg terus gadai harta sana sini, buat loan sana sni untuk join bisnes jutawan segera. Biasakan diri cakap "tidak".

nak kongsi satu comment yang menarik perhatian saya " xda mentor yg betul ikhlas nak membantu bangsa sendiri,yg ada hanya janji2 manis bila ikot kelas,ajar semata2 nak ada je,byr dh la mahal pastu bila habis kelas xda yg betul2 mentor nak membantu,xda mentor yg betol2 nak tgk bangsa melayu sama2 jd hebat dlm dunia saham ni... yg ada lepas kelas,bila kita nak tanye atau terlupa dikatakn bodoh,dikatakn xambil perhatian mse sesi kelas,kalo kelas dh sampai berpuluh org nak ambil perhatian mcm mne... dan mentor2 ni sepatutnye kena la faham yg nak join ni bkn org yg mmg dh byk ilmu saham tp ada yg 0 ilmu saham ni jd kene la faham situasi peserta yg nak join dunia saham ni,yg ada cuma mentor yg nak buat duit dr kelas dan bkn mentor yg betul2 ikhlas nak membantu bangsa agar berjaya mcm bangsa len yg main saham.

Anda perlukan perancangan kewangan?

sila pm untuk dapatkan consulatation
encik s,
semoga bermanfaat.

*selalu saya cakap dekat rakan-rakan baik tanya cepat sebelum nanti kena bayaq. 

life full sarcasm.