Thursday, November 27, 2014

Lima Kaedah pengurusan harta yang berhemah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sahaba-sahabat syawal semua. Agaknya dh lama syawal tidak menulis di ruangan ini. Dan lama tidak melemparkan tinta-tinta hitam di blog kesayangan syawal ini. Apa habaq pembaca yang syawal kasihi sekali? Bertemu jua kita sekali lagi kerana Allah SWT telah memanjangkan umur kita untuk berbakti kepada masyarakat di luar sana.

Walaupun sekarang masih sibuk dalam pergajian jurusan kewangan di Universiti Utara Malaysia. Masa yang ada sudah pasti syawal tidak sia-siakan dengan begitu sahaja. Bemula daripada minggu pertama sampailah lanie nak masuk minggu2 terakhir sebelumnya peperiksaan akhir bermula. Setiap minggu pasti ada program yang diikuti dan dibuat. haiyaaa.. Sampai tak cukup tangan dibuatnya...


Baik, sekarang syawal tanak bercakap panjang. Ingin terus kepada isi perbincangan kita yang seterusnya iaitu ialah 5 kaedah pengurusan harta berhemah. Apabila sebut pasal harta, semua semacam akan teruja akan? Akan tetapi bahawa ingatlah bahawa harta di dunia ini bukanlah kekal abadi. Terdapat beberapa client syawal yang baru kematian ibu dan ayah mempunyai masalah untuk menguruskan harta peninggalan si mati itu. Jadi, nasihat syawal kepada diri ini dan sahabat-sahabat di luar sana. Jika anda mempunyai harta yang bertimbun-timbun, uruskanlah dengan baik dan apabila kita tiada di dunia ini tidak akan menyusahkan keturusan kita dengan perbalahan, salah faham dan lain-lain antara kalangan keluarga. Maaf, benda ini serius dan syawal terpaksa untuk cakap. Bayang jika anda mempunyai asset sebanyak 10 juta dan anda tidak menguruskan atau meninggalkan wasiat... tak pening keturunan anda hendak membahagikan harta nanti? Jadi, mati itu pasti. maka nasihat sanak saudara anda dan kaum kerabat anda supaya cakna akan hal ini... Bukannya kami nak suruh hampa mati....

Lagi satu syawal nak kongsi adalah apabila meninggalnya si mati itu. Harta beliau berjuta-juta itu bukannya miliknya lagi, harta itu menjadi harta pusaka dan menjadi hak milik isteri dan anak-anak si mati itu. Jadi, apa sahaja harta kita di akhirat nanti? meh syawal nak kongsi adalah yang pertama harta kita adalah amal ibadah kita sepanjang mana kita hidup di dunia ini. Kedua adalah anak yang soleh? syawal hang dh ada belum? jadi mcm na nie? rugi dh satu harta. Ketiga adalah sedekah jariah yang kita lakukan di dunia ini?

Jadi kawan kawan, bagaimana dengan bekalan kita di alam kubur nanti? agak-agak cukup tak? jadi, bagaimana hendak 'overcome'  masalah ini syawal? Mudah sahaja. Dengan takaful anda boleh menyimpan untuk harta akhirat anda. Mudah kan? Bagaimana? dengan cara yang betul. Anda hanya perlu dapatkan  nasihat daripada perunding takaful yang profesional dan bertauliah leee.. sapa syawal? semestinya saya iaitu encik S yang akan consult anda sebaik yang mungkin. Cuma anda ada masa untuk kita menyelesaikan semua masalah ini...

Adoiii. dh lari tajuk syawal oii.. Nak cerita pasal pengurusan harta dengan betul hang duk p promote diri pasal apa. Apa yang syawal yang tekankan di sini adalah pengurusan dan perancangna adalah benda yang paling penting dalam hidup kita. Hidup tanpa matlamat umpama kita berlayar di tengah lautan tanpa sebarang tujuan. Jadi, apabila anda gagal merancang untuk mempunyai matlamat, maka anada telah merancang untuk gagal. Jadi, Jika anda gagal dalam menguruskan harta dan kewangan dengan bijak maka anda akan menyusahkan keluarga anda di sekeliling...


Dalam islam menganjurkan kita untuk mempunyai perancangan dalam menguruskan segala aspek dalam kehidupan. Kita sebagai muslim adalah melakukan apa yang dianjurkan?

Di sini syawal nak kongsi satu Firman Allah SWT berkaitan dengan pengurusan risiko.

“Berkata Yaakub: Hai anak-anakku, janganlah kamu masuk (ke Mesir) dari satu pintu, masuklah melalui beberapa pintu yang berasingan. Aku tidak dapat mempertahankan kamu daripada seksaan Allah sedikit pun. Segala ketetapan (hukum) itu hanya bagi Allah. Kepada-Nya aku bertawakal (menyerahkan diri) dan hendaklah semua bertawakal kepada-Nya”. (Surah Yusuf, ayat 67) 

 Menguruskan amanah

Allah menganugerah harta kepada manusia adalah untuk menguji sejauh mana mereka bersyukur. Sebagai contoh dalam Firman Allah SWT yang membawa maksud.


Dan ketahuilah bahawa hartamu dan anak-anakmu hanya sebagai ujian dan sesungguhnya di sisi Allahlah pahala yang besar”. (Surah al-Munafiqun, ayat 9) 

Pertama, Islam menganjurkan agar umatnya untuk menguruskan harta dengan baik dan bijak sana. Bukanlah pandai mengumpul harta tetapi tidak tahu menguruskannya dengan baik sehingga menyusahkan kaum kerabat. Hal ini kerana supaya kita tidak bergantung kepada qada dan qadar sahaja. Kena berusaha untuk membaiki diri.

Kedua, adalah wajib itu seseorang muslim itu untuk berusaha untuk mengumpul harta dan mengembangkan harta. Hal ini kerana pernah seseorang sahabat berkata kepada syawal kenapa mahal untuk menyumbang dalam takaful. Sebenarnya tak mahal, tetapi anda yang kedekut dan jika dibandingkan manfaat yang diperolehi dan diterima oleh keluarga kita serta di akhirat kelak.. Fikirkanlah. Sebab itu kita kena berbakti kepada tanah. Orang lanie lebih suka goyang kaki dan dunia masuk sahaja. Opps. jangan terasa.

Ketiga adalah pelindungan harta. Setiap manusia mempunyai matlamat untuk dapat kehidupan yang selesa dan terjamin daripada segi kewangan sepanjang hidup. Akan tetapi bagaimana caranya? jeng jeng.. Fikirkanlah.. jadi, sebagai jaminan untuk kita dan generasi kita terjamin hidup mereka, harta harus dijaga daripada sebarang musibah.

Keempat adalah pengagihan harta. Dalan islam menganjurkan kita untuk memperuntukkan beberapa cara atau kaedah untuk pengagihkan harta seseorang Islam sebelum atau selepas mati. Antara instrument perancangan harta adalah wakaf, wasiat, hibah dan takaful.

Dan terakhir adalah penyucian harta kerana harta adalah amanah yang dipertanggunjawabkan kepada kita. Oleh yang demikian, cuma menyucikan harta anda dengan zakat.

Akhir kata, harta boleh menjadikan seseorang itu sentiasa berasa tidak cukup hingga sanggup melakukan apa saja termasuklah rasuah atau penyelewengan. Harta yang berkat walaupun sedikit akan membawa ketenangan dan memberi kesan baik dalam segenap kehidupan.

Encik S,
Sebarang consultation pasal kewangan boleh pm FB syawal atau direct wassap
Syawal 012 5462297