Im wrote this for my special one.. hope you all enjoy it..
Abah sangat kuat.
Abah pagi petang siang malam kerja.
Abah kerja kuat nak cari makan untuk kami 5 adik
beradik.
Abah tak kisah kerja apa pun.
Asalkan dapat cari duit untuk meyara kami
sekeluarga.
Ayah memang tak pandai.
Sekolah pun sampai tingkatan 5 sahaja.
Ayah tak masuk universiti pun..
Ayah tak ada duit dan Ayah tak pandai.
Tapi ayah nak anak-anak jadi orang yang pandai... jangan jadi macam ayah.
Tapi ayah ada tulang empat kerat.
Ayah boleh kuat berkerja cari duit.
Ayah cari duit nak bagai hampa semua masuk universiti.
Ayah tak mahu kamu semua jejak langkah ayah.
Ayah tak pandai.
Kerja pun gaji sikit ja.
Tapi, ayah nak tengak anak-anak ayah berjaya.
Itu saja dapat membuatkan ayah gembira.
Ayah tak minta lebih-lebih, asalkan anak-anak ayah
hidup senang.
Dapat menegakkan Agama Islam.
Ayah tiada harta, tiada duit untuk anak-anak ayah.
Namun, ayah hanya ada kasih sayang dan didikan
agama. Itu yang mampu ayah mampu.
Ayah kerja macam-macam nak cari duit. Pagi ayah
pergi kebun, petang anak bawak teksi dan malam ayah jadi pak guard.
Tak pa.. adik tak pernah tengok ayah mengeluh. Setiap kali adik balik rumah, ayah selalu tak ada.
Emak cakap ayah pergi kerja.
Tapi tak mengapa..
Pagi-pagi lagi ayah dah bagi nak hantarkan kami
semua ke sekolah.
Masih teringat lagi bila ayah selalu siapakan
sarapan untuk anak-anak.
Ayah selalu masak nasi goreng dengan nudget.
Kemudian ayah bungkus dalam surat khabar lama.
Ayah selalu bagi wang saku 1 ringgit sehari.
Ayah selalu pesan dengan lemah lembut tetapi
tegas.
Maaf, ayah mampu bagi ini saja. adik simpan duit
ini yaa.. guna untuk masa depan.
Masih segar dalam ingatan kami dengan abang kami naik motor.
Dalam kedinginan subuh, ayah meredah kesejukkan
untuk menghantar kami ke sekolah.
Waktu itu ayah masih muda, masih kuat. Badan pun masih
sasa.
Walaupun, ayah sibuk berkerja. Ayah tak lupa
hantarkan kami ke kelas agama.
Ayah selalu cakap, walaupun kita tak pandai. Tapi ilmu
agama kena ada.
Kita lelaki, nak jadi pemimpin kelak. Pemimpin keluarga.
Pemimpin masyarakat.
Jadi jangan sia-sia waktu yang ada. Jangan jadi
macam ayah.
Bila dah besaq sikit, ayah selalu bawak pergi
kebun.
Tolong ayah angkat baja. Tolong ayah tanam padi. Tolong
ayah cabut rumput..
Tapi ayah kuat, tak pernah letih. Daripada pagi
sampai tengah hari membanting tulang di sawah padi.
Adik tak kuat, panas sikit dh mengeluh, penat
sikit dh nak rehat.
Tapi ayah selalu senyum, teruskan berkerja.
Alhamdulilah, segala hasrat ayah sudah tercapai.
Semua anak-anak sudah berjaya.
Semua dh ke menara gading.
Mendapat perkerjaan yang baik.
Namun, ayah tak pernah meminta-minta daripada
anak-anak.
Malah, walaupun anak-anaknya sudah besar.
Ayah tetap menasihati kami.
Ayah selalu ingatkan kami.
Ayah tak pernah lupakan kami.
Sekarang ayah sudah boleh bersenang lenang.
Sebab anak-anak boleh boleh mencari rezeki
sendiri.
Ayah tak pernah mengungkit kasih sayang yang telah
diberikan.
Walaupun, ayah sudah dimamah usia.
Ayah masih kuat berkerja.
Ayah tak suka membuang masa
Ayah tak suka jadi orang malas.
Sebabnya, ayah nak anak-anaknya jadi orang yang
rajin.
Ayah kuat kerja, sebab mahu anak-anaknya kuat
kerja.
Ayah tak merokok, sebab tak mahu anak-anaknya
merokok.
Ayah selalu pergi surau, sebab mahu anak-anak
rajin pergi surau.
Ayah tak paksa kami buat benda baik, tapi ayah
tunjuk perkara-perkara yang baik.
Ayah tak pernah menyusahkan kami. Kami yang selalu
menyusahkan ayah.
Ayah selalu menolong emak kat dapur.
Ayah selalu lipat kain tanpa disuruh.
Ayah selalu basuh baju sendiri kalau ada
bertimbun-timbun.
Ayah selalu kemas rumah jika ada masa terluang.
Sekarang, sebahagian anak-anak ayah sudah
berkahwin.
Ayah tersenyum riang. Berharap dapat menjadi
pemimpin untuk membimbing isteri-isteri.
Sudah dapat cucu-cicit.
Yang comel-comel.
Dan bakal dapat cucu lagi serta insyaAllah menantu
lagi.. hehe
Segala didikan ayah. Kami jadikan pedoman.
Segala nasihat ayah. Kami jadikan panduan.
Segala keringat ayah. Kami jadikan renungan.
Abah…..kami semua rindukan ayah sebenarnya.
Rindu dengan ketegasan ayah..
Rindu dengar suara mendidik ayah..
Rindu ayah kejutkan bangun pagi solat subuh..
Rindukan masakan ayah..
Rindukan untuk menglihat kerutan di dahi ayah
setelah penat berkerja.
Rindukan wajah ayah yang sedang berehat setelah
penat berkerja..
Rindukan nasihat ayah..
Adik dh mampu cari duit sendiri, di saat adik
ingin bagi duit kat ayah.. ayah menolak.
Ayah bisik ka adik. “ayah taknak adik bagi duit kata
ayah sebab dulu ayah pernah dapat duit daripada ibu bapa ayah. Ayah cari duit
sendiri waktu kecik-kecik. Jadi ayah nak adik simpan duit ini untuk masa depan.
Ayah tak kaya seperti ayah-ayah lain. Takpa, ayah ada duit sendiri.. jadilah
pemimpin yang baik nanti”
Nanges….. tembok keegoan aku runtuh jua,
menderu-deru hatiku menangis, mulianya hati ayah. Tak pernah mengharapkan
balasan..
Selama 21 adik hidup dengan ayah,
Adik bangga ada ayah.
Ayah yang cekal. Adik bersyukur dikurniakan
seorang ayah yang hebat..
Yang selalu berpesan,
Jangan jadi
macam ayah………………..