Friday, December 16, 2011

Dengan Kuasa-Mu, indahnya perjalanan ini dalam reda-Mu

Syawal teringin sangat nak join hampa, tapi nak buat macam mana masa bbq itu kemungkinan syawal dah pergi dengkil selangor dekat rumah abang syawal kerana emak dah rancang nak pergi tengok cucu kan. Dalam hati syawal " Ya Allah, nak join sangat bbq itu kerana sebelum majlis itu bermula banyak aktiviti yang dilakukan seperti gotong-royong membersihkan halaman rumah, kemudian solat magrib dan diikuti dengan bacaan yassin serta solat isyak secara berjemaah. MasyaAllah, alangkan indahnya pengalaman tersebut. Bak kata perpatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sebab itu setiap perkara yang kita lakukan Nabi sarankan untuk berjemaah dan pelbagai manfaat mungkin diperolehi. Kemudian selepas solat isyak baru kita bbq kerana dalam keseronokan masa ahkirat nanti kena seronok di dunia juga dan berbahagialah wahai orang-orang yang beriman dan bertaqwa.. 
    
      Cerita di atas adalah masalah yang syawal hadapi untuk menghadiri bbq yang dilakukan oleh kawan-kawan.  Majlis itu merupakan kenduri yang dilakukan secara berkerjasama atau bepakat dan lebih kepada majlis kesyukuran kerana kami semua sudah selamat duduki peperiksaan. Syawal dalam rancamgan pergi dengkil 15.12 dan majlis tersebut pada 16.12.. sayang kan sekiranya syawal tidak dapat hadir dalam majlis tersebut :\

   bukti kekuatan sebuah doa....
Syawal sangat berharap untuk join majlis itu namun pada masa yang sama tidak mahu menghampakan ibu kan. tapi syawal percaya bahawa Allah itu Maha Kuasa dan dia telah aturkan perjalanan hidup hambanya dengan sebaik-baiknya cuma kita perlu yakin dengan takdirnya.. SubhanaAllah, agungnya kuasa-Mu, syawal dapat hadir majlis dan insyaAllah dengan tidak menghampakan ibu untuk temankan dia ke rumah abang. Nak tahu kenapa, Abang kat Dengkil menerima tetamu adik-beradik daripada kakak ipar yang ingin bermalam di rumahnya kerana mereka ingin pergi ke New Zealand keana rumah abang syawal dekat dengan KLIA. Jadi, perjalanan syawal terpaksa di tunda beberapa hari lagi..

hehe, MasaAllah.. indahnya aturan-Mu, beruntunglah sekirantya hambanya mahu berfikir tentang kekuasaan-Nya. tengak kan, sekiranya kita yakin kepada pencipta kita. isyaAllah kita akan ditolong dengan apa cara sekalipun. Mesti Yakin dengan-Nya


apapun memang pakcik tak sabaq nak p dukung cik Hannan. pakcik miss u, tunggu ya nanti pakcik sampai
# first time hannan senyum.

Wednesday, December 7, 2011

Tauhid.. apakah itu


 Di sini syawal nak kongsi ilmu tentang tauhid. walaupun kita beragama islam, namun kita mungkin kita memahami maksud tauhid.. mungkin kita pernah dengar perkataan tauhid ini dan tahu akan maksudnya, akan tetapi adakah kita memahaminya...


Ilmu Tauhid secara umum ialah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara menetapkan aqidah agama dengan menggunakan dalil-dalil yang meyakinkan, seperti dalil naqli, dalil aqli. Sarjana barat menterjemahkan Ilmu Tauhid ke bahasa mereka dengan Theologi Islam. Secara etimologi Theologi itu terdiri dari dua kata yaitu theos berarti Tuhan dan Legos berarti ilmu. Dengan demikian dapat diartikan sebagai ilmu ketuhanan.

Perkataan tauhid berasal dari bahasa Arab wahhada, yuwahhidu, tauhidan. Secara etimologis, tauhid bermaksud keesaan iaitu itikad atau keyakinan bahwa Allah SWT adalah Esa, Tunggal, Satu.  

Dari segi istilah pula, tauhid diertikan dengan berbagai maksud yang dapat mengambarkan frasa Tauhid itu secara konseptual. Justeru, ini memudahkan kita memahami konsep Tauhid dengan lebih jelas sebelum mendalami perkara-perkara yang berkaitan dengannya secara lebih terperinci. Antara istilah-istilah yang diguna pakai ialah tauhid merupakan sesuatu ilmu untuk menetapkan akidah yang didasarkan kepada dalil-dalil yang jelas dan terang.

Menurut Syeikh Muhammad Abduh mengatakan tauhid adalah suatu ilmu yang membahas tentang wujud Allah, sifat-sifat yang wajib tetap padaNya, sifat-sifat yang boleh disifatkan kepadaNya dan tentang sifat-sifat yang sama sekali wajib dilenyapkan padaNya. Tauhid Juga membahas tentang rasul-rasul Allah dan meyakinkan kerasulan mereka.

Menurut Husain Affandi al-Jars mengatakan tauhid adalah ilmu yang membahas hal-hal yang menetapkan akidah agama dengan dalil-dalil yang meyakinkan.

Prof. M. Thahir A. Muin mengatakan bahawa tauhid adalah ilmu yang meyelidiki dan membahas soal yang wajib, mustahil dan jaiz bagi Allah dan bagi sekalian utusan-utusanNya, juga mengupas dalil-dalil yang menjadi bukti kepada akal fikiran sebagai alat untuk membuktikan adaNya zat yang wujud.

sumber: