Friday, August 3, 2012

Haha, mood syawal nk hiburkan hati.. cuba baca di bawah dan apa reaksi anda?



Jika anda bercinta 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya 
atau 
Kekasih anda jemu dengan anda. 

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah 
Tapi jika dia jemu dengan anda 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia cuba sakitkan hati anda 
atau 
Dia cari kekasih baru.

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah 
Tapi jika dia cari kekasih baru 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jadi benci padanya 
atau 
Anda tak dapat melupakannya. 

Jika anda benci padanya tak kisahlah. 
Tapi jika anda tak dapat melupakannya 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh 
atau 
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh.

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah 
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Dia jadi bodoh 
atau 
Dia kembali menjadi kekasih anda. 

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah 
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda 
2 perkara yang anda perlu bimbang
Anda jemu dengannya 
atau 
Kekasih anda jemu dengan anda

Thursday, August 2, 2012

Telah lama aku berdiam, kini aku bakal mengegarkan Dunia dan Akhirat, InsyaAllah!!


Bukit Tabur
Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di 
dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka. 

Bagi mereka yang beriman, lidah yang dikurniakan oleh Allah itu tidak digunakan untuk berbicara sesuka hati dan sia-sia. Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah. 

Oleh itu, DIAM adalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.

HIKMAH DIAM

1. Sebagai ibadah tanpa bersusah payah. 

2. Perhiasan tanpa berhias. 

3. Kehebatan tanpa kerajaan. 

4. Benteng tanpa pagar. 

5. Kekayan tanpa meminta maaf kepada orang. 

6. Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal. 

7. Menutupi segala aib.

Hadis2 Rasullulah mengenai kelebihan diam yg bermaksud:

* "Barangsiapa yang banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya.Barangsiapa yang banyak silapnya, 
nescaya banyaklah dosanya. Dan barangsiapa yang banyak dosanya, nescaya neraka 
lebih utama baginya". (Riwayat ABU NAIM) 

* "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam". 
{Riwayat BUKHARI & MUSLIM) 


* *"Barangsiapa diam maka ia terlepas dari bahaya". (Riwayat AT-TARMIZI) 

Madah Dari Berdiam:

* BANYAK DIAM TIDAK SEMESTINYA BODOH, BANYAK CAKAP TIDAK SEMESTINYA CERDIK, KERANA KECERDIKAN ITU BUAH FIKIRAN, ORANG CERDIK YANG PENDIAM LEBIH BAIK DARI ORANG BODOH YANG BANYAK CAKAP. 

* MENASIHATI ORANG YANG BERSALAH, TIDAK SALAH. YANG SALAH MEMIKIRKAN KESALAHAN ORANG. 

* KALAU ORANG MENGHINA KITA, BUKAN KITA TERHINA, YANG SEBENARNYA ORANG ITU MENGHINA DIRINYA SENDIRI. 


Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat bercakap kearah perkara2 yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih 
yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia 

Allahu Ta'la A'lam