Saturday, January 4, 2014

KENAPA AKU DIUJI?

Tatkala kita sering diuji, cuba kita renung kisah-kisah di bawah semoga menjadi pengajaran kepada kita. baru kita sedar akan luasnya kasih sayang Allah swt kepada diri kita yang kerdil ini walaupun kita sering melakukan dosa. Jadilah pendosa yang berjaya. Dimana dia sedar telah melakukan dosa dengan segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.. Jadilah pendosa yang bijak!!

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12
 

Thursday, December 26, 2013

Tekanan ketika musim peperiksaan.



   Sebenarnya apa yang syawal buat ini adalah sekadar suka suki seka... Namun, apabuila difikirkan balik. rasa seronok, rasa puas rasa besh. Dalam kita mengembirakan orang. dalam diam diam diri kita seronok. mungkin begini juga rasa rasulullah dalam berniaga dan mengembala kambing time kecik-kecik dulu. Ketika zaman seusia baginda sedang seronok bermain masak-masak, bermain aci lingan, bermain buaian. eh? ada kah? perumpamaan ja. hahaha. seronok beb. adoi ayat keyel lak hang syawal.. Tapi just nk kongsi kepuasannya dengan hampa semua. Jika kita buat perkhidmatan sampai orang tersenyum lebar. terasa mcm dunia ini kita yang punya. walaupun tak mengharapkan keuntungan semata-mata. Membuatkan pelanggan jersey latest shop tersenyum gembira adalah satu kemestian.

memang penat, tatkala nk study, ada ja laptop yang bermasalah untuk ditengokkan. tapi semua ini adalah rezeki. Alhamdulillah, walaupun baru setahun jagung berkecimpung dalam dunia ini. sudah mampu belikan kereta untuk ayah syawal. sudah lama syawal target untuk tidak meringankan beban ibu bapa syawal selama ini. Sedih tengak ayah syawal yang gaji tak seberapa sebagai pengawal keselamatan di sebuah syarikat swasta di alor setar mengenetepikan segala kemahuannya semata-mata ingin memastikan kami semua anak beranak berjaya melanjutkan pelajaran ke sekolah dan berjaya melanjutkan ke menara gading. Beribu-ribu tahniah anakmu ucapkan kerana kasih sayang ayah telah berjaya mendorong 4 daripda 5 orang anak berjaya menjejak kaki ke menara gading.

Bukannya ini menyalahkan takdir kalau mengadu kekurangan yang ada. Tapi ini adalah perkongsiam untuk memotivasikan diri ini agar lebih kuat dan tabah untuk terus melangkah, telah kuat untuk membuatkan ibu bapa syawal terus tersenyum selama mana yang mungkin. Teringat lagi, dengan dengan motor honda ex5 sahaja ayah dalam kesejukkan menghantar kami semua ke sekolah, bangun seawal yg mungkin untuk menyediakan bekalan kami ke sekolah. berada di tengah panas untuk menjemput kami semua pulang daripada sekolah. letakkkan segala kemahuan ayah di tepi semata-mata untuk membayar yuran sekolah kami. memastikan kami tak kelaparan ketika di universiti..
dah2. xdapat syawal nak teruskan kerana jasa anda sangat tak terbalas.. sebenarnya nk sambung cerita.. nanti adik sebelah menangis tak pasai..

nasihat syawal. berusaha kamu membahagiakan kedua ibu bapa anda sebelum anda memberikan cinta kepada orang yang belum halal bagimu.


Daripada kelam dunia anda.. pasti disinari dengan cahaya keimanan...
Satu lagi laptop berjaya kami selesaikan.
Masalah laptop ini adalah...
1. Windows corrupt
2. File hardisk corrupt.
3. Diserang virus daripada dkg 6. (melalui risikan)
4. Virus daripada external kawan-kawan. ( melalui pengalaman)
5. sekali laptop kita pun kena virus..
6. virus tahap dewa nie..
Amek masa yang lama sebab mulanya tak dapat detect apa masalah sebenarnya. kemudian terpaksa korban file-file penting untuk buang virus tersebut.. Jadi, mohon semua hati-hati apabila amek cerita dekat kawan-kawan. maklum la stress stdy.. nanti Jersey Latest Shop pun stress. kikikiki