Tuesday, June 28, 2011

Mencari kebenaran


Peristiwa yang penting untuk umat islam ialah israk dan mikraj. Semua sudah maklum tentang kejadian tersebut yang menceritakan perjalan Nabi Muhammad ke langit ke tujuh. Namum, peristiwa yang paling penting ialah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam. Bagi memberkati hari yang mulia ini, kita mulakan dengan membaca Al-quran. Berlaku satu kejadian yang syawal tak sangka kerana persoalan yang bermain di fikiran syawal terjawab. Tidakah pernah kita terfikir.


Syawal tertarik dengan ayat yang syawal baca semasa pagi tadi dan rasa nak kongsi dengan semua orang. Kita tahu di dunia ini ada banyak agama, tetapi adakah agama islam itu benar. Jadi persoalan itu terjawab setelah syawal membaca terjemahan surah Al-i-Imran ayat 19. Syawal rasakan sedang berkomukasi dengan-Nya kerana ini dalam fikiran syawal selalu terfikir, adakah agama yang kita anuti ini benar. Jika benar, apa buktinya.


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّـهِ فَإِنَّ اللَّـهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿١٩﴾

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.


فَإِنْ حَاجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِيَ لِلَّـهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ ۗ وَاللَّـهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ ﴿٢٠﴾

Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya


Syawal bukanya nak mentafsir ayat al-quran di atas. Cuma untuk renungan bersama disebabkan oleh persoalan yang dikemukan oleh sahabat syawal. Harap dapat menambah sedikt ilmu dan ditetapkan iman. Kita cuma hendak mengenal cinta antara manusia berbanding mengenal pencipta kita iaitu tuhan di dunia ini. Setelah kita mengecapi cinta dari sang pencipta. Insyallah cinta sesama manusia akan lebih manis. Apa yang terjadi dalam masyarakat kita adalah terbalik kan? Masa tua baru ingat kat tuhan. Ingatlah kematian itu bukannya berlaku waktu kita tua saja.

Friday, June 17, 2011

Berjalan masa cuti

Pada hari isnin bersamaan 6 june 2010 syawal bersama-sama sahabat syawal pergi berjalan-jalan untuk mengisi masa cuti ini. Syawal, ikhwan zulhelmi, adib dan najmi or jimmy pergi ke matrikulasi kedah, canglun. Tetapi sebelum itu, kami bertiga kecuali najmi pergi makan kenduri kat rumah tahqif kerana perkahwinan kakaknya.

 
 

Bukan nak cerita pasal kenduri la, pasal pergi canglun nihh. Selesai makan kenduri kami balik la rumah syawal kerana hendak tunggu najmi mai rumah.. Nak tengok apa lepa buat? Adib kiri, ikhwan kanan.. Lambat betul la najmi nie...

 
 


 
 

 
 

Oklah.. Duk tunggu najmi mesej dulu dengan kawan-kawan kan adib. Then cerita kat lepa nak kuaq dengan orang yanghampa duk berebut.

 
 

Setelah najmi sampai kat rumah, bermulalah perjalanan kami dengan dimulai dengan doa naik kenderaan yang syawal baca dalam hati..kemudia, berlakulah berbalahan sedikit tentang tempat yang hendak di dituju…. Ada kata yang p arau, ada yang nak p yang, ada yang nak p queenbay, ada yang nak p peneng. Bagi syawal hampa duk bertengkaq pun takdak guna aiihh.. P isi minyak dulu, lepas tuh baru kita bincang p mana. Kalau setakat minyak ada 2 bar ja, toksah duk hingaq la.. Haha taleh p mana pun.. Pusing alor staq jaa..

 
 

Kesimpulannya, tersetuju semua nak pergi bekas matrix ikhwan z di canglun. Di sini dia berjaya menamatkan pergajiannya selama satu tahun dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Taniah syawal ucapakan.

 
 

 
 


Apa ni ikhwan, usha sapa kat atas tuhh…
 
 


Ni pula adib, nak buat cerita titanic ka.

 
 

 
 




Persekitaran kolej matrikulasi canglun(gajah mati)

Canglun di ambil sempena perkataan siam yang membawa naksud 'gajah mati'

Kata salah seorang lecture ikhwan zul



Kami nak balik dah, selamat tinggal changloonnn.

 
 

 
 

Baik lah, kemudian kami meneruskan perjalan ke Lye Huat Garden. Mesti orang yang di luar kedah bahkan orang kedah pun tak tau apa tempat ini kan. Jadi syawal nak buat promosi cuti-cuti malaysia la. Lye Huat Garden ini merupakan tempat seakan-akan memuzium yang menempat pelbagai arca atau barang dari negara china.sebagai contoh, arca Terra Cotta, Lorong nostalgia, mini langksap dan ada mini zoo.. Memag besh la tempat ni kalau tengok dari luar. Kalau tengok dari dalam memang tak dapat terluah dengan perkataan.. Hampa p tengkok la sendiri

 
 

Bawah nie garden dia la:


 
 

 
 

Bawah ini pula benda yang ada kat dalamnya...

 

 
 

Hampa mesti hairan kan kalau syawal katakan tadi kalau tengok kata dalam tak terucap dengan kata-kata kerana kami tak masuk pun… haha, disebabkan oleh masa yang tidak mengizikan. Tempat itu dah nak kena katup, jadi kalau masuk mesti tak puas nak jalan-jalan kat dalam tuh.. Nasihat syawal kalau nak pergi kena pergi awal-awal dan buat persediaan yang sempurna baru percutian kita seronok.!!!

 
 

Tak caya tengok la muka mereka nie

Najmi, adib dan ikhwan


 
 

 
 


 
 

 
 

Dari raut wajah mereka yang ansem-ansem belaka nioe. Ternyata perjalanan kali ini tersangat yang menarik bagi mereka ini…