Thursday, July 14, 2011

Menjadi seorang iman?


Pertama kali taniah diucapkan kepada amar affandi kerana telah melafaz akad nikah dengan lancar dan sempurna. Tetapi, sebelum itu amar menghadapi pelbagai cabaran untuk menlafazkan kalimah teragung yang dinanti oleh setiap wanita islam di muka bumi ini iaitu “ aku terima nikahnya………………………….”. setelah akan nikah tersebut, hatiku tersentuh kerana seorang umat Muhammad telah Berjaya menyempurnakan sebahagian daripada agamanya iaitu pernikahnya dalam usia yang masih muda. Pernikahan ini sangat indah kerana kita dapat menghindari daripada kemaksiatan dan perkara yang takuti ialah zina hati. Walaupun kita berusaha untuk tidak melakukan zina, akan tetapi zina hati tetap bermain di fikiran kita. Oleh itu, wahai umat Muhammad, segeralah berkahwin sekiraya berjumpa dengan pasangan yang yakin pada agamanya. Jangan membuang masa dengan ber’kapel’. Carilah keredaan Allah dan cintai-Nya lebih daripada kita sayang pada diri kita kerana dunia hanya sementara dan akhirat tempat bersenang-lenang bagi orang yang beriman.

Pada hari sabtu bertarikh 18.6.2011 bersamaan 16/Rejab/1432 AH adalah penikahnya amar dengan pasangannya syahirah. Sekiranya hendak diceritakan kisah perkenalan mereka ini sangat indah tetapi sekiranya tahu tanyalah sendiri kepada empunya badan kan. Akad nikah dilangsungkan dia Masjid Batu Hampar yang berwarna hijau yang terletak di Pendang.Di sini syawal ini berkongsi pengalaman syawal menghadiri masjlis pernikahan tersebut.
Syawal bertolak dari rumah setelah dijemput oleh jari tough dalam pukul 12.50 tengah hari. Majlis bermula selepas zuhur dan kami masih sempat untuk sampai dekat pendang kerana menggunakann lebuhraya. Setelah sampai di masjid, kami sambut mersa oleh amar di hadapan pintu masjid dengan wajah yang berseri-seri. Dan kami berbangga kerana hanya kami dan aizat kawan sekolah yang hadir pada hari itu.. syawal dengan jari bersembang dengan aizat yang datang lebih awal, dan kami semua sedang menunggu kedatangan tok kadi sementara amar bersembang dengan tok aji yang member sedikit petua menghilangakn kegentaran.
Masa yang ditunggu sudah datang kerana tok kadi dah mai an tanpa member salam terus memanggil “ mana anak teruna nih”. Ahha. Amar kecuakan. Lalu amar dengan bingkasnya bangun pergi kepada tok iman dengan penuh “confident” orang kata.. haha
Bermula la masa untuk bercanda dengan tok iman dahulu. Sementara menunggu saksi, dan kelengkapan dan surat dan apa yang hal yang berkaitan. Amar ditemuduga oleh tok kadi dahulu dan antara soalan yang syawal sempat dengar dia ialah

1. mengaji mana?
2 tentang hukum solat sikit
3. tentang rukun nikah
4. tentang hukum Rukun Qauli Bacaan Dalam Solat .
5. sedikit bacaan doa

Alhamdulilah amar selamat menghadapi ujian tersebut dan pelbagai karenah yang dihadapi oleh amar semasa majlis tersebut berlangsung. Kami yang di belakang turut merasai kegentarannya kerana sudah pasti masa kami pun akan tiba tak lama lagi kan. Selepas amar selesai melafazkan akad nikah diteruskan membaca janji suami kepada isteri(selalunya isteri suka mendengar ikrar ini kerana menekan tentang hak-hak isteri dalam perkahwinan) disamping dengan menyain dokumen-dokumen penting tentang penikahan.
Selesai masjis tesebut, semua orang mulai meninggalkan masjid dan syawal belum keluar dari masjid kerana belum menunaikan solat zuhur kerana tiba sedikit lewat di masjid tadi. Setelah syawal selesai solat amar datang bersebelahan dengan saf solat syawal untuk menunaikan solat 2 rakaat tanda kesyukuran kerana berjaya menjadi seorang IMAN kepada sebuah keluarga islam. Setelah amar selesai membaca doa syawal dengan bertentang mata dengan amar dan mengucapkan taniah sambil berdoa agar berbahagia dan mencipta keluarga yang islamik serta berjaya memperoleh zuriat yang soleh.

Seterusnya, kami semua pergi kerumah pihak perempuan yang terletak di pendang dan kampung yang tidak dikenal pasti(sebab kali pertama mai kampung itu). Ada sebahagian rakan-rakan uiam amar menyatakan kampung pinang sebatang dengan nada bergurau. Haha, baiklah kepada kepada topik asal tujuan pergi ke rumah pihak perempuan ialah untuk menghantar barangan hantaran dan menjamu selera iaitu laksa dan kuih muih. Sekirnya bercerita makan memang banyak sungguh juadah yang di hidangkan sehinggakan semua makanan tinggal pinggan sahaja dimakan oleh jari kerana dia tak makan apa-apa lagi sejak tengah hari tadi. Antara makanan yang disediakan ialah buah tembikai, agar-agar, dadih, kuih yang lupa nama.. bukan tak tahu k. Haha.
Setelah syawal kekeyangan dan jari masih belum kenyang kerana dia kata nak singgah makan kat pendang dulu sebelum balik ke alor setar. Kami bersama kawan kawan uiam amar pergi masuk untuk berjumpa pasangan yang telah berjaya diijabkabulkan sebentar tadi. Kami semua dalam kira-kira 20 orang termasuk adam( salah seorang pelajar uiam yang berbangasa negro) mengambil kesempatan mengambil gambar sebagai tanda ingatan. Gambar kat dalam rumah itu syawal tak dak la pula kerana amar tak ‘upload’ kat fb.. tapi ada satu gambar semasa itu kampung itu semasa nak pulang dah.


Syawal, Ammar, Syazari

Tuesday, June 28, 2011

Mencari kebenaran


Peristiwa yang penting untuk umat islam ialah israk dan mikraj. Semua sudah maklum tentang kejadian tersebut yang menceritakan perjalan Nabi Muhammad ke langit ke tujuh. Namum, peristiwa yang paling penting ialah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam. Bagi memberkati hari yang mulia ini, kita mulakan dengan membaca Al-quran. Berlaku satu kejadian yang syawal tak sangka kerana persoalan yang bermain di fikiran syawal terjawab. Tidakah pernah kita terfikir.


Syawal tertarik dengan ayat yang syawal baca semasa pagi tadi dan rasa nak kongsi dengan semua orang. Kita tahu di dunia ini ada banyak agama, tetapi adakah agama islam itu benar. Jadi persoalan itu terjawab setelah syawal membaca terjemahan surah Al-i-Imran ayat 19. Syawal rasakan sedang berkomukasi dengan-Nya kerana ini dalam fikiran syawal selalu terfikir, adakah agama yang kita anuti ini benar. Jika benar, apa buktinya.


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّـهِ فَإِنَّ اللَّـهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿١٩﴾

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.


فَإِنْ حَاجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِيَ لِلَّـهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ ۗ وَاللَّـهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ ﴿٢٠﴾

Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya


Syawal bukanya nak mentafsir ayat al-quran di atas. Cuma untuk renungan bersama disebabkan oleh persoalan yang dikemukan oleh sahabat syawal. Harap dapat menambah sedikt ilmu dan ditetapkan iman. Kita cuma hendak mengenal cinta antara manusia berbanding mengenal pencipta kita iaitu tuhan di dunia ini. Setelah kita mengecapi cinta dari sang pencipta. Insyallah cinta sesama manusia akan lebih manis. Apa yang terjadi dalam masyarakat kita adalah terbalik kan? Masa tua baru ingat kat tuhan. Ingatlah kematian itu bukannya berlaku waktu kita tua saja.