Thursday, December 29, 2011

Kunci neraka

Contohilah sikap semut yang sentiasa berkerjasama walaupun
hidup dalam bilangan yang ramai serta tidak berpuak-puak. 
Sifat Sombong
Salah satu ciri sifat sombong ialah enggan menerima teguran orang lain. Sebagai contoh, kita menegur kawan kita supaya kita agar mengurangkan gula dalam pengambilan makanan agar tidak mendapat berbahaya seperti diabetes namun dia membalas " arhhh, aku tahu la, hang sibuk apa pasal jangan la duk sibuk menjaga tepi kain orang". MasyaAllah, dalam islam tiada istilah menjaga tepi kain orang tetapi lebih kearah kebaikkan bersama. Kita dituntut untuk menasihat dan melarang pekara-pekara yang mendatangkan memudaratan dan bukan gatal-gatal untuk mencampuri urusan orang lain.

Seterusnya ialah berkawan atas dasar kepentingan diri sendiri.Sebagai contoh, kita hanya berkawan dengan orang yang berada sahaja dengan harapan dapat menumpang populariti individu terbabit. Jauhilah sifat ini kerana tidak akan membawa anda ke mana-mana. Jika anda berkawan dengan orang susah, anda dapat melihat cara orang miskin begaul manakala pada masa yang sama anda berkawan dengan orang yang berada. Maka, beruntunglah orang yang selalu berfikir kerana anda dapat membuat perbandingan antara cara orang kaya dan miskin dapat menjalani kehidupan. Nak kongsi satu cerita, ada seorang sahabat syawal. beliau seorang yang peramah dan berkawan dengan semua orang tidak kiran miskin atau kaya. Melalui penceritaan beliau, berliau dapat membuat perbandingan cara orang miskin dan orang kaya menyambut perayaan Aidil Fitri. Pada tahun 2008 mungkin, dia pergi beraya di kawasan kampung di pendalaman Pendang iaitu kampung Charok Kudong ( cari la dalam google kot2 ada). Sambutan di sana lebih bertujuan untuk mengeratkan silaturahim seperti amalan bergotong-royong dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Manakala, orang kaya juga bertujuan mngeratkan silaturahim tetapi cara lebih mudah seperti mengupah katering, kuih-kuih yang mahal dan sebagainya. Untuk pengetahuan, dalam islam tidak melarang kedua-dua cara asalkan mengikut kemampuan dan tidak membazir.

Sikap yang merasakan diri hebat.. Sikap ini pada asasnya baik namun jika niat kita salah maka adalah termasuk kedalam sifat sombong. Contohnya, kita berniat untuk menjadi insan yang hebat, terkenal, tersohor bertujuan menyumbang jasa kepada masyarat itu ada perlu. Namun begitu, jika kita berasa hebat seperti sikap firaun itu minta-mintalah dijauhi.

Suka marah-marah di depan orang ramai, ini punya sikap syawal sangat tak suka.. hehe, contohnya duk post kat wall orang tulis macam diri dia kuat sangatlah tak bagus. Jadi, hendaklah buang sikap itu. Cuba kita pendekatan lembut tapi tegas. Ingat, kena tegas juga sebab kalau berlembut saja nanti orang pijak kepala kita.

Sukar untuk minta maaf dan berterima kasih.. Sifat ini kalau tak dak kat dalam diri kita syawal jamin hidup memang tak seronok sampai tua. Ada satu cerita, kawan syawal pergi la temuduga kerja. Selesai temuduga itu, bos berbanga cina dan beragama tidak pasti yang pasti bukan islam memberitahu jika dapat kerja dia akan 'call'. Alhamdulilah kawan syawal dapat kerja itu, dalam perbualan tersebut:

   Mr Chan "taniah anda telah mendapat pekerjaan tersebut, TERIMA KASIH"
  Kawan syawal "(terkedu), sapa yang sepatutnya ucap terima kasih ni.


Ego atau sombong adalah sifat mazmumah yang tidak disukai oleh Allah SWT. Maka, jauhilah sikap ini kerana ia dapat menpengaruhi tanggap orang lain terhadap diri anda dan sudah pasti anda ingin hidup dengan aman di dunia ini kan. senang sahaja, ikut perintah Allah dan tinggalkkan larangannya.")

Cabaran dalam berdakwah.. kuatkanlah hatiku

Aku mungkin tidak seberani Nabi Ibrahim,
tidak setabah Nabi Yunus,
tidak seikhlas Nabi Ismail,
tidak sekuat Nabi Nuh,
tidak sepintar Nabi Musa,
tidak setulus Nabi Isa dan

tidak seagung Nabi Muhammad..
Namun, aku memerlukkan semua kekuatan itu untuk memastikkan nilai-nilai islam tetap bertebaran di muka bumi ini. Kita harus belajar daripada kisah-kisah anbiya iaitu para nabi yang terdahulu yang telah menempuh pelbagai ranjau dalam meyebarkan dalam menyedarkan manusia tentang kekuasaan Allah. Sebagai contoh, bagaimana Nabi Ibrahim dicampak kedalam api oleh raja namrud pada suatu ketika dulu, Nabi Musa berhadapan dengan Firaun iaitu bapa angkat yang menjaganya pada ketika baginda masih kecil. Tetapi, apa-apa sebabnya, mengesakan Allah itu menjadi perjuangan utama.

                             bagi sesiapa yang tengok pic di atas apa pendapat anda...

Pertama sekali, syawal ingin memohon maaf atas nasihat dan teguran yang tidak disegani oleh anda. Syawal tidak berniat untuk menyakitkan sesiapa, prinsip syawal adalah jika A masuk syurga, maka si B pun mesti turut masuk syurga contohnya sekiranya kita baik la sangat dan kita berbahagia di ahkirat tetapi kawan-kawan kita sengsara di ahkirat kelak dan bagi syawal perkara itu sangat tidak mnyeronokkan.

 Sejujurnya, syawal sebagai kawan hang tidak berniat untuk menyakiti anda wahai sahabatku, apa yang syawal ingin syawal sampaikan adalah untuk beringat-ingat ketika kita hidup, tak semua yang kita lakukan di dunia ini orang suka, ada juga tak suka. jadi berusahalah agar setiap tingkah laku kita sentiasa mendapat redanya.

Sebenarnya, syawal agak terkilan dengan pernyataan di atas, namun syawal yakin Allah sentiasa bersama-sama hamba-Mu yang ingin bertaqwa. Niat syawal nasihat bukan untuk anda semata-mata kerana dalam syawal menasihati orang secara tidak langsung dapat menghindari diri syawal daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah.

Bagi anda di luar sana, jika kita yakin di jalan yang benar maka usah gentar dan takut serta yakinlah bahawa Allah sentiasa berada bersama-sama kita. Allah sedang menguji hamba-Nya, syawal anggap ini adalah titik permulaan dalam menegakkan syariat-Mu, dan ini merupakkan cabaran yang akan syawal hadapi!

  **sampaikan walaupun dengan satu ayat: sabda Nabi Muhammad SAW