Wednesday, July 4, 2012

Tetamu kecil-Mu


Syawal tahun ini bertepatan dengan kedatangan musim dingin. Kulihat seorang anak kecil berusia 6 tahun memandang ke langit sambil menadah kedua tangannya. Satu, dua, tiga......titis-titis airmata mengalir dari pelupuk matanya. Kulihat cahaya cinta kasih dalam matanya. Wajahnya memancarkan keramahan dan kedamaian. Mulutnya kumat kamit….(dia sedang berdoa)

Selimut malam, kelambu langit, semilir angin musim dingin dan lalu-lalang manusia tidak membuatkan anak kecil itu terusik. Dia bercengkerama asyik dengan Kekasihnya. Dia larut berbincang dengan Tuhannya. Ada rasa ingin tahu mengajak aku menghampirinya. Apa gerangan yang dipinta dari Tuhannya itu. Perlahan aku mendekatinya dan dengan kepala tunduk, aku duduk tepat di belakangnya. Dia khusyuk, tak terusik dengan kedatanganku. Dari jarak yang tidak seberapa itu, sayup-sayup aku mendengar sebuah rintihan dari mulut mungil itu, meskipun dihiasai dengan tangisan namun, dengan jelas kudengar suara parau itu.

Sahabat, dengarlah dia merintih, mengadu kepada Kekasihnya;

Setelah dia mengucapkan puji dan syukur kepada Allah SWT,
Setelah dia menyampaikan selawat kepada manusia yang paling dicintai oleh ALLAH SWT,
Setelah dia melafazkan salam kepada manusia-manusia yang disucikan oleh ALLAH SWT,
dia mula mengadu kepada Kekasihnya……

Dengarkanlah, wahai Tuhanku...
Lihatlah,
para miskin dan peminta telah berhenti di pintuMU
Para faqir dan papa telah bersimpuh di di hadapanMU

Perahu musafir telah merapat dan berlabuh
di pinggir Keagungan dan KemuliaanMU
Mereka mendendangkan lagu, memujiMU
mengharap agar dapat memasuki
pelantar rahmat dan nikmatMU

Wahai Tuhanku,
sekiranya Engkau tidak mahu mengampuni mereka
dan mengabulkan permintaan mereka
kecuali orang-orang yang telah Engkau sucikan,
lalu, bagaimana dengan mereka
yang tidak segaja kerana kedunguannya
tenggelam dalam samudera dosa dan nista?

Tuhan,
apabila Engkau tidak mahu mengampuni dosa-dosa mereka
kecuali orang-orang yang taat kepadaMU,
lalu, bagaimana dengan mereka
yang telah mengabaikanMU
sementara mereka sama sekali tidak sengaja melupakanMU?

Tuhan,
jika Engkau memang tidak mahu menerima mereka
sebagai tetamuMU
kecuali mereka yang telah menghabiskan waktunya
sibuk beribadah dan memujiMU,
lalu bagaimana dengan manusia
yang telah menghabiskan waktunya
menjauh dariMU
hanya kerana tidak tahu
bagaimana cara beribadah dan memujiMU?

Wahai Tuhanku,
sungguh beruntung mereka
yang telah melelahkan kesempatan
di bulan penuh rahmat ini berzikir,
memuliakan AsmaMU,
merengek-rengek meminta belas-kasihMU
tanpa melupakan nikmat dunia pemberianMU
lalu Engkau mengabulkan semua yang mereka dambakan

Sungguh! mereka telah merdeka
Sungguh! mereka telah lepas dari sambaran panas neraka

Dan Tuhan,
sungguh kami adalah hambaMU yang berlumur dosa
hambaMU yang masih asyik dan mesra melayani bisikan nafsu
lalu melupakanMU
hambaMU yang selama ini tanpa sengaja
telah mengadukan segala kekurangannya kepada selainMU

Sungguh! kami adalah manusia yang rugi
Sungguh! kami lupa bahawa di bulan ini
sebenarnya Engkau telah membuka pintu rahmatMU
lalu Engkau dengan kasih dan sayangMU
telah mempersilakan kami masuk ke altar suciMU
dan menerima kami sebagai tamu agungMU

dan...
sekarang kami baru sedar
setelah bulan hidangan itu berlalu
dan Engkau sesungguhnya telah menjamu kami
dengan sebaik-baik hidangan.

Tuhan,
ampunilah kami..
ampunilah kami..
ampunilah kami..
ampunilah kami...
ampunilah kami....
ampunilah kami...
ampunilah kami....
ampunilah kami....
ampunilah kami....
ampunilah kami....

Tiba-tiba kulihat anak kecil itu tidak berkumit lagi. Sungguh, dia adalah tetamu kecil Tuhannya.. Ilahi ampunilah kami...


©dinmiskin/syawal1423H
 

Tuesday, May 8, 2012

Kisah Pemuda Islam Moden yang mencari erti Islam yang sebenar..

Kiranya engkau tahu, apa di hatiku yang ini mendampingimu, mahukan mahukan dikau berdoa untukku ").. Sebenarnya syawal perlukan semangat untuk menulis, perlukan idea untuk berkarya, perlukan roh untuk bernafas, dan aku perlukan bermacam-macam lagi untuk aku terus berjaya. Bagaimana ingin aku dapatkan? sudah pasti berusaha, namun sudah pelbagai cara telah aku lakukan namun masih belum menampakkan kejayaan ataupun kerjayaan itu semakin jauh daripada diri kita, mungkin kita juga yang pergi meninggalkan kejayaan yang hampir sejengkal lagi untuk kita gapai? wah, malangnya nasih jika hal sebegitu terjadi. Mengapakah hal begitu terjadi? Sudah pasti anda kekurangan sesuatu, iaitu berdoa! anda ingat doa hanya cakap sahaja ka?haa,,,tidak sama sekali yang kawan-kawan yang dikasihi oleh Allah swt. Jadi, apabila anda berdoa, memohon, meminta mestilah ikhlas, tulus, luhur yang lahir daripada hati nuraini anda yang suci murni itu. Jika anda berdoa bersungguh-sungguh, Insya-Allah akan diperkenakan olehNya. Tetapi jangan anda meminta yang bukan-bukan, sah-sah la tak dapat kan. Contohnya minta bmw 5 series ka, tapi anda kerja gaji sebulan Rm 500 sahaja, jadi jangan la duk bermimpi nk memiliki kereta tersebut. Kalau mahukan yang kereta main boleh la. Eh, ada ka kereta bmw 5 series... haha, entah2 belum kuaq lagi. Namun, jika sudah memohon yang setulus ikhlas yang mungkin masih tidak dimakbulkan doa anda itu, janganlah kalian berasa sedih mahupun berputus asa. Percayalah anda akan dianugerahi sesuatu yang bernilai daripada apa yg anda mohonkan itu..

Ok, sekarang syawal nak berdoa kepada Allah agar diberikan kekuasaan, tenaga, idea, ilham, dan semangat agar syawal dapat menulis dan berdakwah di jalan-Nya. Amin, anda doakan sama ya ") jutaan terima kasih kepada anda yang sudi berkongsi masa anda selama 1 minit untuk berdoa kepada syawal. Doa anda sangat-sangatlah syawal hargai....

Selesai sudah berdoa, sekarang syawal nak kongsikan satu cerita tentang seorang pemuda yang yakin tentang betapa hebat kekuatan sesebuah doa ")

Pemuda ini mahukan harta sebanyak Saidatina Uthman untuk membantu Islam di palestin,
Pemuda ini inginkan kegagahan seperti Saidatina Umar untuk menentang musuh Islam,
Pemuda ini dambakan kesabaran setinggi Saidatina Abu Bakar untuk menegakkan Islam,
Pemuda ini ini mati syahid seperti Saidatina Ali demi Islam tercinta,
Namun, Pemuda ini rindukan Rasulullah melebihi segala-galanya.

ada seorang pemuda yang berwawasan dan bercita-cita tinggi sedang merenung masa depan yang bakal di lakarnya di awan yang tertinggi.(wah, intro yang menarik, abaikan teruskan membaca ") Beliau yang mempunyai masa yang lapang dan terluang setelah selesai menduduki peperiksaan spm dan berjaya mendapatkan keputusan yang agak cemerlang. Alhamdulilah dan tahniah diucapakan kepada pemuda tersebut. Pemuda ini selalu pergi servis printer di sebuah kedai barangan komputer di bandar alor setar. Kemudian dia ternampak iklan 'jawatan kosong' di pintu kedai tersebut. Pemuda tersebut berhasrat untuk memohon pekerjaan di kedai itu. Nak tahu kenapa? sebabnya ialah beliau hendak mempelajari bagaimana untuk menservis dan membaiki printer yang selalu beliau bawa ke kedai komputer tersebut. Cuba anda bayangkan sekali pemuda tersebut pergi servis printer dan tambah ink, tukaq cartridge dan sebagainya, beliau akan di caj sebanyak RM 10 ringgit, bayangkan jika beliau pergi 10 kali dh kena caj Rm 100 kan? dia berfikir, jika aku kerja di kedai komputer tersebut, aku akan belajar untuk servis printer sendiri dan tak perlu lagi dicaj. Oleh hal yang demikian, beliau akan jimat duit caj serta mempelajari sesuatu benda baru dan dapat gaji? hebat kan cara pemuda ini berfikir kan? harap kita juga berfikiran sepertinya. Akan tetapi, tauke kedai tersebut berbangsa Cina, dan semasa ditemuduga oleh tauke itu,   tauke itu memberi ruang dan peluang untuk memudahkan pemuda itu pergi menunaikan kewajibannya sebagai seorang Muslim, Alamdulilah yang mampu diucapkan oleh pemuda tersebut.. MasyaAllah, tuhan telah mempermudahkan pemuda tersebut dalam memdapatkan perkerjaan..

Haaa, anda jangan ingat kegembiraan akan sentiasa berlaku yer,, Bermula la hari pertama pemuda tersebut mula berkerja di kedai komputer tersebut. Hari pertama pemuda itu diajar bagaimana memasukkan duit ke dalam mesin duit, bagaimana menulis resit dan mengenali barang-barang yang terdapat di kedai tersebut. Alhamdulilah, segalanya berjalan dengan lancar. Sedar tidak sedar, beberapa jam telah berlalu dan pemuda tersebut seronok dengan pekerjaannya itu kerana beliau dapat belajar banyak benda baru. Kemudian, pemuda itu menoleh jam berjenama casio di tangan kirnya. Subhanallah, jam di tangannya sudah melewati 3.30 petang. Beliau teringat bahawa dia belum menunaikan solat Zuhur, PUAS pemuda itu pusing di dalam mall yang terletak di di bandar alor setar itu untuk mencari surau, malang tidak terjumpa. Kemudian, di ketemu pak cik clearner yang berkopiah dan bertanya tentang letaknya surau. Pak cik berkopiah itu mengeleng dan berkata kalau adik nk solat pergi kat masjid di luar yang tidak jauh daripada mall itu sekitar 100 meter daripada mall itu. Masjid yang permuda itu pergi adalah masjid yang terkenal di bandaraya alor setar. Setelah selesai pemuda tersebut menunaikan kewajibannya, beliau kembali berkerja di kedai komputer tersebut. 

Ini adalah pergalaman kali pertama pemuda tersebut berkerja di mall tersebut, di hati tersebut. tertanya-tanya, negara Malaysia yang agama rasminya ialah agama Islam. Namun kenapa tiada surau di mall tersebut. Daripada pemerhatian permuda tersebut, memanglah majoriti penjual di mall tesebut bukan beragama islam, tetapi majoriti pembeli adalah beragama islam. Maka, perlulah disediakan surau. Bayangkan perkerja yang beragama seperti permuda tersebut, mesti mereka kena keluar daripada mall itu untuk pergi ke masjid yang berdekatan. Kalau ada motor mudah la untuk pergi, bagaimana untuk pekerja yang tiada kenderaan untuk digunakan, pecah peluh juga untuk pergi ke masjid yang terdekat serta memakan masa. Itupun jika mereka pergi, yang tak pergi berapa pula? bayangkanlah. Harap anda faham, jika nak cerita pasal hal ini memang kisah pemuda itu tak dapat syawal nk teruskan. 

Begitulah kehidupan pemuda itu setelah masuk waktu solat, beliau terpaksa keluar daripada mall dan mendapatkan motor untuk pergi ke masjid itu. Setiap hari rutinnya begitu dan beliau tidak sedikit pun mengeluh, bayangkan jika hari hujan? Beliau terpaksa meredah hujan semata-mata untuk menunaikan solat. Subhanallah, semoga Allah sentiasa berikan kekuatan kepada pemuda tersebut untuk sentiasa berada di jalan reda-Mu. Namun, pemuda itu tetap dengan kepercayaannya bahawa ada hikmah si sebalik semua ini. Tambahan pula, beliau dapat memandang masyarakat daripada pelbagai sudut. Memandang realiti masyarakat Islam yang sebenar, adakah masyarakat Islam mengamalkan ajaran Islam yang sebenar-benarnya? anda fikirkanlah. Setiap kali dia usai menunaikan solat di masjid yang terkenal di bandar alor setar itu, beliau tidak putus-putus berdoa agar dipermudahkan dia untuk mengabdikan dirinya kepada Allah walaupun sekejap.

Hari-hari yang dinanti sudah tiba, setelah hampir sebulan pemuda itu berulang-alik daripada mall tempat beliau berkerja dengan masjid. Akhirnya, pemuda itu mendapat panggilan daripada tauke kedai tu menyatakan bahawa beliau akan ditukarkan ke kedai komputer yang berada di mall lain. Mall itu terletak berdekatan highway di bandar alor setar.Maka, terpancarlah keriangan di hati pemuda itu kerana beban beliau untuk menunaikan solat 5 waktu telah hilang dengan harapan tempat baru beliau akan mudah untuk menunaikan solat.Hal ini disebabkan beliau akan berhijrah daripada satu tempat yang membebankan beliau dan pemuda tersebut berharap agar di tempat barunya itu akan mempunyai kemudahan untuk beliau menunaikan solat 5 waktu. Selain itu, beliau jika berharap dapat menyesuaikan diri di tempat barunya itu, pemuda itu berkobar-kobar untuk  berpindak disebabkan peristiwa Hijrah yang dilakukan oleh nabi Muhammad. Baginda telah berpindah daripada tempat yang menyusahkan baginda untuk berdakwah dan menyampaikan agama yang suci iaitu Islam, dan ternyat pengorbanan baginda tidak sia-sia. Anologinya, begitu juga harapan pemuda itu agar pertukaran tempat kerja akan membawa sesuatu perkara yang lebih baik. Hijrah itu ada banyak manfaatnya, terletak pada niat kita untuk berhijrah daripada baik ke jahat atau jahat ke baik. Sebab itulah, Nabi kesayangan kita iaitu nabi Muhammad telah lembaran baru agar kita sebagai umatnya menjadikan baginda sebagai role model. Oleh hal yang demikian, janganlah anda jadikan artis sebagai role model. itu sesuatu yang merugikan kerana tiada faedah, faham!

Tekaan pemuda itu menjadi keyataan, berkat doanya yang tidak berputus asa agar dipermudahkan beliaun untuk bersolat telah dimakbulkan Allah swt. Di tempat kerjanya yang baru ini terdapat kawan-kawan yang seagamanya dengan pemuda tersebut, maka mudahlah untuk pemuda itu untuk menunaikan kewajipan sebagai seorang muslim. Alhamdulilah, di tempat kerja baru dekat dekat surau. maka pemuda itu mudah untuk menunaikan solat setelah masuk waktu solat. Kemudian, bermulalah lembaran baru pemuda ini di tempat kerjanya yang baru........... *bersambung


## Islam merupakan agama yang mudah, Solat adalah wajib, tiada alasan untuk meninggalkan dengan sengaja!
## Berdoalah dengan ikhlas dan berusaha, isyallah berjaya.
## Jika diuji, bersabar dan percaya ada hikmah disebalik semua yang terjadi.
## Anggaplah la malapetaka dan ujian yang melanda sebagai penghapus dosa terhadap dosa silam kita
## Hal yang demikian kerana Allah swt sayangkan kita agar kita tidak teruk di seksa di akhirat kelak


*Jika anda rasa kisah pemuda ini menarik, sila berikan comnent yang positif agar syawal dapat idea untuk meneruskan cerita ini. syawal amat memerlukan doa anda! ")