Sunday, August 26, 2012

Coretan aku ketika penat bekerja

Bulan september semakin hampir, tinggal beberapa hari sahaja lagi. Seperti yang kita tahu, bulan 9 ini adalah bulan pelajar ipt di seluruh Malaysia pakat-pakat menyambung pelajaran mereka di IPT yang terkemuka masing-masing. Syawal pun turun tidak terlepas untuk menyambung pelajaran di salah sebuah IPTA dia tanah air tercinta!

Di kala ini, mereka yang nak sambung belajar mesti 'excited' untuk memasuki universiti yang mereka perolehi. Tambahan pula, ada pelajar yg ingin meneruskan pembelajaran mereka untuk semester yg ketiga dan kelima sampai dpt ijazah lah.

Namun, aku yang masih belum melakukan sebarang persediaan.. ^.^ Masih berkerja mencari sesuap nasi untuk zaujahku di masa depan.. HAHA! cewah2 pandai sudah anda berangan.(sebenarnya nk bagi kat parent, tapi Alhamdulilah abg2 di atas syawal telah banyak membantu) Remaja sekarang perlu merenung masa dan dan merancang kewangan ada bermula drpd sekarang.. Janganlah anda iri hati dgn rakan anda yang berBB, berlaptop MACbook dan sebagainya.. tidak anda sedar, bagi pelajar yang meminjam PTPTN, anda telah letakkan diri ada sebelah di syurga dan sebelah lagi di neraka? Nak tahu kepada, jawapannya ialah jika anda mampu membayarnya selamatlah anda, jika tidak.. apa anda nk jawab di akhirat kelak. Tetapi anda menggangap PTPTN ini menyusahkan dan pelajar yang mendapat biasiswa tu bertuah.. Anda tak perlu iri hati dan bimbang! setiap permasalahnya ada penyelesaiaannya..

Tugas anda sekarang hanya perlu fikir, fikir dan fikir!! gunakan anugerah tuhan kepada anda dengan sebaiknya.. Sebagai contoh, jika anda score ijazah kelas pertama, jadi anda tidak perlu bayar semula, mudah kan. Manakala bagi pelajar yang mendapat biasiswa, anda perlu maintain pelajaran anda, kalau gagal kena bayar semula kan? Woha, senangnya teori yang syawal buat ini.. HAHA!

Percayalah anda semua, setiap orang ada rezeki masing-masing. tidak kiralah dia doktor ka, engineer ka, ahli ekonomi kah, ahli kewangan kah.. Jika kita sentiasa berusaha dan percaya kepada qada dan qadar isyaALLAH kita akan menjadi orang yang berSYUKUR!!  

Wednesday, August 22, 2012

Adab bertandang ke rumah kawan-kawan, Episod 2.


Selamat Hari Raya syawal ucapkan kepada semua sahabat yang dikasihi. Hari ini kita akan belajar tentang adab-adab ketika berkunjung ke rumah sahabat-sahabat kita, semoga bermanfaat!!

Untuk menjemput orang:
1. Hendaknya menjemput orang-orang yang bertaqwa, bukan orang yang fasiq. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda: “Janganlah kamu bersahabat kecuali dengan seorang mu`min, dan jangan memakan makananmu kecuali orang yang bertaqwa”. (HR. Ahmad dan dinilai hasan oleh Al-Albani).

2. Jangan hanya menjemput orang-orang kaya untuk jamuan dengan mengabaikan orang-orang fakir. Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam bersabda: “Seburuk-buruk makanan adalah makanan pengantin (walimah), namun yang diundang hanya orang-orang kaya tanpa orang-orang faqir.” (Muttafaq’ alaih).

3. Undangan jamuan hendaknya tidak diniatkan berbangga-bangga dan berfoya-foya, akan tetapi niat untuk mengikuti sunnah Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam dan membahagiakan teman-teman sahabat.

4. Tidak memaksa-maksakan diri untuk menjemput tamu. Di dalam hadits Anas Radhiallaahu anhu ia menuturkan: “Pada suatu ketika kami ada di sisi Umar, maka ia berkata: “Kami dilarang memaksa diri” (membuat diri sendiri sibuk).” (HR. Al-Bukhari)

5. Jangan anda membebani tamu untuk membantumu, kerana hal ini bertentangan dengan kewibawaan. Contohnya, meminta tetamu membasuh pinggan setelah selesai makan. 

6. Jangan kamu menampakkan kejemuan terhadap tamumu, tetapi tampakkanlah kegembiraan dengan kahadirannya, bermuka manis dan berbicara ramah.

7. Hendaklah segera menghidangkan makanan untuk tamu, karena yang demikian itu berarti menghormatinya.

8. Jangan tergesa-gesa untuk mengangkat makanan (hidangan) sebelum tamu selesai menikmati jamuan.

9. Disunnatkan mengantar tamu hingga di luar pintu rumah. Ini menunjukkan penerimaan tamu yang baik dan penuh perhatian.

· Bagi tamu :
1. Hendaknya memenuhi undangan dan tidak terlambat darinya kecuali ada udzur, karena hadits Nabi Shallallaahu alaihi wa Salam mengatakan: “Barangsiapa yang diundang kepada walimah atau yang serupa, hendaklah ia memenuhinya”. (HR. Muslim).

2. Hendaknya tidak membezakan antara undangan orang fakir dengan undangan orang yang kaya, kerana dalam dalam islam semua manusia sama sahaja. Anda tidak perlu bangga dengan pangkat anda, tidak perlu sombong.

3. Jangan tidak hadir sekalipun jika anda sedang berpuasa, tetapi hadirlah pada waktunya, karena hadits yang bersumber dari Jabir Radhiallaahu anhu menyebutkan bahwasanya Rasulullah Shallallaahu alaihi wa Salam telah bersabda:”Barangsiapa yang diundang untuk jamuan sedangkan ia berpuasa, maka hendaklah ia menghadirinya. Jika ia suka makanlah dan jika tidak, tidaklah mengapa. (HR. Ibnu Majah dan dishahihkan oleh Al-Albani).

4. Jangan terlalu lama menunggu di saat bertamu karena ini memberatkan yang punya rumah juga jangan tergesa-gesa datang karena membuat yang punya rumah kaget sebelum semuanya siap.

5. Bertamu tidak boleh lebih dari tiga hari, kecuali kalau tuan rumah memaksa untuk tinggal lebih dari itu.

6. Hendaknya pulang dengan hati lapang dan memaafkan kekurang apa saja yang terjadi pada tuan rumah.

7. Hendaknya mendo`akan untuk orang yang mengundangnya seusai menyantap hidangannya. Dan di antara do`a yang ma’tsur adalah :
أَفْطَرَ عِنْدَكُمُ الصَّائِمُوْنَ ، وَأَكَلَ طَعَامَكُمُ اْلأَبْرَارُ ، وَصَلَّتْ عَلَيْكُمْ المَلاَئِكَةُ (رواه أبو داود )

“Orang yang berpuasa telah berbuka puasa padamu. dan orang-orang yang baik telah memakan makananmu dan para malaikat telah bershalawat untukmu”. (HR. Abu Daud, dishahihkan Al-Albani).
اََللَّهُمَّ َبَارِكْ لَهُمْ فِيْمَا رَزَقْتَهُمْ وَاغْفِرْ لَهُمْ وَارْحَمْهُمْ

Allahummagh firlahum fiima rozaqtahum wagh firlahum, warhamhum. 
"Ya Allah, berikan keberkahan (kebaikan yang terus-menerus) untuk mereka (tuan rumah) pada apa-apa yang Engkau rizkikan untuk mereka. Ampunilah dan sayangilah mereka.” (HR. Muslim 3/1615)