Monday, December 24, 2012

Semester yang sangat sibuk. Doakan syawal di Final

Pejam celik, pejam celik, dh 3 bulan syawal di bumi sintok yang tercinta ini. Bagi pengetahuan semua, syawal sekarang telah menjadi pelajar UUM iaitu Universiti Utara Malaysia. Ramai kawan-kawan saya bertanya, kenapa tidak pergi UIA, UM, UPM ka? Apa yang syawal boleh simpulkan di sini. Perancangan Allah swt itu adalah yang terbaik. Memang syawal berharap nk masuk UIA sbb di sana persekitaran di sana lebih Islamik, mudah nk cari ilmu yang islamik dan peraturannya Islamik. Jadi syawal tertanya-tanya kepada syawal tidak ditawarkan ke sana? Syawal amat perlukan semua itu... Namun, SubhanALLAH perancangan Allah itu sangat cantik, cuma memerlukan secebis akal kita untuk memikirkannya. Teringat kata-kata pensyarah merangkap Ustaz syawal "Kita seharusnya berbangga kerana ditempatkan di sini walaupun persekitaran tidak Islamik. Hal ini kerana kita ada Mujahidin yang berjuang untuk mengwujudkan suasana Islamik di sini. Kita adalah tentera yang terpilih untuk mempamerkan dan mempraktikkan budaya Islam di sini dan tidak semua orang yang terpilih dan tidak semua orang yang layak berada di sini melainkan Allah percaya dengan kemampuan kita.

          Tersentak syawal ketika mendengar ucapan beliau, umpama satu tenaga yang meresap ke dalam badan dan menusuk jiwa, umpama pertanyaan dan persoalan syawal selama ini telah terjawab. Jadi, baru syawal sedar bahawa tanggungjawab yang dihamparkan sangat besar. Oleh itu, syawal sangat perlukan kekuatan untuk mewujudkan syiar Islam seperti mana Baginda Nabi Muhammad berhijrah daripada Kota Mekah ke Kota Madinah untuk menyampaikan ajaran Islam. Syawal amat memerlukan doakan kalian ajar senantiasa istiqamah dan tidak hanyut dengan duniawi.

Program yang sangat best
           Jadilah tentera Fisabillah!!
antara program yang sangat bermanfaat sempat syawal join, dan ada byk lagi... Memang pengamalan yang tidak ternilai..
Bersyurkur padamu...


Saturday, October 13, 2012

Agama dan Bangsa adalah satu entiti yang berbeza.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, untuk pengetahuan semua. Kita jangan terlalu taksub dengan bangsa. Jika kita taksub kepada bangsa, hal ini akan mendorong kita mengembalikan semangat asabiah yang cuba di dihapuskan oleh Rasulullah dalam kalangan bangsa Arab Jahiliah dahulu? adakah kita lupa, dalam peristiwa hijrah, baginda menyatukan kaum muhajirin dan ansar agar terbentuknya perpaduan dalam kota Madinah.

Disini, kita sebagai bangsa Melayu sudah semestinya berbangsa Islam. Mungkinkah melayu sudah lupa? cuba tanya diri kita, antara Melayu dan Islam yg manakah kita utamakan? adakah ciri-ciri Islam kita paparkan pada masyarakat. Bangsa dan Agama saling melengkapi antara satu sama lain seperti makhluk-makhluk lain di muka bumi ini.


Cuba kita apa positif pandangan bangsa lain terhadap bangsa kita. Hal ini bangsa Melayu membawa nilai-nilai Islam. Ayuh berubah agar dunia tahu islam mampu mengubah sesuatu bangsa menjadi bangsa yang hebat!! tunjukkanlah nilai-nilai islam dalam diri kalian semua. isyaAllah