Semasa syawal belajar di Kolej dulu ada seorang guru Matematik Tambahan memberi nasihat kepada kami satu kelas 5 Omega. Beliau berkata "jika hampa tidak suka merawat orang atau fobia dengan darah dan anda tidak berminat dengan bidang yang berkaitan dengan medik, jadi andai kata hampa dapat straight A dan anda memilih untuk menjadi seorang doktor kerana beranggapan perkerjaan itu untuk orang pandai dan mendapat sokong daripada ibu bapa, percayalah keputusan yang anda lakukan salah kerana anda mengbelakangkan minat anda. Bayangkan anda perlu berhadapan perkara yang anda tidak sukakan sepanjang hidup anda". Silap hari bulan boleh menjadi gila. Tidak semesti orang yang mengambil kursus medik atau berkaitan sains itu pandai, dan tidak semestinya orang yang gagal spm akan gagal selama-lamanya.. Teringat kata-kata ustaz Azhar Idrus " Tidak semua Allah takdirkan manusia itu menjadi kaya, kalau semua manusia kaya siapa pula nak jadi orang miskin. Analoginya samalah dengan tidak semua orang akan berjaya dalam pelajaran mesti ada yang gagal dan semua itu terlelak atas usaha kita selama ini. Tapi syawal nak ingatkan bahawa gagal sekali tidak bererti gagal selama-lamanya.. Hal ini dijawab dalam firmanNya:
Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum
sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11
Ya, sudah pasti anda perlu mengubah nasib anda sendiri dan bukannya siapa-siapa.. Bagi pelajar lepasan spm yang masih buntu untuk menyambung boleh bertanya kepada syawal, isyaAllah syawal akan membantu memberi sedikit panduan untuk memilih jalan yang terbaik. Apa-apa pun semua ini terletak pada diri anda sendiri. Bagi syawal, mana-mana jalan yang anda pilih itu adalah jalan yang baik dan anda perlu melalukkan yang lebih baik serta tak kisah la selepas spm anda mengambil matrik, diploma, stpm, sijil, kemahiran, asasi, poli, swasta dan sebagainya, Jika anda berniat baik, insyAllah akan berjaya. Hal ini kerana:
Abang pertama =Lepasan asasi, skrg abis master dan berkerja
Abang kedua +Lepasan diploma smbng degree dan berkerja
Abang ketiga=Lepasan matrix smbg degree dan juga telah berkerja
Abang ketiga=Lepasan matrix smbg degree dan juga telah berkerja
syawal = Isyallah akan berjaya, mohon anda doakan yerrr.
Jika difikirkan balik, mana-mana jalan yang dipilih jika kita berusaha dan tidak lupa pada yang Esa. Isyallah kita akan berjaya didunia dan ahkirat.. apakah pilihan anda?