Andai kata sekarang ini kita dilanda masalah dan kita tak mampu untuk mengatasinya.Walaupun sudah pelbagai cara telah kita lakukan agar masalah yang kita hadapi itu hilang begitu sahaja. Namun masalah itu seakan-akan mengejar kita pula. Maka, larilah untuk mendapatkan masalah itu agar cepat sedikit masalah itu selesai. Maksudnya, anda jangan sesekali lari daripada masalah, 'face it' macam anda duk Facebook taw. Bagi syawal, selalu ingat bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita malah lebih dekat lagi dari urat tengkuk kita semua ni. Setiap manusia mesti mempunyai masalah termasuklah diri syawal sendiri, namun terpulang kepada kita untuk mengatasinya sesuatu masalah itu. Syawal selalu berletiaq kat kawan-kawan apabila menghadapi sebarang masalah hendaklah kita berfikiran positif tentang masalah itu. IsyaAllah, dengan izinNya masalah itu akan dipermudahkan.
Bagi syawal, apabila ditimpa musibah paksakan diri kita untuk tersenyum dengan masalah yang kita hadapi itu agar kita lebih bersemangat untuk meyelesaikan masalah tersebut. Apabila kita mendapat semangat untuk menyelesaikan masalah itu, maka setiap permasalah yang terima itu akan menjadi senang dan dimudahkan untuk kita menantangani. Macam-macam masalah yang wujub di muka bumi itu seperti masalah dengan kawan-kawan, adik-beradik, abang2, kakak2, tokwan-tokwan dan sebagainya. Nasihat syawal, senyum la selalu. Selain itu, ingat juga taw senyum itu juga sedekah. Dapat pahala oooo. Tengok, syawal pagi-pagi dh dapat pahala. Hampa ada?
Selain itu, tips yang beberikutnya ialah selalu ingat dengan nikmat yang kita kecapi selama ini. Mungkin kita selama ini selalu sahaja berjaya dan tidak pernah menghadapi masalah. Ingat, setiap masalah yang kita hadapi dapat mematangkan diri kita yang masih duk minum susu Anlene lagi. Haha, Selama ini apa yang kita inginkan dapat dengan mudah contohnya, nak laptop dapat, nak fon esok ayah belikan dan sebagainya. Pernahkah kita terfikir ada orang lagi teruk nasibnya dari kita. Kita hidup dengan senang-lenang, saudara-saudara kita di Palestin itu tidur dalam ketakutan malah kematian begitu dekat dengan mereka. Tidakkah kita pernah terfikir tentang hal itu, Selain itu, rakyat somalia yang kebuluran di tanah gersang sangat menyayat hati syawal. Oleh hal yang demikian, bersyukurlah wahai sahabatku.!
Susu Anlene kredit |
Yang ketiga, cuba kita renungkan perkara yang kita lakukan seharian. Mungkin dulu kita bersolat dalam masa 10 minit, tapi sekarang sudah berkurang kepada 5 minit disebabkan oleh pelbagai urusan yang perlu diselesaikan. Tak kisah la perkara itu penting atau laqa saja. Sebagai contoh, ada satu cerita yang kawan syawal tulis di status Fbnya. Kisah berbunyi begini, pada zaman dahulu..... hehe(macam buku cerita pula). Setelah selesai azan berkumandang menandakan telah masuk waktu isyak, maka pada ketika itu kawan syawal telah memang buku 'chemistry' yang setebal bantal dirumah anda. Tapi, niat di hatinya adalah untuk menangguhkan solat terlebih dahulu memandangkan waktu solat isyak memang terlalu panjang kan agar dia dapat mengulangkaji pelajaran kita itu. Namun demikian, Buku 'chemistry' seakan-akan dapat membaca hati kawan syawal itu yang berniat untuk menanguhkan solatnya. Kesan, tanpa sebab musabab dan alasan yang kukuh tiba-tiba buku 'chemistry' yang setebal bantal anda di rumah jatuh ke atas lengan kawan syawal itu. Adoii sakittt, xperlu kata apa-apa. hehehe Seakan-akan marah dengan niat kawan syawal yang tulus ikhlas itu
Mungkin kita alpa tentang kesilapan yang dilakukan tanpa kita sedar atau tidak telah membuatkan segala permasalahan yang kita alami itu terasakan masalah itu sangat berat untuk kita menanggungnya. Kadang-kala kita rasa 'down' macam kita selalu 'shut down' komputer atau laptop. Jadi kita perlu satu 'injection' atau butang 'on' untuk menhidupkan diri kita yang lemah itu.
*solat
*baca Al-Quran
*puasa
*solat malam
*berkawan dengan orang berilmu
Kamus
1. on = Rohani
3. down = lemah semangat
2. shut down= semangat kita hilang
No comments:
Post a Comment