Saturday, April 13, 2013

Pemililk hatiku :)

Terkesima aku sebentar... apabila ditarbiayah oleh kakak iparku. Benar, setiap bait kata-katanya yang dilontarkan kepada aku semua betul belaka. Kata-kata merupakan bukannya kisah seperti adam dan hawa. Kisah pencintaan yang berpaksikan tahap keyakinan kita kepada sang pencipta kita iaitu Allah swt. Apakah erti keimanan dalam diri kita? adakah kita percaya dengan apa yang kita imani dalam rukun iman? itu semua terletak kepada diri kita sendiri.

Bila kita membaca novel percintaan, jangan mengharap kisah kita pun seperti di dalam novel. Hal ini kerana kisah di dalam novel hanyalah ciptaan manusia yang tak mungkin tercapai oleh kita ini. Kisah yang ditokok tambah agar lebih menarik perhatian kita untuk bercinta seperti apa yang diceritakan didalam novel tersebut. Percayalah, sangat mustahil. Namun, pernahkah kisah termimpi atau terfikir kisah percintaan yang telah ditetapkan oleh Allah swt? adakah kita lupa bahawa salah satu rukun iman ialah percaya kepada qada dan qadakNya? Wah, kita sering tertipu dengan kisah penceritaan manusia walhal kita telah dituliskan oleh Allah swt sebuat kisah pencintaan yang terhebat buat diri kita ini? Adakah kita sedar... Bagaimana kisah kita mendapatkan manisnya bercinta kepada Allah? Sekiranya kita dapat menceritakan kisah pencintaan kita dengan Allah swt serta kepada Rasul. InsyaAllah baru lah kita akan bertemu dengan pemilik hati kita yang seterusnya.. Iaitu insan yang bakal kita teruskan hidup sepanjang hayat kita di dunia ini dan sampai ke syurga!!!

Jadi, percayalah bahawa Allah ini menduga kita sebab dia sangat sayangkan hamba-hambanya. Tujuan kita diduga ialah agar kita tidak lalai dan alpa dengan syurga dunia yang sementara ini. Ingatkan segala ujian yang kita hadapi ialah penanda Allah membimbing kita kejalan yang benar seperti dalam surah Al-Fatihah "tunjukkan kami jalan yang lurus". Tengok, tidakkah kita terfikir bahawa kita sentiasa berdoa kepada Alla h swt agar kita ditunjukan jalan yang diredaiNya? Bagi sahabat-sahabat semua, anda masih belum terlambat, bentuklah peribadi muslim di dalam diri anda semua. Jadikan hari ini sebagai titik permulah untuk kita berubah. Sebagai contoh, jika kita wanita yang selalu memakai seluar dan berubah untuk memakai pakaian yang lebih longgar manakala bagi lelaki pula yang selama ini masa di habiskan dengan perbuatan yang sia-sia seperti bermain game, maka berubahlah kita untuk mencari sebanyak mana ilmu di dunia ini kerana kita ada kepimpin di masa hadapan. Bermulalah daripada sekarang! Berniatlah berubah kerana Allah swt dan bukannya untuk orang lain. Percayalah jika keyakinan kita untuk menjadi muslim atau muslimah yang lebih baik berpaksikan keimanan kita kepad Allah swt. InsyaAllah perubahan itu akan menjadi lebih manis....

Setiap langkah kita untuk berubah menjadi yang baik, pecayalah bahawa Allah sedang tersenyum memandang kita. Oleh itu, kita akan lebih bersemangat aku berubah menjadi muslim dan mulimah yang seperti disyariatkan oleh agama kita. Jika kita tidak amalkan apa yang diajar oleh rasulullah, maka rugilah kita kerana tidak menghargai pengorbanan yang telah dilakukan oleh bagindan semata-mata untuk menyampaikan risalah yang teragung ini iaitu agama islam. Akhir kata, "Dont tell peope your are Muslim, but show them your are Muslim"

-tombiroulast

No comments:

Post a Comment