Thursday, July 11, 2013

Rindu ini meragut jiwa... Tapi apakan daya..

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Bagaimana iman anda hari ini? semoga semakin bertambah dari hari ke hari. Alhamdulilah, perjalanan hari ke 2 Ramadan berjalan mengikut perancangan. Bersyukur sangat bagi umat islam kerana dikurniakan satu bulan yang sangat hebat. Bulan keampunan, bulan yang sangat istimewa berbanding bulan-bulan islam yang lain. Dalam bulan ini, syawal mengenal erti rindu, erti sabar, erti permuafakatan, erti sayang, erti saudara dalam islam. 

Bulan ini menyedarkan syawal akan kerinduan subuh kepada diri ini yang lama semakin menjauh daripada. Dulu, dalam kedingingan subuh kaki ini kuat melangkan untuk melawan kesejukkan diketika terbit fajar. Sehingga syawal diuji dengan satu ujian, semua itu mudah sekali syawal tinggalkan. Seperti tiada apa yang berlaku, sehinggakan ujian itu menyedarkan diri yang jahil ini. Alhamdulillah, ternyata Allah itu maha Pengampun dan penerima Taubat. Dia menyedarkan kita di saat kita memerlukan satu kejadian untuk meyedarkan kita. Sebagai contoh, jika kita berdoa untuk menjadi kaya atau memiliki wang yang banyak atau rezeki yang melimpah-ruah untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Percayalah bahawa dia tidak akan jatuhkan semua rezeki itu di depan kita. Malah, Allah akan membuka jalan kepada kita untuk kita mendapatkan rezeki tersebut agar kita berusaha untuk mendapatkan seperti kita mendapat perkerjaan yang baik, kita mendapat bonus, kita diberikan kesihatan yang baik jadi tak perlulah duit gaji kita dihabiskan untuk membayar bil perubatan. Betul tak? nampak permainannnya di situ. Tengok, cantik kan aturan yang telah Allah swt aturkan kepada kita? 

Istighfar dan kemaafan itu sangat besar ertinya kepada kita. Terima kasih kepada orang yang telah mengajar syawal untuk sentiasa beristigar mengampuni dosa-dosa yang kita lakukan. Kemaafan pula, sangat luas ertinya dan ramai yang hanya tahu meminta maaf tetapi tidak tahu makna sebenarnya di sebalik perkataan "MAAF" itu. Memang apa yang ada cakap itu betul. Tapi bagi syawal, lebih baik kita tersalah ampun daripada tersalah HUKUM. betul tak kawan-kawan? Contohilah sifat Rasulullah yang sangat pemaaf walaupun berhadapan dengan pelbagai tohmahan, cacian, hinaan dan bermacam-macam lagi. Jadi, tak salah untuk kita meminta maaf dan memaafkan orang yang telah menyinggung hati dan perasaan kita. Hal ini kita hati dan persaaan kita ini hanyalah milik Allah swt. Dan janganlah anda terlalu sombong untuk memberi maaf kepada sesiapa yang memohon maaf kepada anda dan seterusnya meletakkan pelbagai syarat untuk anda memaafkan di orang yang telah melakukan kesalahan kepada anda. Syarat yang ingin ditekankan adalah syarat yang tidak munasabah yer.. Ingat itu, nampak sangat perbuatan itu macam kebudak-budakkan. Hehe, tapi kalau sekadar untuk bergurau atau suka-suka untuk meletakkan syarat, tak salah silakkan ler.. haha. baru hidup boleh bahagia. Tapi, banyakkan beristighfar dan memberi kemaafan. Sesungguhnya Allah sangat menyukainya.

Dalam hidup ini, selalu kita akan berhadapan dengan masalah. Tidak manusia yang hidup di muka bumi ini tidak pernah menghadapi masalah. Serius. apabila kita berhadapan dengan masalah, mesti fikiran dan perasaan kita menjadi resah dan bercelaru. Di saat inilah syawal telah melakukan kesilapan, membutakan mata hati dan melupankan penawar yang mujarab ini tatkala syawal menghadapi ujian. Lalu, syawal terkandas, terbabas atas perbuatan diri sendiri. Pernah jatuh, namun pasti akan aku bangkit merencana kembali perjalananku. Alhamduilah, memang qada dan qadak yang telah diaturkan sangat cantik, Allah mengujikan di saat aku alpa, dan menyedarkan kembali di dalam bulan yang mulia ini. Allahamdulilah, andai aku tidak diberikan ujian ini. Pasti, kaki ini tidak aku kuat untuk melangkah ke rumahMu YaAllah. Itulah keistimewaan orang mukmin, akan berfikir pelbagai langkah dan cara untuk menangai permasalahan tersebut dengan reda. Antara perkara yang paling cepat untuk kita lakukan ialah untuk beristighfar untuk memohon keampunan kepada Allah sebanyak yang boleh dan cuba jadikan ia sebagai satu ibadah. InsyaAllah.

Sabda Rasulullah :
"Barang siapa memperbanyakkan istighfar, ALLAH melepaskan segala kesulitannya, menjadikan jalan keluar bagi kesempitannnya dan mengurniakan rezeki dari sumber yang tidak diketahui,"
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

Ingatan ini khas untuk diri ini yang sering alpa dan lupa dan amnya kepada sahabat-sahabat semua agar melazimi istighfar dalam kehidupan.

Satu riwayat, Ar-Rabi' bin Sobin berkata kepada Iman Al-Hassan:

Kaum lelaki datang kepadamu dengan mengadu mengenai pelbagai masalah, untuk mereka semua, kamu menyuruh beristighfar." Lalu kata Al-Hassan: "Aku tidak berkata apa-apa pun daripada pendapatku sendiri, bahkan sesungguhnya ALLAH menyatakan dalam surah Nuh, hendaklah kamu memohon ampun kepada TuhamnMu, sesungguhnya Di Maha Pengampun. Dia akan menghantar kepada kamu hujan dengan lebat. Dan memperbanyakkan harta dan anak dan mengadakan untuknya kebun-kebun dan mengadakan(pula di dalamnya) untukmu sungai."
(Surah Nuh, ayat 10-12)

Jika kita letakkan istighfar sebagai benteng dalam kita menghadapat pancaroba dalam kehidupan. IsyaAllah, tiada masalah yang tidak boleh di selesaikan seandainya ALLAH membantu kita dan menijinkannnya.Teringat akan kisah Bantera Nabi Nuh sewaktu syawal kecil-kecil dulu ketika pengajian KAFA. MasyaALLAH, sesungguhnya aku rindu zaman itu sewaktu mengayuh basikal di panas mentari dan aku berlari-lari anak memasuki kelas KAFA. Namun, semua itu sudah menjadi sejarah. Melalui perceritaan daripada ustazah syawal " sewaktu Nabi Nuh dan dan umatnya di uji dengan banjir besar. Baginda menyarankan kepada umat-umatnya agar memperbanyakkan istighfar supaya segala dosa mereka diampunkan dan menumbuhkan rezeki kepada mereka.

Hanya nama-Mu sentiasa terlafaz di hati nan kerdil ini....

tombiroulast 


No comments:

Post a Comment