AL-KAHFI (GUA)
Salah sebuah surah yang paling syawal suka. Nak tahu kenapa? sebab surah ini adalah bedtime story masa syawal kecik kecik dulu.. hehe. Mak syawal cakap kalau kita ada masalah tidoq, boleh la kita amalkan surah ini. patut la syawal selalu ja tidoq lepas baca surah ini. Hokaloh! Stop syawal stop syawal, sekarang mai kita pergi ke kisah yang seterusnya. Let's go, surah ini diturunkan di Mekah kecuali ayat yang ke 38 dan ayat yang ke 38 hingga ayat ke 101 di mana ayat-ayat tersebut turun di Kota Madinah. Kisah yang diterangkan dalam surah Al-Khafi ini adalah tentang kisah pemuda yang sangat yakin akan kekuasaan Allah swt dan sanggup mempertahankan akidah mereka kepada Tuhan yang satu. Ingat, tuha itu ada satu sahaja, tiada dua, tiada tiga dan tidak Dia diperberanakan. Remember in your mind syawal!Diterangkan di dalam surah ini adalah untuk menunjukkan bahawa Allah swt telah menurunkan kitab yang memperingatkan manusia. Surah ini juga adalah salah satu bukit kekuasaan ALLAH swt yang telah mencipta, metadbir, dan mengawal alam semua di muka bumi ini. Dialah yang berkuasa di bukit, langit, dan semesta alam. Dicerita di dalam surah ini adalah tentang beberapa pemuda kahfi yang ditidurkan oleh ALLAH swt di dalam sebuah gua yang terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini pada ketida dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawan tersebut. Prkataan Ar-Raqim juga disebut Tafsir menfsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.
Pemuda-pemuda
al-Kahfi dikatakan pengikut Nabi Isa a.s yang telah melarikan diri daripada
kekejaman kerajaan Rom atau lebih tepat daripada bangsa Romawi dan mereka telah
tidur di dalam gua tersebut selama lebih 3 ratus tahun. Selepas itu, mereka
dibangkitkan adalah untuk menunjukkan tentangf kekuasaan Allah swt dalam
membangkitkan manusia pada hari kiamat kelak. Ini adalah jawapan Allah swt
kepada umat manusia yang degil pada ketika itu dan tidak percaya kepada tuhan.
Bersama mereka pada ketika itu adalah seekor anjing yang telah dijanjikan
syurga iaitu anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Walaupun semasa hayat
mereka, bangsa-bangsa mereka telah kufur kepada Allah swt yg satu dan hanya
merekalah satu-satunya pemuda yang beriman kepada Allah swt. Sebagai contoh,
apa yang telah tercatat dal firmanNya;
" sesungguhnya mereka itu
adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuahan mereka dan Kami tambahkan
kepada mereka petunjuk".
al-Kahfi:13
al-Kahfi:13
Merujuk
pengkaji sejarah, kisah pemuda gua ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan
Islam di satu negera bernama Afsus yang terletak di Turki, pada asalnya
penduduk di situ beribadat kepada Allah dan mengesakanNya. Seperti yang kita
tahu, mereka ada pengikut Nabi Isa a.s iaitu 23 Nabi yang wajib kita ketahui.
Namun, keadaan di perkampungan itu berubah setelah kedatangan seorang raja yang
bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman menyembah berhala dan dia memaksa
rakyat di bawah pemerintahaannya supaya murtad dan daripada agama Allah yang
dibawa oleh Nabi Isa a.s. Namun, tujuh pemuda al-Kahfi tetap dengan pendirian
mereka dan tidak mahu tunduk dengan ancaman dan kezaliman oleh raja tersebut
walaupun ramai rakyat di tempat itu terpaksa mengikut arahan raja yang zalim
tersebut. Pemuda-pemuda tersebut tetap teguh mempertahankan aqidah mereka
walaupun menyedari nyawa mereka mungkin terancam dek kezaliman raja pada ketika
itu. Itulah kisah yang boleh kita jadikan teladan kepada umat nabi Muhammad
andai kita tetap dengan aqidah kita yang percaya kepada Allah swt. Sudah pada kita
semua akan berada di dalam rahmatNya dan sentiasa menerima pertolonganNya tak
kira sama ada kita semua dalam kesusahan atau kesenangan.
Hujah
pemuda-pemuda itu demi untuk mempertahankan aqidah mereka:
“Dan
Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja)
lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah
Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia,
sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh
dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan
(untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang
(tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang
yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Raja itu terkelu mendengar hujah-hujah yang telah dilontarkan
kepada raja yang zalim itu. Namun raja yang zalim itu tetap berkeras mahu
pemuda-pemuda itu tetap murtad dan berpaling daripada aqidah mereka sebelum
ini. Raja memberikan tempoh beberapa hari untuk mereka menyembah berhala
daripada menyembah tuhan yang Esa sekiranya tidak mereka semua akan dibunuh!
Dek kerana sayangkan agama dan kekuatan aqidah yang mantap, para pemuda ini
bermesyuarat sesama mereka dan dan mencari jalan untuk menentang raja yang
zalim itu. Akhirnya para pemuda ini membuat keputusan untuk bersembunyi
daripada raja yang zalim itu di sebuah gua yang pinggir hutan itu.
“Dan
Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja)
lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah
Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia,
sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh
dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan
(untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang
(tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang
yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Mereka
pergi ke pinggir bandar yang bernama Nikhayus dan di situ terdapat gua dan di
situlah mereka bersembunyi daripada raja yang zalim itu dan mereka diekori
oleh seekor anjing dan anjing tersebut berlindung di dalam gua tersebut.
Kemudian, Allah swt telah menidurkan mereka dengan nyenyak dan mendapat
perlindungan daripada Allah swt. Allah swt telah mentidurkan pemuda pemuda
ini hampir 300 tahun agar menjadi pengajaran kepada hamba-hambanya akan bukti
kekuasaanNya melalui peristiwa ini. Mereka tidur di dalam gua tersebut tanpa
makan dan minum namun dengan kuasa Allah swt, badan, jasad mereka tetap
dipelihara dan tidak hancur dan musnah di mamah ulat dan cacing.
Maka,
sampailah satu ketika, mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka
sendiri tidak menyedari bahawa mereka tertidur selama itu 300 tahun lebih.
Mereka hanya menyangka tidur dalam sehari atau separuh hari sahaja. Sebaik
sahaja bagi, mereka kelaparan, mereka menapak ke pasar yang berhampiran untuk
membeli sebuku roti untuk mengalas perut dengan mengunakkan wang perak. Di
sini tuhan ingin mengingatkan kita bahawa kita perlu memilih makanan yang
halal dan bersih kerana mereka menyangka daerah itu masih diperintah oleh
raja yang zalim itu. Demi untuk menunjukkan kekuasaanNya, Raja dan pemerintah
semasa pemuda al-Kahfi itu dibangunkan merupakan orang yang beriman
kepada Allah swt dan termaksudlah rakyatnya. Maka, terkejutlah rakyat pada
ketika itu apabila salah seorang pemuda menghulurkan wang perak yang sudah
berusia lebih 300 tahun, maka dengan peristiwa itulah membuat para penduduk
itu yakin dengan hari kiamat dan kekuasaan Allah swt dalam menbangkit yang
manusia pada hari kiamat kelak seperti mana yang terkandung dalam kitab suci
Al-quran.
Dan
akhirnya, Allah berfirman:
"Dan
demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka
mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan
bahawa kedatangan hari kaimat tidak ada keraguan padanya"
al-Kahfi:21
|
No comments:
Post a Comment