Baik, syawal menghormati apa yang ditulis dalam artikel tersebut tetapi apa yang syawal tahu ialah selagi kita berpegang apa yang tertulis di dalam Al-quran dan Hadis nescaya kita tidak sesat selama-lamanya. janganlah ikut fatwa melulu seperti yang diterangkan di sini. Luahan ini bukannya bermaksud syawal hendak menterjemahkan maksud ayat Al-quran tetapi sekadar perkongsian kepada semua tentang bacaan al-quran kepada umum. Hal ini kerana ketika syawal bertadarus sambil menyelami maksudnya syawal tertarik dengan ayat dalam surah Al-An'aam ayat 26. Ayat seperti di bawah:
وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْهُ وَيَنْـَٔوْنَ عَنْهُ ۖ وَإِن يُهْلِكُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿٢٦
Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.
takkan kita hendak menunggu azab menimpa kita baru kita sedar akan kealpaan kita di sebabkan kepentingan sesetengah pihak. Pihak yang syawal maksudkan mestilah kisah politik kita yang semakin hangat apabila dibincangkan..
di sini, syawal nak tegaskan ialah politik dan agama adalah sesuatu yang sangat berbeza. janganlah kerana kepentingan politik agama kita pijak-pijakkan. ingatlah semua, kalau sembang pasal politik boleh baca dengan lanjut di sini sebab blog ini bukannya medan politik!
No comments:
Post a Comment