ok, berbalik kepada isu yang ini syawal samapikan ialah setakat mana penghayatan kita terhadap bacaan al-fatiha, adakah semasa kita membaca surah tersebut kita terbayang-bayang maknanya dan selain itu solat kita akan bertambah khusyuk? tanya pada diri anda sendiri. hal ini kerana syawal ada terbaca berita tentang sesetengah pelajar sekolah malah pelajar IPT tidak tahu makna al-fatiha dan perkara ini amat menyedihkan. beritanya di sini. syawal mengakui perkara tersebut kerana syawal pun pernah menjadi pelajar sekolah dan syawal pun tergolong dalam golongan tersebut semasa syawal sekolah rendah. Alhamdulilah sekarang sudah di beri hidayah untuk memahami maksudnya dan di kesempatan ini bagi sesiapa yang tidak memahami maknanya, maka luangkan masa ada sekadar 5 minit untuk menghayati maknanya. selagi kita diberi peluang, gunakkan peluang itu sebaik mungkin...
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus(6)
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)
No comments:
Post a Comment