Dalam debaran untuk mengetahui keputusan peperiksaan bagi semester lepas, apa kata syawal meluahkan apa yang membuat-buat hati ini sangat berdebar. Seperti biasa semester sebelum ini, memang perasaan takut itu ada. Tipulah kalau cakap tak ada. Cuma prinsip yang selalu syawal pegang selama ini adalah ilmu bukanlah sekadar kepada ilmu semata-mata. Ilmu itu luas, semakin lama kita berjalan atau merantau, memakin kita dahagakan ilmu, semakin kita rasa kita ini sangat jahil di muka bumi ini. Jadi, apabila mengenangkan kembali kisah-kisah dalam dunia akademik ini. Bemula disekolah Kolej Sultan Abdul Hamid. Di itulah terbentuknya manusia yang bernama syawal kini. Di itulah dia mencari identiti diri. Nak cerita kisah dekat sekolah memang panjang dan banyak ceritanya.
Alhamdulilah dianugerahkan abang-abang yang baik dan selalu mentarbiyyah diri ini walaupun semasa kecik-kecik dulu sangat nakal dan selalu juga bergaduh, bergusti dan wrestling siap. Hehe, satu kisah yang abang syawal selalu cerita dan syawal ambil daripada simpanan dalam komputer dia. Kisah ini sangat legend sebab daripada komputer windows 98 smpai lanie masih ada kisah ini. Harap anda dapat ambil sedikit pengajaran daripada.
Kalau nak diikutkan time sekolah lelaki semua tu, dugaan memang tak tinggi sangat. Tapi apabila menjejakkan kaki ke Universti dan apabila peratusan bilangan wanita agak tinggi. Iman di hati ini turun naik, Sebab itulah kisah ini diposkkan jugak agar akan hati ini terus dipateri, terus dijaga dan terus di dalam keredaanNya. Apa yang berlaku itu ada sebabnya, sebabnya untuk kita belajar, belajar untuk , menghargai orang yang pernah hadir dalam hidup kita, yang pernah buat kita tersenyum, yang pernah menangis bersama kita, yang pernah berpeluh untuk kita, yang pernah menjadi sahabat kita keranaNya, yang tidak pernah meminta sekelumit balasan. yang menberikan sepenuh tenaga dia kepada kita, yang pernah kita di dalam duka, yang pernah selalu menemani kita apabila kita apabila kita mula berbicara tentang kisah kita. Kisah yang indah dilakarkan di langit ditemani bintang-bintang. Yang setia menemani kita dan yang paling dekat dengan kita dan lebih dekat lagi daripada leher kita itulah tuhan kita.. Ya Allah. Yang tak pernah melupakkan kita. :)
Dunia yang lebih indah itu. Kadang kadang kita yang mencorakkannya! |
Wujudkan Cinta Sebelum perkahwinan?
"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan
untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi
mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah
memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah
namanya Cinta...
Pengenalan
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah
dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun
mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian
dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.
Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih
mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan
sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya
Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan
orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti
bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas,
keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita
menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan
keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan
di dalamnya.
Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan
ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya
hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.
"Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang
bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta
adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh
hubungan cinta. Ada
"dating", hubungan telefon dan lain-lain. Bila dikatakan ada
keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza
dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul.
Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah
serasi? Dan bermacam persoalan lagi.
Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap
kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati
kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa
yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari
keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan
Cinta Sebelum Perkahwinan`
Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan
sekadar zina mata dan hati malah zina yang lebih besar yang boleh mengganggu
jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam
keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang
kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta
manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.
Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap
hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang
bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya.
Antara doa yang patut diamalkan : " Ya Allah,
Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang
yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap
Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"
Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang
menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang
hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta
yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.
Oleh itu jika kita sudah "fall in love", pastikan
apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah,
kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi
kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh
nafsu.
Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau
dalam erti kata yang lain "cinta pandang pertama" yang sememangnya
tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.
Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh
mana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan
hidup? Bak kata orang puteh "How sure are we that he or she is the right
person for us?" Yang susahnya, berupayakah kita untuk
menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar
rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat
tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati. Ada juga situasi di mana
si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan
dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendak keluar
berdua. Ada
pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah
segala-galanya. Benarkah begitu.Cinta itu boleh datang dan
pergi.Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah
anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang?
Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih
sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya kita telah meneliti segala aspek
personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.
1. Pegangan Agama
2. Menyayangi Pasangan
3. Kesihatan
4. Zuriat
5. Kewangan
6. Kerjaya dan Cita-cita
7. Kesesuaian
8. Persefahaman
9. Keluarga Mertua
Encik S.
Memateri hati beliau,
Sudah tiba masanya.
No comments:
Post a Comment