Sering kali kita merasakan setiap keputusan kita lakukan itu adalah salah, namun sebenarnya itulah yang terbaik buat kita.. Encik S. |
Assalamualaikum...
Tidakkah kita rindu kepada Allah?
Bangunlah di akhir malam ketika orang lain sedang nyenyak tidur. Berdoalah dan bermunajatlah kepada Allah.
Lepaskan seluruh kerinduanmu kepada Allah, kerana Allah sentiasa merindui hamba-hambaNya terutama yang sanggup meninggalkan tempat tidurnya semata-mata untuk berjumpa dengan Allah...
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya.
(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.
Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.
Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun)."
(Surah az-Zariyat ayat 15~18)
No comments:
Post a Comment