Saturday, March 29, 2014

Si anak pesawah..... akan syawal balas pengorbanan duhai Ayah!



Sewaktu kami adik beradik masih kecil, ayah sering menganjak kami semua turun ke sawah pada. Waktu itu masih kecil, belum mengerti maksud yang ayah ingin sampaikan. Yang tahu adalah bermain dengan lumpur, air, ikan, batas, panas terik, angin sepoi2 bahasa bersama dengan abang-abang yang lain. 

Kini, kami semua sudah dewasa dengan haluan sendiri. Sudah berjaya menjadi engineer di ibu kota, manager ladang di serawak, engineer di pulau pinang. Berjaya menjadi khalifah di dunia ini hasil didkikan ayah. Berjaya dalam bidang yang diceburi. Namun, kami semua tak lupa dibesarkan dengan kegigihan ayah, hasil berbakti kepada tanah, hasil sawah padi. Dan ayah masih utuh membanting tulang kerat di sawah padi. Gembira melihat anak-anak berjaya dengan hasil keringat yang tidak seberapa itu. bahkan ayah lagi bersemangat untuk teruskan berkerja walaupun dimamah usia. Dan kegigihan itu diwarisi oleh kami semua dengan cara yang berbeda.

Menyedari bahawa ayahku ingin mengajar kami semua erti kepayahan mencari rezeki, perlu kuat, perlu rajin, perlu bersungguh, perlu ikhlas dalam setiap apa yang kita lakukan. Walaupun kita tidak kaya di dunia, cukuplah anak2 ayah memberikan kekayaan buat ayah di akhirat kelak " ujur tulus ayahku. 

Berlinang air mata ini mendengar kata-kata beliau bersama keringat di dahinya... Doaku sentiasa bersamamu. Pasti! 

Allah itu Maha Adil.

ENcik s,
seorang anak pesawah,
yg bercita-cita seluas bendang!