Thursday, July 15, 2010

Kepada kawan2 yg tidak mahu berfikir.


LUCU YER…..

1. Lucu ya, duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila kita bawa ke shopping complex
2. Lucu ya, betapa lamanya 1 jam berada di Masjid utk smbahyang Jumaat, tapi betapa cepatnya 3 jam berlalu ketika tengok wayang kat panggung
3. Lucu ya, nak baca Al Quran seminggu sekali pun susah apatah lagi sehari sekali, tapi boleh langgan komik Dik Cerdas, GEMPAK, KREKO,MANGGA dll tiap-tiap minggu.
4. Lucu ya, nak baca Yaasin khamis mlm jumaat seminggu sekali pun tak konsisten, tapi tiap hari tgk tv cerita slot Samarinda… dan siri Naruto boleh maintain, tak miss langsung.
5. Lucu ya, susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah,tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gossip.
6. Lucu ya, tak mampu nak pergi ke majlis musabaqah Al quran yg free of charge tapi sanggup utk keluarkan ratusan ringgit utk tengok konsert CT NURHALIZA.
7. Lucu ya, time nak jumpa awek kita dressing smart2 siap minyak wangi harum semwerbak lagi, tapi nak mengadap Allah pakai baju singlet nampak ketiak apatah lagi nak calit minyak attar.

Tuesday, July 13, 2010

Sistem Ekonomi Campuran

1. Gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dgn sistem ekonomi perancangan pusat
2. Menggunakan mekanisme pasaran dan membenarkan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk mengatasi kelemahan2 mekanisme pasaran.
3. Kerajaan dan pihak swasta bersama-sama menyelesaikan masalah asas ekonomi.
4. Individu dan firma bebas untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.
5. Kerajaan akan memastikan kegiatan firma tidak menjejaskan kepentingan pengguna dan faktor pengeluaran.

CIRI-CIRI EKONOMI CAMPURAN

PEMILIKAN FAKTOR PENGELUARAN
- Individu dan pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran
- Kerajaan menggunakan undang2 untuk mengawal sumber ekonomi demi menjaga kebajikan masyarakat dan memelihara kestabilan ekonomi negara.

PEMBUAT KEPUTUSAN
- Individu dan pihak swasta bebas menentukan corak peruntukan faktor2 pengeluaran
- Firma bebas menentukan jenis dan jumlah barang yg hendak dikeluarkan,kaedah pengeluaran dan pengguna sasaran bagi barang yg hendak dikeluarkan.
- Kerajaan mengeluarkan barang2 yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta.
- Individu, pihak swasta dan kerajaan bersama2 membuat keputusan.

PILIHAN
- Pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan - Individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran yang mereka miliki. - Kerajaan membuat pengawalan di pasaran supaya pihak swasta hanya mengeluarkan barang yg memberi manfaat kepada pengguna.

PENENTU HARGA
- Harga barang yg tidak ditentukan oleh kerajaan ditentukan melalui mekanisme harga.
- harga barang keperluan ditentukan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

PERSAINGAN
- pegeluar bebas bersaing sesama sendiri.
- kerajaan memastikan persaingan adalah sihat dan adil.

MOTIF
- pengguna: mencapai kepuasan maksimum
- pengeluar: keuntungan maksimum
- kerajaan: memaksimumkan kebajikan


TUJUAN CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM SISTEM EKONOMI

MEWUJUDKAN KESTABILAN EKONOMI
- menstabilkan ekonomi melalui dasar fizikal dan kewangan supaya ekonomi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat, guna tenaga penuh, tingkat harga yang stabil, dan keseimbangan imbangan pembayaran.

MENYEDIAKAN BARANG AWAM
- mengeluarkan barang awam untuk meningkatkan kebajikan dan pembangunan negara.

MENGELAKKAN AMALAN MONOPOLI
- kuasa monopoli yang wujud di bawah mekanisme pasaran perlu dikurangkan/dihapuskan kerana monopoli akan menyebabkan firma menguasai pasaran.

MERAPATKAN JURANG PENDAPATAN NEGARA
- melalui percukaian dan pemberian subsidi.

MENGHAPUSKAN KESAN LUARAN YANG NEGATIF (eksternaliti negatif)
- perlaksaaan undang2 dapat menghapuskan kesan luaran yang negatif yang wujud akibat daripada individu yang hanya berhasrat memaksimumkan kepuasan dan firma yang bermotifkan memaksimumkan keuntungan.


MENGAWAL AKTIVITI PENGELUAR YANG BERTENTANGAN DENGAN UNDANG2
- kerajaan akan menyekat aktiviti pengeluaran ini demi kepentingan masyarakat.
- contoh: pengeluaran dadah

PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI DALAM SISTEM EKONOMI CAMPURAN

APAKAH JENIS BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG HENDAK DIKELUARKAN?

1. Diselesaikan oleh pihak swasta dan kerajaan.
2. Pihak swasta – mengeluarkan jenis barang yang mempunyai permintaan untuk memaksimumkan keuntuangan.
3. kerajaan – mengeluarkan jenis barang dan perkhidmatan yang tidak mampu dikeluarkan oleh pihak swasta (jalan raya) dan yang mampu dikeluarkan (pendidikan)

BERAPA BANYAK BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG HENDAK DIKELUARKAN?
1. Swasta – bergantung kepada mekanisme harga.
2. kerajaan – mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak mencukupi dalam pasaran untuk memenuhi permintaan masyarakat dan menjamin kebajikan masyarakat.

BAGAIMANA BARANG DAN PERKHIDMATAN ITU HENDAK DIKELUARKAN
1. Swasta – teknik pengeluaran berintensifkan buruh atau modal yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan mencapai kecekapan optimum.
2. Kerajaan – teknik pengeluaran berdasarkan kos kebajikan masyarakat

UNTUK SIAPA BARANG DAN PERKHIDMATAN ITU HENDAK DIKELUARKAN?
1. swasta – bergantung kepada agihan pendapatan, kemampuan, dan kuasa beli dalam pasaran.
2. Kerajaan – menawarkan dan menyediakan barang untuk semua rakyat bertujuan meningkatkan kebajikan rakyat.

BENTUK CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM EKONOMI

PERATURAN DAN UNDANG2
- kerajaan menentukan kawasan perindustrian, perumahan, industri berat dan ringan untuk mengelak kesan eksternaliti negatif.
- barang asas (gula, beras) diistiharkan sebagai barang kawalan dan harganya tidak boleh dinaikan atau diturunkan tanpa persetujuan kerajaan.
- pengeluar diwajibkan untuk mempamerkan bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan dan tarikh luput penggunaannya supaya penggunaan tidak terbeli barang yang tidak sesuai atas sebab agama dan kesihatan sekaligus mengelakkan ekspolitasi pengeluar atas pengguna.
- aktiviti perniagaan harus mempunyai lesen daripada pihak berkuasa supaya aktiviti pengeluar tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan.

PENENTU TINGKAT HARGA
- dasar harga maksimum – dasar penetapan harga yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan.
- dasar harga minimum – dasar penetapan harga yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan pasaran.
- kuota – kerajaan menghadkan penawaran sesuatu barang pada suatu tingkat kuantiti yang tertentu.

PERCUKAIAN
- mengenakan cukai tidak langsung terhadap pengeluar untuk menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan penggunaan pengguna terhadap sesuatu barang.
- beban cukai yang ditangung oleh pembeli dan pengeluar bergantung pada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran.

SUBSIDI
- pemberian subsidi akan mengurangkan kos pengeluaran pengeluar.
- jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar bergantung pada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran.

PEMILIKAN KERAJAAN
- kerajaan akan memiliknegarakan sesuatu firma supaya firma tersebut dapat menguasai seluruh pasaran dan dapat menghasilkan keluaran untuk menikmati ekonomi bidangan.
- ciri2 firma yang dimiliknegarakan:
a. pelaburan yang besar dan pulangan yang rendah
b. menyedikan perkhidmatan yang sangat penting kepada masyarakat
c. keluaran yang penting kepada ekonomi negara

nota pada 10.7.2010
kumpulan koay, shaymi, bong chong

Saturday, July 10, 2010

ISRA DAN MI’RAJ


ISRA DAN MI’RAJ
Hari ini, tanggal 10.7.2010 bersamaan 27 rejab 1431 masihi ramai tertanya-tanya apa yang istimewa hari tersebut. Mari saya kongsikan sebuah maklumat yang menarik kepada anda semua. Dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar, pekerja, persara dan sebagainya, kadang kali kita terlupa bahawa terdapat hari yang penting bagi kita. Saya juga ingin menluahkan rasa kecewa dengan remaja dan generasi muda kita yang tidak menhayati peristiwa isra dan mi’raj. Mereka hanya mementing masalah yang remeh temeh sahaja. Jadi, marilah kawan-kawan menhidupkan sambutan dan menghayati erti sebenar peristiwa isra dan mi’raj.


Peristiwa Isra dan Mi'raj Nabi Muhammad s.a.w. yang menurut catatan sejarah terjadi pada tanggal 27 Rejabtahun kesebelas dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam.
Dikatakan penting kerana peristiwa bersejarah tersebut merupakan sebuah peristiwa luar biasa, sebuah mukjizat dari Allah S.W.T bagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabisebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Dalam perjalanan Isra' mahupun Mikraj seperti tecantum dalam buku 'Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut 'Buraq'. Beberapa peristiwa yang terjadi selama Isra' berlangsung memberikan hikmah dan pelajaran yang sangat mendalam bagi Nabi Muhammad s.a.w. serta menjadi cermin bagi umat yang menjadi pengikutnya.
1. Nabi memperoleh pelajaran tentang keadaan masa lalu dan masa yang akan datang yakni saat Jibrilmenyuruh beliau melakukan solat di Kota Thaibah (Madinah) dimana kelak Nabi akan berhijrah ke kota ini, di Thur Saina (Bukit Thursina), tempat Allah berfirman kepada Nabi Musa, serta di Bethelehem, tempat lahirnya Nabi Isa putera Maryam (Mary).
2. Jibril juga mengajari Nabi bagaimana menghadapi Ifrit dari golongan jin yang mengganggunya dengan memberinya sebuah doa yang harus dibaca Nabi.
3. Mengambil hikmah dari perjuangan seorang Muslimah sejati Siti Masyitoh dalam berjihad mempertahankan keyakinannya akan keesaan Allah.
4. Mendapat pelajaran bagaimana akibatnya bagi orang-orang yang enggan solat, enggan berzakat, pemakan riba dan suka berbuat zina. Pengganggu jalan umum, pemimpin yang suka menumpuk-numpuk jabatan dan suka menjelek-jelekan orang lain.
5. Gambaran umat yang terjebaknya dalam kemewahan dunia, perumpamaan umur dunia yang sudah tua, tamsil bermacam-macam minuman yang boleh dan tidak boleh (haram) diminum umat Nabi serta adanya pengakuan para nabi akan keberadaan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin utama.

Dalam perjalanan Mikraj banyak pula hal yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun yang paling penting adalah baginda mendapat keringanan solat fardu dari lima puluh kali menjadi lima kali sehari semalam, sebuah kewajiban yang harus dikerjakan umatnya sampai kelak akhir zaman.
Khilaf (Perselisihan) tentang tarikh Israk Mikraj
Tarikh sebenar berlakunya peristiwa hebat itu masih lagi menjadi perselisihan di kalangan ulama.
Ada yang berpendapat ia berlaku sebelum menjadi Nabi. Ia merupakan pendapat yang janggal. Majoriti ulama berpendapat ia selepas menjadi Nabi. Ia diperkuatkan oleh banyak hadis yang sahih. Seterusnya mereka berbeza pendapat lagi tentang tahun kejadian selepas kebangkitan Nabi sebagai Nabi samada tahun ke 13, 12, 10 atau ke 8 Kenabian. Begitu juga bulan samada bulan Safar, Rabi`ul Awal, Rabi`ul Akhir, Rejab, Sya`ban, Ramadhan, Syawal atau Zulhijjah.
1. Menurut Ibn Sa`ad dan Nawawi serta Ibn Hazim ia berlaku setahun sebelum hijrah. Hijrah berlaku pada akhir Safar dan Awal Rabi`ul Awal. Ini bererti peristiwa ini berlaku pada bulan Safar atau Rabi`ul Awal.
2. Menurut Ibn Jauzi, 8 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Rejab.
3. Menurut Abu al-Rabi` bin Sali, 6 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti pada bulan Ramadhan
4. Menurut Ibrahim al-Harbi, dan ditarjihkan oleh Ibn al-Munir dalam Syrah al-Sirah oleh Ibn `Abd al-Barr, ia berlaku 11 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Rabi`ul Akhir
5. Menurut Ibn `Abd al-Barr, Ia berlaku 13 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Safar.
6. Menurut Ibn Faris, ia berlaku 15 bulan sebelum hijrah. Ia bererti pada bulan Zulhijjah.
7. Menurut al-Sudiy sebagaimana diriwayatkan oleh Tabari dan Baihaqi dan di pegang oleh al-Waqidi, 17 bulan sebelum Hijrah. Ia bererti ia berlaku pada bulan Syawal
8. Menurut Ibn Qutaibah dan dihikayatkan oleh Ibn `Abd al-Barr serta disebut oleh Ibn Sa`ad daripada Ibn Abi Sirah, ia berlaku 18 bulan sebelum hijrah iaitu pada bulan Ramadhan
9. Menurut riwayat Ibn `Abd al-Barr dan dipegang oleh Nawawi dalam al-Raudah, ia berlaku pada bulan Rejab
10. Menurut riwayat Ibn al-Athir, ia berlaku 3 tahun sebelum hijrah.
11. Menurut riwayat `Iyad dan dituruti oleh Qurtubi dan Nawawi daripada al-Zuhri, ia berlaku 5 tahun sebelum hijrah. `Iyad berhujah bahawa tiada perselisihan lagi bahawa Khadijah pernah solat bersama baginda saw selepas kefarduan Solat diturunkan. Juga tiada yang berselisih bahawa Khadjah mati sebelum hijrah samada 3 tahun atau 5 tahun sebelum hijrah. Tiada perselisihan juga bahawa kefarduan solat berlaku pada malam Isra’. Namun, hujahnya boleh diteliti kembali kerana menurut al-`Askari Khadijah mati 7 tahun sebelum hijrah. Ada pendapat menyatakan 4 tahun sebelum hijrah. Ibn al-A`rabi menyatakan beliau mati tahun berlakunya hijrah.

Friday, July 9, 2010

Kemunculan Tamadun

Bab 2 KEMUNCULAN TAMADUN

Jumaat, 9.7.2010

Pengertian.

1. Istilah tamadun berasal drpd perkataan Arab, iaitu Mudun, Madain dan Madana.

2. Madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan kota.

3. Ibnu Khaldun dlm karya Muqaddimah, menggunakan istilah seperti umran, tamaddun dan hadarah sebagai merujuk kpd tamadun.

4. Hadarah bermaksud cara hidup bagi sekumpulan bagi manusia yg hidup menetap di sesuatu lokasi tertentu yakni menetap di kawasan bandar.

5. Civilization bermaksud tamadum dlm bahasa inggeris.

Tamadun dari Perspektif Barat.

1. Tamadun ialah pencapaian lahiriah dan hal pentadbiran, undang2, kepercayaan agama, kesenian, pembandaran, sistem tulisan, dan adat resam.

2. Menurut Colin renfew, tiga ciri tamadun ialah kemunculan bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan

3. Edward Taylor dlm karya The First Civilation; The Ac\rchaeology of Their Origin menegaskan bahawa tamadun bermula dgn penggunaan sistem tulisan.

4. Darcy Riberio menolak kerohanian dan menekan pembangunan lahiriah dalam proses pembentukan tamadun.

5.

Sarjana

Pandangan

Edward L.Farmer

Tamadun adalah unit budaya yg terbesar dlm organisasi manusia yg terdiri drpd perkongsian norma, sosisal, tradisi dan intisusi yg berterusan dari satu generasi ke generasi yg lain.

Arnold Toynbee

Tamadun merujuk kpd gaya pemikiran dan gaya kebudayaan yg melahirkan institusi politik, undang2, kesenian, kesusasteraan agama dan akhlak.

E.B Taylor

Tamadun ialah satu rangkaian rumit yg merangkumi aspek2 keilmuian, kepercayaan, keseian, nilai2 moral, perunangantradisi, bakat dan kebolehan yg dihasilkan masyarakat.

Will Durant

Tamadun ialah peraturan masyrakat yg dapat membantu meningkatkan pengeluaran kebudayaan dan ia merangkumi empat elemen, iaitu sumber ekonomi, sistem politik, tradisi moral dan kesenian.

Dapat dirumuskan tamadun wujud apabila dikaitkan dengan:

a) Penulisan

b) Undang-undang

c) Kesenian

d) Pembandaran

Tamadun dari Perpektif Islam.

1. Berasaskan 3 aspek iaitu tauhid, syariah, akhlak.

2. Merangkumi rohaniah dan lahiriah.

3. Syed Naquib al-Attas berpendapat pencapaian tahap tatatusila yg tinggi dan kebudayaan yg luhur sesebuah masyarakat.

4.

Sarjana

Pandangan

Ibnu Khaldun

Tamadun merujuk kpd kumpulan manusia yg tinggal menetap di sesuatu tempat seterusnya hidup maju dan berkembang.

Saiyid Qutb

Kemajuan yg dpt dicapai dalam sistem politik, sosial, pemerintahan, ekonomi dan kebudayaan yg berteraskan islam.

Malek bin Nabi

Tamadun tak berasakan rohaniah tidak akan bertahan lama.

Muhammad Rasyid Redha

Peningkatan unsur spritual akan mendorong kebangkitan fizikal.

Fakta Sejarah

J Ibn Khaldun merupakan seorang pemikir, sejarawan, dan ahli sosiologi islam yg terunggul. Nmana sebenar beliau ialah Abd. Al-Rahman Ibn Muhammad. Beliau dilahirkan di tubisia.

Memberikan sumbangan dlm penulisan. Karya beliau yg terunggul ialah Muqqadimmah. Dalam karya ini beliau menyatakan kehidupan di bandar merupakan kehidupan bertamadun.

J Wan Hasyim menyenaraikan 6 ciri manusia bertamadun;

1. Mejalani kehidupan di bandar

2. Menpunyai sistem pemerintahan dan kerajaan

3. Ada tulisan

4. Ada sistem perundangan

5. Kepercayaan dan agama

6. Wujud pengkhususan kerja

J Firaun Tuthmosis III menjalankan usaha utk mengindahkan taman bunga yg terletak di tengah bandar Karnak. Beliau mengimport pokok utk ditanam di taman tersebut.

2.2 Ciri-Ciri dan Faktor-Faktor Kemunculan Tamadun.

1. Edward taylor dan H. Morgan menegaskansistem tulisan merupakan ketiria pendang menlahirkan masyarakat bertamadun.

2. Gordon Childe menekankan kepentingan revolusi urban sebagai ciri masyarakat bertamadun.

3. Colin Renfew berpendapat ciri tamadun;

a) Kewujudan bandar

b) Tempat beribadat

c) Sistem tulisan

4. Darcy Riberio dlm buku The Civilized Society menyenaraikan;

a) Berakhirnya cara hidup nomad dgn penciptaan alat2 baru dlm pertanian.

b) Bermula penternakan dan pembahagian kerja berkumpulan.

c) Pertumbuhan kota dan negara,wujud status sosial, menggunakan sistem pengairan dlm pertanian,penggunaan peralatan tembaga dan gangsa dan wujud sistem tulisan, angka dan kalender.

d) Penggunaan sistem pengairan secara meluas.

e) Penciptaan berteknologi daripada besi, pengrluaran alat2 baru, perkapalan dan penggunaan wang siling utk memudahkan perdagangan.

f) Revolusi penternakan.

g) Revolusi perdagangan.

h) Revolusi teknologi

i) Revolusi industri.

5. Faktor-faktor masyarakat bertamadum;

J Petempatan kekal.

a) Petempatan awal terdiri daripada kampung2 yg didirikan berhampiran sungai.

b) Petempatan awal bermula di lembah Sungai Indus, Sungai Nil, Sungai Hwang ho, Sg Tigris, Sg Euprates.

c) Kampung2 in berkembang sebagai menjadi bandar2 yg berperanan sebagai pusat2 tamadun awal.

d) Kehidup menetap menlahirkan kehidupan yg sistematik dan teratur.

Pembandaran

a) Kemunculan bandar merupakan ciri masyarakat bertamadun

b) Pertambahan penduduk dan kemajuan dlm bidang ekonomi menyebabkan kampun2 berkembang menjadi bandar.

c) Bandar2 berperanan sebagai pusat kegiaatn ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pendidikan dan perindustrian.

d) Contoh negara seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assurdan mari di mesopotamia.

J Pengkhususan Kerja

a) Peningkatan dalam pengeluaran hasil pertanian menyebabkan berlaku pengkhususan kerja.

b) Masyarakat mula menjalankan kegiatan ekonomi seperti pertanian, pedagangan, pertukangan, dan pembuatan.

c) Telah menlahirkan golongan pedagang, artisan, petani, perniaga mengikut kepakaran masing2.

d) Terdpt masyarakat yg berkhimat sebagai anggota askar yg mempertahankan negara drpd musuh.

e) Pengkhususan kerja melahirkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.

J Organisasi sosial

a) Pertambahan penduduk telah menlahirkan masyrakat yg komplek.

b) Sisrem sosiam dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid.

c) Lapis paling atas terdiri drpd golongan bangsawan yg diketuai oleh raja.

d) Lapisan kedua ialah golongan pembesar yg terdiri drpd pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendekiawan

e) Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yg bergiat dlm pertanian dan pedagangan.

f) Lapisan terakhir ialah golongan hamba.

J Bahasa dan Tulisan.

a) Tulisan memainkan peranan dlm sistem pentadbiran, menyimpan rekod aktiviti agama dan perdagangan.

b) Antara bahasa yg tertua ialah yunani dan sanskrit.

c) Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform, ideogram.

d) Tulisan yg digunakan berbentuk gambar, simbol dan pepaku.

e) Antara peranan tulisan dan bahasa;

i)alat penyebarab ilmu pengetahuan.

ii)alat perhubungan sesebuah masyarakat.

iii)alat utk menyampaikan, menperkembangkan, dan mencatat idea.

J Sistem pemerintahan.

a) Diwujudkan untuk mengurus masyarakay yg lebih besar.

b) Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan utk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan menguruspengagihan makana di dlm negara.

c) Telah menlahirkan sistem perundangan yg menjamin keamanandlm sesebuah tamadun

d) Dalam tamadun awal, sistem beraja digunakan.

e) Pemenrintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pengawai kerajaan.

J Kemajuan dalam Pertanian dan penternakan.

a) Masyarakat bertamdun menetap di sesuatu kawasan lembah sungai dan menjalankan aktiviti pertanian.

b) Kawasan lembah sungai yg subur serta kemudahan pengairan menyebabkan pendudk tamdun awl di lembah indus, hwng ho,sungai nil, tigris, euphrates menjalankan aktiviti pertanian.

c) Penduduk di lembah indus menjalankan aktiviti penanaman barli dan gandum.

d) Selain itu, mereka menlibatkan diri dlm kegiatan penternakan seperti lembu, kambing dan kerbau.

J Perdagangan.

a) Contoh masyarakan menjalankan aktivitu tersebut ialah di lembah indus, mesopotamia, dan mesir purba.

b) Telah menyebabkan munculnya golongan pedagang.

c) Pedagang di lembah indus berdagang dgn pedagang drpd msyrakat mesopotamia.

d) Ini dibuktikan dgn penemuan manik dan cap mohor pedagan Indus di sumeria.

J Agama dan Kepercayaan.

a) Kemunculan agama mempunyai pertalian yg rapat dgn adat istiadat dan cara hidup yg diamalkan oleh masyarakat tamadun awal.

b) Antara agaman masyrakat tamadun awal ialah politeiseme, animisme dan pemujaan roh nenek moyang.

c) Kepercayaan terhadap kuasa2 ghaib yg menguasai alam sekeliling telah menlahirkan kepercayaan animisme.

d) Secara evolusi, kepercayan animisme berkembang menjadi politeiseme yakni penyembahan lebih drpd satu tuhan.

e) Kepercayaan politeisme terdpt dalam tamadun seperti india, china, mesir dan mesopotamia.

f) Agama berkait rapat dgn pengiktirafan golongan pemerintah, organisasi sosial perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian dan pembinan.

My first persentation

Our group;

Mohd Syawalludin

Hadi adli

Akmal

Timotty

gud luck for our presentation.!!!