Tuesday, January 27, 2015

Sebab apa gua menentang loan ASB!!!


Bagi Besaq Hampa Tengok Dividend ASB

..... Mungkin sales ASB di maybank akan marah dengan gua. Tetapi terpaksa ye. maaf. Untuk masa depan yg lebih cerah. Gua nasihat batalkan hutang ASB itu. Kalau anda tak boleh mengikut pantang larang dan istiqomah dalam menyimpan dalam ASB..

NAK TAHU KENAPA??



.. Buat pilihan dengan bijak...

===Analisis Kes Client===

Buat pinjaman RM 30 000 dekat bank dengan bulanan RM 183 sebulan.

Selepas setahun dapat return menurut beliau RM 1900..

Secari teorinya. RM 30 000 x (7.50+1.00) = RM 2 550.

Jadi, client saya mempersoalkan kenapa dia dapat sikit? RM 2550-RM 1900= Rm650 p mana? saya cakap cik bayaq interest hang taw dakk??

Analoginya mudah. Saya cakap, rm 2550 bahagi 12 = 212.5
Manakala 1900 bahagi 12 =158.33.
Anda kena bayar rm 183 sebulan kali 12= RM2196.

Nampak figure di atas? Berapa kerugian beliau? RM 296.

Kemudian, saya tanya apa yang kamu lakukan dengan dividen yang diperolehi? dia cakap amek dividen guna la apa lagi, kasi licin.....

Kemudian saya nasihatkan beliau untuk batalkan sahaja loan asb kalau anda bersikap begitu.

NAK TAHU KENAPA?

Bayangkan beliau menyimpan tanpa HUTANG di asb setiap bulan RM183 x 12 = RM2196.

Total return yang dia akan dapat adalah RM2196 x (7.50+1.00)= RM 186.66.

Adoi syawal, dia dapat RM Seratus lapan puluh lebih ja la...

Sebenarnya anda silap. Return dia adalah RM 2196 + RM 186.66= RM2382.66.

Mana lagi untung? Beliau sudah termakan dengan janji manis salesman yang menyuruh beliau berHUTANG.

Fikir2kan dan renung2kan.

Katakan tidak pada hutang.

encik S,
Islamic Financial Planner,
012 5462297
pm for consultation.
Selamat beramal.

Like dan share jika bermanfaat.

Perniagaan adalah Sunnah :)

......Melayu dan Islam.. Apakah perbezaannya?



Sedarlah sebelum terlambat..

Nilai diri anda di mana..Gua bukan anak dato, gua bukan anak tan sri, gua bukan anak orang kaya atau siapa-siapa.. Tetapi, gua berpuas hati dengan segala pencapaian yang gua perolehi berkat usaha sendiri tanpa pertolongan kroni. Sbb apa? sbb abang yang sangat tidak suka apabila kita memperolehi sesuatu disebabkan orang lain...


Contoh mudah nak kongsikan apabila nak masuk universiti. Melihat kelulusan yang tak sebarapa. A pun tak ada. Tetapi nak juga anak di masuk medik. Sebab apa, nanti kerja doctor orang ingat pandai, hebat boleh tolong orang. Xpa. Kita ada kable, guna orang dalam. Pengarah universiti tu adik beradik kita. Boleh la kita 'adjust' masuk. Tak ada A pun boleh amek course ini. Menggunakan kable atau kuasa yang ada sangatlah tidak amanah dalam menjalankan tugas. Adakah itu yang diajar dalam Islam? Ke mana kitab al-quran yang menjadi petunjuk kita kita selama ini? di dalam frame?

Maaf, mungkin ada yang terasa dan gua terpaksa berkeras dalam hal ini untuk mengelakkan salah faham rakan-raka gua yang belum muslim. Mereka layak mengetahui hal sebenarnya mereka sebenarnya tahu. Oleh yang demikian, untuk belajar apa itu islam, lihat kepada kitab itu sendiri ketahuilah apa isi kandungannya itu. 

Peti kata-kata Iman Muda Asyraf. Apabila ditanya kepada beliau. Seorang professor membuat kajian untuk mencari di mana negara Islam. Kata beliau negara Islam adalah di New Zealand dan Switzerland. Mengapa prof itu berkata begitu? Kerana aku pergi kena negara New Zealand, aku nampak Islam di situ manakala aku pergi ke mesir negara islam aku tidak nmpak islam di situ...

Jelaslah di siti bahawa kita masih lena, kita masih parah drpd segi aku. Dan kita umat yang sering lalai... Mohon maaf buat kali kedua kerana gua suka berterus terang.

encik S,
Beruntunglah orang yg mengejar akhirat berbanding dunia.



Thursday, January 22, 2015

Pengajaran yang tidak di ajar di universiti

........

Kisah ini mungkin akan membuatkan anda berfikir 2 kali....

===Motivasi Pagi====

Semasa zaman sekolah, saya seorang pelajar yang sering mendapat gred C dan menghuni tangga tercorot dalam kelas. Perbezaan saya dengan orang yang pandai di dalam kelas umpama langit dan bumi.
Ada suatu hari saya mendapat keputusan karangan Bahasa Malaysia. Keputusan yang saya dapat adalah gred C yang lulus cukup-cukup makan sahaja. Kemudian kawan saya mendapat gred A dia beliau merupakan pelajar yang terpandai dalam kelas saya.
Akan tetapi saya tidak berpuas hati dengan keputusan yang diperolehi kerana merasakan saya telah menuliskan sebuah karangan yang cukup baik. Lalu saya membanding jawapan yang ditulis kawan saya yang mendapat A dalam peperiksaan tersebut.
Setelah membandingkang skrip jawapan saya merasakan bahawa jawapan saya lebih lebih baik berbanding orang yang mendapat A dalam peperiksaan karang bahasa Malaysia.
Kemudian saya cuba membuat keputusan bahawa setiap orang ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Gred tidak menunjukkan bahawa anda bodoh atau tidak cerdik. Akan tetapi kemungkinan orang yang menyemak kertas anda itu tidak bersetuju dengan apa yang kamu tuliskan. Sebab itu kamu gagal semasa di sekolah.
Banyak lagi ini diceritakan tentang sistem pendidikan di Malaysia. Cukuplah sampai di sini, supaya ramai lagi orang menjadi cerdik.
encik S,

orang cerdik akan berasa bodoh dengan sistem pendidikan kita.

Warkah rindu buat kakak......

......

Sampaikan surat rinduku ini padanya.

Dulu, aku rasa dunia ini tidak adil. aku punya 3 rang abang. Dan 3 orang abang selalu membuli aku sewaktu aku kecil. Yela, manakan tidak. semua itu, sana, sini, apa.. lipat kain, hang paling kecik kena la buat, basuh pinggan periuk belanga, kita xdak kakak perempuan, hang kena buat. kemas rumah? hang kena buat sbb kita tak ada adik perempuan.....
begitulah kisahnya aku dibuli.
Seringkali aku memberontak "kenapa aku tak macam lain yang punya kakak, sering mereka ada kakak yang baik, yang penyayang, yang baik dengan adik2 mereka... ada kakak untuk bersembang. tetapi aku punya abang yang sering membuli aku. Malangnya nasibku. Emak pernah berkata " adik dulu punya kakak kalau tidak, tetapi tuhan lebih menyayangi kakak adik. slepas kakak dilahirkan dia meninggal dunia. adik bersabar ye.. Nanti kita jumpa kakak sama- sama di syurga ye.
Berkat kesabaran..
setelah masing masing dewasa, ketiga tiga abg itu sudah dewasa dan semua sudah berkahwin. dan si budak kecil yang sering dibuli itu mula menyedari bahawa tuhan itu maha adil. Hal ini disebabkan budak kecik itu dianugerahkan 3 kakak sekalu gus oleh tuhan. dan mereka semua baik baik belaka. nikmat tuhan apa yg engkau dustakan wahai budak kecik?
namun tidak dapat menandingi kerinduan terhadap kakak kandung..

encik s,
yang merindumu kakak..
Al-Fatihah.

[1991-2015 Mastura]

Hati anda terlalu keras?

.......

tidak sedih ka kita? yang sering lupa?

Macam nak menangis pikiaq kita nie jauh daripada tuhan padahal tuhan itu dekat dengan kita.
Sebenaqnya tuhan dekat dengan kita, dia duk perati kita 24jam akan tetapi bagaimana cara kita mendekatkan diri denganNya.?
Bagaimana untuk membuatkan kita kurang cintakan dunya? dengan selalu mengingati mati. Kadang-kadang kita himpun duit sampai tak sempat nk himpun akhirat.
Kpop.... cumalah hiburan kita di dunia. Bagaimana hiburan kita di akhirat?
Tuan tuan puan puan mau ka mati tengah tengok Kpop?
tengah tengah running man? mati? suruh kpop tu solatkan jenazah, kapankan anda. ? mati kot? syawal, bagaimana nak tahu mati kita baik ke tidak, tgk kita di dunia kita nie hidup baik ke tak?
Kalau hidup kita baik, tuhan tidak akan menzalimi kita. Tuhan tidak tengak rupa paras kamu, tuhan tidak tengok betapa famousnya kamu, tuhan tidak tgk bertapa banyak harta kamu kamu.. tak tengok betapa tingginya songkok kamu....
nanges...
yang hanya tuhan tgk bagaimana hati kamu dengan tuhan......
encik S,

Islamic Financial Planner.

Apa yang anda lakukan di universiti?

......

Perkongsian yang baik...

Cerita zaman saya belajar U dulu sekitar tahun 2003..
.
Bagaimana saya mengatasi masalah tak cukup duit belanja..
PTPTN ada, tapi dah habis dijolikan. hehe..
.
Ini antara yang saya lakukan, jika anda rasa bermanfaat, sila copy je..
.
1- Saya pernah curi-curi menjual Hot Dog rebus di dalam kawasan asrama. Warden taktau, kalau kantoi ni memang susah saya dibuatnya.. Satu malam biasanya saya boleh dapat RM 150.. lumayan tu..hehe
.
2- Saya juga pernah membuka servis PRINTING assignment. Memang sangat tinggi permintaannya. 
.
3- Saya juga pernah menjual MAGGIE - siap masak & belum dimasak. Yang siap masak, penghantaran percuma ke bilik asrama. Mereka pun happy!
.
4- Saya juga pernah menjual topup..tapi tak bertahan lama, pasal persaingan yang sangat sengit antara member-member yang lain..
.
.
Seriusly, masalah duit tak cukup saya berjaya diselesaikan. Dan pada masa tu, saya mula belajar ilmu pengurusan kewangan..
.
Jika anda mempunyai masalah yang sama, nasihat saya cuba fikirkan apakah idea bisnes lagi yang anda boleh lakukan..
.
Sebenarnya ada banyak lagi yang nak dikongsikan..Zaman sudah berubah.. kini generasi student berniaga di internet.
.
Nak idea berniaga di internet tak?
.
Cukup 20 Like, saya sharekan lagi idea2 tersebut. Boleh LIKE sekarang?

cc. syed azhar.

Jalan mana yang anda pilih?

.......



====Harta Godaan Dunia====

Tiba-tiba teringat salah satu lirik lagu nasyid semasa kecik-kecik dulu... Disebabkan skim cepat kaya "menyontot" in tumbuh bak cendawan selepas hujan. Terasa ini untuk mengingatkan kepada diri ini serta sahabat-sahabat di luar sana. Oleh yang demikian, jika status yang ditulis ini dirasakan bermanfaat kepada orang luar atau sanak saudara kita, ikhlaskan berkongsi ilmu yang tak seberapa ini kepada orang yang tidak mendengar. Semoga perkongsian ilmu yang kita lakukan menjadi saham kita di akhirat kelak. Kerana harta kita yang paling kekal adalah ilmu yang memberikan rahmat kepada orang lain selagi mana ia digunakan ke jalan yang betul..
Ramai yang runsing dengan keadaan ekonomi, ramai yang membelanjakan barang keperluan melebihi pendapatan, ramai yang tiba-tiba sahaja dilanda musibah, ramai juga yang mendahulukan kehendak berbanding dengan keperluan, ramai sahaja yang bagaimana terpukau apabila dicanangkan keuntungan berlipat kali ganda dengan hanya perlu goyang kaki. Ramai yang katakan skim, pelaburan mereka yang terbaik dan ramai yang telah mengikutinya dan mendapat pulangan hasil dilaburkan.
Namun, jarang sekali syawal melihat di antara kita yang mensyukuri atas sekali nikmat yang dikurniakan. Lebih tak tertahan apabila mereka menyangka skim pelaburan merekalah yang paling terhebat abad ini dan segalanya atas usaha mereka. Lupakah mereka kepada tuhan? tuhan yang maha permurah lagi maha pengasih serta maha pemberi rezeki?
Jadi, siapa yang sebenarnya memberikan rezeki kepada ada? skim cepat kaya?
Fikir dan renung sejenak sebesar mana, sebanyak mana bekalan harta kita di akhirat kelak atau lebih tepat ketika di alam kubur. Habaq mai besaq mana dan berat mana bekalan kita? skim berjuta-juta boleh bawak ke? tanah berhektar-hektar ada boleh bawak juga?
Mesti ada golongan yang taksub kepada skim ini akan menyatakan bahawa, hang mesti nak melingkupkan bisnes orang, hang mesti dengki, hang nak cakap apa kalau bisnes ini memang bagi pulangan tinggi?
Mai ceq jawab siap-siap. Alhamdulilah kalau begitu dan syawal doakan semoga anda lebih dilimpahkan rezeki yang banyak-banyak dan boleh membayar zakat berjuta-juta dan bukan hanya menunjuk kereta BMW dan duit berjuta-juta..
Ingat lagi pesan 'Ustazah' encik S bahawa
"Nanti apabila kita dewasa nak. Hidup kita ada 2 pilihan, satu jalan yang sempit dan satu jalan yang luas. jalan yang sempit itu membawa kepada kehidupan dunia dan akhirat manakala jalan yang luas itu membawa kepada kehancuran...."
"Namun sayangnya, ramai manusia tetap degil memilih untuk melalui janag yang luas itu dan sedikit pula orang yang melalui jalan yang sempit itu...."

Jalan mana pilihan anda?

encik S,
aku pernah di jalan yang luas itu,

aku pernah dicemuh apabila di jalan sempit itu.

Berhati-hati dengan 3 ta

......

Meh nak bersajak sikit dengan hampa... hehe


Apabila kita putus cinta,
pastinya kita akan pulang ke pengCipta.

Masjid yang dulu kosong,
dipenuhi oleh jiwa-jiwa yang kosong.

Mengalunkan ayat-ayatNya,
yang sering kita endahkan.

Tatkala seronok dengan cinta dunia,
Masjid itu kita memandang sepi.

Apabila kecewa melanda,
kesepian itu yang kita cari.


encik S,
wahai lelaki.

Hati-hati dengan 3 Ta.

Dilema diri hendak membeli rumah atau kereta dahulu?

......

Apa pendapat anda?

===Khas untuk Client gua===

Sebelum ini gua selalu cakap dekat client gua kalau beli kereta dalam tempoh 9 tahun dengan bulanan rm 500. Biarkan, jangan duk gatai nak bayar lebih tiap2 bulan dengan harapan interest akan kurang. Nak tahu kenapa? sbb pembiayaan kereta mengunakan fixed rate Oleh yang demikian, anda bayar lebih pun ataupun anda nak clearkan kereta anda lumsup pun tidak berapa ekfektif keran konsep mudah, duit yang ada lanie lebih bernilai pada masa yang akan datang... Tetapi itu dulu. alhamudlilah hanya client gua yang gua akan kongsi teknik beli kereta untung... Hehe.
Seperti mana yang kita tahu, bank-bank di Malaysia telah menggunakkan produk pembiayaan peribadi berasaskan Base Rate (Rate). Oleh yang demikian, apbila guna BR ia menjadi floating rate( maksudnya rate dia naik turun).
Kawan-kawan deanlist yang budiman semua? apa maksudnya?
So, strategi untuk membeli kereta perlu diubah. Dan kalau boleh beli rumah dahulu.. Oleh ini kerana, tuan puan dapat memendekkan tempoh pembiayaan dan jumlah keuntungan yang diperolehi oleh bank dan mana-mana produk pembiayaan floating rate seperti hutang rumah.

encik S,

Islamic Financial Planner.

Bagaimana untuk menguruskan hutang?

.......

===Penyelesaiaan Hutang===
Sedih melihat apabila belum muslim, menjual al-quran. Orang muslim, di manakah anda? tidur.. Sedih melihat apabila belum muslim menjual buku-buku hadis dan sunnah.. muslim? dimanakah anda? Seorang mereka diberikan hidayah oleh Allah swt kerana insan-insan yang berjuang untuk terus hidup di muka bumi ini. Kerana agama Islam adalah untuk umat manusia. Segala penyelesaian di dunia ini apabila dirujuk di dalam al-quran insyaALLAH ada jalannya.
Cuma kita malas. Kalau malas saya memang tak mampu buat apa-apa. Terpaksa menelan bulat-bulat hakikat yang sebenar. Apa hak kita diambil orang lain. Anda hanya tahu merungut tanpa mahu berusaha untuk mencari jalan penyelesaiaan.
Tiga perkara yang dilarang oleh Islam dalam sektor kewangan adalah riba, gharar dan maisir. Manakan tidak apabila gua kecik-kecik dahulu, ramai sahaja orang Islam di 4D, toto, dan sebagai. Mereka menganggap itu sebagai satu kebanggaan jika pernah bermain judi(maisir). Oleh yang demikian, tidak hairanlah apabila kita membawa konsep yang di anjurkan oleh al-quran dan sunnah mendapat tentangan dan cabaran. Pesanan untuk diri ini juga untuk kita lebih berani dan bekerja kuat.
Ingin dapatkan perancangan kewangan yang sistematik.
Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

encik S,
Islamic Financial Planner,
Ikhlas Consultation and sevices,
012 5462297.

tombiroulast@gmail.com

Apa yang kita cari sebenarnya?

.......

===Tip Kewangan===

Hidup ini adalah impian. Oleh yang demikian, mimpilah impian anda dan kejar ia sesungguh hati dan jiwa anda. Apabila punya impian, kemudian binalah kekayaan untuk umat manusia. Dengan kekayaan kita boleh membantu lebih orang yang memerlukan di luar sana. Jadi, tetapkan niat apabila diberikan nikmat oleh tuhan salurkan rezeki itu seperti menunaikan haji, membayar zakat dan meninfaqkan dalam perjuangan agama.


Berjaya dunia akhirat.

Anda nak simpan duit anda? fikir sekali lagi

.....

===Bagaimana untuk gandakan harta anda===

Encik, bagaimana nak pastikan harta berkembang dari tahun ke tahun?

Ada pelbagai cara contohnya:

1. Buat simpanan di Tabung Haji akan berkembang daripada RM 10, 000 menjadi ke RM20, 000.
2. Dapatkan pendapatan daripada rumah sewa dengan cash follow yang positif misalnya daripada RM 100 ke RM 200.
2. Melabur di amanah saham daripada unit yang kecil lama lama tambah jika mempunyai lebihan wang.

Ingat, tiada skim cepat kaya dan perniagaan yang menjanjikan bulan dan bintang. Jika ada mohon jauhkan. Hal ini kerana jika kita tanam poko buah apple sekalipun. Adakah kita boleh menuai hasilnya pada keesokkan harinya?

Oleh yang demikian. Tak ada skim cepat kaya. Kalau ada pun nasib/rezeki.. Jadi, saya anti skim cepat kaya..

Bersabarlah kerana dalam kesabaran ada kenikmatan.

Jadi, bagaimana hendak mengurus kewangan dengan baik?

Berjimat dan membeli mengikut keperluan.

* Jangan mengumpul hutang dan piutan untuk menunjuk-nunjuk kemewahan.
* Menyimpan baru berbelanja.
* Rajinkan diri untuk sedekah kerana tak miskin aihh.
*Jangan membazir membeli mengikut nafsu.
* Menjanjikan sesuatu keuntungan ada riba.

Islamic Financial Planner.

Like dan share jika bermanfaat.

Mengapa perlu jual beli??? jauhi riba!




===Bertebaranlah mencari Ilmu===

Apa itu 'arbitrage opportunity'?

Secara umumnya kita mengunakan teori ini dalam seharian hidup kita. Menurut teori memang gua muntah kalau nak tulis. Tetapi, untuk sahabat-sahabat di luar sana memahami bahasa menurut generasi muda sekarang adalah suatu tindakkan mengambil kesempatan perbezaan harga terhadap sesuatu barang berbeza lokasi dan berbeza tempat keadaan itu dijual beli.

Kisah Sebotol 100Plus.

Memulakan perjalan daripada bukit kachi UUM sintok dengan sebotol 100plus 1.5liter.

1. Melihat harga di Kedai runcit Kachi Mall. RM 3.60.
Meneruskan perjalanan ke Cmart Changlun.

2. Melihat harga di situ Rm 3.30. Dan membuat keputusan membeli di situ kerana murah daripada harga sebelum ini.

Teruskan perjalanan melalui Highways Utara selatan dan berhenti di RnR guna dan mengisi minyak di Shell. Pergi ke mini market di situ untuk membeli sebotol air 100Plus kerana sudah kehabisan bekalan. Lihat harga di mini market di kedai Shell itu. RM 4.50. Terdiam dan memikirkan perbezaan harga di tempat yang berbeza dan kawasan yang berlainan.

3. Selepas melihat harga sebotol 100plus RM4.50. Mengambil keputusan untuk keluar highways di utara sungai petani dan masuk giant.
Alhamdulilah rezeki yang tuhan nk berikan. Giant sedang buat promosi clear stok Sebotol 100plus 1.5 liter RM 2.90 sahja. Terus membeli..

4. Meneruskan perjalanan ke peneng..... Melihat harga di kedai nasi kandar di sana. Rm 3.90.. Terduduk dan memikir....

Persoalannya. Apakah perbezaan harga di sintok dan di peneng itu adalah riba? syawal, penjual itu kejam la. Jual mahal. Kerja nak untung lebih ja tahu. In semua salah perniaga. Mereka mesti nak untung. Kesian kat pengguna. Penjual ini mesti ini tak belajaq ekonomi. Dalam buku ini cakap lain syawal. Kenapa realiti ini tak sama pun macam buku ini ajaq.? semua ini salah.!!!

Psstttttt... Wahai sahabatku, percayalah ijazah terbaik adalah di jalanan. Tak guna ada seorang yang genius, seorang pelajar deanlist, first class namun tiada ilmu kemanusiaan. Ingatlah jika anda mempunyai perbalahan tentang sesuatu perkara. Berbaliklah kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Nescaya kamu tidak akan tersesat.

Di sini syawal suka berkongsi satu petikan daripada al-Quran.:

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :- 
"Dan Allah s.w.t telah menghalalkan jualbeli dan mengharamkan riba." (Surah Al-Baqarah : ayat 275)

encik S,
Islamic Financial Planner.
Budak yang selalu failed exam dan degree tak abis lagi serta esok exam dia gemar menghupdate status.
tak tidoq gua malam nie

Apabila manusia menjadi tamak

===Apabila manusia bertuhan wang===


Dalam al-quran keras menjelaskan bahawa riba, gharar dan maisir adalah dilarang sama sekali kita sebagai umat Islam. Namun demikian, apabila dijanjikan bulan dan bintang kita menjadi lupa mata jiwa dan raga.
Orang lain kalut melakukan urusan jual beli, anda duk kalot skim cepat kaya atau skim emas tersontot..
Gua dh follow skim ini daripada sekolah lagi dan orang yang berjaya promote skim emas ETA sambil duk tayang kereta BWM ini pun tersontot... Tutup kedai ka apa?
encik S,
maaf terpaksa berkeras malam ini,
siapa yg terlibat riba gua akan istihyarkan perang ke atasnya!

Anda nak kahwin? fikir dulu!!!

Amanat ini khas untuk diri ini sebelum gua nak bernikah.. Kalau anda nk jadikan sebagai pedoman pun bolehh... Jum layann..
===Sebelum aku bernikah===
Jodoh adalah rahsia tuhan, kematian juga adalah rahsia tuhan.. Belum sempat kita bertemu dengan jodoh kita, kemungkinan kematian terlebih dahulu menyapa ini kita..
Persoalannya? bersediakah kita untuk menghadapi kehidupan rumah tangga sebagaimana kita akan menghadapi kehidupan di alam kubur nanti?
Sepertimana, kita tahu meninggalnya seorang anak adam itu 3 perkara yang akan dibawanya iaitu yang pertama adalah amal ibadat, kedua doa anak yang soleh/solehah dan ketiga adalah sedekah jariah kita.
Tanya diri kita? cukupkah persiapan sudah lakukan?
Oleh yang demikian, hidup singkat adalah risiko dan hidup panjang pun adalah risiko. Akan tetapi sejauh mana kita merancangnya?
"Berkerjalah umpama kita hidup seribu tahun lagi, dan beribadatlah seperti kita meninggal esk hari"
Di sini saya ini kongsikan 5 rukun Islam:
1. Mengucap 2 kalimah syahadah
2. Solat 5 waktu sehari
3. Berpuasa di bulan ramadan
4. Menunaikan zakat
5. Menuaikan haji di mekah.
Oleh yang demikian kita berkerja adalah untuk menyempurkan rukun Islam untuk melengkapkan diri kita untuk menjadi seorang muslim. Bagaimana kita menguruskan kewangan untuk bayar zakat berjuta2? anda lebih sanggup untuk membayar tax contohnya gst.
Adalah anda sudah menyimpan untuk menunaikan haji? fikirkanlah
Jadi, saya sebagai perancangan kewangan Islam bagi sesiapa yang masih mudah dan ini mendapatkan perancangan kewangan mengikut syariat Islam. Boleh pm syawal. Kami akan menyediakan modul khas untuk ada meliputi plan persaraan, plan kesihat, plan pendidikan dan plan Haji, Asset protection, Income replacement.
encik S,
Islamic Financial Planner.
boleh hubungi gua untuk consultation
0125462297
like dan share jika bermanfaat.

Usrah yang di idamkan

Perkongsian hari ini....

===Perkongsian Usrah===
Teringat kata-kata seorang adik ketika usrah sebentar tadi "Abang syawal, kenapa kita susah nak buat baik? kenapa kita susah nak dakwah orang ke arah kebaikkan, kenapa apabila kita cakap benda yang baik selalu orang tidak dengar..
Gua membalas " ....... Sedang berfikir jawapan yang pendek ringkas dan padat. Adik syafiq. " Apabila kita berkongsi ilmu yang pasti jangan harapkan balasan. Selain itu, apabila kita mengajak orang berbuat baik mulailah dengan diri kita dahulu. InsyaALLAH orang akan pelahan-pelahan mengikut kebaikan yang kita lakukan. Satu kita nk pesan adalah apabila menyampaikan sesuatu hendaklah daripada hati nurain kita supaya kita akan berjaya menyentuh hati-hati mereka yang degil itu. Bukannya kita menceduk sebulat-buatnya daripada buku itu dan terangkan kepada masyarakat di luar sana.
adik syafiq, "Owh, begitu patut teringat perkongsian ayat dalam surah al-baqarah ayat 25 yang dikongsi tadi. "Sampaikan khabar gembira bagi orang yang beramal soleh".
gua membalas, "Alhamdulilah, semoga kita beristiqamah menyampaikan kebaikkan...
encik S,
maaf, gua memang ganas.
semoga bermanfaat.