Tuesday, September 24, 2013

Tentang rasa...

Assalamualaikum da salam sejahtera..

Minggu yang sangat-sangat memenatkan bagi syawal. Selepas selesai kursus induksi selama 2 minggu, kemudian orientasi selama seminggu, kemudian dilantik menjadi JKPS untuk dpp bank rakyat, kemudian menjalankan program jamuan hari raya bersama FABS, menguruskan hope iaitu hari pendaftaran kelab di UUM, kemudian dan yang terbaru menguruskan program interface 2013 untuk pelajar semester satu.. Hidup ini umpama musafir di negeri sendiri yang membawa hati dan perasaan yang kosong ini untuk disi penuh dengan erti dalam kehidupan ini. 


Biasa, dalam hidup ini ada suka, ada duka, ada ribut, ada taufan, ada cerah, ada nyaman dan sebagainya. Apapun yang berlaku dalam hidup kita ini. Untuk jalan singkat untuk menyelesaikannya ialah dengan tersenyum. Senyum adalah ubat yang paling mujarab untuk kita menghilangkan stress di terbuku di jiwa nuraini anda semua. Memang minggu yang sangat menyibukkan bagi syawal sehinggakan masuk kelas pun tak dapat nk fokus apa yang diajar. Memikirkan masalah-masalah yang dihadapi dalam program, tanggunjawab persatuan, amanah yang telah diberikan oleh DPP. Memang akan merunsingkan kepada otak ini. Namun, Allah itu maha adil. Dia tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak dapat untuk kita tanggung. Jika kita perlu menghadapi sesuatu cabarab atau ujian itu, bersyukurkan kerana Allah masih ingatkan kepada kita dia menrindui tangisan kita memuji nama ilahi. Lihatlah betapa sayangnya Allah kepada kita, namu kita yang selalu melupakannya..

Coretan yang tercetus akibat terjaya daripada lamunan yang panjang.... dan tak berupaya untuk melelapkan mata kerana tak sabar menanti hari esok. :)

Sepanjang di library, 2 kejadian yang sangat mengujakan apabila penulis syawal mendapat perhatian daripada kawan-kawan. Semoga penulisan syawal yang masih banyak kekurang ini menjadi pedoman kepada diri syawal terutamnya dan kepada anda di luar sana. Semoga senantiasa di dalam hidayah dan rahmat Allah swt. Aminn..

Syawal sering bermain dengan rasa. Apakah maksud rasa? rasa adalah satu perasaan di mana jika anda memikirkan sesuatu kejadiaan disekelilian anda berlaku disebabkan sesuatu dan ada satu kuasa yang sebaliknya yang berkuasa mentadbirnya. Lihat dengan mata hati anda bagaiman alam yang indah ini ditadbir? Umpama sebuah kerajaan yang mentadbir sesebuah negara. Begitu jugalah dunia ini, mesti ada satu kerajaan yang mentadbirnya. Sama juga jiwa kita, yang akan menentukan siapa diri kita adalah bagaimana kita mentadbir jiwa kita? adakah kita membimbing diri kita kejalan yang diredai Allah? Tepuk dada tanya iman.

Cukup setakat ini syawal berbicara soal rasa. Jika anda rasa anda ada sifat tangungjawab. InsyaALLAH anda akan menpunyai rasa itu melakukan amanah yang diberikan.

Kepada diri syawal dan kawan-kawan yang stress dengan program dpp, kelas, assigmnt program sana sini.. Syawal doakan anda semua tabah menghadapinya.. Jangan berputus asa dan berpijak dengan kaki sendiri...  semoga berjaya.. jangan stress2 ye kawan-kawan

Monday, September 16, 2013

Kem induksi AJKS DPP Bank Rakyat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Fuuh, hampir 3 minggu syawal tak ada masa untuk beristeri 4.. Eh silap tulis la.. Beristirehat.. Haha, saja bagi saspens sikit.. mesti semua terkejut kan? HAHA

Kat sini syawal nak rangkumkan semua aktiviti yang syawal lakukan sepanjang minggu tersebut. Alhamdulilah, semua aktiviti dan tugasan yang diberikan selamat dilakukan dengan sebaik yang mungkin..

Minggu pertama semua fasi AJKS(ahlijawatankuasa suaikenal) Dpp Bank Rakyat sesi 2013/2014 diarahkan untuk menghadiri kem induksi sebelum diamanakan untuk menjaga pelajar-pelajar baru UUM di dpp masing masing. Kena dengan tajuk lagu yang femes kat radio iaiti "aku yang dulu bukanlah yang sekarang" nyanyian tegar. Syawal dulu bukanlah insan yang gemar untuk pergi kem induksi, program motivasi, program kepimpinan, program kebajian dan lain-lain berprogram la.. Alamak, teringat pula zaman jahiliah dulu.. hehehe.. Zaman kegelapan di masa banyak masa terbuang dengan sia-sia. Namun, Allah swt itu  maha adil. Dia tak berikan kepada kita apa yang kita mahukan, namun dia berikan apa yang kita perlukan. Namun, kat university ini im totally diffrent.. Sampaikan kawan cakap hang suka buat benda pelik-pelik. Yes, that me.. suka buat benda pelik-pelik.. Benda yang tak pernah orang buat benda tu la ceq akan buat.. tak kira apa orang nak cakap.. Untuk meredakan hati dengan apa yang orang cakap, ceq akan cakap dalam hati.. Kita perlu bersangka baik.. kerana orang itu mungkin tak tahu.. Simple kan? jangan kusutkan kepala otak anda yang memang sudah kusut itu..

Kem induksi ini.. Woha... nampak sangat aku tak femes kat dpp aku.. sedih, mungkin aku lebih suka bergaul dengan blok aku sahaja kot.. Dan aku nie susah sikit nak kenal dengan orang yang aku tak selesa. setakat nk berkawan tu tak ada masalah.. aku okay ja.. Namun, yang sedih ada fasi yang sama sem dengan aku siap tanya aku dpp mana dan sem berapa? hahaha, sedih teruk kot.. aku sama sem dengan dan dpp dengan hampa okay.. kenapa tak kenal aku? Masalah ini berlaku tiap2 tahun kat aku sebabnya bila aku rambut panjang aku nmpak macam orang lain, kalau aku bukak spek aku tak jadi orang lain.. bak kata budak itu.. Hang nie mcam superman tahu dak? kalau pakai spek mcam clark kent yang soyon tu.. Tapi kalau bukak spek macam superman return.. HAHAHAHAHA. aku nak tergelak pecah perut pun ada. Serius dalam kem tu aku tak kenai sapa-sapa. Mcam orang asing ja dalam kem tu.. Tapi nasih baik dan presiden dpp bank rakyat ini baik.. dia boleh ja kawandengan semua orang.. ada juga orang teman nak sembang.. Namun. semua itu hanyalah berlaku sebelum kem bermula.. Nak tahu kenapaa? sebabnya aktiviti yang kami lakukan dalam kem tersebut yang dikawal selia oleh pihak kauseling UUM telah memecah benteng tali persaudaran antara kami semua.. Kami fasi-fasi bank rakyat saling berkenal-kenalan supaya dapat berkerja sama dibawak satu bumbung.. HEHE.. mcam syarikat la pulak..

Memang best aktiviti yang kami buat, yang syawal tak dapat nk lupa apabila kami diberikan sehelai kertas dan sebijik bola. kami diminta untuk mengolekkan bola tersebut dengan tanpa menyentuhnya dan bola tersebut wajib melalui di hadapan semua perserta.. bayangkan semua perserta ada dalam 4xx macam tu la termasuk dengan semua dpp.. Melalui aktiviti tersebut kami semua perlu berkerjasama tak mengira pangkat, status, bangsa, dpp, dan mcam-macam lagi..
banyak la aktivit yang kami lakukan kalau nak cerita sampai ke subuh la jawabnya.. Hehe. Ceq bagi point-point jela time yang boring apabila cerita pasal PKU, pasal keselamatan, pasal akademik, pasal pointer yang diterima masuk UUM dan bla2..

satu yang syawal nak kongsi adalah UUM adalah universiti kedua yang menjadi pilihan pelajar lulusan matrikulaso, stpm dan diploma untuk melanjutkan pelajaran di belakang UM... Nmpak? hebat kan adik-adik yang bakal masuk UUM. Syawal doakan hampa semua menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyrakat dan negara. Tujuan utama syawal masuk kem induksi ini adalah untuk mendidik korang semua agar menjadi pelajar yang serba boleh. Dekat Uni inilah tempat untuk kita mengasah bakat kita dan belajar sesuatu yang baru. Jangan jadi macam syawal dulu-dulu.. hehehe.. Sebab itulah sudah menjadi macam tangungjawab syawal untuk memastikan adik-adik tak jadi macam kiteeee.. hehehe

Sekarang kami sudah jadi macam satu keluarga..!!!

kami semua yang sudah menjaga adik-adik baru!!

KEMASUKAN PELAJAR DPP BANK RAKYAT SEPTEMBER 2013

ANTARABANGSA - 0

TEMPATAN - 423
LELAKI - 134
PEREMPUAN - 289
 sumber abg basri

Fasi bersama-sama felo dpp bank rakyat..