Thursday, December 29, 2011

Kunci neraka

Contohilah sikap semut yang sentiasa berkerjasama walaupun
hidup dalam bilangan yang ramai serta tidak berpuak-puak. 
Sifat Sombong
Salah satu ciri sifat sombong ialah enggan menerima teguran orang lain. Sebagai contoh, kita menegur kawan kita supaya kita agar mengurangkan gula dalam pengambilan makanan agar tidak mendapat berbahaya seperti diabetes namun dia membalas " arhhh, aku tahu la, hang sibuk apa pasal jangan la duk sibuk menjaga tepi kain orang". MasyaAllah, dalam islam tiada istilah menjaga tepi kain orang tetapi lebih kearah kebaikkan bersama. Kita dituntut untuk menasihat dan melarang pekara-pekara yang mendatangkan memudaratan dan bukan gatal-gatal untuk mencampuri urusan orang lain.

Seterusnya ialah berkawan atas dasar kepentingan diri sendiri.Sebagai contoh, kita hanya berkawan dengan orang yang berada sahaja dengan harapan dapat menumpang populariti individu terbabit. Jauhilah sifat ini kerana tidak akan membawa anda ke mana-mana. Jika anda berkawan dengan orang susah, anda dapat melihat cara orang miskin begaul manakala pada masa yang sama anda berkawan dengan orang yang berada. Maka, beruntunglah orang yang selalu berfikir kerana anda dapat membuat perbandingan antara cara orang kaya dan miskin dapat menjalani kehidupan. Nak kongsi satu cerita, ada seorang sahabat syawal. beliau seorang yang peramah dan berkawan dengan semua orang tidak kiran miskin atau kaya. Melalui penceritaan beliau, berliau dapat membuat perbandingan cara orang miskin dan orang kaya menyambut perayaan Aidil Fitri. Pada tahun 2008 mungkin, dia pergi beraya di kawasan kampung di pendalaman Pendang iaitu kampung Charok Kudong ( cari la dalam google kot2 ada). Sambutan di sana lebih bertujuan untuk mengeratkan silaturahim seperti amalan bergotong-royong dalam menjayakan sesuatu aktiviti. Manakala, orang kaya juga bertujuan mngeratkan silaturahim tetapi cara lebih mudah seperti mengupah katering, kuih-kuih yang mahal dan sebagainya. Untuk pengetahuan, dalam islam tidak melarang kedua-dua cara asalkan mengikut kemampuan dan tidak membazir.

Sikap yang merasakan diri hebat.. Sikap ini pada asasnya baik namun jika niat kita salah maka adalah termasuk kedalam sifat sombong. Contohnya, kita berniat untuk menjadi insan yang hebat, terkenal, tersohor bertujuan menyumbang jasa kepada masyarat itu ada perlu. Namun begitu, jika kita berasa hebat seperti sikap firaun itu minta-mintalah dijauhi.

Suka marah-marah di depan orang ramai, ini punya sikap syawal sangat tak suka.. hehe, contohnya duk post kat wall orang tulis macam diri dia kuat sangatlah tak bagus. Jadi, hendaklah buang sikap itu. Cuba kita pendekatan lembut tapi tegas. Ingat, kena tegas juga sebab kalau berlembut saja nanti orang pijak kepala kita.

Sukar untuk minta maaf dan berterima kasih.. Sifat ini kalau tak dak kat dalam diri kita syawal jamin hidup memang tak seronok sampai tua. Ada satu cerita, kawan syawal pergi la temuduga kerja. Selesai temuduga itu, bos berbanga cina dan beragama tidak pasti yang pasti bukan islam memberitahu jika dapat kerja dia akan 'call'. Alhamdulilah kawan syawal dapat kerja itu, dalam perbualan tersebut:

   Mr Chan "taniah anda telah mendapat pekerjaan tersebut, TERIMA KASIH"
  Kawan syawal "(terkedu), sapa yang sepatutnya ucap terima kasih ni.


Ego atau sombong adalah sifat mazmumah yang tidak disukai oleh Allah SWT. Maka, jauhilah sikap ini kerana ia dapat menpengaruhi tanggap orang lain terhadap diri anda dan sudah pasti anda ingin hidup dengan aman di dunia ini kan. senang sahaja, ikut perintah Allah dan tinggalkkan larangannya.")

Cabaran dalam berdakwah.. kuatkanlah hatiku

Aku mungkin tidak seberani Nabi Ibrahim,
tidak setabah Nabi Yunus,
tidak seikhlas Nabi Ismail,
tidak sekuat Nabi Nuh,
tidak sepintar Nabi Musa,
tidak setulus Nabi Isa dan

tidak seagung Nabi Muhammad..
Namun, aku memerlukkan semua kekuatan itu untuk memastikkan nilai-nilai islam tetap bertebaran di muka bumi ini. Kita harus belajar daripada kisah-kisah anbiya iaitu para nabi yang terdahulu yang telah menempuh pelbagai ranjau dalam meyebarkan dalam menyedarkan manusia tentang kekuasaan Allah. Sebagai contoh, bagaimana Nabi Ibrahim dicampak kedalam api oleh raja namrud pada suatu ketika dulu, Nabi Musa berhadapan dengan Firaun iaitu bapa angkat yang menjaganya pada ketika baginda masih kecil. Tetapi, apa-apa sebabnya, mengesakan Allah itu menjadi perjuangan utama.

                             bagi sesiapa yang tengok pic di atas apa pendapat anda...

Pertama sekali, syawal ingin memohon maaf atas nasihat dan teguran yang tidak disegani oleh anda. Syawal tidak berniat untuk menyakitkan sesiapa, prinsip syawal adalah jika A masuk syurga, maka si B pun mesti turut masuk syurga contohnya sekiranya kita baik la sangat dan kita berbahagia di ahkirat tetapi kawan-kawan kita sengsara di ahkirat kelak dan bagi syawal perkara itu sangat tidak mnyeronokkan.

 Sejujurnya, syawal sebagai kawan hang tidak berniat untuk menyakiti anda wahai sahabatku, apa yang syawal ingin syawal sampaikan adalah untuk beringat-ingat ketika kita hidup, tak semua yang kita lakukan di dunia ini orang suka, ada juga tak suka. jadi berusahalah agar setiap tingkah laku kita sentiasa mendapat redanya.

Sebenarnya, syawal agak terkilan dengan pernyataan di atas, namun syawal yakin Allah sentiasa bersama-sama hamba-Mu yang ingin bertaqwa. Niat syawal nasihat bukan untuk anda semata-mata kerana dalam syawal menasihati orang secara tidak langsung dapat menghindari diri syawal daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah.

Bagi anda di luar sana, jika kita yakin di jalan yang benar maka usah gentar dan takut serta yakinlah bahawa Allah sentiasa berada bersama-sama kita. Allah sedang menguji hamba-Nya, syawal anggap ini adalah titik permulaan dalam menegakkan syariat-Mu, dan ini merupakkan cabaran yang akan syawal hadapi!

  **sampaikan walaupun dengan satu ayat: sabda Nabi Muhammad SAW





Friday, December 16, 2011

Dengan Kuasa-Mu, indahnya perjalanan ini dalam reda-Mu

Syawal teringin sangat nak join hampa, tapi nak buat macam mana masa bbq itu kemungkinan syawal dah pergi dengkil selangor dekat rumah abang syawal kerana emak dah rancang nak pergi tengok cucu kan. Dalam hati syawal " Ya Allah, nak join sangat bbq itu kerana sebelum majlis itu bermula banyak aktiviti yang dilakukan seperti gotong-royong membersihkan halaman rumah, kemudian solat magrib dan diikuti dengan bacaan yassin serta solat isyak secara berjemaah. MasyaAllah, alangkan indahnya pengalaman tersebut. Bak kata perpatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Sebab itu setiap perkara yang kita lakukan Nabi sarankan untuk berjemaah dan pelbagai manfaat mungkin diperolehi. Kemudian selepas solat isyak baru kita bbq kerana dalam keseronokan masa ahkirat nanti kena seronok di dunia juga dan berbahagialah wahai orang-orang yang beriman dan bertaqwa.. 
    
      Cerita di atas adalah masalah yang syawal hadapi untuk menghadiri bbq yang dilakukan oleh kawan-kawan.  Majlis itu merupakan kenduri yang dilakukan secara berkerjasama atau bepakat dan lebih kepada majlis kesyukuran kerana kami semua sudah selamat duduki peperiksaan. Syawal dalam rancamgan pergi dengkil 15.12 dan majlis tersebut pada 16.12.. sayang kan sekiranya syawal tidak dapat hadir dalam majlis tersebut :\

   bukti kekuatan sebuah doa....
Syawal sangat berharap untuk join majlis itu namun pada masa yang sama tidak mahu menghampakan ibu kan. tapi syawal percaya bahawa Allah itu Maha Kuasa dan dia telah aturkan perjalanan hidup hambanya dengan sebaik-baiknya cuma kita perlu yakin dengan takdirnya.. SubhanaAllah, agungnya kuasa-Mu, syawal dapat hadir majlis dan insyaAllah dengan tidak menghampakan ibu untuk temankan dia ke rumah abang. Nak tahu kenapa, Abang kat Dengkil menerima tetamu adik-beradik daripada kakak ipar yang ingin bermalam di rumahnya kerana mereka ingin pergi ke New Zealand keana rumah abang syawal dekat dengan KLIA. Jadi, perjalanan syawal terpaksa di tunda beberapa hari lagi..

hehe, MasaAllah.. indahnya aturan-Mu, beruntunglah sekirantya hambanya mahu berfikir tentang kekuasaan-Nya. tengak kan, sekiranya kita yakin kepada pencipta kita. isyaAllah kita akan ditolong dengan apa cara sekalipun. Mesti Yakin dengan-Nya


apapun memang pakcik tak sabaq nak p dukung cik Hannan. pakcik miss u, tunggu ya nanti pakcik sampai
# first time hannan senyum.

Wednesday, December 7, 2011

Tauhid.. apakah itu


 Di sini syawal nak kongsi ilmu tentang tauhid. walaupun kita beragama islam, namun kita mungkin kita memahami maksud tauhid.. mungkin kita pernah dengar perkataan tauhid ini dan tahu akan maksudnya, akan tetapi adakah kita memahaminya...


Ilmu Tauhid secara umum ialah ilmu yang membicarakan tentang cara-cara menetapkan aqidah agama dengan menggunakan dalil-dalil yang meyakinkan, seperti dalil naqli, dalil aqli. Sarjana barat menterjemahkan Ilmu Tauhid ke bahasa mereka dengan Theologi Islam. Secara etimologi Theologi itu terdiri dari dua kata yaitu theos berarti Tuhan dan Legos berarti ilmu. Dengan demikian dapat diartikan sebagai ilmu ketuhanan.

Perkataan tauhid berasal dari bahasa Arab wahhada, yuwahhidu, tauhidan. Secara etimologis, tauhid bermaksud keesaan iaitu itikad atau keyakinan bahwa Allah SWT adalah Esa, Tunggal, Satu.  

Dari segi istilah pula, tauhid diertikan dengan berbagai maksud yang dapat mengambarkan frasa Tauhid itu secara konseptual. Justeru, ini memudahkan kita memahami konsep Tauhid dengan lebih jelas sebelum mendalami perkara-perkara yang berkaitan dengannya secara lebih terperinci. Antara istilah-istilah yang diguna pakai ialah tauhid merupakan sesuatu ilmu untuk menetapkan akidah yang didasarkan kepada dalil-dalil yang jelas dan terang.

Menurut Syeikh Muhammad Abduh mengatakan tauhid adalah suatu ilmu yang membahas tentang wujud Allah, sifat-sifat yang wajib tetap padaNya, sifat-sifat yang boleh disifatkan kepadaNya dan tentang sifat-sifat yang sama sekali wajib dilenyapkan padaNya. Tauhid Juga membahas tentang rasul-rasul Allah dan meyakinkan kerasulan mereka.

Menurut Husain Affandi al-Jars mengatakan tauhid adalah ilmu yang membahas hal-hal yang menetapkan akidah agama dengan dalil-dalil yang meyakinkan.

Prof. M. Thahir A. Muin mengatakan bahawa tauhid adalah ilmu yang meyelidiki dan membahas soal yang wajib, mustahil dan jaiz bagi Allah dan bagi sekalian utusan-utusanNya, juga mengupas dalil-dalil yang menjadi bukti kepada akal fikiran sebagai alat untuk membuktikan adaNya zat yang wujud.

sumber:

Tuesday, November 29, 2011

Hidayah itu milik Allah. Bersyukur sangat-sangat kerana sahabat ceq telah kembali kepada Islam.


Menurut Muhammad Nur Muslim, Ini adalah gambar beliau semasa berumur 17 tahun, ketika ini beliau menindik telinga dan berambut "spiky", beliau menjelaskan lagi pada setiap minggu beliau pergi "clubbing" dan merasakan kehidupannya ketika itu sangat-sangat enjoy dapat melepak dengan kawan-kawan dan menikmati hidup di dunia ini yang tiada penghujungnya. Tetapi, alhamdulilah setelah diberikan Hidayah oleh Allah swt dan beliau kembali kepada Islam. Semua perkara-perkara yang tidak berfaedah yang beliau lakukan dahulu tidak ditinggalkan dan dibuang jauh-jauh daripada hidupnya. Beliau telah menjauhi persekitaran yang negatif semasa masa lampaunya dan cuba medekati Islam dengan lebih mendalam. Sekarang, Islam telah mengajar beliau ke arah kebaikan dan beliau sangat-sangat bersyukur. Menurut beliau, setelah Muhammad Nur Muslim mengucapkan Kalimah Syahadah, hati beliau terasa sangat tenang, ketenangan itu sukar digambarkan dan tidak pernah beliau rasai sebelum ini. Kalimah teragung iaitu "AKU BERSAKSI TIDAK ADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"


 
  Gambar di atas ialah salah seorang senior incik tombiroulast semasa menuntut di Kolej dulu. Betulah orang cakap, hidayah itu milik Allah. Senior Tan Fang Wei atau nama islamnya ialah Muhammad Nur Muslim yang bermaksud orang yang mengamalkan cahaya islam. Sedap nama itu, semoga dia dapat membawa nama tersebut bersesuai dengan akhlaknya dan dapat menyebarkan cinta-cinta islam kepada orang yang belum kembali kepada agama Islam. Beliau yang incik tombiroulast kenali dulu semasa di tingkatan 4 dahulu sangat berbeza daripada sekarang. 

   Alhamdulilah, sekarang beliau telah memeluk agama Islam dan mengamalkan agama islam dengan istiqamah. Bila di imbas kembali, perwatakkan semasa beliau di bangku sekolah sangat berbeza dengan sekarang, waktu sekolah dahulu melalui permerhatian incik tombirou, Beliau seorang yang nakal, sosial, tidak menghormati orang dan menjalani kehidupan seperti remaja-remaja lain yang tiada tujuan hidup yang suka melepak, clubbing, membuang masa, karaoke, soooker dan bermacam-macam lagi. Maafkan incik tombiroulast jika tersalah tanggapan. Senang cerita, kehidupan yang tiada matlamat hidup, biasa la zaman remaja kan.. Incik tombiroulast pun biasa alaminya..

  Namun, siapa sangka kan? selepas menamatkan persekolah. Sinar-sinar hidayah menerpa ketika dia menuntut di Akademi Navy di Perak. Di sana beliau mula mengenal islam, mengenal apa erti islam yang sebenar. Cerita tentang kembalinya beliau ke agama Fitrah insyaAllah tombirou akan kongsikan di entry yang akan datang.. Kerana incik tombiroulast baru sahaja tahu berita ini. Alhamdulilah, bertambah juga umat Nabi Muhammad.

   Incik tombiroulast doakan saudara Tang Fang Wei atau Muhammad Nur Islam sentiasa di dalam rahmat Allah swt.. 

  Kekadang incik tombiroulast sedih dengan orang yang dilahirkan sebagai orang yang beragama Islam tetapi tidak bersyukur dan lalai. Bangunlah sahabat-sahabatku, kita sama-sama berubah kepada yang lebih baik. Ingatan keras buat diri ini sebenarnya...

  Selalu ku doa agar kawan-kawanku yang lain mengikut jejak langkah Muhammad Nur Muslim. isyaAllah. Masih terkejut..

**tombiroulast


Monday, November 21, 2011

My sweetheart

sleeping beauty..

Miss u hannan... tunggu nahh.. nak p jadi babysitter ni.

Berikan hambamu kekuatan

Ya Allah, Hambu seorang insan yang lemah. tak mampu menangung perasaan gundah di jiwa. aku mohon kepada-Mu berikan kekuatan kepadaku.
    Setiap orang mengatakan bahawa melakukan kesilapan adalah proses pembelajaran, namun sekiranya melakukan kesilapan yang sama setelah kita mengetahui cara untuk membetulkannya adalah apa?
    Mesti anda semua pernah mengalami keadaan seperti di atas. Namun jangan anda bersedih kerana kita mesti percaya bahawa Allah sentiasa bersama Hambanya yang yakin dengan nikmat dari tuhan. Oleh hal yang demikian, kita tidak perlu cepat untuk berasa kecewa seandainya kita berasa syukur dengan apa yang telah kita lakukan kerana itu mungkin adalah yang terbaik untuk diri kita..


 
>mood hati tak tenang, nasib baik surah Al-Hud dapat menangkan hati ini.
Antara kelebihan surah ini ialah:

      Sesiapa yang membaca surah ini, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Selain itu, jika membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Seterusnya sesiapa yang membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
     
                                                                                                                           Alhamdulilah(:0

Wednesday, October 26, 2011

semakin aku dekat dgnNya, semakin kuat ku didugai..

teruskan berdakwah, para malaikat sedang menulis pahala anda semua..
"Ustaz Azhar Idrus ( Original )"..


amin, ya Allah berikan hambamu kekuatan untuk setiasa berada di jalan yang engkau redai.. 

Tuesday, October 25, 2011

Nokia connecting people or nikah connecting people



 




 

Syaitan ketawa apabila anda bercinta SEBELUM nikah.

>> Tapi...

Syaitan menangis apabila anda bercinta SELEPAS nikah. (
◕‿◕)

Pilihlah cinta SELEPAS nikah. Kenapa? Kerana ia cinta yang suci. Diikat dengan ikatan sehidup semati.

Wahai lelaki, jangan sekali² kamu menyentuh wanita yang bukan mahrammu kerana ia satu penghinaan kepadanya. Jadilah kamu LELAKI SOLEH, aman dunia (^
^).

Wahai wanita pula, jangan sekali² kamu biarkan dirimu itu dihina. Kamu kan ada kuasa menolak. Jadilah insan yang bermaruah & sebaik² perhiasan dunia--> "WANITA SOLEHAH", tenang rumahtangga (^
^).
NIKAH itu kan SUNNAH, so nikahlah ツ.

NO couple, YES nikah
ツ.

bagus atau tak bagus

ada satu cerita. kejadian ini berlaku di dalam kelas.. terdapat 3 orang pelajar iaitu ali abu dan ahmad.
     
     ali dan abu sedang leka berbual di sebelah ahmad yang sedang mengulangkaji pelajar.. ahmad terasa sedikit terganggu dengan perbualan mereka namun dia berfikiran positif dengan menganggap mereka berbualkan sesuatu yang berilmiah...

   tiba-tiba, ali cuba mengajukan soalan kepada ahmad " Mad, buku apa yang hang baca itu"
ahmad berkata" aku sedang baca buku ekonomi nie, awat ali?"

ali membalas " takla, aku bukannya apa.. tgk hang khusyuk sangat membaca, bagus sangat ka buku tu?"

"ali oii, aku pun tak reti la nak kata buku nie bagus atau tidak sebab ikut orang la rasa macam mana, satgi aku bagus, orang lain kata tak bagus.. susah pula. Tapi, bagi aku mudah ja.. LAGI BAGUS kalau buku ni kita baca sama-sama, itu ja pendapat aku ja... " ahmad memberikan jawapan..

ali"..............(terdiam)

Abu kata" hang tak paham-paham lagi ka ali oii, dia perli hang tuh"

ali "yaka.? pergi berlalu ke tempatnya dan membuka beg serta mengeluarkan buku untuk dibaca...

Tamat..

                                                                                           pengajarannnya... fikirkanlah

Monday, October 24, 2011



Hari ini syawal pergi '*******' untuk membaca surat khabar percuma. Fullstop, nak jimat duit, tak payah beli dah.. bukannya apa, mak beli berita harian tetapi nak baca The Star. sudah2, bukan nak cerita pasal itu

bermulanya kisah,,,, dalam keghairahan membaca 'paper' ada seorang jejaka ini duduk di depan meja syawal dengan menbelakangi syawal, maksudnya syawal nmpak belakang badan dia. selang beberapa 'second' ada pula dara ini datang duk sebelahnya. tak tahu la dh nikah ka, sweet kapel ka, apa2 jela. maka, jejaka itu duduk sebelah dara tersebut sambil memegang buku dan melawan renung kot serta tersipu-sipu malu.. hahaha, macam drama kan, tp syawal rasa kat tengah-tengah itu ada syaitan kot duk lawan bisik kat jejaka dengan dara tersebut. selepas abis duk senyum-senyum syok la hampa syaitan berjaya menghasut keturunan anak adam. tetapi syawal bersyukur sgt kerana perkara berkenaan tak melarat. nak tahu kenapa.? hal ini kerana, dalam lima minit mreka duduk berdua mula terdengar laungan azan yang menusuk kalbu kerana kedengaran azan amat jelas sekali kerana menandakan sudah masuk waktu solat zuhur. syawal memerhati gelagat lelaki itu seperti tak senang setelah dengar laungan azan, nak tahu kenapa tak? syawal rasa jejaka itu mungkin teringat Allah dan menyedari kesalahannya, kemudian syaitan sudah pasti lari lingtang-pukang setelah mendengar azan. manakala perempuan pula macam senyum kambing kerna mydari kemaksiatan yg dilakukan, yang pelik dara ini ialah memakai tudung tetapi pakai pakaian ketat serta lengan pendek. syawal pun hairan apa punya 'fashion' la. sudah elok-elok tutup aurat tp pkai baju ketat pula. selesai azan berkumandang, si jejaka tersebut pergi meninggalkan dara tersebut, dara tersebut terpingga-pinga. alhamdulilah kemungkinan jejaki itu sedar akan kekhilafannya. 'salute'lah jejaka itu kerana pergi meninggalkan kemksiatan. mungkin nak pergi solat zuhur kot.


kesimpulannya........ dah baca cerita dia atas, mungkin setiap manusia melalukan kesilapan. oleh itu, kalau dh sedar segeranlah bertaubat sebelum terlambat. Apa yang syawal nak tekankan di sini ialah LAUNGAN AZAN dapat mencegah kemungkaran. Syawal sarankan sekiranya ternampak maksiat sila-sila azan kuat2, nnti orang tanya kenapa, nak halau syaitan.. mesti orang yg tengah buat maksiat itu terasa dalam-dalam. tapi itu itu keadaan la, hahaha, syawal pun tak mampu nak buat macam itu. kalau tak mampu, niatkan dalam hati bahawa kita benci perbuatan yang dilaknat oleh Allah swt. simple kan.?

Wallahualam
sedih syawal kerana akidah umat islam dicemari budaya barat.. ayuh kawan2ku kita berubah!

kata-kata adalah doa

Di bulan yang mulia ini sepatutnya kita berkata sesuatu yang baik pada seseorang.. bukannya kita mengadili seseorang individu itu baik atau jahat melalui luaran ataupun dalaman. Tuhan yang mampu untuk menentukan sama ada kita baik atau jahat tetapi janganlah kita bercerita tentang keburukkan atau membuka aib seseorang itu. Adakah memang sifat manusia yang suka kepada keburukkan daripada kebaikkan?



Wednesday, September 21, 2011

berusaha

 Dah FAHAM semua isi kandungan Quran? Khatam baca Quran sahaja belum cukup. Kita kena FAHAM apa yg Allah nak sampaikan kpd kita :-)

Sedang berusaha memahaminya, agar Allah swt memudahkan urusan2 hamba-hambanya...

Monday, September 19, 2011

Salam kemerdekaan

Tun Dr. Mahathir Mohamad



Walaupun hari kemerdekaan Malaysia sudah berlalu, namun di kesempatan mengucapkan Salam Kemerdekaan kepada semua rakyat Malaysia. Andai kita renung kembali masyarakat dahulu bersusah payah menuntut kemerdekaan untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang berdaulat. Bagi generasi muda seharusnya menghargai perjuangan mereka yang menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman bermula daripada pendudukkan jepun, pembentukkan malayan union, pembentukan perlembagaan persekutuaan dan akhirnya terbentuklah negara Malaysia. Zaman tersebut juga di ancam oleh pemberontakkan komunis yang ini menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis. Jika kita mengkaji semula sejarah pada ketika itu, tidak dapat kita bayangkan perbezaan yang ketara antara zaman moden sekarang di mana masyarakat dulu sangat menderita. Oleh itu, kita patut bersyukur..



SAYA ANAK MALAYSIA.!!!!!!!

Cinta yang sebenar

Daun akan layu jua 
Janganlah kita mencintai seseorang setinggi langit kerana langit itu akan runtuh,

Janganlah kita mencintai seseorang sedalam laut kerana laut itu akan surut jua,

Janganlah kita mencintai seseorang seindah bunga kerana bunga itu akan layu akhirnya,

Janganlah kita mencintai seseorang seluas dunia kerana dunia tersebut akan hancur,

Jangan kita mencintai seseorang manusia lebih daripada cinta kita terhadap pencipta kerana manusia akan mati,


Maka, cintailah Allah swt yang Yang Maha Kekal, Maha Bijaksana & Maha Mengetahui.

Wednesday, September 14, 2011

syawal akan merinduinya selalu


Seorang manusia biasa, tiada apa2 kuasa 'magic'. Dalam menempuh kehidupan seharian pastinya terdapat kisah suka dan duka maka saya menjadikan blog ini sebagai landasan untuk mengembangkan bakat menulis saya. Di sini, insyallah sekiranya ada kesempatan dan masa untuk berkongsi cerita-cerita yang menarik dengan semua masyarakat.

hari-hari sebelum raya- buat rendang daging

syawal terpaksa berhenti sekejap upload gambar raya ini sbb duk tengah trial. sekarang ada kesempatan waktu untuk kongsi bagaimana nak buat rendang.
mula-mula, kena rebus dulu daging supaya lembut kata mak. kemudian kita carik-carikkan daging tersebut sehingga jadi seperti di atas
tibanya masa untuk memasak.. ramuan dia dia rahsia, haha hampa buat la sehingga jadi seperti di atas

tunggu sehingga mendidih sedikit kuahnya kemudian masukkan bahan utama iaitu daging

selesai gaul semua tambah sedikit santun untuk bagi rasa lemak..

hasilnya seperti dia atas. yang tak tahannya satu periuk ini tak sampai  first raya dh abis dikerjakan oleh abg am dan dikwan dan dik udin. haha

Tuesday, August 30, 2011

Hari-hari sebelum raya! -Goreng kerepek-

jadi anak dara sat masa bulan puasa ini. bang on tgk nie, kot2 boleh buat.. mak kata hang tera sangat buat kuih nie dulu duk tolong.. laney giliran wan pulak


mula-mula kita panaskan minyak dulu


bersama emak untuk menyibuk dulu.


uli dulu bukan senang nak rasa airtangan ibu.. hehe.


tiba giliran wan untuk beraksi pula.


show time, bang on hang dulu-dulu duk pulas lagu nie juga ka time tolong mak



abaikan mulut itu, terlalu fokus


kerepek sudah siap digoreng.. sedapp



tadddaaaaa, hasilnya.. xnampak macam kerepek pun




bang on dan kak aisyah kalau nak rasa sikit boleh dik wan pos sebab buat banyak nie..
satu besen kot




Dah tengok, mak kata dulu-dulu bang on duk tolong buat kerepek aka maruku nie.? betoi ka. xcaya la wan sebab tak pernah tengok lagi ka.. mungkin saja alasan nak bagi wan tolong mak goreng kot.. hahaha

Hari-hari sebelum raya! -Rumah bercahaya-

Mungkin disebabkan abah nak menyambut kelahiran cucunya dengan rumah yang bercahaya maka pun terbeli la lampu lit-lap. seingat syawal dh lama tak pasang lampu raya nie disebabkan selalunya pasang pelita tetapi tahun ini di kedah dan kawasan sekitarnya dihujani oleh hujan yang tak henti-henti turun umpama rahmat Allag swt.. di sini nak kong gambaq dengan bang on dan kak aisyah serta bang min yang berkesempatan pulang beraya di rumah.


lampu lit-lap sudah dibeli. bang on dan kak aisyah mai la tengok


lampu sudah siap untuk dibedah dan dipasang. hehe


sebelum itu, kita tengak harga dulu untuk kenangan..


jadi sapa nak yang rumah bercahaya di aidil fitri ini beli jenis nie tau


aktiviti pemasangan pun bermula


abah duk pasang manakala mak pula sibuk nak tengok.. hehe


maka, hasilnya


bercahayalah rumah anda di malam raya...


ada lagi ne.. kalau ada cucu mesti dia seronok kan


snap lepas solat tarawih.. hehe



ada model lagi.. baru gambaq menarik


merah kuning, macam geng selangor pulak



permandangan dari pintu rumah..



sapa-sapa yang free jumpa la datang rumah.. ini bukan kedai lampu naa..



akhirnyaa... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin serta terima kasih atas duit raya walaupun tak balik beraya dia Kedah kepada Bang On dan Kak Aisyah dan Hanna Husna serta Bang min yang akan balik selepas raya kedua semoga selamat dalam perjalanan dari adikmu dik Am, Dik wan, Dik din yang tersayang...




Sunday, August 28, 2011

Taniah daripada abah dan mak sekeluarga kepada bang on dan kak aisyah


Hasil perkhawinan Khairul adha & Aisyah telah dikurniakan rezeki yang terindah iaitu Hannan Husna


Mengumumkan kelahiran mujahidah kami, 2.65kg di hospital serdang pada 21 August 2011 / 21 Ramadhan 1432. Terima kasih atas doa semua.

waktu ni malu lagi nak buka mata, bila nak tengok dunia ni

mak kata muka macam maksu dia

dahi ja ikut bang on

cak, dh buka mata

kali pertama duk hisap jari

apa duk amik gambaq ni

okla, nak tidur sat


gambaq paling cute yaaa

Taniah diucapkan daripada adikmu yang tersayang....