Wednesday, December 24, 2014

Betapa indahnya Akhlak Rasulullah.. Betapa ku cemburu. woha!

Akhlak Nabi Muhammad saw (ruj Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyed Muhammad b Alawi Al Maliki)

1. Baginda selalu diam
2. Berbicara ketika perlu
3. Perbicaraannya fasih, ringkas tetapi padat
4. Menghadapkan seluruh tubuhnya bila berbicara dgn seseorang
5. Hatinya selalu sedih (iginkan umat dlm kebaikan dan terlepas dari azab Allah swt)
6. Selalu menundukkan pandangan kerana tawaddu'
7. Berfikir terus menerus
8. Menghargai nikmat sekecil apa pun tanpa memperlekehkannya.
9. Tidak pernah mencela makanan. Apabila suka, Baginda akan makan. Jika tidak, ditinggalkannya tanpa mencelanya.
10. Tidak pernah marah yg ada kaitan dgn urusan dunia.
11. Marah bukan kerana nafsu
12. Apabila kebenaran dipermainkan, Baginda akan bangkit mempertahankannya
13. Apabila marah Baginda akan memalingkan muka
14. Apabila suka Baginda akan memejamkan mata
15. Tidak pernah berkata kotor, berbuat keji dan melampaui batas
16. Tidak pernah berteriak2 di pasar
17. Tidak pernah membalas kejahatan dgn kejahatan. Malah Baginda memaafkan & berlapang dada
18. Tangan Baginda tidak pernah memukul selain utk berjihad dijalan Allah swt
19. Apabila menghadapi 2 perkara Baginda memilih yg paling mudah selagi ia bukan dlm perkara maksiat
20. Di rumah, Baginda adalah manusia biasa yg membasuh pakaian, memerah susu & membuat sendiri segala keperluan diri.
21. Ketika duduk atau pun berdiri, Baginda selalu berzikir
22. Raut wajahnya selalu ceria, perangainya dapat dicontohi dgn mudah, lemah lembut & peramah.
23. Tidak pernah bersikap keras dan bertindak kasar, berteriak2 , lebih2 lagi mencela org lain.
24. Tiga perkara yg dijauhi; perselisihan, bongkak & segala yg tidak diperlukan.
25. Tidak pernah mencela & memaki hamun org lain.
26. Tidak pernah mencungkil rahsia org lain.
27. Tidak pernah berbicara kecuali sesuatu yg menjanjikan pahala.
28. Perbicaraannya memukau sesiapa pun yg mendengarnya lalu terpegun seolah2 ada burung melintas di atas kepala mereka.
29. Sesiapa yg melihat Baginda sepintas lalu akan merasa gerun & hormat terhadapnya
.
30. Sesiapa yg selalu bergaul & telah dekat mengenali Baginda, akan menyayanginya sepenuh jiwa raga.
31. Baginda pasti memberi tempat kpd org yg ingin duduk & tidak membezakan dikalangan mereka.
32. Sesiapa yg meminta sesuatu, pasti dipenuhinya atau jika jika sebaliknya ditolak dgn tutur kata yg lemah lembut.
33. Tangan Baginda selalu terbuka kpd sesiapa shj tanpa pilih kasih. Baginda adalah ayah bagi mereka semua.
34. Dimanana pun Baginda berada, disitu terpancar cahaya ilmu, sikap malu & sabar serta amanah.
35. Tidak ada yg berani meninggikan suara dihadapan Baginda kerana kewibawaan baginda.
36. Semua mengakui keutamaannya kerana ketaqwaannya; menghormati org tua , menyayangi yg kecil, mengutamakan org yg ada hajat, menjaga keperluan & kebajikan org asing.
37. Tidak terus memotong percakapan org lain. Jika ingin memotong, Baginda hentikan dahulu ataupun berdiri.
38. Paling berlapang dada.
39. Paling tepat dlm berbicara.
40. Paling halus keperibadiannya.
41. Paling ramah & beradab dlm pergaulan & muamalahnya.
(Ruj. Biografi Lengkap Rasulullah saw oleh Dr Sayyid Muhammad bin Alawi Al Maliki)

Tuesday, December 23, 2014

Erti menjadi seorang wanita



Betapa indahnya Islam apabila datang seruan menyampaikan agama Islam. Martabat wanita itu ditinggi. Ketika zaman Arab Jahiliyyah, semua bayi perempuan yang baru dilahirkan dibunuh kerana didakwa mendatangkan malang kepada si keluarga. Namun, dalam Islam... Setinggi mana pangkat, harta, dan kuasa seorang lelaki itu, percayalah syurga terletak dibawah telapak kaki seorang itu, terletak di atas tertinggi iaitu redha dan doa seorang Ibu. Berbahagia anda andai masih punya seorang ibu dan masih berpeluang untuk mendapatkan nikmat itu. Bagaimana pulak orang yang sudah tidak punya nikmat itu? Bacalah al-Quran dan berdoalah kesejahtera mereka di alam sana supaya dengan doa kita mereka bersenang lenang menyampai kedatangan kita untuk dipimpin bersama-sama ke syurga....


nanges...


Sambung cerita lak... Berbahagialah anda menjadi seorang wanita dan berdoalah anda menjadi wanita yang solehah. Percayalah dalam Islam bahawa wanita sangat dijaga. Terpulang kepada wanita itu untuk menjaga diri mereka sendiri. Ingatlah wanita di luar sana. Ketika anda masih kecik, masih kanak-kanak... Ayahlah menjadi tempat kamu untuk bermanja dan berkasih sayang. Ayahlah tempat untuk kamu mendapatkan perhatian dan ayah yang bekerja kuat untuk memastikan kamu membesarkan dengan sempurna. Namun, apabila kamu dewasa, sudah tiba masanya untuk ayah melepaskan tanggunjawabnya kepada seorang lelaki yang beliau percaya mampu menjaga engkau sebagaimana ayahmu menjagamu. Di saat lafaz ijab dan kabul dilafazkan. Di saat itulah hati ayah berdebar, hati ayah sebak, hati ayahmu meruntun kesedihan melepaskan zuriat kesayangnya kepada seorang lelaki yang baru dalam hidupmu.... Sangat sesekali kamu melupakan pengorbanan Ayahmu....


Nangess...


Nak samsung cerita. Berbahagialah duhai wanita. Tatkala ketika kamu kecik dijaga seorang ayah dan apabila kamu dewasa kamu akan dijaga oleh seorang suami.. namun, percayalah ketika kamu meniti usia emas.... Anak lelakimu akan dipertanggungjawab untuk menjadimu.... Betapa dalam islam menganjurkan untuk kita menghormati wanita. Oleh yang demikian, persoalanya sejauh mana kamu menjaga penghormatanmu duhai wanita Muslimah...
Encik S,

Cerpen Seorang Wanita...
Lindungilah auratmu....

Sunday, December 14, 2014

Soal Lelaki siapa yg kisah?

Kita tengok dalam barisan kabinet mesti dan Menteri pembangunan Wanita. Kenapa tiada Menteri pembangunan Lelaki? Nampak tak diskriminasi terhadap gender?

wakaka... Biaq p dekat depa la syawal oi...

Lanie, ceq nak kongsi kisah seorang lelaki. Perempuan di luaq sana harap menghargai lelaki mcam nie sbb sejuta dalam 1. Jeng jeng jeng... Semoga terlayann...

Assalamualaikum.

encik S

Soal Lelaki..

Selalu sngt dah dengar orang puji perempuan, perhiasan dunia n bagai.., tapi jarang dengar org puji lelaki..,, so, hari ni kita puji org lelaki hbis-hbisan..,  (kalau bukan kita siapa lagi kan..hehe)...

Siapa LELAKI..?

LELAKI adalah ciptaan TUHAN yg paling indah. Dia mula untuk bertolak ansur dari umur yang sangat muda.

Dia korbankan coklat 🍫nya.. untuk adik beradik 👭nya.

Dia korbankan impian.. hanya untuk melihat orang tua nya tersenyum.

Dia membelanjakan kesemua duit 💸untuk beli hadiah untuk .. yang dia cinta .. hanya untuk melihat dia tersenyum.

Dia korbankan kehidupan masa muda nya hanya untuk isteri dan anak2👭👬.. dengan bekerja lewat malam🕚 😴 tanpa sebarang keluhan.

Dia bina .. masa depan mereka sekelurga 👪dengan membuat pinjaman daripada bank dan membuat bayaran balik sepanjang hayatnya.

Dia telah pun bersusah payah tapi masih dimarahi ibu , isteri dan boss .

Kehidupan dia berakhir hanya untuk bertolak ansur demi kebahagiaan orang lain

Kalau dia keluar rumah , org kata dia lalai 😎

Kalau dia duduk dirumah, org kata dia malas 🙇

Kalau dia marah anak2 , org kata dia raksaksa👺

Kalau dia tak marah, org kata dia lelaki yang tak bertanggungjawab

Kalau dia tak benarkan isteri bekerja, org kata dia seorang yang mengongkong

Kalau dia benarkan isteri bekerja, org kata dia makan hasil isteri.

Kalau dia dengar cakap emak , org kata dia anak emak 

Kalau dia dengar cakap isteri , org kata dia kena Queen Control 

Hargailah setiap lelaki dalam hidup anda. Anda tidak akan pernah tahu apa perngorbanan yang sudah dilakukan buat anda.

Berbaloi dihantar ke semua lelaki supaya mereka tersenyum  & kepada semua wanita  supaya mereka sedar yang lelaki itu amat berharga..hho..,,




Like dan share!!!

Tuesday, December 9, 2014

Tetapkan akidah kita..











Di dalam al-Quran nama Nabi Muhammad disebut sebanyak 5 kali. 
Di dalam al-Quran juga disebut nama Nabi Isa sebanyak 25 kali...
Dalam rukun Islam mengucap 2 kalimah syahadah yang membawa maksud kita yakin tiada tuhan selain Allah swt dan Nabi Muhammad pesuruhNya.
Dalam rukun Iman kita percaya ada 25 orang Nabi yang wajib diketahui dan selalu seorangnya adalah Nabi Isa a.s

encik S,
tetapkan akidah sebarkan sunnah. 

Harta Tahta dan Wanita!!



Sebenarnya untuk ingatan diri yang kerdil ini...

Kaum lelaki kena berhati-hati terhadap 3 Ta iaitu Harta, Tahta dan Wanita...

Namun demikian, Islam menganjurkan untuk memiliki kesemuanya itu seperti mempunyai Harta dengan infaqkan harta itu ke jalan Allah swt dengan sedekah, anak yatim, dan fakir miskin..
Memilikilah tahta dan laksanakanya dengan amanah...
Memilikilah wanita dan didiklah mereka menjadi wanita solehah.
Oleh yang demikian. Umat islam mesti berkerja kuat untuk berjaya.



" if your born poor it sokay, if your lives poor that your fault."

encik S

Monday, December 8, 2014

Kejatuhan Nilai Matawang?


Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ini nak buat perkongsian tentang kejatuhan nilai matawang RM. Apakah kesan nilai matawang kepada kita? saudara di luar sana yang arif boleh kongsikan bersama syawal. InsyaALLAH supaya kita dapat memperolehi ilmu yg bermanfaat.

Kejatuhan nilai matawang sudah dijangka. Berbuih ceq habaq suruh buat investment. Ketegaq, Masih ingin menyimpan. Syawal bagi contoh mudah:

Sekarang anda ada RM 10 ringgit. Nilai ringgit sudah jatuh kepada RM2.63 per 1 dollar. Asalnya sebelum ini Nilai RM adalah RM 2.91 untuk dapatkan 1 dollar. 
Mai kita kira peratus kejatuhan nilai RM 2.91-2.63/2.91x100%= 9.62
nilai kejatuhan nilai matawang malaysia hampir 10%. 

adoi syawal 10% ja sedikit ja... Memang sedikit kalau kira dalam unit yang kecil.

Syawal bagai example jika anda masih punya wang dan tidak mempelbagaikan portfolio pelaburan anda.

contoh anda ada 100K cash di tangan. Anda kedekut nk simpan. Nilai sebenarnya 100K ada selepas kejatuhan nila matawan RM ada tinggai

RM 100 000 x 9.62/100= RM 9620

Jadi anda telah kerugian sebanyak rm RM 9630 dam sebenar anda RM 100K itu adalah RM 90 380..

tgk bagaimana the powerful of kejatuhan nilai matawang.. Masih yg tidak faham? sila pm untuk consultation.. hehe

Oleh yang demikian, boleh disimpulkan bahawa kejatuhan nilai matawang adalah risiko. Akan tetapi spekulasi risk tidak dapat untuk di insurans(atau ditakafulkan).. Ada satu method boleh digunakkan iaitu dengan hedging.

apa pulak hedging syawal ooii?

Terima kasih kepada yang mendapatkan consultation kewangan bersama gua.. Tahun 2015 adalah tahun yang mencabaq bagi gua. tak sabaq nk menghadapinya.

Rajin bertanya tidak sesat jalan.

encik S,
Islamic Financial Planner.

Di manakah keadillannya?


Di manakah nilai dan fungsi zakat itu apabila individu yang bergaji RM 10K sebulan dan individu yang bergaji RM 700 ratuih sebulan dengan anak 5 orang lelaki semua membayar pada jumlah yang sama...
individu bergaji 10k sebulan bersusah payah cari jalan nak elak tax...
individu bergaji 700 nie yang bersemangat bayar tax sbb government bagi BRIM.

encik S,
selamat pagi malaysia.

Monday, December 1, 2014

Pengorbanan seorang Ayah yang kita tak tahu.



Mengapa simpanan itu penting?

Setujukan anda bahawa nilai RM 100 sekarang ini tidak sama dengan nilai RM 100 pada 20 tahun lepas?

Jadi, bagaimana hendak menguruskan kewangan dengan betul?

Bagaimana hendak menggunakkan sumber yang ada untuk menjaga ekonomi?


Saya tengok ramai orang berniaga... Tetapi saya tak pandai untuk menjual? Jadi macam na?

Syawal bagi contoh, adakah Bill Gates seorang penjual yang hebat?
Adakah Mark zukerbeq adalah peniaga yang berjaya?

Jadi bagaimana mereka jadi jutawan? sbb mereka berusaha itulah kunci kejaya.. Syawal bagi contoh jika semua berjaya mencipta prisian Microsoft. Adakah Bill Gates akan terkenal? Sebab apa? dia bertindak berlain daripada orang lain.




Sini syawal nak kongsi satu kisah di mana seorang bapa berusaha untuk mendaftarkan anaknnya ke menara gading.


Terkesan dengan dengan seorang pakcik ini yang bersungguh-sungguh nk keluarkan duit kwsp iaitu akaun kedua beliau untuk digunakkan untuk membayar yuran pengajian anak beliau. Seronok beramah mesra dengan pakcik tersebut yg menyatakan rasa mengembira beliau kerana anaknya berjaya memasuki universiti.
Tiba-tiba rasa sebak meruntun jiwa tatkala terkenangan pergorbanan ayah syawal yg cuma pesawah yg membanting tulang 4 kerat di bawah mentari terik. Sedih apabila merasai keringat abah bertungkus lumus siang malam berkerja untuk menbiayai yuran pengajian.. Maaf ceq bukan anak orang senang dan bukan anak dato. Bukan ingin meraih simpati cuma ingin berkongsi rasa nilai kasih sayang seorang ayah yg tak penah beliau unkapkan kecuali melalui perbuatan.
Sedih kalau melihat adik2 g baru masuk ini menghampakan harapan ibu bapa. Biasa la masuk universiti ini bebas, silap pililh dan kawan rosak masa depan... Orang yg tidak pernah merasai peritnya mencari nafkah tiada akan merasainya nikmatnya rezeki kurniaan tuhan.
Teringah kisah jumpa classmate sekolah dulu, hmpir 5 tahun tak jmpa, ada yg smakin tinggi, semakin besaq, semakin kurus dan macam2 lagi. Dia siap cakag hang nie tak ada gf ke? dulu kecik, berhingus, serabai. lania dh berubah noh smakin sado, ansem takan takde. hehehe. maaf untuk tegaskan parents adalah keutamaan skrg. jadi fokus kepada apa yg anda ingin capai. punca kegagalan sesorang lelaki ada takta, harta, dan wanita. jauhi perkara ini untuk yg selayaknya.. tak susah pun.
Seronok apabila melihat ayah dan mak berdating dengan hasil titik peluh kita yang berkerja part-time di samping belajar.. berdoa Agar berusaha lebih gigih untuk membalas jasa parent boleh merasai pelaburan yg mereka buat..
encik S,
doakan anak pakcik untuk berjaya dalam pelajaran.

encik S,

perlukan perancangan kewangan, 
boleh hubungi saya, 
wasaap syawal 012 5462297.

Perlukan malaysia menilai semula sistem pendidikan?


saya dulu kurang cerdik dan malas baca buku. asal ada pertandingan sukan kan, pekhemahan ka, camping ka, semua saya join dan kelas pun sering tinggai. Tetapi, kat sekolah semua kawan kawan saya pandai. Jadi saya terasa diri ini pandai padahal sebenar bodoh gila... dalam kelas dalam 40 orang stdent dan number 5 g belakang tiap2 exam memang ada nama gua. kalau 1-5 tu mohon taubat la...
Kem motivasi bersama saudara Farhaan Rahmat
tetapi, number bukan penentu kejayaan sebab saya dididik oleh ibu dan ayah buat benda yg kita minat dan bukannya orang lain anggap baik.. jadi, gua pun merasai pengalaman dunia sains tulen semasa di sekolah, dunia sastera di stpm dan dunia kewangan di zaman universiti. Jadi, semua dunia saya pelajari dan masih tidak cukup disebabkan ilmu agama saya kurang. Jadi, selepas ini insyaAllah akan mendalam dunia agama pulak insyaAllah. doakan kawan2 sbb perjalanan ini masih jauh.
Melihat penyakit masyarakat yg tamak haloba mengejar keduniaan. Terasa diri ini untuk menyedarkan jiwa jiwa bahawa hidup ini hanya sementara. Dunia selepas kita meninggal itu adalah yg abadi...
Ada orang bagitaw gua cakap, kadang kadang status hang ini susah dh faham.. hahaha. yup, orang yg pernah terluka akan merasai betapa pedihnya berdarah...

umpama kami naik kapchai dan hampa naik mercedez..
gua pun tak sure adakah video itu edit atau datang drpd sanubari pemimpin itu...
encik S,
Islamic Financial Planner.
orang tanya tadi, kenapa yg halal itu mahal sbb syurga itu mahal..


ORANG GENIUS AKAN JADI BODOH DENGAN SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA

Saya dulu disleksia, dan disleksia itu sebenarnya kelebihan. Sebenarnya saya tidak ada masalah dalam pembelajaran, cuma sistem pendidikan ketika itu yang ada masalah dengan orang seperti saya yang mereka expect akan score A juga dalam pelajaran.

Saya anggap mereka dengan mild-autism dan disleksia ini adalah potensi pelajar genius. Mereka ada apa yang pelajar biasa tiada. Namun pembelajaran mereka LAIN. Hari ini, pelajar begini akan tercicir dalam bilik darjah kerana metod mereka belajar ialah berfikir dan bukan disuap. Akhirnya mereka tidak dapat bawa pelajaran dalam kelas dan mereka dilabel "pelajar tercicir" atau paling teruk lagi sehingga ada yang kata mereka "Lembab".

Lalu mereka diasingkan dalam 1 kelas yang dinamakan "Kelas Pemulihan" yang mana pada zaman saya dahulu, kelas ini lebih kepada 1 pengasingan budak-budak yang TERPAKSA datang sekolah atas desakan ibu bapa, tetapi cikgu sendiri putus asa kerana mereka tidak dapat ikuti pelajaran.

Untuk tidak merosakkan prestasi kelas-kelas atasan, juga tidak mahu mereka mengacau pelajar-pelajar lain (bayangkan kalau cikgu cakap pun dah tak faham, apa lagi nak buat? main lah) mereka diasingkan ke dalam 1 kurungan yang dinamakan kelas pemulihan itu.

Kegeniusan mereka ini akhirnya disalurkan kepada yang negatif. Mereka diletakkan dalam 1 kelas yang mana cikgu hanya menjaga bukan mendidik. Akhirnya mereka salurkan genius itu kepada perkara negatif. Ingatlah, hanya orang bijak sahaja yang boleh merancang satu rompakan ke atas sebuah bank yang dikawal oleh anggota keselamatan yang ditadbir oleh orang-orang pandai semasa belajar di sekolah dahulu. Bayangkan jika genius mereka itu disalurkan kepada kebaikan dari mula lagi?

Apabila monyet, lembu, kura-kura, ikan dan tenggiling semua perlu menjalani peperiksaan yang sama iaitu "memanjat pokok" semestinya ikan dan kura-kura akan gagal teruk dan monyet akan score A. Nanti bila kura-kura atau ikan pula jadi Menteri Pelajaran, sistem pendidikan akan dirombak balik untuk beri kelebihan kepada ikan dan kura-kura maka peperiksaannya ialah "Berenang dan menyelam". Masa itu monyet mesti tak puas hati.

Mesej saya, tiada satu peperiksaan yang standard untuk menilai potensi pelajar yang berbeza. Tugas pendidik bukan mengajar mereka belajar TETAPI ajarkan mereka BERFIKIR.

Bila kita ajar anak belajar, paling hebat anak kita akan jadi PANDAI yang mampu jawab peperiksaan. Jika kita ajar anak kita berfikir, mereka mampu jadi ARIF yang mampu selesaikan masalah.

Jika menteri-menteri hantar anak ke sekolah swasta dan antarabangsa, itu tanda mereka sendiri tidak yakin dengan sistem yang ada tetapi mereka mengharap orang masih hantar anak ke sekolah dan masih mengharamkan HOME-SCHOOLING (home-school hanya diHALALkan kepada yang ada izin KPM yang mana ramai apply tak dapat kerana kriteria mengarut DAN masih lagi mereka mengharapkan TEMPOH PERSEKOLAHAN WAJIB itu dipatuhi semua)

Saya sarankan agar KPM mempermudahkan urusan keizinan untuk home-schooling kerana komuniti ini semakin membesar dan KPM tidak ego untuk mengambil contoh dari model home-school yang berjaya sekalipun ibu bapanya tiada Ph.D atau Master. Juga saya cadangkan untuk KPM lebih mesra dalam pengiktirafan pengelola sekolah-sekolah swasta seperti pondok dan sekolah didaftar di bawah Jabatan Agama Islam Negeri.

Sebagai majikan, saya SELALUNYA tidak lihat sangat sijil dan kelulusan pekerja saya tetapi saya menilai kebolehan mereka bekerja. Yang ada Ph.D pun nak kerja dengan saya, tetap saya syaratkan untuk mereka bermula dari kerja bawah. Tidak juga saya katakan kerajaan tiada program khas untuk anak-anak istimewa begini tetapi soalnya ialah ia dikelaskeduakan atau mudahnya terus dilabel "kelas hujung". Tiada 1 sistem yang boleh penuhi pendidikan istimewa ini, selebihnya tetap ibunya sendiri yang perlu tampung. Itu sebab, isteri saya yang belajar tinggipun mengambil keputusan untuk memberi tumpuan kepada pendidikan anak-anak sendiri dan anak-anak Warga Prihatin.

Cukup-cukuplah aliran akademik menganak tirikan aliran kemahiran. Cukup-cukuplah tanggapan kalau tak pass SPM masuk vokasional. Di peringkat IPT pula cukuplah mengkelaskan IKBN, Giat Mara dan semua PLB dalam kelas bawahan berbanding kolej dan universiti yang mengeluarkan graduan yang LEMBAB bekerja walaupun pandai baca "buku".

SAIFUL NANG

//notakaki : saya setuju kalau kurangkan subsidi dengan lebihan puluhan billion dibina pendidikan yang bukan untuk menjadikan pelajar seorang pekerja tetapi pencipta. Jika mahu bina negara hebat, bukan bina bangunan tinggi berkembar dan lapangan terbang yang lengang tetapi binalah pendidikannya.

Untuk berjaya mesti dimulakan dengan langkah pertama!!

===Tips Keusahawanan===

Tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi usahawan. 

Tidak semua orang dilahirkan menjadi pemimpin.

Tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi pekerja.

Tidak semua orang dilahirkan untuk menjadi investor.

Tak semua orang dilahirkan untuk menjadi spekulasi.

Tak semua orang dilahir untuk menjadi pejuang.





Tetapi semua orang boleh jadi anda sendiri... Rata rata melihat pelajar universti masih suka mengikut apa yang orang lain tanpa menyelidikan hal itu sama ada benar atau tidak.
Untuk menjadi usahawan perlukan perancangan dan matlamat. Gagal itu biasa. Penat itu biasa. Sakit itu biasa. Jadi, untuk berjaya. Biasakan diri anda untuk merasai semua keperitan itu sebelum berjaya. Ramai tanya syawal. Macam mana hang boleh sampai ke tahap ini. Jawapan simple sebenarnya banyak lagi saya perlu belajar dan akan terus belajar menyampaikan ilmu yang dikutip sepanjang perjalanan ini.


Bagaimana ingin memulakan perniagaan?

Dalam islam kita tidak digalakkan untuk berhutang. Jadi, cara yang terbaik untuk menjadi usahawan adalah dengan tidak berhutang. Akan tetapi, zaman sekarang kita perlu bijak. Boleh berhutang tetapi dengan cara yang betul dan perancangan yg rapi. Semua orang mempunyai bakat untuk berniaga tetapi tidak semua orang mempunyai bakat untuk mengembangkan perniagaan. Jadi, untuk menjadi usahawan minda kena kuat.
Bagaimana hendak memastikan perniagaan kita stabil?


Pertama sekali suka syawal analogikan perniagaan itu umpama solat berjemaah. Jika anda solat bersendirian, pahalanya 1 sahaja ka? Bagaimana jika anda solat berjemaah? pahalanya adalah 27 kali ganda. Betul tak? Jadi, untuk memastikan perniagaan anda terus mengembang. Anda memerlukan jemaah atau dalam bahasa moden adalah teamwork. Jadi, anda perlu berkerjasama dalam pasukan untuk menjadi usahawan yang berjaya. Syawal selalu bukak peluang kepada sesiapa yang ini menceburi diri dalam keusahawan, namun usaha itu perlu datang dalam diri anda sendiri.
Prinsip utama dalam perniagaan?


Satu tips yang syawal boleh kongsikan adalah jangan kedekut dengan senyuman. Kerana senyuman itu adalah satu sedekah, jadi jika ini menjadi usahawan yang berjaya dalam lokek dalam memberi senyuman dan melakukan service sebanyak mungkin dan membantu orang lain di dalam kesusahan. InsyaALLAH di suatu hari kita ada dibantu oleh orang lain pulak.


Sekian tips untuk kawan-kawan.
encik S,
Gua nak selesaikan assignment pulak.