Wednesday, May 29, 2013

Jadilah Bidadari Dunia ^_^

Kasihani Ayahmu,
Kasihani Suamimu,
Kasihani Bapa Saudaramu
Kasihani Abang-abangmu,
Kasihani Adik-adikmu.

Wahai Bidadari,,
Bakal Ahli syurga,,
Jadilah Bidadari dunia,,
Labuhkan Hijabmu,,
Ku percaya kau mampu,,
Jangan biarkan waktu menantimu,,
kejarlah waktu itu,,
ku pasti ada di sisimu..
Walaupun dirimu kasar,
disebalik kekasaran itu ada kelembutan,
Walaupun dirimu nmpak lemah,
disebaliknya ada kekuatan.
Walaupun dirimu keseorangan,
Disebaliknya ada semangat yang jitu.
Jadi, berubah sebelum terlambat.... 
Berfesyenlah mengikut acuan Allah s.w.t

^_^





Tuesday, May 28, 2013

Hamparan kerindukan PadaMu

Dekat-dekat nak exam ini bermacam-macam dugaan, cabaran, rintanga, kerinduan, Kegelisahan, Ketakutan dan bermacam-macam lagi sehinggakan tak boleh nak fokus. Jadi, boleh ini boleh meredakan segala-galanya.. Kasih PadaMu. Cuba mendapatkan cinta Allah dan Rasul serta kerinduaan kepada Ibuku..

Post kali ini nak meluangkan masa bersama kekasih yang tercinta.. Tiba-tiba hatiku terharu apa mendengar lagu Kasih Padamu di nyanyikan oleh kumpulan kegemaran syawal iaitu UNIC. Baru semalam aku berbicara tentang keperibadiamu, namun hari ini aku mendengar lagu dengan kasih baginda kepada umat-umatnya.

Dalam menyingkap sirahMu. 
Aku ketemuan ketenangan. 
Keperibadian Mu mengujakan. 
KetokohanMu tiada tandingan. 
DidikkanMu menghiburkan. 
CintaMu tertinggi. 
Ketulusan Mu murni.
KefasihanMu mendamaikan
KesabaraMu sumber kekuatan
HikmahMu mengagumkan
AkidahMu tidak pernah goyah
KesederhanaanMu s
 SemangatMu tiada tandingan.

Walaupun tak pernah menatap wajahMu, kenapa diri ini terasa begitu dekat apabila mendengar dan membaca tentang keperibadian. Keperibadian yang agung. Tiada manusia yang dapat menangini budi perkertimu. Terkenang sewaktu kecil mendengar cerita ketokohan Rasulullah. Baginda dilahirkan oleh Aminah, menjadi anak yatim ketika dilahirkan kerana kematian Ayah baginda ketika masih dalam kandungan. Kemudiaan, baginda dijaga oleh ibu susuan iaitu Halimaton Saadiah. sehingga mencapai umur 6 tahun. Setelah besar, di pulangkan kepada ibunya. Namun, kesempatan baginda untuk menagih kasih bersama ibumuNya tidak lama disebabkan ibu meninggal selepas itu. 

Seterusnya, Baginda di jaga oleh Abdul Mutalib iaitu Atuk baginda. Dalam beberapa tahu dalam jagaan Atuknya. Insan yang di sayangi pergi jua. Kemudian, baginda diserahkan kepada Abu Talib iaitu bapa saudara yang mempunyai ramai anak. Di sini, terserlah semangat kepimpinan dan berdikari Rasulullah. Baginda ditugaskan untuk menjadi pegembala kambing si usia belasan tahun. Di saat remaja lain menjalani kehidupan mereka. Baginda terpaksa melupakannya dan berdikari untuk mencari sesuap nasi. Namun, benda inilah yang membentuk keperibadianMu. 

Setelah dewasa, Baginda berkahwin dengan Siti Khatijah. Betapa hebatnya akhlakmu sehinggakan saudagar Arah sanggup menawarkan diri untuk mempersuamikanMu. Tanpa banyak bicara. Baginda menerimanya. Betapa mulianya Siti Khatijah.. Masih wujudkah insan sepertimu Siti Khatijah? Melayari bantera perkahwinan dengan Siti Khatijah sehingga isteri baginda menghembuskan nafas terakhir di pangkuanMu ya Rasulullah. Baginda sangat setia pada isterinya tanpa menduakan kasih sayang Siti Khatijah. Alangkan indahnya jika umat-umat baginda mencontohi sifat-sifat Rasulullah...

Bersyukur syawal kepada kedua ibu bapa syawal yang bersusah payah mengajar Ilmu Agama.  Teringat dulu apa setiap malam selepas solat Magrib. Syawal dan abang-abang kerja mengaji al-quran dahulu sebelum membuat kerja masing-masing. Emak mengajar dengan kelembutan di dalam ketegasan untuk memastikan anak-anak tidak lupa ilmu akhirat. Kerinduan syawal kepada saat-saat sangat didambakan. Terima kasih emak kerana tidak pernah sedikit pun mengeluh dengan kenakalan dan kedegilan anak-anakmu. Sebenarnya, kami rindu mendengarkan emak menceritakan kisah-kisah Nabi dan Sirah Rasulullah. Masih dalam ingatan apabila, emak membantu kami menjawab soalan-soalan untuk kelas Kafa. Masih tersegar dalam ingatan apabila mendengar jeritan Ibu memanggil kami semua untuk mengaji Al-Quran. Masih terpahat dalam ingatan apbila mendengar suaramu kian berbalam-balam menceritakan sesuatu kisah untuk memastikan anak-anaknya terlelap tidur. Emak sanggup berjaga malam untuk memastikan anak-anak tidak digigit nyamuk. Betapa besarnya pergorbanan seseorang ibu.. 

Sebenarnya, syawal rindukan ibu syawal... janganlah kita malas. Malas untuk mengetahui perasaan seorang ibu. Malas untuk bertanya khabar tentangnya. Malas tanpa meperdulikan keadaan dia. Malas dengan buat kerja masing-masing. Malas untuk mengeratkan kasih sayang antara ibu kita.. Jika kita malas. Nyata kita seorang yang sangat rugi... Jadi anda mesti lah kena rajin :) Berani untuk buat perubahan.. InsyaAllah.


Thursday, May 23, 2013

"Jangan jadi macam ayah"

Im wrote this for my special one.. hope you all enjoy it..

Abah sangat kuat.

Abah pagi petang siang malam kerja.

Abah kerja kuat nak cari makan untuk kami 5 adik beradik.

Abah tak kisah kerja apa pun.

Asalkan dapat cari duit untuk meyara kami sekeluarga.

Ayah memang tak pandai.

Sekolah pun sampai tingkatan 5 sahaja.

Ayah tak masuk universiti pun..

Ayah tak ada duit dan Ayah tak pandai.

Tapi ayah nak anak-anak jadi orang yang pandai... jangan jadi macam ayah.

Tapi ayah ada tulang empat kerat.

Ayah boleh kuat berkerja cari duit.

Ayah cari duit nak bagai hampa semua masuk universiti.

Ayah tak mahu kamu semua jejak langkah ayah.

Ayah tak pandai.

Kerja pun gaji sikit ja.

Tapi, ayah nak tengak anak-anak ayah berjaya.

Itu saja dapat membuatkan ayah gembira.

Ayah tak minta lebih-lebih, asalkan anak-anak ayah hidup senang.

Dapat menegakkan Agama Islam.

Ayah tiada harta, tiada duit untuk anak-anak ayah.

Namun, ayah hanya ada kasih sayang dan didikan agama. Itu yang mampu ayah mampu.

Ayah kerja macam-macam nak cari duit. Pagi ayah pergi kebun, petang anak bawak teksi dan malam ayah jadi pak guard.

Tak pa.. adik tak pernah tengok ayah mengeluh. Setiap kali adik balik rumah, ayah selalu tak ada.

Emak cakap ayah pergi kerja.

Tapi tak mengapa..

Pagi-pagi lagi ayah dah bagi nak hantarkan kami semua ke sekolah.

Masih teringat lagi bila ayah selalu siapakan sarapan untuk anak-anak.

Ayah selalu masak nasi goreng dengan nudget.

Kemudian ayah bungkus dalam surat khabar lama.
Ayah selalu bagi wang saku 1 ringgit sehari.

Ayah selalu pesan dengan lemah lembut tetapi tegas.

Maaf, ayah mampu bagi ini saja. adik simpan duit ini yaa.. guna untuk masa depan.
Masih segar dalam ingatan kami dengan abang kami naik motor.

Dalam kedinginan subuh, ayah meredah kesejukkan untuk menghantar kami ke sekolah.

Waktu itu ayah masih muda, masih kuat. Badan pun masih sasa.

Walaupun, ayah sibuk berkerja. Ayah tak lupa hantarkan kami ke kelas agama.

Ayah selalu cakap, walaupun kita tak pandai. Tapi ilmu agama kena ada.

Kita lelaki, nak jadi pemimpin kelak. Pemimpin keluarga. Pemimpin masyarakat.
Jadi jangan sia-sia waktu yang ada. Jangan jadi macam ayah.

Bila dah besaq sikit, ayah selalu bawak pergi kebun.

Tolong ayah angkat baja. Tolong ayah tanam padi. Tolong ayah cabut rumput..

Tapi ayah kuat, tak pernah letih. Daripada pagi sampai tengah hari membanting tulang di sawah padi.
Adik tak kuat, panas sikit dh mengeluh, penat sikit dh nak rehat.
Tapi ayah selalu senyum, teruskan berkerja.

Alhamdulilah, segala hasrat ayah sudah tercapai.
Semua anak-anak sudah berjaya.

Semua dh ke menara gading.

Mendapat perkerjaan yang baik.

Namun, ayah tak pernah meminta-minta daripada anak-anak.

Malah, walaupun anak-anaknya sudah besar.

Ayah tetap menasihati kami.
Ayah selalu ingatkan kami.
Ayah tak pernah lupakan kami.

Sekarang ayah sudah boleh bersenang lenang.

Sebab anak-anak boleh boleh mencari rezeki sendiri.

Ayah tak pernah mengungkit kasih sayang yang telah diberikan.

Walaupun, ayah sudah dimamah usia.

Ayah masih kuat berkerja.

Ayah tak suka membuang masa
Ayah tak suka jadi orang malas.

Sebabnya, ayah nak anak-anaknya jadi orang yang rajin.

Ayah kuat kerja, sebab mahu anak-anaknya kuat kerja.
Ayah tak merokok, sebab tak mahu anak-anaknya merokok.
Ayah selalu pergi surau, sebab mahu anak-anak rajin pergi surau.

Ayah tak paksa kami buat benda baik, tapi ayah tunjuk perkara-perkara yang baik.

Ayah tak pernah menyusahkan kami. Kami yang selalu menyusahkan ayah.

Ayah selalu menolong emak kat dapur.
Ayah selalu lipat kain tanpa disuruh.
Ayah selalu basuh baju sendiri kalau ada bertimbun-timbun.
Ayah selalu kemas rumah jika ada masa terluang.

Sekarang, sebahagian anak-anak ayah sudah berkahwin.
Ayah tersenyum riang. Berharap dapat menjadi pemimpin untuk membimbing isteri-isteri.
Sudah dapat cucu-cicit.
Yang comel-comel.

Dan bakal dapat cucu lagi serta insyaAllah menantu lagi.. hehe

Segala didikan ayah. Kami jadikan pedoman.
Segala nasihat ayah. Kami jadikan panduan.
Segala keringat ayah. Kami jadikan renungan.

Abah…..kami semua rindukan ayah sebenarnya.

Rindu dengan ketegasan ayah..
Rindu dengar suara mendidik ayah..
Rindu ayah kejutkan bangun pagi solat subuh..
Rindukan masakan ayah..
Rindukan untuk menglihat kerutan di dahi ayah setelah penat berkerja.
Rindukan wajah ayah yang sedang berehat setelah penat berkerja..
Rindukan nasihat ayah..

Adik dh mampu cari duit sendiri, di saat adik ingin bagi duit kat ayah.. ayah menolak.
Ayah bisik ka adik. “ayah taknak adik bagi duit kata ayah sebab dulu ayah pernah dapat duit daripada ibu bapa ayah. Ayah cari duit sendiri waktu kecik-kecik. Jadi ayah nak adik simpan duit ini untuk masa depan. Ayah tak kaya seperti ayah-ayah lain. Takpa, ayah ada duit sendiri.. jadilah pemimpin yang baik nanti”

Nanges….. tembok keegoan aku runtuh jua, menderu-deru hatiku menangis, mulianya hati ayah. Tak pernah mengharapkan balasan..

Selama 21 adik hidup dengan ayah,
Adik bangga ada ayah.

Ayah yang cekal. Adik bersyukur dikurniakan seorang ayah yang hebat..

Yang selalu berpesan,

 Jangan jadi macam ayah………………..