Tuesday, August 30, 2011

Hari-hari sebelum raya! -Goreng kerepek-

jadi anak dara sat masa bulan puasa ini. bang on tgk nie, kot2 boleh buat.. mak kata hang tera sangat buat kuih nie dulu duk tolong.. laney giliran wan pulak


mula-mula kita panaskan minyak dulu


bersama emak untuk menyibuk dulu.


uli dulu bukan senang nak rasa airtangan ibu.. hehe.


tiba giliran wan untuk beraksi pula.


show time, bang on hang dulu-dulu duk pulas lagu nie juga ka time tolong mak



abaikan mulut itu, terlalu fokus


kerepek sudah siap digoreng.. sedapp



tadddaaaaa, hasilnya.. xnampak macam kerepek pun




bang on dan kak aisyah kalau nak rasa sikit boleh dik wan pos sebab buat banyak nie..
satu besen kot




Dah tengok, mak kata dulu-dulu bang on duk tolong buat kerepek aka maruku nie.? betoi ka. xcaya la wan sebab tak pernah tengok lagi ka.. mungkin saja alasan nak bagi wan tolong mak goreng kot.. hahaha

Hari-hari sebelum raya! -Rumah bercahaya-

Mungkin disebabkan abah nak menyambut kelahiran cucunya dengan rumah yang bercahaya maka pun terbeli la lampu lit-lap. seingat syawal dh lama tak pasang lampu raya nie disebabkan selalunya pasang pelita tetapi tahun ini di kedah dan kawasan sekitarnya dihujani oleh hujan yang tak henti-henti turun umpama rahmat Allag swt.. di sini nak kong gambaq dengan bang on dan kak aisyah serta bang min yang berkesempatan pulang beraya di rumah.


lampu lit-lap sudah dibeli. bang on dan kak aisyah mai la tengok


lampu sudah siap untuk dibedah dan dipasang. hehe


sebelum itu, kita tengak harga dulu untuk kenangan..


jadi sapa nak yang rumah bercahaya di aidil fitri ini beli jenis nie tau


aktiviti pemasangan pun bermula


abah duk pasang manakala mak pula sibuk nak tengok.. hehe


maka, hasilnya


bercahayalah rumah anda di malam raya...


ada lagi ne.. kalau ada cucu mesti dia seronok kan


snap lepas solat tarawih.. hehe



ada model lagi.. baru gambaq menarik


merah kuning, macam geng selangor pulak



permandangan dari pintu rumah..



sapa-sapa yang free jumpa la datang rumah.. ini bukan kedai lampu naa..



akhirnyaa... Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin serta terima kasih atas duit raya walaupun tak balik beraya dia Kedah kepada Bang On dan Kak Aisyah dan Hanna Husna serta Bang min yang akan balik selepas raya kedua semoga selamat dalam perjalanan dari adikmu dik Am, Dik wan, Dik din yang tersayang...




Sunday, August 28, 2011

Taniah daripada abah dan mak sekeluarga kepada bang on dan kak aisyah


Hasil perkhawinan Khairul adha & Aisyah telah dikurniakan rezeki yang terindah iaitu Hannan Husna


Mengumumkan kelahiran mujahidah kami, 2.65kg di hospital serdang pada 21 August 2011 / 21 Ramadhan 1432. Terima kasih atas doa semua.

waktu ni malu lagi nak buka mata, bila nak tengok dunia ni

mak kata muka macam maksu dia

dahi ja ikut bang on

cak, dh buka mata

kali pertama duk hisap jari

apa duk amik gambaq ni

okla, nak tidur sat


gambaq paling cute yaaa

Taniah diucapkan daripada adikmu yang tersayang....



Friday, August 26, 2011

mana silap kita....

ramadan bakal meninggalkan kita dan berharap amalan kita diterima dan berterusan. adakah "puasa" kita cuma di bulan yang mulia ini. mana silap kita sekiranya segala kebaikan dan segala "puasa"(selain lapaq dan dahaga) yang kita lakukan dalam bulan ini hanya terhenti selepas berakhirnya ramadan.. tengoklah kisah "Ini Kisahku Catriona Ros" mudah2an perubahan kita berkekalan.



^^^ suka latar belakang video ini sbb ada sawah padi.. hehehe

sekarang kita hayati doa antara 2 sujud pula..

‎:: DOA DUDUK ANTARA 2 SUJUD..::
Pernah hayati? atau baca terlalu laju sampai tak sempat nak fahami maksudnya?

Rabbighfirlii (Tuhanku, ampuni aku)
✔ Warhamnii (sayangi aku)
✔ Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
✔ Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
✔ Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
✔ Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
✔ Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
✔ Wa’fuannii (Maafkan aku)...subhanallah indahnya :)❢ Doa yang bermakna bagi seorang yang bertauhid
i.love.Allah

sumber:Kami bekas/budak STPM..

wanita jagalah diri anda..

kawan aku ada kata, kat kuala kedah banyak geng burma/myanmar tetapi mereka tak mau mengaku bahawa mereka datang dari myanmar.. haha lawak kan.

hampa tengok la vidoe ini walaupun lawak, ada maksud tersiratnya dan banyaklah berfikran positif. dan di sini untuk nasihat wanita di luar sana percayalah anda sangat bernilai sehinggakan kata-kata hikmah kot menjelas bahawa syurga di bawah tapak kaki ibu iaitu seorang wanita kan, seperti summayah beliau mampu menggoncang dunia walaupun dengan hanya menghayun buaian.. jadi hati-hati wanita di luar sana yerr. itu ja leh nak pesan..


kesan negatif daripada lambakan warga asing jadi macam ini la
"Wanita lari ikut kekasih Nepal ke Kathmandu" nak taw lebih lanjut klik sini



***saja duk mengarut sebab berita harian online buat cerita lawak.. haha

Alhamdulillah syawal dapat anak..

haha, tengok tajuk macam berani mati ja kan.. Assalamualaikum semua, kali ini nak berkongsi tentang suatu perkara ialah syawal buat pertama kalinya menerima memperoleh seorang anak buah/menakan berjantina perempuan dan lahir pada 21 ogos 2011 bersamaan 21 ramadan 2011 pada pukul 2 petang di hospital serdang. Untuk pertama kalinya mestilah bersyukur kepada Allah swt kerana memudahkan proses kelahiran dan memberi semangat kepada kak aisyah untuk melahirkan seorang mujahiddah sebagai peyeri di dunia ini. selain itu, ucapan taniah kepada bang on(khairul adha) kerana telah berjaya menjadi seorang ayah cukup geram apabila pertama kali melihat wajah bayi tersebut sambil teringat lagu UNIC permata ayah bonda. Petikan dari lagu tersebut " Anak-anak adalah permata ayah bonda, ibarat kain putih yang bersih, dan terpulangan bagaimana mendidiknya" tak pasti lirik betul atau tak sebab dah lama tak dengar.
>>> bila nak balik kedah taktaw, tak sabaq nak tatap anak buah ni dan serta merta naik pangkat jadi pakcik
nak tengok lebih lanjut bayi perempuan buka sini

Friday, August 19, 2011

Tahu dak makna surah Al-fatiha? jom kongsi ilmu

Untuk renungan bersama. mungkin berita ini sudah lama tetapi syawal terpanggil untuk berkongsi maklumat ini dengan semua. teringat kata-kat ustazah syarifah dahulu semasa tingkatan 4. beliau berkata"kita busuk-busuk baca surah alfatiha pun 17 kali sehari itu pun sekiranya kita menunai yang solat yang wajib sehari semalam dan jika buat solat sunat alhamdulilah la. tetapi adakah kita memahami maksud yang kita bacakan serta setakat mana penghayatan kita terhadap bacaan tersebut" waw, berdesing telinga syawal ketika iti seperti kata-katanya menusuk kalbu. kita itu, syawal terfikir, kita boleh menghayati lagu cinta nyanyian penyanyi yang kita minati contohya anda boleh fikir sendiri la. syawal taknak lagu contoh penyanyi sebab tiap-tiap orang mempunyai citarasa yang berlain misalnya anda minta lagu sedih, anda dengar sampai menitis air mata kerana lagu itu menceritakan tentang penderitaan seseorang atau anda meminati lagu cinta, sampai anda terbayang untuk bercinta sampai syurga kan.? haha, mesti orang cakap dah fitrah manusia kan.
ok, berbalik kepada isu yang ini syawal samapikan ialah setakat mana penghayatan kita terhadap bacaan al-fatiha, adakah semasa kita membaca surah tersebut kita terbayang-bayang maknanya dan selain itu solat kita akan bertambah khusyuk? tanya pada diri anda sendiri. hal ini kerana syawal ada terbaca berita tentang sesetengah pelajar sekolah malah pelajar IPT tidak tahu makna al-fatiha dan perkara ini amat menyedihkan. beritanya di sini. syawal mengakui perkara tersebut kerana syawal pun pernah menjadi pelajar sekolah dan syawal pun tergolong dalam golongan tersebut semasa syawal sekolah rendah. Alhamdulilah sekarang sudah di beri hidayah untuk memahami maksudnya dan di kesempatan ini bagi sesiapa yang tidak memahami maknanya, maka luangkan masa ada sekadar 5 minit untuk menghayati maknanya. selagi kita diberi peluang, gunakkan peluang itu sebaik mungkin...



Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (1)
Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. (2)
Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (3) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).(4) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.(5)
Tunjukilah kami jalan yang lurus(6)
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.(7)

Wednesday, August 17, 2011


"Bekerjalah kamu seperti kamu akan hidup seribu tahun
dan beribadatlah kamu seperti kamu akan mati esok hari"

Petikan kata-kata cikgu sejarah syawal pagi tadi apabila belajar tentang sejarah islam. sesungguhnya jika kita tahu bahawa kita akan mati esok hari, maka sundah tentu kita akan bersungguh-sungguh untuk beribadat kepada tuhan agar ditempatkan di dalam syurga bukan? sehinggakan kita sanggup tak makan dan minum dan meninggalkan perkara-perkara yang melalaikan macam orang kata kerja beribadat 24 jam ja. haha, itulah sebab terdapat 8 perkara yang Allah sembunyikan daripada pengetahuan kita dan salah satunya ialah bila datangnya ajal kita. Oleh itu, kesan positif Allah menyembunyikan perkara tersebut agar kita bersiap sedia untuk menghadapi hari ahkirat dan bertemu dengan-Nya.

Manakala, bekerjalah atau secara umunnya ialah melakukan sesuatu perkerjaan di dunia ini dan untuk diri syawal mestilah untuk berlajar seperti syawal hendak hidup seribu tahun lagi.. Peperiksaan akan mejelang tidak lama lagi, jadi Ya Allah berikan hambamu kekuatan untuk mengulang kaji pelajaran dia samping beribadat kepadamu dalam bulan ramadan yang mulai ini.

Hal ini bertepatan dengan turunnya Al-quran dan salam nuzul Al-quran semua. sedaq tak sedaq dah lebih setengah bulan kita berpuasa kan. Berdoalah agar ibadat kita diterima dan pahala diggandakan untuk segala amalan yang kita lakukkan dari 1 ramadan dahulu..
sekian..

Tuesday, August 16, 2011

وَأَنْ أَقِيمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَٱتَّقُوهُ ۚ وَهُوَ ٱلَّذِىٓ إِلَيْهِ تُحْشَرُونَ ﴿٧٢
[6:72]
Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak).

hasil tadarus masa bulan puasa ini. syawal pernah dengar bahawa yang membezakan orang bukan islam dan islam adalah mendirikan solat. jadi cuba kita lihat pada diri kita adakah sempurna solat kita sehari semalam 5 waktu.? sekiranya tidak mempunyai kesempatan waktu memadailah dengan mengerjakan yang wajip dan andainya ada masa terluang tambahilah ibadah kita dengan solat sunat. tetapi yang wajib solat fardu taw.
jadi, orang yang mendirikan solat hendaklah bertaqwa kepada Allah, sekian tazirah pada hari ini dan selamat berbuka.

Saturday, August 13, 2011

Mana letaknya Agama Islam sebagai Agama rasmi negara Malaysia

Syawal tertarik dengan artikel berita harian yang menjadi tajuk muka depan surat khabar tersebut iaitu larangan pembesar pada waktu subuh atau memperdengankan ayat-ayat suci Al-quran pada waktu subuh sementara menanti tibanya waktu menunaikkan solat subuh malah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang menggesa supaya amalan tersebut dihentikan kerana bercanggah dengan syarak. nak tegak artikel itu di sini
Baik, syawal menghormati apa yang ditulis dalam artikel tersebut tetapi apa yang syawal tahu ialah selagi kita berpegang apa yang tertulis di dalam Al-quran dan Hadis nescaya kita tidak sesat selama-lamanya. janganlah ikut fatwa melulu seperti yang diterangkan di sini. Luahan ini bukannya bermaksud syawal hendak menterjemahkan maksud ayat Al-quran tetapi sekadar perkongsian kepada semua tentang bacaan al-quran kepada umum. Hal ini kerana ketika syawal bertadarus sambil menyelami maksudnya syawal tertarik dengan ayat dalam surah Al-An'aam ayat 26. Ayat seperti di bawah:

وَهُمْ يَنْهَوْنَ عَنْهُ وَيَنْـَٔوْنَ عَنْهُ ۖ وَإِن يُهْلِكُونَ إِلَّآ أَنفُسَهُمْ وَمَا يَشْعُرُونَ ﴿٢٦
Dan mereka pula melarang orang ramai dari mendengar Al-Quran dan mereka juga menjauhkan diri daripadanya, padahal mereka (dengan perbuatan yang demikian) hanyalah membinasakan diri sendiri (dengan bala bencana dan azab yang disediakan untuk mereka di dunia dan di akhirat kelak), sedang mereka tidak menyedarinya.


takkan kita hendak menunggu azab menimpa kita baru kita sedar akan kealpaan kita di sebabkan kepentingan sesetengah pihak. Pihak yang syawal maksudkan mestilah kisah politik kita yang semakin hangat apabila dibincangkan..
di sini, syawal nak tegaskan ialah politik dan agama adalah sesuatu yang sangat berbeza. janganlah kerana kepentingan politik agama kita pijak-pijakkan. ingatlah semua, kalau sembang pasal politik boleh baca dengan lanjut di sini sebab blog ini bukannya medan politik!






Thursday, August 11, 2011

kata-kata adalah doa

Di bulan yang mulia ini sepatutnya kita berkata sesuatu yang baik tentang seseorang.. bukannya kita mengadili seseorang individu itu baik atau jahat melalui luaran ataupun dalaman. Tuhan yang mampu untuk menentukan sama ada kita baik atau jahat tetapi janganlah kita bercerita tentang keburukkan atau membuka aib seseorang itu. Adakah memang sifat manusia yang suka kepada keburukkan daripada kebaikkan?

Manusia memang cukup suka kalau menceritakan tentang keburukkan orang, contohnya Si A dahulunya seorang yang nakal dan jahat(bukan tahap membunuh) cuma jahat sebagai seorang pelajar. namun, adakah dia akan jahat selamanya? tidak kita diberi peluang untuk bertaubat.. jadi apa kata kita menceritakan sesuatu yang baik tentang Si A agar kemungkinan dia akan berubah kerana kata-kata itu adalah doa? mungkin kejahatan masa lalu yang dilakukan oleh Si A ini telah mengaburi mata kita tentang kebaikan yang Si A lakukkan walaupun sedikit? jadi cuba kita memuji tentang kebaikkan yang telah dia lakukan memudah-mudahan Si A ini merasa dirinya dihargai walaupun dia melakukkan sedikit kebaikkan.. orang yang melakukkan kejahatan merasakan diri mereka besaq kepala atau taiko kerana boleh menjadi 'gangster'? sebab itulah mereka buat kejahatan...

syawal pernah tanya pada seseorang. kenapa hang suka bergaduh dengan orang? jawapannya " aku gangster, biar lahhh" lihat dia lebih bangga dipanggil gangster? nanti waktu ahkirat nanti ingat tuhan nak tanya ka dia gangster ke tak!


Tuesday, August 9, 2011


"aku mampu menasihat orang berbuat baik, namun aku tak mampu membimbing diriku berbuat baik"

Tiada manusia yang sempurna di dunia ini, tetapi kita diberikan sesuatu kebolehan dan kebolehan tersebut hendak di manfaatkan ke arah kebaikkan. sebagai contoh kita mampu untuk menasihat orang untuk mendirikan solat, tidak bercakap bohong, tidak mencuri, tidak melakukan maksiat tetapi adakah kita tidak melakukan semua itu? memang menjadi fitrah manusia kerana hidup ini saling bergantungan dan berpasangan. oleh itu, salinglah menasihat orang agar dapat menjadi peringatan kepada individu yang lain, satu yang penting di sini kalau kita menlihat seseorang itu menasihat ramai orang itu tak bermakna dia maksum dan orang lain tidak boleh untuk menasihat atau memperbetulkan dia....