Sunday, October 26, 2014

Jika anda bercinta

Sahaja nak berkongsi dengan anda antara tarbiyah-tarbiyah yang abang gua kasi time gua kecik-kecik dulu supaya tidak gatai bercinta. Dulu gua ada cakap dengan abang gua yang gua nak bercinta dan selamber ja jawab rambut pun haluih ada hati nak mengorat anak dara orang.

Apa yang aku respek abang gua sebab dia akan cakap benda yang dia tak akan buat. Gua duk perati ja abang gua ini adakah dia ada kekasih hati. Mentang mentang sekolah agama ingat baik sangat ka? wakaka. tetapi kebanyakkan memang baik. gua sahaja yang tak baik. Sampailah dia menamatkan sarjana muda kejuteraan dengan jayanya dan berjaya menukar pinjaman beliau kepada biasiswa. Semua ini adalah berkat beliau berlaku bersungguh-sungguh dengan harapan boleh meringan beban Ibu bapa.

terus terang apa yang tengok dekat gua sekarang adalah hasil didikan beliau selepas bapak gua. So, senang cerita kalau lu tgk abang gua, lu akan nampak diri yang yang pada asasnya seorang yang gatai. wakakaka. Maksudnya abang gua pun gatai. Walaupun daripada fizikal gua lagi hansem berbanding abang gua menurut makcik macik jiran sebelah. Beliau lagi ansem memiliki perkerjaan yang baik dan keluarga yang solehah... Tup2 gua duk usha la dengan sapa abang gua duk bercinta. Malangnya gua gagal. Sebab bakal isteri ataupun isteri beliau sekarang ini adalah pilihan lecture beliau atau lebih tempat merangkap murabbi beliau. Mudah sahaja pekenalanan mereka. Just bertaaruf sedikit dan bertukar matlamat iaitu menuju ke syurga secara berjemaah. Woha!! menarik kan. Nak tahu kisah Julie romeo kena la tanya mereka. Kalau gua nak tulis sampai besok tak abis. wakakak

Gua mcm na? gua macam ini jela... Berusaha untuk membalas jasa ibu bapa seawal yang mungkin. Tembakkan doa kalian ye.. Aminn

Jika anda bercinta 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Anda jemu dengannya 
atau 
Kekasih anda jemu dengan anda 

Jika anda jemu dengannya, tak kisahlah 
Tapi jika dia jemu dengan anda 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Dia cuba sakitkan hati anda 
atau 
Dia cari kekasih baru 

Jika dia cuba sakitkan hati anda, tak kisahlah 
Tapi jika dia cari kekasih baru 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Anda jadi benci padanya 
atau 
Anda tak dapat melupakannya 

Jika anda benci padanya tak kisahlah. 
Tapi jika anda tak dapat melupakannya 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh 
atau 
Anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh 

Jika anda cuba melupakannya dengan bantuan bomoh, tak kisahlah 
Tapi jika anda cuba merebut hatinya dengan bantuan bomoh 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Dia jadi bodoh 
atau 
Dia kembali menjadi kekasih anda 

Jika dia jadi bodoh, tak kisahlah 
Tapi jika dia kembali menjadi kekasih anda 
2 perkara yang anda perlu bimbang 
Anda jemu dengannya 
atau 
Kekasih anda jemu dengan anda

Ada hati rasa, ada akal fikir.

incik S.
Super saiya!!!!


Wednesday, October 8, 2014

Pelaburan jangka masa panjang yang terbaik?


Alhamdulilah, baru setahun jagung dalam industri ini. Tiba-tiba dapat inbox drpd seorang lecture yg pernah mengajar syawal dahulu. Betul orang cakap, jika kita ikhlas buat kerja. Orang akan cari kita dan bukan kita cari orang. Sebab beliau tahu kepentingan takaful. Untuk pengetahuan, banyak lagi yg syawal perlu belajar dan bermacam macam bnda kena tahu untuk memberikan service yang terbaik. Harap kawan2 dapat membantu.

Di situ syawal bukak peluang sesiapa yang ingin buat investment serta retirement planning jangan malu jangan segan pm inbox gua. insyaAllah akan berikan yang terbaik.
untuk pengetahuan, takaful bukanlah tempat untuk kita gain profit. Malah lebih daripada itu. orang yang betul2 faham dan mengkajinya akan mengetahui apa manfaatnya.
lagi satu, asigmnt syawal pasal agent problem. syaawal nak buktikan kepada beliau solution yg terbaik untuk mengatasi masalah ini. testimoninya adalah syawal sendiri.
encik S,
tiada pnyakit yg tak ada ubat kecuali mati..
wasaaap senang sikit 012 5462297

Sunday, October 5, 2014

Bilakah waktu sesuai membuat SIMPANAN/PELABURAN ?

Ramai yg pm syawal bertanya hal tentang pelaburan. Tempat apakah pelaburan yang sesuai? Hartanah? emas? Saham?
Tetapi ramai tak tanya waktu apa yang sesuai untuk buat pelaburan/simpanan. Sila ubah mentaliti kita.

Cuba ubah mentaliti kita. Syawal bagi satu contoh. Kalau kita bina rumah mesti ada pagar kan? rumah adalah aset kita? harta kita. Pagar itu apa? takan aset kita? pagar itu boleh ibaratkan takaful kerana tools ini yang akan menjaga harta kita. Tak guna anda ada aset berjuta juta tetapi anda tidak buat pelindungan. Senang sahaja pencuri nak masuk.
Harap Tips ini berguna untuk anda.


Bilakah waktu sesuai membuat SIMPANAN/PELABURAN ?

1. Setiap kali wang gaji masuk, sebelum dibelanjakan. Peruntukan 10% gaji untuk simpanan.
Ia sebagai simpanan rutin untuk mendisiplinkan diri membuat simpanan.
Lakukannya menggunakan proses potongan tetap, autodebit atau arahan bank, supaya ia berjalan secara automatik setiap bulan dan kita tidak terlepas pandang melakukannya.
2. Setiap kali wang bonus masuk. Masukkan SEMUA atau paling kurang 90% wang bonus ke dalam akaun simpanan.
Bukankah bulan-bulan sebelum ini kita masih boleh hidup tanpa wang bonus?
Jadi, inilah masa terbaik untuk mencapai sasaran SIMPANAN kita selama.
Selepas itu?
Selepas matlamat SIMPANAN kita sudah tercapai (Minima bersamaan 3 bulan gaji) kita boleh mulakan untuk PELABURAN.

encik S,
islamic Financial Planner.

More consultation
wassup 012 5462297
Email: tombiroulast92@gmail.com


Hidup umpama roda



Beraya bersama-sama keluarga sebentar tadi membuatkan diri ini berfikiran sejenak. Adakah aku nanti ada berada di tempat yang sama, merasai apa yang mereka rasai. Adakah aku telah melakukan persiaapan yang lengkap untuk diri ini dan keluarga pada masa yang akan datang...
Pertama, pergi melawat orang sakit. Nenek tua tu terbaring lemah. Perlukan oksigen untuk bernafas. Turun naik nafas dihembus, alhamdulilah berkat Aidil adha seluruh keluarga berkumpul untuk memberikan semangat. Nenek tua itu kembali bersemangat. Namun, diri sudah dimamah usia, badan kering terlunjur di katil itu. Bersendrian berfikir, bagaimanakah kesudahan aku ketika aku meniti usia-usia emas. Cukupkah dengan amal yang aku lakukan selama ini. Cukup aku membantu orang lain selama aku hidup ini. Adakah aku amanah dalam setiap tanggungjawab yang aku lakukan? sedar diri ini tidak sempurna. Jadi, pintu taubat sentiasa terbuka..
Kedua, sebelum sambung menziarahi adik beradik. Singgah solat di masjid sekitar. Ketika ingin pulang, ada pakcik tua yang sudah beruban rambutnya. jalan menggunakan kerusi rodo yang portable ringan dan mudah alih. Datang solat berjemaah isyak di masjid itu. Semua perkerjaannya dilakukan sendri tanpa meminta pertolongan sesiapa seolah-oleh sudah terbiasa datang solat berjemaah di situ. Namun, ketika aku ingin pulang. Ternampak pakcik itu ingin menuruni tangga, seorang sendiri. Sungguh tabah pakcik itu. Aku pun tanpa berfikir panjang menghulurkan bantuan untuk menurunkan kerusi rodanya dan supaya beliau dapat menuruni anak tangga tersebut.
Akhir sekali, termenung sejenak.... Betapa banyaknya dosa aku yang sihat waalafiat ini, badang sado (sado ka?) haha serius2.. sihat tubuh badan ini. Tiada masa untuk singgah solat berjemaah. Leka dengan urusan dunia. Ya. Dunia akan lebih bermakna jika andai mengenal erti syurkur. Banyak ingin dicoretkan sebenarnya. Tetapi, biar kisah yang sedikit ini akan menjadi iktibar kepada kita..

encik S,
tiada manusia yg sempurna..