Friday, May 27, 2011

Damaikah hati kita?

Setiap insan mempunyai hati, tetapi mereka tidak memahami dengannya(hatinya). Jadi bagaimana untuk mengenali hati kita, untuk mengenalinya itu terletak pada diri kita sendiri untuk mencari sesuatu yang sesuai dengan hati kita. Fikrkanlah.



Memiliki jiwa yang menerima seadanya tanpa angan-angan kosong tidak berpijak di alam nyata, tidak ada tekanan. Inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seorang yang pandai bersyukur sangat memahami sifat Allah SWT. Apa saja diberikan Allah kepadanya, ia terasa sungguh terhutang budi, berterima kasih, terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi."

Jadi, dikesempatan ini syawal ini mengucap ribuan terima kasih dan rasa bersyukur kerana ada insan yang sudi berkongsi ilmu dan memberikan buku bertajuk seperti di bawah:



    
Menghargai usaha orang adalah lebih baik daripada menghargai usaha diri sendiri


Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.
(Surah Al-Anfal 8 : Ayat 2) 


 

Sumber: iluvislam

Monday, May 23, 2011

Pentas dunia


Dunia Ini ibarat pentas lakonan,
Manusia itulah pengarah dan pelakonnya,
Al-Quran dan As-Sunnah itulah skipnya,
Malaikat itulah jurugambarnya,
Islam itu jalan ceritanya,
Kiamat itulah kesudahan pengambarannya,
Padang masyhar tempat penganugerahannya,
Rasulullah S.A.W adalah penerima anugerah terbaiknya,
ALLAH S.W.T adalah hakimnya,
Syurga atau Neraka adalah trofinya

Lirik Akhil Hayy - Madah Muqaddimah

Hidup di dunia hanya sementara sahaja, oleh itu marilah kita bersama-sama tingkatkan amal ibadat untuk keperluan dia ahkirat. Jangan la kita terleka dengan keseronokkan di dunia kerana ia tidak kekal lama, jadi banyakkan berfikir tentang balasan kita di syurga nanti. Setiap perbuatan yang kita lakukan akan dicatat oleh dua orang malaikat iaitu Malaikat Raqib tugasnya ialah mencatat segala amalan kebaikkan manakala malaikat 'Atid tugasnya mencatat amalan kejahatan. Oleh itu, berpandulah kepada Al-quran dan Al-hadis agar kehidupan kita sentiasa di jalan yang benar dan diredai Allah. Ingatlah kita semua termasuk syawal sendiri bahawa kiamat semakin menghampiri kita umpama kematian mengejar kita. Jadi, untuk mudah dihisap (dinilai amalan) maka jauhilah perkara yang dilarang oleh Allah swt kerana untuk menentukan kita masuk syurga adalah terletak pada diri kita sendiri. Hidayah itu milik Allah dan Dialah yang berhak untuk mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakinya seperti surah berikut yang kita belajar ketika tingkatan 4.

Al Qur'an, Surah Al-An'am ayat 125-128 (6: 125-128)


 

فَمَن يُرِدِ اللّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاء كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ

Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam. Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, niscaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksa kepada orang-orang yang tidak beriman (QS, 6:125).

 


 

Creadit, Kata-kata yang dipetik daripada sahabat syawal:

Harus diingat. Dunia ini juga pentas lakonan. Kita semua adalah pelakon. Directornya cuma satu, Allah SWT. Alangkah bagusnya jika kita dapat menghayati skrip kehidupan yang Allah dah beri dan arahkan pada kita di pentas dunia yang sementara ini. Agar lakonan kita nanti akan mendapat kutipan 'box office' ketika ditayangkan di pawagam akhirat nanti.

Sunday, May 15, 2011

harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggakan.....

Berita Harian bertarikh 15 Mei 2011 bersamaan 11 jamaldilakhir pada muka surat depannya bertajuk “Za’ba dipersendakan”.
‘Tok Bai akan menangis dalam kubur jika tahu khazanah warisannya tidak dihagai,” kata cucu Pendeta Za’ba, rozlin Za’ba Mohd Redza. Tok bai ialah panggilan mesra Allahyarham datuknya, Tan sri Dr zainal Abidin Ahmad.
Hal ini berkaitan dengan kekecewaan pewaris Za’ba kerana semua khazanah tinggalan pendeta tidak dihargai oleh semua masyarakat. Sudah kita lupa tentang jasa yang terlah dibuat oleh Pendeta tersbut iaitu memartabatkan semula Bahasa Melayu. Kita sebagai bangsa Melayu yang tenggelam oleh arus kemajuan sudah mulai lupa tentang asal usul kita. Jangan kita lupa tentang jasa orang sebelum kita, peradaban dan kejayaan oleh Melayu hilang begitu sahaja. Sekiranya hendak disenaraikan sumbang yang dilakukan oleh Pendeta Za’ba memang banyak, anda cari la sendiri.. syawal bukannya apa, bak kata Hang Tuah “Takkan Melayu Hilang di dunia”.. takut-takut Melayu Hilang di Negara sendiri





p/s ingatlah orang yang banyak berjasa kepada kita terutamanya Nabi Muhammad SAW kerana baginda banyak berpesan kepada kita iaitu umatnya..

Wednesday, May 4, 2011

tak lama lagi malaysia dipenuhi SAMPAH

petang tadi selepas syawal balik sekolah disebabkan aktiviti kokurikulam sehingga petang. kemudian syawal per cari tempat untuk berjogging di taman jubli emas. dekat sana ramai orang main layang-layang kerana sekarang musim angin kot, tapi yang menarik ada layang-layang bentuk macam payung terjun. ingatkan ada pertunjukkan payung terjun ka. hahhaha, itulah cerita serba sediikit.

TAPI, yang menyakitkan hati. masyarakat malaysia yang pengotor, suka membuang sampah merata-rata. sebagai contoh, walaupun ada tong sampah ada di sebelah pokok yang agak besar, tetapi ada seorang hamba mana entah yang sanggup menyelitkan botol minuman 100 plus di celahan pokok. adui, bayangkan mentaliti masyarakat kita yang tidak mementingkan kebersihan dan mengambil mudah semua perkara. kita sebagai orang yang berpendidikan yang memiliki asas agama masing-masing. dalam setiap agama mementingkan kebersihan, sila habaq mai agama mana yang tak mementingkan kebersihan. dalam islam juga menyatakan bahawa kebersihan itu asas keimanan.


Scene kedua,

hahaha, ada episod kedua pula pasal buang sampah ini. kejadian ini berlaku semasa syawal hendak balik rumah la selepas penat beriadah. dalam perjalanan pulang, ada 2 orang gadis yang menaiki motor sambil membawa bekas plastik minuman. nak kata pergi sekolah dak, tak taw la. dengan mudahnya selepas gadis itu habis minum minuman dalam bekas plastik tersebut, dia terus mencampak bekas plastik itu di tepi jalan. sakit mata syawal memandangnya kerana hal tersebut telah menunjukkan tingkah lagu yang yang tidak sopan dalan kalangan wanita kita terutamnnya yang beragama Islam.


bukan payah pun.

jangan kita digelar sampah masyarakat atau masyarakat yang menbuang sampah merata-rata? haaa, pening kan.. syawal bukannya apa, bukan susah pun nak buang sampah di tempat yang disediakan, awat kalau pegang sampah orang akan gelar kita pengotoq ka?fikir positif la kawan-kawan, apa salahnya kita menyimpan bekas makanan atau plastik sehingga kita jumpa tong sampah melain kalau kita bawa sampah kena saman dengan polis. tak kan?

oleh itu, jum jadi masyarakat yang pembersih!!!

kerana, kebersihan itu asas KEIMANAN....