Thursday, July 31, 2014

Antara instrument kewangan yang anda boleh pilih..

Tempat di mana syawal berkerja....
Seronok tgk anak-anak perantauan di bandar di kota raya pulang ke kampung dengan kereta-kereta besaq ada yang bmw, honda peugeot putih,ford, nissan dan lain-lain. Terfikir untuk berjaya kita mesti berhijrah daripda satu tempat ke tempat lain. Jangan berada di suatu tempat itu sepanjang hidup anda.. Tahniah saya ucapkan kepada anda. Setiap bidang yang ada ceburi anda ada hak untuk berjaya. Yang penting apabila anda di atas jangan lupa anda pernah bermain di bawah.

===Cara orang kurang cerdik fikir====
Bagi orang yang kerja makan gaji seperti sektor kerajaan anda akan mendapat gaji tetap mengikut gred dan secara purata saya bagi sebanyak RM 5000. anda ada kontrak sampai la awak pencen. Kemudian awak didatangi penjual kereta mewah. Alah gaji awak bawak, boleh beli kereta honda accord ini cuma bayar rm 1500 sebulan boleh dapat kereta maaa. beli la... Penjualan selesai. Pembeli tersebut lebar. Ini adalah gaya pemikiran orang kurang cerdik kerana anda membelanjakan wang tersebut ke tempat yang tidak memberikan keuntungkan dan benda itu menjadikan liabiliti kepada anda disebabkan anda terpaksa menanggung kos maintainance seperti petrol, services dan aksesori. Hal ini akan mengeringkan poket anda. Lain la anda anak orang kayaaaa.. 

===Cara orang pandai berfikir====
Bagi orang yang bermatlamat berfikir bagaimana untuk menggandakan wang tersebut supaya menjadi banyak tetapi orang kita gemar masuk skim cepat kaya(skim pak man telo) drpd masuk pelaburan yang profesional di negara kita. Di bawah saya akan listkan tempat yg sesuai utk melabur. Ada dengar cerita kawan yg ingin melabur emas. Namun, kalau anda tiada ilmu. InsyaALLAH anda akan ditipu. Benda itu memang terjadi. Nasihat saya tanya kepada orang yg arif. Orang yang pndai akan berfikir untuk menjamin kelangsungan hidup dalam tempoh 20 ke 50 tahun akan datang. Adakah kamu jamin yang kamu akan bekerja seperti hari ini untuk hari esk? cuba jawab persoalan saya.

+++++Tempat untuk melabur

1. Hartanah.
2. Emas.
3. Perak.
4. Takaful/Insurans(bagi syawal mohon elakkan, nak tahu kenapa boleh pm)
5.Unit amanah.
6. Bon.
7. Warran.
8.Saham.

Dalam kesemua ini pelaburan yang paling selamat dan pulangan tinggi adalah takaful, kedua saham ada pelaburan yang keuntungan 'quick' dan risky dan ketiga adalah unit amanah paling tak ada risk.

Bagi usia muda syawal galakkan anda bermain dengan istrumen saham dahulu. Tetapi yang pertama sekali anda mesti ada TAKAFUL. Serius cakap. Nak tulis panjang. Kalau nk dapat free consultation boleh pm atau emai syawal. 

encik s,
sila bertindak jika anda ingin ubah hidup anda.
Sebarang urusan boleh hubungi syawal melalui FB
atau personal adviser,
Sms wechat whatsapp
Syawal - 0125462297
Kenapa syawal gemar anda menyimpan dengan takaful? banyak manfaatnya. Sebabnya anda telah menjamin kehidupan dan dalam tempoh 20 ke 50 tahun lagi. Kemudia anda boleh melabur di instrument kewangan lain dengan senang hati.




Like and share.

Kisah 7 Ekoq Lembu Kurus

Dalam kehidupan kita aka diuji selama 7 tahun dengan dugaan dan diberikan kesenangan selama 7 tahun dan tahun seterusnya terpulang untuk kita menterjemahkan erti syukur itu..
Kisah Nabi Yusuf dalam al-Quran adalah satu kisah kenabian yang lain daripada yang lain. Jika dalam kisah nabi lain, persengketaan antara kaum mukmin dan kafir dalam menegakkan yang hak dan merobohkan yang batil sangat menonjol, kisah Nabi Yusuf adalah kisah satu masyarakat beriman - individu, keluarga dan kelompok - yang tidak disibukkan dengan peperangan. Yang ada adalah masyarakat damai, aman dan sentosa yang hanya diterpa pertelingkahan tingkah laku warganya.

Al kisah, pada satu malam, Raja Mesir ketika itu bermimpi melihat ada tujuh ekor lembu gemuk yang dimakan tujuh ekor lembu kurus dan melihat tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau dan tujuh tangkai lagi yang kering. Apabila ditanyakan kepada ketua kaum yang terkenal sebagai pembaca mimpi, mereka mengangkat bahu dan berkata ia adalah mimpi yang bercampur aduk dan mereka bukanlah orang yang mengetahui mimpi (yang sedemikian) itu. (Surah Yusuf: ayat 43-44). Selepas terjadi perbincangan di kalangan mereka maka ditanyakanlah maksud mimpi itu kepada Yusuf yang masih berada dalam penjara. Beliau menjawab: "Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah ia pada tangkai kecuali sedikit daripada bahagian yang kamu jadikan untuk makan. 

Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau panjang, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya, kecuali sedikit daripada apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)." (Surah Yusuf: ayat 47-49) Raja dan Kerajaan Mesir kemudian melaksanakan apa yang disarankan Yusuf bahkan Raja mengangkatnya sebagai Menteri Ekonomi atas permintaan Yusuf sendiri. (Surah Yusuf: ayat 55). Maka, terselamatlah Mesir daripada bencana kebuluran dan kegoyahan ekonomi yang mengerikan malahan ia boleh membantu negara di sekitarnya seperti Kan'an atau Palestin dan Syam sekarang. Cerita ayah dan saudara Yusuf adalah buktinya. (Surah Yusuf: ayat 58-68) 

Seperti dikisahkan Ibnu Katsir (wafat 774H) dalam dua kitab besarnya iaitu Tafsir al-Quran al-'Azim dan al-Bidayah wa an-Nihayah. Dalam menghadapi sebarang kesulitan, umat Islam diwajibkan merujuk kepada pakar agar mereka boleh mencari jalan keluar daripada kesulitan berkenaan. Mereka tidak boleh panik dan bertindak melulu yang mungkin akan lebih menyulitkan keadaan dan menjejaskan penemuan jalan penyelesian yang berkesan. Apatah lagi jika mereka bertindak menentang pentadbiran negara yang pasti akan menguntungkan lagi pihak yang menginginkan kejatuhan negara dan menjadikan mereka di bawah penjajahan model baru dalam bentuk liberalisasi ekonomi. Raja Mesir merujuk kepada ketua kaum dan mereka pula merujuk kepada Nabi Yusuf dan pada beliaulah ditemui penyelesaian. Konsep ini juga ditegaskan al-Quran dalam sebuah ayatnya yang bermaksud: "Dan apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan, mereka terus menghebahkan padahal kalau mereka kembalikan saja hal itu kepada Rasulullah dan kepada uli'l-amri (orang yang berkuasa) di antara mereka, tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan mengenainya di antara mereka, dan jikalah tidak kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut syaitan kecuali sedikit saja (iaitu orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu)." (Surah An-Nisa: ayat 83). 

Satu hari, Madinah dilanda isu yang mengejutkan. Ada berita yang menyatakan Rasulullah menceraikan semua isterinya. Hampir semua penduduk Madinah termakan isu berkenaan. Umar terperanjat dan beliau terus bertanyakan kepada Nabi yang kemudian dinafikan oleh baginda. Andainya isu itu benar, sememangnya akan menjejaskan kestabilan Madinah. Kerana rahmat dan kurnia Allah maka ayat di atas diturunkan (HR Bukhari dan Muslim) agar umat Islam selalu berhati-hati dan tidak bertindak melulu sebelum dirujukkan sesuatu perkara yang menimpa mereka kepada pihak berkuasa yang akan mengistinbat atau mencari cara penyelesaian yang tepat, sesuai dan berkesan. 

Sememangnya, benarlah al-Quran dengan ayatnya yang bermaksud: "Demi sesungguhnya, kisah nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah nabi yang terkandung dalam al-Quran) bukanlah cerita yang diadakan-adakan, tetapi ia mengisahkan apa yang tersebut di dalam kitab agama yang terdahulu daripadanya, dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman." (Surah Yusuf: ayat 111).

Tuesday, July 29, 2014

Our story with love. Never ending.



Mini reunion batch 2009 Kolej Sultan Abdul Hamid. Ramai lagi yang tak turun. Dewan yang bersejarah yang telah mendidik ramai orang menjadi insan yang berjaya. Hanya sekeping gambar terselit seribu kenangan. Sesiapa yg mengaji dekat sini tak kena bahan silap banyak. Besar hati kerana yang dipertuan Agong sudi mencemar duli hadir ke Jamuan Sahoca 2014. Masa cepat berlalu, tak sedar hampir 5 tahun telah meninggalkan alam persekolahan dengan penuh pengalaman. Ingat lagi kata-kata seorang sahabat malam kemarin, rugi mai jamuan hari raya kolej, perempuan tak ada. That is about us. #oldboys . Walaupun saling membahan, namun silaturahim itu kekal sampai ke syurga isyaALLAH

Seronok tgk sahabat-sahabat telah berjaya dalam bidang masing-masing. Ramai boleh jadi wakil rakyat. Di kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin andai tersalah apa-apa. Semoga berjaya dalam hidup dunia dan akhrat.

Selamat Hari Raya.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kepada sahabat-sahabat syawal di luar sana semenjak syawal lahir, teman sepermainan, teman sekolah rendah sk Seri Perdana, Kolej Sultan Abdul Hamid, UUM dan lain-lain lagi. Kalau nak tulis memang tak habis. Di kesempatan ini syawal ini mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin sepanjang perkenalan kita di dunia nyata ataupun di alam maya ini. Buat rakana yang menjadi teman sepermainan ataupun yang pernah mewarnai hidup syawal ini. Segala memori itu tersemat di dalam hati ini. Segala suka duka kita bersama dalam menjalani kehidupan ini sentiasa menjadi kenangan yang terindah dalam hidup syawal. Bagi yang belum pernah bersua 'face to face' syawal doakan bahawa kita akan berjumpa di syurga nanti. InsyaALLAH. Andai tuhan mengizinkan. Terus terang kenangan bersama rakan-rakan sepanjang hidup ini memang banyak memberika 1001 pengajar yang baik buat syawal untuk syawal jadikan teladan sepanjang menumpang di bumi tuhan ini. 


Kalau kita mengembara di bumi tuhan ini, kita akan melihat pebagai gelagat, bermacam-macam ragam di luar sana dan secara tiba-tiba kita akan merasa betapa kerdilnya kita di sisi Tuhan. Harapan kawan-kawan di luar sana doakanlah yang terbaik untuk umat Islam khususnya dalam menjalani ibadat dan ujian yang tuhan aturkan kepada kita. Semoga dengan apa yang kita pelajari di dunia ini dapat memberikan manfaat kepada orang lain.

Impian syawal untuk mengelilingi dunia agar tercapai. Tempat yang pertama untuk ditujui mestilah mekah untuk menunaikan Haji. Selain itu, bumi tuhan ini luas, banyak tempat-tempat yang menarik boleh kita terokai untuk menambahkan keimanan kita kepada tuhan. Di samping kita bergembira, ingat sama kepada orang lain yang tidak senasib dengan kita. Jadi, andai kita berkongsi nikmat yang kita perolehi bersama-sama kan lebih indah.

Tak nak membebel panjang-panjang. So, semoga berbahagia dengan insan yang tersayang.

encik s,

from liverpool.
woha!

Saturday, July 26, 2014

Apakah pelaburan pertama anda?

Boleh anda berjanji bahawa anda akan hidup hari esk? 

Alhamdulilah ada juga orang tergerak hati untuk tahun lebih lanjut pasal takaful ini. Terus terang dalam Islam daripada A sampai Z telah diterangkan kepada kita bagaimana untuk kita menjalani kehidupan di dunia ini. Kita selalu dengar bermacam-macam kes berlaku secara umunnya kes akidah, akhlak, orang bergaduh, mencuri, suami isteri bercerai, cara mendidik anak, adab bergaul dengan masyarakat dan lain-lain. 

Saya nak kongsi 2 pengajaran yg saya dapat daripada sifu saya. 

=== Nak dapat rezeki kena usaha===
==Adakalanya rezeki itu ada di depan mata kita==

Begitulah dalah pelaburan, tiada pelaburna seperti skim cepat kaya. Kalau ada depa tipu. Terpulang nak percaya atau tidak. Dalam melabur ini bukannya macam tunggu duit jatuh daripada langit. Kena usaha untuk bertanya kepada yang pakar, berusaha untuk mencari pedapatan dan kena usaha untuk menyimpa. Nanti apabila musim perayaan nanti ada sahabat-sahabat yang terdekat dengan kita menawarkan pelaburan seperti skim cepat kaya atau keuntungan berganda dan cepat dan tiada rugi. Terus terang kepada mereka. " Minta maaf saya tidak berminat."

Sedangkan nabi Muhammad dahulu pun bermula dengan mengembala kambing kemudian mengikuti Siti Khatijah berniaga daripada Mekah ke negari Syam untuk berniaga kain. Inikan kita pula yang ingin melabur dan tidak ingin berusaha.. Tanggapan masyarakat kita sekarang sudah terbalik, orang yang dikatakan cerdik pandai dan orang yang berstatus tinggi adalah orang yang masuk universiti dan mendapat menamatkan pelajaran sampai peringkat PHD. Sedangkan Nabi Muhammad tidak belajar tinggi mana pun dan tidak dapat dekan setiap sem adalah insan yang mulia di sisi tuhan. Bukannya untuk merendahkan darjat orang lain, cumanya untuk mendidik masyarakat kita untuk berfikiran lebih terbuka dan lebih berdaya saing untuk terus maju.. 

Belum sempat raya pun dah menziarahi sanak saudara, paling yang berbeza tahun ini adalah tak sempat nak buat ketupat, dan tok lang ada bagitahu tadi.. Bila pergi pasar tani hari ini, banyak harga barang keperluaan yang naik. Daging pun sekilo dh rm 30, Nasib ayam masih murah. Harga benda2 lain seperti santan, daun palas dan lain-lain pun tak seperti dulu. Tanya diri anda, adakah kenaikkan harga barang disebabkan oleh GST? bila eh GST dilaksanakan? haha. carilah sendiri dan fikir-fikirkan.

Saya nasihat saya, Ubah mentaliti dan kemaskini portfolio kehidupan kita. Jangan segan untuk bertanya dan jangan malu untuk berusaha. Keputusan semua di tangan anda. Kalau anda rasa dapat 10 A dalam SPM ambil kos medic dan kerja makan gaji adalah terbaik buat anda. Teruskan cita-cita anda. 

Maaf kepada sesiapa yang tak sempat reply pm yang bertanyakan pasal takaful ini. Saya akan usaha untuk menjawab soalan-soalan anda secepat yang mungkin. Kalau hendak tahu tips-tips kewangan boleh lawati blog saya. InsyaALLAH di sana akan dikongsi tips yang boleh anda gunakan di masa depan.

Akhir kata, semua orang ada ilmu kewangan. Tetapi tak semua orang kreative untuk menguruskannya. Belajar daripada pengalaman adalah lebih bermakna daripada belajar daripada buku. Kerana semangat kita berada di dalamnnya...

Minal a'izin wal faizin. Kullu amin wa antum bikhair.
Selamat hari raya Eidul Fitri.

encik s,
Financial Planning and Investing Sercive.

Sila klik link di bawah untuk membaca perbezaan takaful dengan insurans:

http://tombiroulast.blogspot.com/2014/05/adakah-insurans-haram.html

Sultan Muhammad al-Fatih

Pemimpin yang warak...
Sultan Muhammad al-Fatih dilahirkan pada 30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı. Baginda ada sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah. Beliau merupakan pemimpin yang terkenal dalam sejarah Islam disebabkan seorang sultan yang hebat, warak dan tawaduk serta mementingkan kekuatan dalaman dan luaran dalam tenteraNya. Apa yang menarik adalah baginda berjaya menakluk Kota Constantinople hanya pada umur 21 yang telah menghancur Empayar Byzantine iaitu orang2 Rom.
Sabda Rasulullah S.A.W: 
"Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera".
Sumbangan beliau kepada umat Islam adalah menukar nama Constantinople kepada Islambol(islam Keseluruhaannya) yang kini telah ditukar kepada Istanbul oleh Mustafa Kamal Ataturk. Selain itu, Baginda dan para tenteranya juga tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan sebahagian drpd mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh.

Encik s,

Orang yang tidak belajar daripada sejarah akan mengulanginya kesilapan yang sama.
salam makcik laila dan pakcik qada.

Tuesday, July 22, 2014

Kisah yang perlu diteladani... Antara pemuda dengan atheis.

Ramai dekat seseorang yang mengatakan bahawa kalau hang syawal untuk menerangkan sesuatu mesti berikan perumpaan. Contohnya nak bezakan antar processor i3 dan processor i5. Yang hang boleh bagi analogi anda motor Honda ex5 dengan Yamaha 125 kenapa? sebabnya orang yang tanya tu mat motor. So, kita jadi perumpaan yang releven la. Selain itu, oleh selalu cakap, hang syawal kalau nak menjawab soalan orang mesti hang beri soalan untuk kami jawab. Kenapa? Sebabnya adalah untuk anda berfikir, hal ini kerana soalan yang hang tanya tu sebenarnya hang tahu tetapi sengaja untuk ditanyakan kembali dan selain itu, apa bila kita cuba menjawab atas persoalan kita yang kita ragu-ragu di situ kita boleh nampak tanpa pemahaman yang kita ada tentang sesuatu permasalahan dan yang paling penting adalah kita mahu berfikir.. Betul tak?


Simpang mana yang anda pilih? Syurga atau Neraka.... Pilihan di tangan anda.


RENUNG-RENUNGKAN 


Semua yang ada di dalam majlis ketika itu terkejut dengan keberanian pemuda ini. Maka bermulalah perdebatan di antara mereka. Bila mana pemuda ini duduk duduk pada tempat yang disediakan maka serentak dengan itu salah seorang Atheis terus mengajukan soalan:

Soalan Pertama

Atheis: “Pada zaman bilakah Tuhan kamu dilahirkan?”

Pemuda tersebut tersenyum lalu menjawab: “Allah Taala tidaklah sesuatu yang dilahirkan. Jika Dia dilahirkan sudah tentu Dia punya bapa, Allah juga tidak melahirkan. Jika Dia melahirkan maka sudah tentu Dia punya anak.”

Soalan Kedua

Atheis: “Kalau begitu, bilakah pula Tuhan kamu wujud?”

Pemuda itu seraya menjawab: “Allah Taala itu wujud sebelum adanya zaman, sedangkan zaman itu sendiri adalah ciptaanNya, mana mungkin pencipta wujud selepas makhluk ciptaanNya.”

Soalan Ketiga

Atheis: “Cuba kamu berikan kepada kami sedikit gambaran tentang kewujudan Tuhan kamu yang tiada permulaan ini. Bagaimana mungkin sesuatu itu ada tanpa ada permulaannya?”

Pemuda itu menjawab: “Kamu pandai mengira?”

Kelompok Atheis itu menjawab: “Tentu sekali kami pandai mengira.”

Pemuda itu meneruskan ucapannya: “Bolehkah kamu beritahu aku apakah nombor sebelum nombor empat (4)?”

Atheis: “Nombor 3″

Pemuda: “Nombor sebelum 3?”

Atheis: “Nombor 2″

Pemuda: “Nombor sebelum 2?”

Atheis: “Nombor 1″

Pemuda: “Nombor sebelum 1?”

Atheis: “Tiada”

Pemuda itu tersenyum lalu memberikan penerangan: “Nah, kamu sendiri mengakui bahawa nombor 1 sebelumnya tiada mulanya. Nombor yang merupakan ciptaan Allah ini sendiri kamu akui bahawa tiada permulaan baginya. Apatah lagi pencipta kepada nombor itu sendiri?”

Terpinga-pinga kelompok Atheis tersebut dengan jawapan yang padat dan bernas daripada pemuda itu. Ternyata mereka silap perkiraan bila mana berhadapan dengan anak muda ini. Pada mulanya mereka merasakan bahawa anak muda ini mudah dikalahkan, namun telahan mereka ternyata menyeleweng. Mereka perlu lebih berhati-hati.

Soalan Keempat

Atheis: “Tahniah anak muda di atas jawapanmu sebentar tadi. Jangan sangka kamu berada di dalam keadaan yang selesa. Baik, tolong kamu terangkan kepada kami, pada bahagian manakah Tuhan kamu mengadap?”

Pemuda itu menjawab: “Jika aku bawa sebuah pelita yang dicucuh dengan api ke sebuah tempat yang gelap, pada arah manakah cahaya pada api tersebut mengadap?”

Kelompok Atheis menjawab: “Cahaya itu tentulah akan menerangi keseluruhan arah.”

Pemuda itu berkata: “Jika cahaya yang diciptakanNya itu pun kamu semua tidak mampu menerangkan pada arah manakah ia mengadap, inikan pula Sang Pemilik Cahaya langit dan bumi ini sendiri?”

Kesemua hadirin yang mendengar jawapan daripada pemuda itu bersorak kegembiraan. Kagum mereka dengan kepetahan anak muda itu.

Soalan Kelima

Atheis: “Bolehkah kamu terangkan kepada kami, bagaimana zat Tuhan kamu? Adakah ianya keras seperti besi? Atau jenis yang mengalir lembut seperti air? Atau ianya jenis seperti debu dan asap?”

Pemuda itu sekali lagi tersenyum. Beliau menarik nafas panjang lalu menghelanya perlahan-lahan. Lucu sekali mendengar persoalan kelompok Atheis ini. Orang ramai tertunggu-tunggu penuh debaran apakah jawapan yang akan diberikan oleh pemuda itu.

Pemuda itu menjawab: “Kamu semua tentu pernah duduk disebelah orang yang sakit hampir mati bukan?”

Atheis menjawab: “Tentu sekali.”

Pemuda itu meneruskan: “Bila mana orang sakit tadi mati, bolehkah kamu bercakap dengannya?”

Atheis menjawab: “Bagaimana mungkin kami bercakap dengan seseorang yang telah mati?”

Pemuda itu meneruskan: “Sebelum dia mati kamu boleh bercakap-cakap dengannya, namun selepas dia mati, terus jasadnya tidak bergerak dan tidak boleh bercakap lagi. Apa yang terjadi sebenarnya?”

Kelompok Atheis tertawa lalu memberikan jawapan: “Adakah soalan seperti ini kamu tanyakan kepada kami wahai anak muda? Tentu sekali seseorang yang mati itu tidak boleh bercakap dan bergerak . Ini kerana rohnya telah terpisah daripada jasadnya.”

Pemuda itu tersenyum mendengar jawapan mereka lalu berkata: “Baik, kamu mengatakan bahawa rohnya telah terpisah daripada jasadnya bukan? Bolehkah kamu sifatkan kepada aku sekarang, bagaimanakah bentuk roh tersebut. Adakah ianya keras seperti besi, atau ianya mengalir lembut seperti air atau ianya seperti asap dan debu yang berterbangan?”

Tertunduk kesemua Atheis tersebut bila mana mendengar persoalan pemuda bijak tersebut. Ternyata olokan mereka sebentar tadi kembali tertimpa ke atas mereka.

Kelompok Atheis menjawab dengan keadaan penuh malu: “Maaf, tentu sekali kami tidak dapat mengetahui bagaimana bentuknya.”

Pemuda itu lalu meneruskan bicaranya: “Jika makhluknya seperti roh itu pun kamu tidak mampu untuk menerangkannya kepada aku, bagaimana mungkin kamu ingin menyuruh aku menerangkan bagaimana bentuk Tuhan Pemilik Roh serta sekalian alam ini?”

Soalan Keenam

Atheis: “Di manakah Tuhan kamu duduk sekarang?”

Pemuda itu kembali bertanyakan soalan kepada mereka: “Jika kamu membancuh susu, tentu sekali kamu mengetahui bahawa di dalam susu tersebut ada terdapat lemak bukan? Bolehkah kamu terangkan kepada saya, dimanakah tempatnya lemak tersebut berada?”

Kelompok Atheis menjawab: “Kami tidak dapat menerangkan kepadamu dengan tepat kedudukan lemak di dalam susu tersebut. Ini kerana lemak itu mengambil keseluruhan bahagian susu tersebut.”

Pemuda itu seraya berkata: “Kamu sendiri lemah di dalam memberikan jawapan terhadap persoalan aku sebentar tadi. Jika lemak di dalam susu pun tiada tempat yang khusus baginya, masakan pula kamu ingin mengatakan bahawa Tuhan Pemilik Arasy itu ada tempat duduk khusus bagiNya? Sungguh aku pelik dengan persoalan-persoalan kamu ini.”

Soalan Ketujuh

Atheis: “Kami pelik bagaimana jika masuk ke dalam syurga ada permulaannya (iaitu selepas dihisab oleh Allah Taala di padang Mahsyar) namun bila mana sudah berada di dalamnya maka tiada lagi pengakhirannya (maksudnya tiada kesudahannya dan akan selama-lamanya di dalam syurga)?”

Pemuda itu tersenyum lagi lalu menjawab: “Mengapa kamu pelik dengan perkara tersebut. Cuba kamu lihat pada nombor. Ianya bermula dengan nombor satu bukan? Namun bolehkah kamu terangkan kepada aku apakah nombor yang terakhir di dalam senarai nombor?”

Terkelu kelompok Atheis ini untuk memberikan jawapan. Tentu sekali nombor tiada kesudahannya.
Pemuda itu tersenyum melihat kelompok Atheis ini terkebil-kebil tidak mampu memberikan jawapan.

Kemudian beliau menyambung bicaranya: “Nah, kamu sendiri tidak mampu untuk menerangkan kepadaku apakah nombor terakhir bukan? Jawapannya sudah tersedia di hadapan mata kepala kamu.”

Soalan Kelapan

Atheis: “Kami ingin bertanya lagi, bagaimana mungkin seseorang di dalam syurga menurut Nabi kamu tidak akan kencing dan berak. Sedangkan mereka juga makan dan minum? Ini adalah perkara yang tidak masuk akal.”

Pemuda itu tenang membetulkan kedudukannya. Lalu beliau menjawab: “Aku dan kamu sebelumnya pernah berada di dalam perut ibu sebelum dilahirkan bukan? Sembilan bulan di dalam perut ibu, kita juga makan daripada hasil darah ibu kita. Persoalanku, adakah kamu buang air kecil dan besar di dalam perut ibumu? Sedangkan kamu juga makan di dalamnya?”

Sekali lagi kelompok ini terdiam membisu seribu bahasa. Padat sekali jawapan anak muda ini.

Soalan Kesembilan

Ia soalan terakhir yang ditanyakan oleh kelompok Atheis tersebut kepada pemuda itu bila mana mereka telah mati kutu dan sudah terlampau malu ialah berkenaan: “Jika kamu terlalu bijak , apakah yang dilakukan oleh Tuhanmu sekarang?”

Maka pemuda itu menjawab dengan tenang: “Sebelum aku memberikan jawapan kepadamu, eloklah kiranya kita bertukar tempat. Ini kerana kamu berada pada tempat yang tinggi sedang aku berada di bawah. Jawapan hanya boleh diberikan bila mana aku berada di atas mengambil alih tempatmu.”

Kelompok Athies itu lalu bersetuju dengan cadangan pemuda tersebut, lalu mereka bertukar tempat. Pemuda itu naik ke atas, manakala sang Atheis turun ke bawah.

Bila mana pemuda itu sudah berada di atas, terus beliau menjawab: “Kamu bertanya sebentar tadi apakah yang Tuhanku lakukan sekarang bukan? Jawapannya ialah, Tuhanku sedang meninggikan yang Haq (dengan menaikkan pemuda itu ke atas) dan menurunkan yang Batil (dengan menurunkan kelompok Atheis tersebut ke bawah).”

Akhirnya mereka mengakui bahawa tiada lagi persoalan yang ingin ditanyakan malah kesemuanya telah dipatahkan oleh pemuda itu dengan penuh hikmah.

Walau sudah hampir ribuan tahun pemuda itu meninggalkan kita, namun namanya disebut orang seolah-olah beliau masih hidup di sisi kita.

Al-Fatihah buat al-Imam al-A’dzam Abu Hanifah Nu’man bin Thaabit r.a serta kepada seluruh gurunya dan kesemua muslimin dan muslimat sama ada yang masih hidup atau yang telah wafat.

- Encik S

By Pencinta Rasulullah(saw)

Wednesday, July 9, 2014

Kiranya Engkau Tahu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kepada semua sahabat-sahabat syawal, apa khabar semua? Berharap semua dalam keadaan sihat waalafiat di samping keluarga yang tercinta. Tiba-tiba terasa untuk menulis semula, cita-cita untuk menulis kembali subur di jiwa. Tidak tahu kenapa...

Mungkin jiwa ini kian subur berkat doa kalian semua. Hidup ini adalah pengajaran. Orang yang hadir dalam hidup syawal semua ada guru kepada syawal. Banyak pengajaran dan pembelajaran yang syawal perolehi semenjak bersahabat dengan anda semua. Memang hidup sebagai lelaki tidak lari daripada perempuan. Itulah fitrah. Yup, memang fitrah manusia dijadikan berpasangan dan untuk saling menlengkapi.

Tetapi satu yang syawal ini engkau tahu. Andai lelaki ini berbukan mencari kesempurnaan, namun mereka ingin mencari kebahagian. Kebahagian di dunia dan akhirat. Alhamdulilah, beruntung apabila bersekolah di Kolej Sultan Abdul Hamid kerana satu kelas semua lelaki. Lelaki satu kelas. Memang satu kepala la kalau buat sesuatu perkara. Mudah, bebas dan jauh daripada fitnah perempuan. Mungkin kami ini golongan gay atau minat lelaki. Namun, kami ini menjaga hati daripada fitnah dunia. Bukankan dalam Islam telah memberitahu kepada lelaki bahawa dalam dunia ada 3 perkara yang membuatkan anda sengsara. Pertama adalah pangkat iaitu jawatan yang anda pegang nanti ketika anda dewasa, menjadi CEO syarikat besar ke. Di situ tuhan akan uji anda semua adakah anda mampu menguruskan amanah yang diberikan dengan baik. Adakah anda pemberi rasuah? penerima rasuah? Itulah untuk menguji keimanan anda semua.

Ujian yang seterusnya adalah harta. Yup harta yang bertimbun-timbun.. Apa anda seorang lelaki mengalahkan harta? anda hidup di dunia ini terkejar-kerja mengumpul harta. Anda tamak dengan kekayaan dia dunia yang sementara ini? anda bermegah yang apa yang ada perolehi? renungkan kembali bagaimanakan sumber harta yang anda perolehi itu? adakah daripada sumber yang halal? Anda berkerja siang dan malam semata-mata untuk mengumpul kekayaan? Tindakan anda itu silap. Anda lalai untuk mengeluarkan zakat, untuk membantu anak-anak yatim, orang fakir miskin dan lain-lain lain? Ubah mentaliti kita untuk di samping mengejar dunia, kejarlah akhirat sama.. Di situ ada menemui ketenangan.

Ujian yang terakhir adalah wanita.... Fitnah wanita. Tidak kamu tahu, golongan wanita adalah golongan yang paling ramai menghuni neraka? Anda anda salah seorang daripada? pastikan anda tidak termasuk dalam golongan tersebut. Wahai wanita, perlukan anda berpakaian yang tidak menutup aurat, perlukan anda memakai pakaian yang ketat-ketat? Cuba jelaskan kenapa? adalah anda ingin kelihatan cantik? Ingatlah bahawa kecantikkan itu tidak kekal lama. Kecantikan itu hanyalah sementara dan hanyalah pinjaman daripada tuhan yang esa. Bagi lelaki-lelaki di luar sana, anda berhati-hatilah dengan wanita. Kerana wanita boleh menjadi fitnah kepada anda.

Hidup kita ini singkat. Pesanan kepada lelaki yang suka memainkan perasaan wanita. Anda ingatlah bahawa tuhan itu maha adil. Anda mungkin boleh memainkan perasaan wanita pada ketika ini. Namun, tidakkan anda berfikir bahawa suatu hari ini keturunan anda juga akan dipermainkan seperti mana yang anda telah lakukan? fikirlah sekali lagi. Namun, tuhan itu maha penerima taubat. Setiap kesalahan atau kesilapan yang telah kita lakukan sebelum ini. Ingatlah bahawa tuhan sentiasa merindui tangisan, doa dan perhatian kita kepadaNya. Luahkan apa yang terbuku di hati anda itu kepada tuhan yang esa. Andai ia layak untuk anda insyaALLAH akan dimakbulkan doanya.

Mungkin mimpi itu ada petunjuknya. Aku hanya mampu berdoa agar dipermudahkan.

encik s.
pesanan untuk lelaki di luar sana dan diri sendiri.

Tuesday, July 8, 2014

Why "A" student work for "C" Students and "B" Students work for the government?





Mukadimah: Harap dapat sesuatu yang bermanfaat. Ilmu yang seteruskan akan dikongsikan di post yang akan datang.

Pelajaran#1 KRISIS PENDIDIKAN
Obama vs Romney.
Obama dikatakan membayar cukai sebanyak 20.5% manakala Romney hanya membayar 14%. Obama berasal daripada keluarga miskin manakala Romney berasal daripada keluarga yang kaya dan rakyat Amerika pada ketika itu marah 
Romney yang mempunyai pendapatan yang tinggi dapat membayar cukai yang rendah? Jawapannya ada ilmu, ilmu tentang sistem pencukaiaan yang membezakan hasil cukai antara 2 orang tokoh ini. Namun, apa yang ingin ditekankan di sini kenapa mereka hanya tahu marah? Kenapa mereka tidak bertanya di sini siapakah yang pandai mengurus kewangan?
Kemudian, semasa penggal kedua. Obama menaikkan kadar cukai untuk orang kaya. Namun kesilapan beliau adalah tidak mengajar anak muda tentang bagaimana untuk menguruskan wang dengan baik. Hal ini sebab cukai akan menyebabkan orang kaya terus kaya dan kekal kaya. Anologinya, " anda hanya memberikan orang makan ikan tanpa mengajar orang itu untuk menangkap ikan.
Kesannya berlaku di negara kita. Sistem pendidikan kita yang lemah hanya berfokus examination semata-mata tidak memberikan kesan yang baik kepada rakyat malaysia. Rakyat kita teringat dengan sistem yang dibuat kerajaan. Orang cerdik pandai dimomokan dengan menjadi doctor, engineer, lawyer, arkitek, dan profesion yang profesional lain ada orang yang paling pandai. Namun mereka tidak sedar orang yang pakar dalam kewangan itu adalah paling penting disebabkan semua golongan kena menguruskan wang dengan baik. Namun, apa yang pendidikan kita terapakan? anda sendiri yang rasai kan? mesti anda tahu. Kenapa ilmu kewangan tidak diajar semasa kecil lagi?
Ramai orang beranggapan bahawa negara kita mengalami krisis kewangan. Namun, kita tak sedar bahawa negara kita kini sedang mengalami krisis pendidikan. Nak tahu kenapa? sebabnya kita drpd tadika sampai masuk universiti menghabiskan masa hampir berbelas tahun di alam persekolahan menghabiskan masa dengan sia-sia tanpa diajar ilmu kewangan. Tidak betapa ruginya usia kita dibuang begitu sahaja?
Kita amek iktibar daripada amerika yang menjadikan bidang pendidikan sebagai "Perniagaan" pada tahun 2012/2013 sejumlah USD571 bilion digunakan dalam sector pendidikan. Statistik menunjukkan hutang pinjaman menjadi topik hangat di amerika. Tidak mustahil perkara yang sama akan terjadi di negara kita andai masalah ini tidak dirawat dengan segera.
Bagaimana untuk berjaya?
Adalah dengan belajar mata pelajaran yang tidak dipelajari oleh pelajar "A". Nak tahu kenapa? hal ini kerana, Orang yang menyimpan wang adalah orang yang gagal. Kalau di Malaysia, di dimomokkan dengan budaya menabung. Namun adakah kempen itu tercapai? tidak kan? Hal ini kerana kita tidak mengajar masyarakat malaysia untuk menjaga atau mengembangkan wang yang disimpan itu. Ibaratnya kita melakukan perkara sia-sia jika menabung. Berkerja makan gaji waktu sekarang tidak releven kerana anda akan menjadi robot dengan menyerahkan masa anda yang berharga itu kepada orang lain untuk mengaut keuntungan.
Hutang itu bagus. Dalam hidup kita adan hutang dan ada hutang buruk. Namun, ada ketikanya rumah akan menjadi hutang buruk dan tidak menjadi kita punya asset. Nak tahu kenapa? sbbnya pada tahun 2007, nilai hartanah jatuh menjunam dan rumah mereka menjadi liabiliti kepada kita. Merujuk kepada pasaran hartanah di Malaysia, tidak mustahil suatu hari nanti nilai hartanah di negara kita akan jadi menjunam. Namun, cukupkan ilmu untuk kita menghadapinya? fikiraknlah.
Cukai menyebabkan orang kaya lebih kaya.
Dengan hutang kita akan mendapat pelindungan cukai. Kita kena belajar untuk memanfaatkan hutang yang ada untuk membolehkan kita mengurangkan untuk membayar cukai. Hairan kan kenapa kerajaan kita lebih suka mewajibkan mata pelajaran sejarah berbanding mata pelajaran cukai? Sejarah itu penting juga. tidak dinafikan. Orang yang belajar daripada sejarah tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Namun, kena matapelajaran cukai tidak diterangkan dan dijelaskan secara teperinci kepada rakyat kerana setiap rakyat di negara kita dikenakan cukai? kenapa kerajaan mesti berdiam dalam hal ini? apalah masalah mereka?
Ilmu kewangan adalah penting, paling penting untuk diajar kepada kita sewaktu kita masih kecil lagi. Teringat kata-kata seorang lecture syawal. Semua orang ada ilmu kewangan, namun mereka tidak kreative untuk menguruskkannya.
Encik s,
tamat pembelajaran kita untuk bab yang pertama. Ilmu yang seterusnya akan dikongsikan di post yang akan datang. Perbincangan ilmiah sangat digalakkan di sini. Maaf anda ada salah silap.
like dan share sekiranya bermanfaat.