Thursday, January 30, 2014

Adakah hidup anda seindah pelangi? Jom kita lakarkkannya!

Hidup penuh warna warni. Warni kehiudpan kita itu terletak bagimana kita yang mencorakkannya. Andai kita hanya menggunakan warna hatim dan putih, maka tidak berwarna warnilah hidup anda. Anda mempunyai pilihan, anda mampu membuat keputusan sendiri. Terdapat pelbagai warna dalam pelangi yang canti itu. Anda ambilah warna dalam pelangi itu dan corakkan dalam kehidupan anda. Corakkan sesuka hati hati, biarkan diri anda bebas untuk berkarya. Jadilah diri anda yang sebenar-benarnya. kerana kehidupan ini sangat singkat. Sesinggat antara azan dan iqamar di mana ketika kita dilahrikan, ayah kesayangan kita yang mengazankan ditelinga kecik kita pada ketika itu, azan itulah suaran yang pertama kita dengar setelah kita membukakan mata di muka bumi ini. Semasa kita menunngu waktu solat, anatra azan dan iqamat cuma sekejap sahaja kan? yedok? Haiii, syawal kenapa keluaq slanga geng pantai timur pulak? Rindu, rindu kawan-kawan daripada kelantan, pergi baksis haritu pun ramai daripda kelantan, teamate fasi dekat sabah pun daripada kelantan iaitu abg errry. Hehe. Set kito jangan pecoh ye!..

Dah2. kembalilah syawal kepada keadaan yang asal please!. hehe, Orait! Sahabat-sahabat yang budiman sekali, tulislah apa yang ada ingin tulis, lakarlah apa yang ingin anda lakarkan, lukislah apa yang ingin anda lakarkan. Tetapi, setiap perbuat yang ingin kita buat yang pertama tetapkan niat bahawa anda ini memberikan kebaikkan kepada diri anda orang lain dan sudah semestinya kepada Agama Islam. Dalam perjalanan yang syawal lalui selepas final exam semester lepas, pelbagai pengalaman, pengajaran, panduan yang syawal dapat sepanjang program yang syawal ikut. Bayangkan, UUM-->Peneng--> smk padang polo-->Hostel belakang gurney plaza--> sk Minden height--> balik UUM--> p alor setaq--> balik UUM--> p klia--> p Kota kinabalu-->> p sarawak--> masuk brunei--> p serawaj--? masuk sabah bali--> p kundasang--> kaki buki kinabalu--> p naik bot ke pulau gaya-->balik K. Kinabalu--Balik klia--> ronda selangor--> masuk kl, cheras, damansara damai, batu caves, sentul, uia. balik salak tinggi last ke kajang. dan pulang ke Alor setaqq.. Tudia bakhangg, teringat waktu pergi dekat rumah kawan dekat damansara, tak rasa mcm duk kl sbb semua dekat situ ramai orang kedah. hehehe..


Orang cakap jauh perjalanan luas pengalaman. memang banyak pengalaman yang syawal kutip, bermacam-macam ragam manusia yang dapat syawal lihat. Pelbagai keindahan alam semulajadi yang syawal hayati. Semuanya indah, seindah pelangi di awangan. Bersyukur sangat sebagai hamba yang kerdil ini dapat melihart kebesaranMu. Manusia, penuh dengan darjat, pangkat dan harta. Namu semua itu tidak boleh dibawah mati. Cuma satu perkongsian di mana Islam tidak membezakan darjat antara manusia. Ada satu kisah di mana, ayah si penganti lelaki in hanyalah persawah yang mengusahakan tanah padi yang sekangkang kera, itu pun hanyalah meyewa daripada teman sekampung. Berbekalkan keazaman yang tinggi dan berusaha untuk mencari rezeki yang halal, beliau berjaya menyekolahkan ke semua anak-anak sehingga masuk universti. Anak-anaknya pun berjaya mendapatkan segulung ijazah, kemudian anak lelakinya pun bertemu jodoh dengan seorang gadis yang berasal daripada kuala lumpur dan merupakan seorang anak orang berada dan berlatar belakangan golongan dato.

Walaubagaimanapun, itulah jodoh. Si jejaka hanyalah berasal drpd orang biasa biasa dan hidup membesar di kampung, manakala si gadis itu hidup dengan golongan yang berada. Walaupun berbeza latar belakang dan darjat, itu semua tidak boleh melawan takdir yang telah ditetapkan oleh swt. Andai kita meletakkan Islam dalam setiap perbuatan kita. Semua perkara menjadi mudah. Apabila ayah si gadis itu melihat jejaka itu baik daripada segi akhlak dan mampu memberikan nafkah. Terus menerima pinangan lelaki tersebut, itulah indahnya cinta andai mengikut syariat Islam. Untuk pengetahuan semua, si jejaka dan si gadis itu  tidak pernah bercinta sebelum bernikah. Mereka meletak keredaan Allah swt itu setinggi-tinginya. tinggi daripda langit di atas awangan. Sebelum mereka membuat keputusan untuk berkahwin, mereka meletakkan syarat untuk berkenalan dengan hanyalah melalui orang tengah, orang tengah seperti pensyarah mereka atau Naquib atau orang yang lebih dewasa daripada mereka. Untuk bertanya dengan lebih lanjut mengenai tujuan hidup di muka bumi ini. Antara banyak-banyak soalan yang dilontarkan, satu soalan yang menarik hati syawal adalah, apakah matlamat akhir dalam kehidupan in. Kedua-dua menjawab " meraih syurga Firdausi" dek kerana matlamat itulah mereka bersetuju untuk berjihad di jalan Allah. Walaupun mereka sedar pelbagai ranjau yang akan menanti di setiap langkah mereka untuk berjumpa di syurgaNya.

Bermula sesi taa'rut untuk saling lebih mengenali, setelah bersaling bertukar biodata. Maka, berputik rasa cinta dalam hati sang adam dan hawa. Bercinta mengikut syariat Islam bagaikan bercinta di syurga. Segala batas dan adab perlakuan di jaga agar tidak melampaui batas. Islam itu memudahkan, namun yang menyusahkan ia adalah diri kita sendiri dan adat dalam masyarakat kita. Berbekal dengan keyakinan yang tinggi, berlangsunglah pernikahan antara jejaka yang berasal daripada kampung itu dengan si gadis yang berasal daripada keluarga yang berada berwalikan ayah si gadis itu. 


Kisah di atas adalah teladan yang syawal pegang selama hidup di muka bumi ini. Indah kan percintaan dalam Islam? tak perlu kita bercinta sebelum bernikah, cukuplah kita letakkan Allah di dalam hati kita, walaupun kita kita kecewa melihat orang yang kita sayang dengan pillihanya. Percayalah bahawa, tuhan lebih sayangkan kita kerana dia tak nak kita terus melakukan dosa.Betul tak?

Allah knows the best.

Encik S

pengipur lara,
Pent State,
USA.
Keindahan alam yang mendamaikan. Tertengok gambar friend dekat fb nie lebih kurang mcm ni juga, cantik gambar itu, ada nilai abstrak yang tersendiri. Kita pun nak cuba skills, mengasah bakat terpendam, lama tak tengak sawah padi di mana tempat permainan semasa kecil dulu. Sangat-sangat mendamaikan.. ahyad nnti boleh belajaq snap lak. hehe

Tuesday, January 28, 2014

My Bed Time Story.

AL-KAHFI (GUA)

Salah sebuah surah yang paling syawal suka. Nak tahu kenapa? sebab surah ini adalah bedtime story masa syawal kecik kecik dulu.. hehe. Mak syawal cakap kalau kita ada masalah tidoq, boleh la kita amalkan surah ini. patut la syawal selalu ja tidoq lepas baca surah ini. Hokaloh! Stop syawal stop syawal, sekarang mai kita pergi ke kisah yang seterusnya. Let's go, surah ini diturunkan di Mekah kecuali ayat yang ke 38 dan ayat yang ke 38 hingga ayat ke 101 di mana ayat-ayat tersebut turun di Kota Madinah. Kisah yang diterangkan dalam surah Al-Khafi ini adalah tentang kisah pemuda yang sangat yakin akan kekuasaan Allah swt dan sanggup mempertahankan akidah mereka kepada Tuhan yang satu. Ingat, tuha itu ada satu sahaja, tiada dua, tiada tiga dan tidak Dia diperberanakan. Remember in your mind syawal!

Diterangkan di dalam surah ini adalah untuk menunjukkan bahawa Allah swt telah menurunkan kitab yang memperingatkan manusia. Surah ini juga adalah salah satu bukit kekuasaan ALLAH swt yang telah mencipta, metadbir, dan mengawal alam semua di muka bumi ini. Dialah yang berkuasa di bukit, langit, dan semesta alam. Dicerita di dalam surah ini adalah tentang beberapa pemuda kahfi yang ditidurkan oleh ALLAH swt di dalam sebuah gua yang terletak kira-kira 7km dari pusat bandar Amman, Jordan. Kawasan ini pada ketida dahulu dikenali dengan Ar-Raqim kerana terdapat kesan tapak arkeologi yang bernama Khirbet Ar-Raqim di kawan tersebut. Prkataan Ar-Raqim juga disebut Tafsir menfsirkan Ar-Raqim sebagai nama anjing dan ada yang menyatakan ia sebagai batu bersurat.

Cantik kan tempat ini? alangkah indahnya syawal dapat berjaulah ke tempat ini selepas Madinah untuk melihat sendiri kekuasaan Mu itu. Doakan syawal berkerja kuat untuk tunaikan impian ini! InsyaALLAH :)




Pemuda-pemuda al-Kahfi dikatakan pengikut Nabi Isa a.s yang telah melarikan diri daripada kekejaman kerajaan Rom atau lebih tepat daripada bangsa Romawi dan mereka telah tidur di dalam gua tersebut selama lebih 3 ratus tahun. Selepas itu, mereka dibangkitkan adalah untuk menunjukkan tentangf kekuasaan Allah swt dalam membangkitkan manusia pada hari kiamat kelak. Ini adalah jawapan Allah swt kepada umat manusia yang degil pada ketika itu dan tidak percaya kepada tuhan. Bersama mereka pada ketika itu adalah seekor anjing yang telah dijanjikan syurga iaitu anjing bernama Qitmir mengekori mereka. Walaupun semasa hayat mereka, bangsa-bangsa mereka telah kufur kepada Allah swt yg satu dan hanya merekalah satu-satunya pemuda yang beriman kepada Allah swt. Sebagai contoh, apa yang telah tercatat dal firmanNya;


" sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuahan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk".
al-Kahfi:13

Merujuk pengkaji sejarah, kisah pemuda gua ini berlaku pada zaman sebelum kedatangan Islam di satu negera bernama Afsus yang terletak di Turki, pada asalnya penduduk di situ beribadat kepada Allah dan mengesakanNya. Seperti yang kita tahu, mereka ada pengikut Nabi Isa a.s iaitu 23 Nabi yang wajib kita ketahui. Namun, keadaan di perkampungan itu berubah setelah kedatangan seorang raja yang bernama Diqyanus. Raja ini menganut fahaman menyembah berhala dan dia memaksa rakyat di bawah pemerintahaannya supaya murtad dan daripada agama Allah yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. Namun, tujuh pemuda al-Kahfi tetap dengan pendirian mereka dan tidak mahu tunduk dengan ancaman dan kezaliman oleh raja tersebut walaupun ramai rakyat di tempat itu terpaksa mengikut arahan raja yang zalim tersebut. Pemuda-pemuda tersebut tetap teguh mempertahankan aqidah mereka walaupun menyedari nyawa mereka mungkin terancam dek kezaliman raja pada ketika itu. Itulah kisah yang boleh kita jadikan teladan kepada umat nabi Muhammad andai kita tetap dengan aqidah kita yang percaya kepada Allah swt. Sudah pada kita semua akan berada di dalam rahmatNya dan sentiasa menerima pertolonganNya tak kira sama ada kita semua dalam kesusahan atau kesenangan. 


Hujah pemuda-pemuda itu demi untuk mempertahankan aqidah mereka:

“Dan Kami telah meneguhkan hati mereka di waktu mereka berdiri (di hadapan raja) lalu mereka berkata (membentangkan hujjah kepada raja): ”Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran. Kaum kami ini telah menjadikan selain Dia sebagai tuhan-tuhan (untuk di sembah). Mengapa mereka tidak mengemukakan alasan yang terang (tentang kepercayaan mereka?) Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah?”. (al-Kahfi: 14-15)
Raja itu terkelu mendengar hujah-hujah yang telah dilontarkan kepada raja yang zalim itu. Namun raja yang zalim itu tetap berkeras mahu pemuda-pemuda itu tetap murtad dan berpaling daripada aqidah mereka sebelum ini. Raja memberikan tempoh beberapa hari untuk mereka menyembah berhala daripada menyembah tuhan yang Esa sekiranya tidak mereka semua akan dibunuh! Dek kerana sayangkan agama dan kekuatan aqidah yang mantap, para pemuda ini bermesyuarat sesama mereka dan dan mencari jalan untuk menentang raja yang zalim itu. Akhirnya para pemuda ini membuat keputusan untuk bersembunyi daripada raja yang zalim itu di sebuah gua yang pinggir hutan itu.


Mereka pergi ke pinggir bandar yang bernama Nikhayus dan di situ terdapat gua dan di situlah mereka bersembunyi daripada raja yang zalim itu dan mereka diekori oleh seekor anjing dan anjing tersebut berlindung di dalam gua tersebut. Kemudian, Allah swt telah menidurkan mereka dengan nyenyak dan mendapat perlindungan daripada Allah swt. Allah swt telah mentidurkan pemuda pemuda ini hampir 300 tahun agar menjadi pengajaran kepada hamba-hambanya akan bukti kekuasaanNya melalui peristiwa ini. Mereka tidur di dalam gua tersebut tanpa makan dan minum namun dengan kuasa Allah swt, badan, jasad mereka tetap dipelihara dan tidak hancur dan musnah di mamah ulat dan cacing.

Maka, sampailah satu ketika, mereka dibangunkan. Ketika mereka bangun mereka sendiri tidak menyedari bahawa mereka tertidur selama itu 300 tahun lebih. Mereka hanya menyangka tidur dalam sehari atau separuh hari sahaja. Sebaik sahaja bagi, mereka kelaparan, mereka menapak ke pasar yang berhampiran untuk membeli sebuku roti untuk mengalas perut dengan mengunakkan wang perak. Di sini tuhan ingin mengingatkan kita bahawa kita perlu memilih makanan yang halal dan bersih kerana mereka menyangka daerah itu masih diperintah oleh raja yang zalim itu. Demi untuk menunjukkan kekuasaanNya, Raja dan pemerintah semasa pemuda al-Kahfi itu dibangunkan  merupakan orang yang beriman kepada Allah swt dan termaksudlah rakyatnya. Maka, terkejutlah rakyat pada ketika itu apabila salah seorang pemuda menghulurkan wang perak yang sudah berusia lebih 300 tahun, maka dengan peristiwa itulah membuat para penduduk itu yakin dengan hari kiamat dan kekuasaan Allah swt dalam menbangkit yang manusia pada hari kiamat kelak seperti mana yang terkandung dalam kitab suci Al-quran.

Dan akhirnya, Allah berfirman:

"Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya mereka mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan orang mati adalah benar, dan bahawa kedatangan hari kaimat tidak ada keraguan padanya"
al-Kahfi:21 

Monday, January 27, 2014

Tips yang ingin syawal kongsikan. Semoga bermanfaat.


Tips Perniagaan Internet MUDAH & MURAH

Kepada semua pengunjung blog ini, anda boleh like page kami di FB Jersey Latest Shop untuk dapatkan gajet terkini yang harga yang termurah dan warranty selama 1 tahun!!

Kini perniagaan Internet adalah tidak asing lagi. Ramai yang menjalankan perniagaan Internet menjual pakaian muslimah, tudung, aksesori, e buku, produk kesihatan dan macam-macam lagi. Musim perayaan juga tidak lama akan tiba, pastinya perniagaan Internet menjual kuih-kuih raya juga akan mula memeriahkan lagi di laman web, blog serta Facebook kita.

Hari ini, suka saya kongsikan beberapa tip untuk anda jalankan perniaagaan Internet anda pada kos yang rendah:

1.Mulakan perniagaan anda melalui blog percuma

Melalui perkhidmatan online seperti www.blogger.com anda dapat memulakan blog anda sendiri secara percuma. Anggap blog adalah sebagai kedai anda di mana pelawat boleh memasuki kedai anda, memilih apa yang mereka inginkan, kemudian melakukan bayaran kepada anda untuk mendapatkan produk tersebut.

Apa yang menarik mengenai blog adalah, ianya mudah untuk dipelajari. Sekiranya anda biasa menulis email, mengendalikan blog sendiri juga adalah mudah.

Satu perkara mengenai blog adalah, blog disukai oleh enjin pencari oleh kerana ia memberi maklumat, sering dikemas kini, serta interaktif dimana pelawat boleh meninggalkan komen balas. Ketiga-tiga ciri ini adalah ciri laman web yang disukai oleh enjin pencari dan sering di bawa ke muka surat hadapan enjin pencari dan memberi promosi percuma tambahan kepada perniagaan anda!
Image

2.Mulakan perniagaan anda di Facebook

Lebih kurang 50% penduduk Malaysia kini mempunyai akaun Facebook. Angka ini adalah amat tinggi untuk anda mencapai pasaran yang besar. Ramai antara kita sebelum membuat belian di Internet suka mendengar pandangan kawan atau keluarga. Media sosial seperti Facebook, merupakan satu platform di mana maklumat dapat dikongsikan dengan mudah melalui sharing.

Pastinya anda pernah melihat mereka yang menjual pelbagai produk dan perkhidmatan di Facebook bukan? Bukan sahaja media sosial adalah percuma, media sosial seperti Facebook dapat membina jenama perniagaan anda dengan murah oleh kerana anda dapat mendekatkan lagi diri anda bersama prospek dan pelanggan tanpa sebarang kos.

3. Bina jenama anda

Satu teknik dalam mengurangkan kos promosi perniagaan anda adalah dengan membina jenama perniagaan anda. Apabila sesuatu nama atau jenama perniagaan itu diingati orang ramai, ianya sering menjadi pilihan pengguna walaupun tiada pengiklanan dilakukan.

Cara membina jenama perniagaan di Internet adalah dengan banyak membantu orang ramai mendapatkan informasi-informasi berguna mengenai bidang yang dilakukan. Tidak kira sama ada melalui blog, ataupun media sosial, anda perlu kongsikan tips-tips berguna yang dapat membantu orang ramai mengenai industry anda.

Sebagai contoh, sekiranya anda menjual produk fesyen, maka kongsikan tip-tip fesyen. Sekiranya anda menjual produk kesihatan, maka kongsikan tip-tip kesihatan yang berkaitan. Dengan melakukan ini, kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap anda akan meningkat, dan ini juga akan meningkatkan jenama anda di mata orang ramai.

4. Dapatkan pasaran anda yang tertumpu

Internet adalah amat besar. Cara untuk anda mendapatkan prospek dan pelanggan adalah dengan mendapatkan pasaran yang tertumpu. Kenal pasti pasaran anda oleh kerana bukan semua orang akan berminat membeli produk atau perkhidmatan anda.

Tetapkan pasaran anda yang tertumpu dan beri fokus pada pasaran tersebut. Aktiviti cuba menjual kepada semua orang di Internet hanya membazirkan masa dan juga wang anda. Dengan mengenal pasti sasaran pasaran yang lebih tepat lagi, anda boleh memberi fokus membina jenama anda pada sasaran yang itu sahaja. Sebagai contoh, menjual peralatan memancing, fokuskan pada mereka yang mempunyai hobi memancing sahaja. Menjual jersi bola sepak, fokuskan kepada mereka yang minat bola sepak sahaja. Masa dan kos promosi anda akan dapat dijimatkan.

Menggunakan media Internet yang percuma, serta membina jenama anda di Internet adalah kunci untuk berjaya di Internet pada kos yang rendah!
Oleh: Irfan Khairi

Sunday, January 26, 2014

Anugerah untuk lebih berjaya.

Kejayaan awal dalam dalam dunia perniagaan.

Alhamdulilah, baru setahun jagung berjinak2 dalam perniagaan. Kejyaan pertama diperolehi. Berbekalkan prinsip tak perlu kita terkejar-kejar mencari kerja, sebaliknya kita mampu menyediakan peluang perkerjaan kepada orang lain'. Mengambil nabi muhammad sebagai idola untuk terus melangkah. Sebagai medium untuk menyampaikan dakwah kecil tentang indahnya akhlak rasullullah ketika menjadi usahawan.. Segala yang dirancangkan selama ini berjalan dengan lancar, matlamat yg diimpikan sangat besar dan jelas. Hanya memerlukan usaha dan doa daripada kalian semua. Tidak anda seronok seawal usia 20 an sudah mampu membalas jasa kedua ibu bapa anda dan membuatkan mereka tersenyum.. Itulah matlamat syawal.


Diam, kelu, tidak terkata lidah ini untuk mengungkapkan kegembiraan di hati ini. Tidak terlintas dalam diri ini untuk terjun ke dunia perniagaan yang penuh dengan pancaroba ini. Penuh dengan cabaran, penuh dengan penipuan, penuh dengan penindasan, penuh dengan sifat dengan penuh dan pelbagai lagi term-term yang negatif. Nak tahu kenapa? sebabnya ada sifat tamak haloba, sifat dengki yang lahir dalam diri manusia itu sendiri. Wah, sekali dengan dunia perniagaan seakan-akan menakutkan pula, namun bukan syawal nak menakut-nakutkan anda. Abang syawal pun sendiri pernah berkata kepada kita " Nabi telah bersabda bahawa 9/10 rezeki itu datangnya daripada perniagaan! Nabi Muhammad dahulu pun berniaga, baginda mengikut Siti Khatijah iaitu (isteri baginda selepas itu). Pada awal baginda berjinak dalam perniagaan kain dan bermacam-maca lagi, baginda sering merantau ke negeri SYAM. Baginda menunjukkan akhlak yang baik ketika berurusan dengan pelanggan, berlaku jujur dalam setiap transaksi tanpa melibatkan sebarang penipu. Melalui dengan akhlak yang baginda tunjuk, ramai orang berpusu-pusu untuk membeli kepada baginda. Mudah kan? Namun, kita sebagai umatnya tidak mahu mengambil teladan daripada akhlak rasulullah ini, kita mungkin cenderung itu mengikut sunnah rasul untuk berpoligami (pandang abangku sinis). Abang tak pandai untuk berniaga dik wan, abang pandai buat kerja sahaja, sebab iti abang belajar rajin-rajin nak jadi engineer. Adik abg pulak, belajar juga rajin2 bagi ibu bapa kita gembira, selepas itu buatlah apa yang adik suka, akan akan sentiasa menyokong daripada belakang" ujar panjang lebar daripada abang syawal.

Tanpa sena mengena, terbit air mata daripada celahan kelopak mata ini. Terharu, sedih, begitulah pergorbanan seorang abang untuk adiknya yang dikasihi. Lelaki ini, kadang-kadang di tak menunjuk kasih sayangnya di hadapan semua orang, cukuplah dengan perbuatan, sentiasa memerhati kita, selalu menegur kita, selalu memotivasikan kita agar tidak tersalah langkah, tidak jatuh terluka berdarah. Itulah kasih seorang abang. Dia akan sentiasa menyokong kita tidak kita apa jua keadaan. Dalam susah, senang mahupun sukar. Separuh daripada hidupnya, bekerja kuat demi memastikan adik-adik dibawahnya turut berjaya. Menghabiskan usia muda remaja berkerja sampingan dan belajar bersungguh-sungguh untuk memastikan adik-adiknya tetap selesa untuk bersekolah dengan mengorbankan usia remajanya. Dia menjalani usia remaja tak seperti remaja lain, yang leka dengan dunia games, leka dengan duniawi, leka dengan boyfriend and girlfriend leka dengan cinta monyet, leka dengan merempit dan sebagainya. Dunianya hanyalah buku, kerja, dan keluarga. Kuat menelaah buku agar berjaya mendapatkan biasiswa agar tidak menyusahkan ibu bapa, kuat berkerja untuk menampung perbelanjaan adik-adik dibawah, sentiasa bersama keluarga agar dirikan dijadikan role model untuk adik-adiknya berjaya. Menyedari keluarga bukannya berasal daripada keluarga yang berada. Ayah hanyalah seorang pesawah manakala itulah cuma surirumah sepenuh masa dalam memberikan pendidikan dunia dan akhirat kepada anak-anaknya untuk bakal menjadi khalifah di masa depan.

Menyedari semua itu, kami semua didik oleh ayah untuk menjadi seorang yang bertanggunjawab, menjadi insan yang berguna, menjadi umat Nabi Muhammad dalam menegakkan syariat Islam. Ayah seorang yang menekan soal akademik, berkerja kuat untuk memastikan semua anak-anaknya mendapatkan pendidikan yang sempurna yang berjaya melanjutkan pelajaran ke menara gading. Berjaya berdikari walaupun ayah tidaklah berjaya setinggi mana, tiada kelulusan setinggi gunung. Yang mampu ayah berikan hanyalah kudrat tulan 4 kerat dalam membesarkan anak-anaknya. Sekarang Ayah sudah mampu megukir senyuman yang berkedut di pipi apabila melihat semua anak-anaknya sudah berjaya, yang pertama sudah menjadi Senior Engineer di salah sebuah syarikat penerbangan di Subang. Kedua, berjaya menjadi Assisttance Manager di sebuah syarikat peladangan milik Trandewinds di daerah sibu, sarawak. Yang ketika, sudah menjadi engineer di sebuah Syarikat pembuatan besi iaitu Ann Joo Steel di seberang perai, keempat sebagai pengurus di syarikat Latest Trade yang kini menjalankan jualan online yang bernama "Jersey Latest Shop" semua pembaca blog syawal dijemput untuk like page tersebut dan terus menyokong kami untuk terus berjaya. Dan yang terakhir masih belajar di sekolah agama Maktab Mahmud di Alor Setar Kedah.


Ramai yang tertanya-tanya bagaimana syawal mampu melakukan semua ini dan berjaya sampai ke tahap ini. Simple sahaja syawal cakapkan. Yang penting adalah niat kita. Kalau niat kita baik, insyaALLAH baiklah apa yang kita dapat. Selain itu, berusahalah untuk menolong orang lain yang dalam kesusahan walaupun diri kita sendiri lagi lebih teruk dalam kesusahan. Mengambil teladan daripada Abang-abang syawal yang tidak mahu menyusahkan ibu bapa, syawal tak malu untuk berkerja semasa cuti persekolahan. Syawal tak malu nak katakan bahawa syawal pernah berkerja sebagai pencuci pinggan di sebuah kedai makan, pernah berkerja sebagai waiter, pernah bekerja sebagai pebungkus makanan, pernah berkerja di kedai dobi, penah bekerja di kedai perabot, pernah berkerja di kilang membuat kompenen engine dengan mat-mat bangla, pernah berkerja di kedai komputer dan  banyak lagi. Kadang-kadang kita terfikir tentang perjalanan hidup kita. Kenapa tuhan menetapkan bahawa kita perlu mengenali seseorang itu, kita perlu belajar daripada kerana ilmu itu luas, kita tidak akan belajar segala-galanya tentangf ilmu di dunia ini dengan diri kita sendiri. Tuhan telah hantar orang lain itu mengajar kita akan tentang ap maksudnya reda, apa maksudnya rindu apa maksudnya sayang, apa maksudnya dengki apa maksudny kegagalan, apa maksudnya kejayaan dan bermacam lagi. Dan kita akhirnya akan tahu bahawa Allah itu Maha adil. 

Walaupun tempoh perkenalan itu singkat, ada yang lama. Ada yang akan terus pergi meninggalkan kita bersendirian di duni yang fana ini. Kemudian Allah gantikan insan yang baru untuk belajar erti kehidupan. Itulah roda dunia, yang hilang berganti, yang patah tumbuh semula. Dalam mencari jalan kehidupan banyak yang akan kita pelajari. Tak salah untuk kita gagal, tak salah untuk kita jatuh, hal ini kerana dengan semua itulah kita akan belajar. Belajar untuk lebih kuat di masa hadapan. Credit untuk salah seorang sahabat yang bersama-sama berjua dalam kelab Akademik FAB's (Finance and Banking Society) iaitu saudari Amirah binti Mohammed selaku Exco Keusahawanan. Sungguh cepat beliau pergi. Masih segar dalam ingatan saat di mana bersama-sama bermeeting tentang hala tunjuk kelab, melaksanakan program yang telah diarahkan, dan beribu ucapan terima kasih atas kesudian meneruskan program yang telah syawal dratfkan dengan menjadikan program tersebut sebagai program yang sangat bermakna, di saat kita serta kawan-kawan yang lain berkampung di PBS (pusat budaya dan seni) dalam menyiapkan bahan-bahan untuk digunakan semasa booth FABS di Library. Beliau seorang yang sangat bijak dan rajin mengulangi pembelajaran dan sangat kotmited tentang semua kerja yang diamanahkan. Banyak jasa yang telah beliau buat kepada diri ini dan kawan-kawan yang lain dalam membangunkan FABS. Tulisan ini syawal coretkan agar sesiapa yang mengikuti blog ini akan terus berdoa agara mira ditempatkan di SyurgaNYA. InysaALLAH kita kita semua akan berjumpa di sama. Mohon sedekahkan AL-FATIHAH kepada arwah dan maafkan segala kesilapannya.


MT dan Exco Kelab Finance and Banking Society 2013/2014





Terima kasih kawan-kawan semua atas kenangan yang terindah ini. Maafkan salah silap syawal sepanjang pekenalan kita. 

ENCIK S
Exco Perhubungan
Kelab Finance and Banking Society
UUM 2013/2014



Saturday, January 4, 2014

KENAPA AKU DIUJI?

Tatkala kita sering diuji, cuba kita renung kisah-kisah di bawah semoga menjadi pengajaran kepada kita. baru kita sedar akan luasnya kasih sayang Allah swt kepada diri kita yang kerdil ini walaupun kita sering melakukan dosa. Jadilah pendosa yang berjaya. Dimana dia sedar telah melakukan dosa dengan segera bertaubat dan tidak mengulanginya lagi.. Jadilah pendosa yang bijak!!

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA FRUST?

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai
kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12