Saturday, March 31, 2012

Minat dan keupayaan mana lebih baik? (khusus untuk lepasan spm)


Syawal menulis kerana minat dan bukannya keupayaan syawal untuk menulis.Bagi syawal, minat terhadap sesuatu perkara boleh mengatasi segala-galanya. Mungkin sesetengah daripada kita tidak bersependapat dengan syawal kerana beranggapan bahawa keupayaan adalah yang paling penting. Sebagai contoh yang sahabat syawal sampaikan satu cerita ialah seorang remaja minat untuk bermain bola keranjang, disebabkan dia kurang upaya kerana kehilangan sebelah kaki semasa kemalangan pada zaman silamnya telah membantutkan hasratnya untuk bermain bola keranjang. Bagi syawal, hal itu tidak berjadi masalah sekiranya pemuda itu minat atau bersungguh-sungguh untuk bermain permainan tersebut. Nak tahu kenapa? setiap masalah ada penyelesaiannya cuma terletak pada diri kita untuk memandang masalah itu secara positif dan berfikiran kreatif. Apa salahnya pemuda itu memakai kaki palsu atau mereka kaki yang berseuaian untuk untuk bersukan serta dia dapat bermain dengan sukan yang diminatinya. Oleh hal yang demikian, dalam membuat sebarang keputusan hendaklah mempertimbangkan minat kita dahulu..

Semasa syawal belajar di Kolej dulu ada seorang guru Matematik Tambahan memberi nasihat kepada kami satu kelas 5 Omega. Beliau berkata "jika hampa tidak suka merawat orang atau fobia dengan darah dan anda tidak berminat dengan bidang yang berkaitan dengan medik, jadi andai kata hampa dapat straight A dan anda memilih untuk menjadi seorang doktor kerana beranggapan perkerjaan itu untuk orang pandai dan mendapat sokong daripada ibu bapa, percayalah keputusan yang anda lakukan salah kerana anda mengbelakangkan minat anda. Bayangkan anda perlu berhadapan perkara yang anda tidak sukakan sepanjang hidup anda". Silap hari bulan boleh menjadi gila. Tidak semesti orang yang mengambil kursus medik atau berkaitan sains itu pandai, dan tidak semestinya orang yang gagal spm akan gagal selama-lamanya.. Teringat kata-kata ustaz Azhar Idrus " Tidak semua Allah takdirkan manusia itu menjadi kaya, kalau semua manusia kaya siapa pula nak jadi orang miskin. Analoginya samalah dengan tidak semua orang akan berjaya dalam pelajaran mesti ada yang gagal dan semua itu terlelak atas usaha kita selama ini. Tapi syawal nak ingatkan bahawa gagal sekali tidak bererti gagal selama-lamanya.. Hal ini dijawab dalam firmanNya:

Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum 
sehingga kaum itu mengubah nasib mereka sendiri

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (11


Ya, sudah pasti anda perlu mengubah nasib anda sendiri dan bukannya siapa-siapa.. Bagi pelajar lepasan spm yang masih buntu untuk menyambung boleh bertanya kepada syawal, isyaAllah syawal akan membantu memberi sedikit panduan untuk memilih jalan yang terbaik. Apa-apa pun semua ini terletak pada diri anda sendiri. Bagi syawal, mana-mana jalan yang anda pilih itu adalah jalan yang baik dan anda perlu melalukkan yang lebih baik serta tak kisah la selepas spm anda mengambil matrik, diploma, stpm, sijil, kemahiran, asasi, poli, swasta dan sebagainya, Jika anda berniat baik, insyAllah akan berjaya. Hal ini kerana:

Abang pertama =Lepasan asasi, skrg abis master dan berkerja
Abang kedua +Lepasan diploma smbng degree dan berkerja
Abang ketiga=Lepasan matrix smbg degree dan juga telah berkerja
syawal = Isyallah akan berjaya, mohon anda doakan yerrr.

Jika difikirkan balik, mana-mana jalan yang dipilih jika kita berusaha dan tidak lupa pada yang Esa. Isyallah kita akan berjaya didunia dan ahkirat.. apakah pilihan anda?


Thursday, March 29, 2012

Bermasalah? Senyumlah selagi kulit anda tidak berkedut

Tersenyem..... Syawal sendiri hairan kenapa pagi-pagi lagi sudah tersenyum. adakah gembira? seronok? orang kata kalau senyum sorang-sorang itu tandanya gila. Betul kah? bagi syawal benda itu salah. Senyum la selalu selagi anda mampu. Kerana senyum itu dapat menegangkan kulit muka anda yang berkedut-kedut itu. Syawal tak macam anda kehh..( tipu semata-mata). Walaupun anda dilanda masalah, musibah atau perkara yang tidak menyenangkan sampai nak cabut kuku kaki pun, tetaplah senyum dan ingat bahawa setiap masalah itu ada ada penyelesaiannya umpana setiap setiap penyakit ada ubatnya kecuali mati. Aduss, senyum tak perlu kata apa-apa")

Andai kata sekarang ini kita dilanda masalah dan kita tak mampu untuk mengatasinya.Walaupun sudah pelbagai cara telah kita lakukan agar masalah yang kita hadapi itu hilang begitu sahaja. Namun masalah itu seakan-akan mengejar kita pula. Maka, larilah untuk mendapatkan masalah itu agar cepat sedikit masalah itu selesai. Maksudnya, anda jangan sesekali lari daripada masalah, 'face it' macam anda duk Facebook taw. Bagi syawal, selalu ingat bahawa Allah sentiasa berada di sisi kita malah lebih dekat lagi dari urat tengkuk kita semua ni. Setiap manusia mesti mempunyai masalah termasuklah diri syawal sendiri, namun terpulang kepada kita untuk mengatasinya sesuatu masalah itu. Syawal selalu berletiaq kat kawan-kawan apabila menghadapi sebarang masalah hendaklah kita berfikiran positif tentang masalah itu. IsyaAllah, dengan izinNya masalah itu akan dipermudahkan.

Bagi syawal, apabila ditimpa musibah paksakan diri kita untuk tersenyum dengan masalah yang kita hadapi itu agar kita lebih bersemangat untuk meyelesaikan masalah tersebut. Apabila kita mendapat semangat untuk menyelesaikan masalah itu, maka setiap permasalah yang terima itu akan menjadi senang dan dimudahkan untuk kita menantangani. Macam-macam masalah yang wujub di muka bumi itu seperti masalah dengan kawan-kawan, adik-beradik, abang2, kakak2, tokwan-tokwan dan sebagainya. Nasihat syawal, senyum la selalu. Selain itu, ingat juga taw senyum itu juga sedekah. Dapat pahala oooo. Tengok, syawal pagi-pagi dh dapat pahala. Hampa ada?

Selain itu, tips yang beberikutnya ialah selalu ingat dengan nikmat yang kita kecapi selama ini. Mungkin kita selama ini selalu sahaja berjaya dan tidak pernah menghadapi masalah. Ingat, setiap masalah yang kita hadapi dapat mematangkan diri kita yang masih duk minum susu Anlene lagi. Haha, Selama ini apa yang kita inginkan dapat dengan mudah contohnya, nak laptop dapat, nak fon esok ayah belikan dan sebagainya. Pernahkah kita terfikir ada orang lagi teruk nasibnya dari kita. Kita hidup dengan senang-lenang, saudara-saudara kita di Palestin itu tidur dalam ketakutan malah kematian begitu dekat dengan mereka. Tidakkah kita pernah terfikir tentang hal itu, Selain itu, rakyat somalia yang kebuluran di tanah gersang sangat menyayat hati syawal. Oleh hal yang demikian, bersyukurlah wahai sahabatku.!


Susu Anlene
kredit
Yang ketiga, cuba kita renungkan perkara yang kita lakukan seharian. Mungkin dulu kita bersolat dalam masa 10 minit, tapi sekarang sudah berkurang kepada 5 minit disebabkan oleh pelbagai urusan yang perlu diselesaikan. Tak kisah la perkara itu penting atau laqa saja. Sebagai contoh, ada satu cerita yang kawan syawal tulis di status Fbnya. Kisah berbunyi begini, pada zaman dahulu..... hehe(macam buku cerita pula). Setelah selesai azan berkumandang menandakan telah masuk waktu isyak, maka pada ketika itu kawan syawal telah memang buku  'chemistry'  yang setebal bantal dirumah anda. Tapi, niat di hatinya adalah untuk menangguhkan solat terlebih dahulu memandangkan waktu solat isyak memang terlalu panjang kan agar dia dapat mengulangkaji pelajaran kita itu. Namun demikian, Buku 'chemistry'  seakan-akan dapat membaca hati kawan syawal itu yang berniat untuk menanguhkan solatnya. Kesan, tanpa sebab musabab dan alasan yang kukuh tiba-tiba buku 'chemistry' yang setebal bantal anda di rumah jatuh ke atas lengan kawan syawal itu. Adoii sakittt, xperlu kata apa-apa. hehehe Seakan-akan marah dengan niat kawan syawal yang tulus ikhlas itu
  Mungkin kita alpa tentang kesilapan yang dilakukan tanpa kita sedar atau tidak telah membuatkan segala permasalahan yang kita alami itu terasakan masalah itu sangat berat untuk kita menanggungnya. Kadang-kala kita rasa 'down' macam kita selalu 'shut down' komputer atau laptop. Jadi kita perlu satu 'injection' atau butang 'on' untuk menhidupkan diri kita yang lemah itu.


Butang 'On' untuk diri kita ialah
*solat
*baca Al-Quran
*puasa
*solat malam
*berkawan dengan orang berilmu


Kamus
1. on = Rohani
3. down = lemah semangat
2. shut down= semangat kita hilang
  

Wednesday, March 28, 2012

Aku Percaya (suratan yang terindah)

Aku percaya apa yang terjadi adalah suratan daripada ilahi. Mungkin esok, lusa atau hari-hari berikutnya kita akan mengetahui hikmah atas segala kejadian yang menimpa diri kita. Aku percaya segala suratan yang tertulis dalam diari hidupku adalah yang terbaik. Aku percaya bahawa setiap kejadian yang aku alami tidak kira baik atau buruk akan menjadi anugerah yang paling bermakna dalam hidupku. 

Dulu syawal sering tertanya-tanya, kenapa Allah mengurniakan aku abang sahaja.Kenapa aku tiada kakak seperti mana kawan-kawan aku yang lain. Mereka mempunyai kakak yang sayang kepada adik mereka. Selain itu, mereka kakak yang membantu ibuku dalam urusan rumah seperti memasak, megemas rumah dan sebagainya. Disebabkan syawal tiada kakak, syawal terpaksa menjadi anak perempuan sementara yang tidak bertauliah membantu ibuku. hehe
Syawal sebenarnya mempunyai seorang kakak, namun sudah meninggal dunia ketika dalam kandungan. Syawal rindu untuk menziarahi pusaranya. Untuk sedekahkan Al-fatihah padanya. Ternyata walaupun tak pernah ku tatap wajahmu, namun aku amat merindumu kakak. Syawal berharap kakak berbahagia di alam sana. Syawal doakan kakak dalam keadaan baik di Syurga di atas sana.

Semasa syawal kecil, hati ini sering tertanya-tanya. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku inginkan. Adakah tuhan ini tidak adil? aku hanya ada abang yang sering membuliku, sering menyakatku, seing ber'wrestling' denganku. Aku tiada kakak untuk bercerita, untuk bermanja, untuk bermain. Hati kanak-kanak aku membentak. Aku selalu merungut pasal hal ini. Ada abang selalu ja kena buli.

Walaubagaimanapun, itu hanyalah secebis kisahku di zaman kanak-kanak dahulu. Semua abang-abang syawal tak matang lagi termasuklah diri ini. Namun, sekarang baru aku sedarkan akan nikmatmu Ya Rabbi. Betapa indahnya suratan yang telah engkau telah susun buat diriku. Engkau telah menghadiakan buatku 2 orang kakak untuk diriku dan aku sangat bersyurkur. Baru-bau ini, abang keduaku iaitu Amirul Rashid telah selamat bernikah dengan gadis pilihan iaitu Fanazirah Tuah di Pejabat Agama Betong, Sarawak. 

Ramai yang kata, dia senyum sampai ke telinga
Ternyata, Allah bersama-sama orang yang bersabar. Wahai sahabatku sekalian, anggap segala dugaan, cabaran dan kegagalan yang kita hadapi adalah sebagai penghapus dosa kita sebelum ini. Mungkin dosa yang kita lakukkan tanpa kita sedari. Ramai mengatakan ujian yang menimpa kita menandakan Allah swt sayang kepada kita. Hal ini kerana, Dia tidak mahu kita diazab lebih dasyat lantaran dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

Ini adalah abang yang pertama dan kakak yang pertama!

Apabila syawal merenung kembali kepada suratan qada dan qadak yang telah tetulis dalam hidup ini. Aku percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sebagai contoh, dulu syawal tak ada kakak, sekarang ini dapat dua orang kakak terus, duk tunggu kakak yang ketiga tidak lama lagi ja. hehe

*moral story
1. Banyakkan bersabar.
2. Setiap kejadi yang berlaku ada hikmahnya
3.Allah swt akan memakbulkan permintaan kita bila tiba waktunya
4.Bersyukur apa yang ada.
5.Beusaha dan tawakal



Sunday, March 25, 2012

Terharunya syawal..

 Sesiapa yang belajar tentang ekonomi, anda digalakkan untuk 'like' page Economic Tutorial. Page ini tidak terhad untuk pelajar martikulasi dan STPM sahaja. Malah, pelajar di asasi atau yang sambung degree juga dapat bertanya tentang sebarang kemuskilan tentang subjek ekonomi.
  Syawal ini menzahirkan rasa syukur kerana admin Economi Toturial telah mengepost comment syawal. Comment tersebut adalah pendapat syawal mengenai page tersebut kerana sangat sesuai untuk para pelajar mengetahui, mendalami dan mempelajari ilmu ekonomi dengan lebih mudah. Kita seharusnya memanfaat teknologi yang ada terutamnya FB ini kan.. Ingat, jangan main Fb sampai jadi najissss..


Thursday, March 22, 2012

Hikmah solat dhuha. Jom amalkan!

             

                   Beberapa hari yang lepas, tiba-tiba syawal terdetik untuk menunaikan solat dhuha setelah menghantar adik syawal ke sekolah dan selepas itu, dengan serta merta syawal men'uptdate' status seperti di atas. Heran juga la sebab tak pernah nak meng'update'kan status ini. Tapi sejak akhir-akhir ini duk kerap, apakah petanda ini? adakah aku sudah pandai menggunakkan facebook? Untuk pengetahuan semua, syawal dh hampir 4 tahun berkecimpung dalam dunia FB ini tapi rasa-rasannya boleh kira dengan jari ja status yang dibuat, apatah lagi comment dan like serta sebagainya.. Cukup malas. Haha. Fullstop, entah mengapa FB ini seakan-akan memanggil untuk mendekatinya, tapi bukan untuk membuang masa namun lebih kepada berdakwah kepada remaja di luar sana si samping kita berseronok dengan dunia INTERNET ini, jangan pula lupa pada akhirat. Syawal tertarik dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum bermain alat muzik. hukum ialah jangan bermain sampai jadi najis, cukup simple kan jawapan daripada beliau. Bagi kita yang jahil ini tak kan tak reti nak fikir kot. Nak main sebarang alat muzik boleh tetapi janganlah segala yang wajib dan perkara-perkara lain kita abaikan. Anologinya, sama seperti FB, nak aktif boleh, tapi jangan sampai jadi najis yaaa.

Namun begitu, bukan syawal nak bercerita tentang Fb ini, cuma nak kongsi kisah yang benar-benar terjadi kepada syawal. Haha, buat macam kisah benar kat TV3 pula. Mungkin anda di luar sana menganggap kisah ini hanyalah pekara kecil sahaja. Tapi ingat kawan-kawan, dosa kita sekecil zarah pun dikira kelak serta pahala pun sama. Inikan pula kita malu untuk besyurkur tentang sesuatu perkara yang kecil. janganlah sombong untuk bersyukur yaa.

     ""Kisah bermula begini, pagi ini kawan-kawan syawal mengajak untuk bersarapan bersama sama di kedai berhampiran dengan rumah kawan syawal. Rutin syawal tiap-tiap pagi buat masa sekarang adalah menghantar adik ke sekolah. Hantar saja, balik sendiri la. hehe. Selepas itu syawal pergi la kepada kawan-kawan yang sudah tercacak di kedai kopi itu sesudah subuh lagi kot. Syawal tiba agak lewat dekat kedai kopi itu tetapi lepa makan x abis lagi la. Kemudian, Syawal memesan 1 pinggan nasi lemak lauk ayam dan ayaq teh o ais satu, Namun, mungkin rezeki milik syawal pagi itu, hal ini disebabkan syawal adalah pelanggan yang terakhir, maka makcik itu membuat keputusan untuk memberikan syawal makan percuma. waw, percuma beb. Syawal pun terkejut, eh betul ka makcik ini. Jadi, syawal apa tunggu lagi menerima pelawaan dengan ikhlas. hehe sejujur nasi lemak macik itu memang sedang dan patut la abis awal. Sebelum syawal berlalu, makcik itu berpesan 'diam tau jangan habaq kat sapa sapa'. Syawal pun mengganguk tanda setuju dan kawan-kawan syawal pun kehairanan. ")
    Makcik itu seakan- akan dapat membaca hati syawal kerana memang syawal nak bagitau kat kawan bahawa syawal dapat makan 'free'.. terima kasih double makcik kerana mengingati syawal"_
    Seterusnya, ada kawan number 1 syawal "open" cucuq satu pinggan pula, katanya kenduri doa selamat. Nak tahu kenapa, sebab dia baru sahaja selamat daripada kemalangan motor. Motor dia teruk, nasib baik dia ok sebab dia jatuh atas rumput dan motor dia terlanggar "signboard". naseb baik la dia tidak mengalami kecederaan serius. Kalau tak tak dapat la cek makan cucuq 'free'. hehe
   Kemudian kawan nomber 2 syawal pula tolong bayar semua duit minuman kami. Kami semua hanya empat orang sahaja. Setakat harga ayaq untuk 4 orang tiada hal punya kerana gaji dia pun ribu juga.. hehe Disebabkan beliau baru sahaja menerima gaji. Maka dia berbesaq hati untuk membuat amal jariah Haha, maklum la sekarang orang sudah bekerjaya kan.. opps, sory nah. Jangan jeles.

Letih syawal nak cerita panjang-panjang, kalau ada umur yang panjang kita beletiaq lagi nah. Kesimpulannya, hari ini waktu sarapan syawal tak kuaq 1 sen pun la. hehe


### apa yang syawal nak tekankan ialah solat dhuha itu banyak fadilatnya, cuma terletak kita untuk mengerjakan dan sedar tentang rezeki yang kita kecapi selama ini tidak kira rezeki itu kecil atau besar, cepat atau lambat dan sebagainya. Bersabar wahai sahabat-sahabat ku dan percayalah kepada qada dan qadar-Nya