Saturday, March 16, 2013

Bersangka baik dan bersabarlah

Tatkala belum azan subuh berkumandang, rezeki sudah masuk. Alhamdulilah, ketika orang lain sedang diulit mimpi indah, dalam sekitar 4 pagi ada orang mengetuk pintu bilikku. Aku lantas bangun untuk membuka pintu kerana aku sangat pantang orang mengetuk pintu bilikku.

Ketika aku membuka pintu, ada seorang pelanggan tetap juga la sebab semester lepas ada juga dia nie datang kat bilik aku pada waktu dan ketika yang sama untuk print nota. Dia seorang foreigner, daripada arab rasanya.. Aku dengan muka baru terkejut beruk terus layan pelanggan walaupun pada awal-awal pagi nie..

Alhamdulilah rezeki dh masuk. Dia siap bagi "keep the change" lagi

Dekat sini aku nak mengajar hampa erti hikmah, mungkin hampa rasa dia ini menganggu anda tidur anda, namun sebenarnya dia datang memberi satu seribu rahmat. Nak tahu kepada? sebabnya, aku boleh bangun awal pagi untuk membuat sedikit ulang kaji, solat tahajud, dengan sempat bersolat subuh di masjid. tengok kan? untung tak? Alhamdulilah..

Jadi, setiap ujian atau benda yang kita tidak suka hendaklah kita banyak bersabar dan bersangka baik kawan-kawan. IsyaALLAH ada rahmat yang tersembunyi..

** mungkin adalah berkat Dhuna yang aku cuba istiqamah untuk dijadikan amalan
terima kasih Ya ALLAH.. jadikan aku orang-orang yang sentiasa bersyukur. :)

sedekah la banyak-banyak. :):0):)0) senyuman itu sedekah

-tombiroulast

Tuesday, March 12, 2013

Jadilah pelajar yang kreatif!!


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ini syawal nak kongsi kekreatifan syawal dengan semua. Untuk pengetahuan, semester 2 ini syawal cuma bergiat aktif dalam berpesatuan. Tujuan syawal berpersatuan adalah untuk membina semangat kepimpinan serta 'soft skill'. Dalam segi ekonomi, graduan univeriti boleh dianggap sebagai barang normal,malahan dalam 5 atau 10 tahun lagi. Tidak mustahil graduan-graduan universiti sekarang akan dianggao sebagai barang bawahan berbanding waktu dulu era 80 dan 70an graduan pada ketika itu dianggap sebagai barang mewah. Tak faham? hehe, mari syawal jelaskan.
Sekarang sudah banyak IPTA dan IPTS yang melahir ramai graduan dalam pasaran kerja. Jadi setiap graduan perlu bersaing untuk mendapatkan kerja. Oleh yang demikian, kita harus mempersiapkan diri dengan pelbagai kelebihan untuk menjadikan kita sebagai barang panas dalam pasaran kerja nanti. Bagi syawal, Berpersatuan adalah salah satu caranya itu kita memupuk kita untuk menjadi sebagai seorang pemimpim yang berjaya, bekeyakinan, berwibawa, dan berkarisma.

Malah, terasa ini seorang ini yang sangat sibuk apabila tiada masa untuk syawal bersenang lenang di dalam bilik. Bermula rutin sebagai pelajar seawal pukul 8 pagi, kemudian abis kelas selalunnya dalam pukul 3.30 petang dan menghabiskan waktu yang tersisa yang dengan urusan program yang perlu diselesaikan sehingga pukul 5.30 petang. Setibanya di bilik syawal perlu menukar pakaian sukan untuk berlatih sukan. Secara purata untuk menyiapkan diri dalam pukul 8.00 malam. wah, terasa diri ini merupakan insan yang sangat sibuk di muka bumi ini. Namun syawal bersyukur kerana rutin seharian syawal dipenuhi dengan aktiviti yang berfaedah.. Melalui aktiviti inilah syawal kenal dengan ramai orang...
Kat sini syawal nak kongsi apa yang telah syawal lakukan untuk program yang dianjurkan oleh persatuan yang syawal masuk iaitu FABs bermaksud Finance and Banking society. Untuk program yang pertama syawal diberikan tugas sebagai ajk Publisiti.. Hehe, tak pernah ada kemahiran buat poster, namun atas doa dan petunjuk daripada Allah swt. terhasillah satu karya seperti di bawah. Walaupun tak cantik, sekurang-kurangnya kita mencuba kan? tadaaa inilah hasilnya

Disebabkan hasil pembikinan poster yang pertama macam menarik sahaja. Untuk program yang seterusnya syawal diberikan lagi tugas sebagai ajk Publisti. Jadi, tugas yang perlu buat adalah poster.. then, inilah hasil yang kedua.. tadaaaa..


Itu sahaja syawal nak kongsi dengan semua. Semoga dalam rahmat Allah swt.

*tombiroulast


Sunday, March 10, 2013

Bermujahadah untuk hari esok..

Bermujahadah menunggu yang belum pasti,
Yang pasti syurga dan neraka menanti,
Takkala kita kegelisahan dalam jiwa,
Ingatlah Allah sentiasa bersama kita.
Jika kita dalam kerisauan atau hati tidak tenang. amalkan zikir ini. mudah-mudahan dapat menenangkan hati kita. IsyaALLLAH

Lirik Lagu: Ya Latif - Hafiz Hamidun

Ya lati fu ya ka fi
Ya hafi zu ya sya fi
Ya lati fu ya ka fi
Ya hafi zu ya sya fi

Ya lati fu ya ka fi
Ya hafi zu ya sya fi

Ya lati fu ya ka fi
Ya hafi zu ya sya fi

Ya lati fu ya ka fi
Ya hafi zu ya sya fi

Ya lati fu ya ka fi
Ya hafi zu ya sya fi

Ooohh.. ooohh.. ooohh.. ooohh..
Ooohh.. ooohh..

Ya lati fu ya ka fi
Ya hafi zu ya sya fi

Ya lati fu ya ka fi
Ya hafi zu ya sya fi

Ooohh.. ooohh.. ooohh.. ooohh..
Ya latif..


Source: http://www.lagubestbest.com/2012/08/ya-latif-hafiz-hamidun-lirik-mtv.html#ixzz2NAotsbdp

Friday, March 8, 2013

Bersyukur itu adalah satu Nikmat. YEAH!!!

syawal sudah. anda bila lagi?
Menulis memerlukan rasa, rasa memerlu hati, hati memerlukan perasaan, perasaan memerlukan jiwa. Apabila diadun semua rencah ini maka terjadilah penulisan yang hebat. Tulisan yang dapat menyentuh kalbu sehingga mencurah-curah air mati ini umpama air terjun..

Nanges...

Cuba kita fikir, berapa banyak kita menitiskan air mata ini? Adakah kita menitis air mata kita untuk memohon taubat kepada yang Maha Esa? Tidak kita terfikir, adakah cinta kita kepada Allah diterimanya? ataupun selama ini kita jauh daripada Allah? Tapi waktu susah sahaja baru kita mengingatiNya?

Sepatutnya, setiasa kita perlu ini kepada Allah, ketika bangun ucapkan Alhamdulilah, ketiga menunggu bas nak pergi kuliah berzikir kepadanNya, Ketika dapat tempat untuk untuk di dalam bas ucapkan Alhamdulilah jadi tak perlu la kita berdiri kan2? Ketika kita dapat masuk kelas awal ucapakan Allahhuakbar. Dapat kita menuntut ilmu kan, ianya ibarat kita berjuang untuk agama kita yang pertama, kedua kepada Rasul, ketiga kepada Ibu Bapa, Keempat kepada adik-beradik kita kelima untuk isteri atau suami kita nanti serta kepada anak-anak anda yang akan lahir nanti. Maaf ya, syawal belum berkahwin.. hehe. Semasa mata kita duk sepet lagi waktu nak mandi pepagi tu ucapkanlah subhanallah apabila kita melihat indahnya ciptaan Allah swt yang mencipta bukit, pokok, hutan, monyet, burung, awan, matahari terbit. Maklumlah tempat kediaman syawal terletak di atas bukit. Jadi pemandangan ini yang hari-hari syawal lihat yang mengagumi ciptaanNya. Dengan suasana yang aman tenang waktu pagi, udara yang segar sambul menghirup secawan nescafe sambil menunggu matahari terbit. Bersyukur sangat sebab tingkap bilik syawal betul mengadap matahari terbit. Dapat la syawal bernikmati detik-dekik romantis melihat matahari terbit bersama sang penciptaNya iaitu Allah swt. hehe, setelah usai solat subuh sebelum pergi ke kelas. Kelas-kelas semester ini semuanya awal-awal pagi serta kelas ko-k pada hari sabtu pun awal pagi. Memang terbaik aturan yang telah ditetapkanNya. bersyukur sangat.

Sepatutnya kita perlu amalkan bangun di awal pagi. Pintu rezeki akan terbuka luas kepada kita apabila kita tidak tidur selepas solat subuh.. Jadi, syawal cuba amalkan dengan seberapa mampu yang boleh agar syawal dapat rezeki yang banyak, bertimbun-timbun, bertan-tan. tapi untuk pengetahuan semua rezeki yang syawal maksudkan bukan duit semata-mata. Tetapi, rezeki kita kepada ilmu yang kita dapat, rezeki badan yang sihat, rezeki dapat kawan yang baik, rezeki makan, rezeki minum, rezeki tenaga. Penat juga nak menulisnya. hehe. Jadi itulah sebab kita perlu sentiasa bersyukur dalam setiap langkah kita.


Setakat ini perkongsian syawal.. semoga anda semua di dalam rahmat Allah swt..


* tombiroulast


Thursday, March 7, 2013

Alhamdulillah Alhamdulilah Alhamdulilah....

Assalamualaikum dan selamat pagi Jumaat, agar kita semua di dalam rahmat Allah. Izinkan syawal berpantun.

Nyenyak tidur ditemani surah Al-Kahfi,
Bangun pagi ditemani kicauan burung,
Hidupkanlah sunnah Nabi walaupun sekali,
Syurga menanti kelak kita yang untung.

Sahabat-sahabat semua dah amalkan surah Al- Kahfi? jika belum meh la kita jadikan amalan. Teringat lagu nasyid kumpulan Raihan tentang cerita Ashabul Kahfi ini. Dulu masa syawal kecik-kecik suka dengan ustazah kat kelas KAFA bercerita tentang pengembaraan pemuda-pemuda Ashabul Kahfi ini. Sampai ternganga mendengarnya sebab nak cuba bayangkan adakah cerita itu benar-benar terjadi. Namun, tiada yang mustahil berlaku di muka bumi ini melainkan dengan izinNya. 
Woha!!. best kan sampai ternganga, lagi best kalau ustazah tu siap teguq.. but, im still cool okey.. hehe

Wah, pendahuluan pun dan panjang kan... sebenarnya bukan itu yang syawal nak kongsikan. Apa yang syawal nak kongsikan dengan sahabat-sahabat semua ialah tentang jadual kelas syawal. Bersyukur Alhamdulilah kerana Allah swt telah permudahkan urusan syawal dalam mengatur jadual kelas yang sangat selesa bagi syawal untuk semester ini. Sejak tahun lepas lagi dah atur cun dah jadual ini... (Padahal baru 2 bulan yang lepas). Bagi syawal, apabila kita buat sebarang keputusan itu adalah yang pertama dan yang terakhir. Walapun kita terpilih keputusan yang salah, itu tidak bermakna kita perlu tertekan mahupun mengalah. Sebaliknya kita harus menerima cabaran tersebut dan berusaha sedaya upaya untuk menghadapi. Banyakkan berdoa agar kita dipermudahkan perjalanan. IsyaALLAH. 

Jadi, semasa minggu pertama kuliah. syawal rasakan diri ini manusia paling rilek kat dunia apabila tak perlu berebut-rebut atau bertumbuk-bertumbuk dengan sistem add drop. hehe, Jadi tahap ketekanan tiada. WoHA!!! Alhamdulilah. Manakala, apabila masuk kelas yang syawal pilih tersebut lagi la happy sebab lecture semua baik-baik dan sporting. Harap syawal dapat menimba ilmu dengan mereka walaupun sedikit. Yang selebihnya hang kena berusaha sendiri syawal!!! anda pasti boleh.. oPPss, "kita pasti boleh"..

Nak tahu jadual syawal, meh nak cerita..

Ahad : pukul 8.00 pagi- 9.30 seterusnya 9.30 sampai 11.00 pagi kemudian "rehat" dan sambung pada pukul 12.30-2.00 petang.

Isnin : pukul 9.30-11.00 pagi kemudian "rehat" dan sambung pukul 12.30-2.00 petang sambung 2.00-3.30 petang.

Jadi, semester ini syawal ambil 6 subjek.. rilek kan, hidup ini memerlukan perancangan. Alhamdulilah apa yang syawal rancangkan selama ini berjalan dengan lancar. Pendapat syawal kehidupan kita ini tidak perlu tergesa-gesa, namun harus disegerakan apa yang perlu. Faham tak? tak faham boleh tanya okies!!..

Alhamdulilah, waktu "rehat" dalam jadual syawal yang telah ditakdirkan oleh Allah swt syawal akan gunakan dengan sebaik yang mungkin. Syawal dapat rehat, makan, menjawab panggilan semula jadi, dan yang paling penting yang rehat syawal adaah waktu yang sangat sesuai untuk solat Dhuha. Alhamdulilah doakan syawal termakbul juga... syukur sesangat..

Semoga Allah swt merahmati anda semua :)

-tombiroulast-