Sunday, November 10, 2013

Harap hijrah ini adalah yang terbaik

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Setiap yang berlaku pasti ada sebabnya. Ada hikmah. Ada kebenaranya. Harap dgn hijrah kali ini adalah hijrah yang terbaik buat syawal. Berbekalkan prinsip dan kepercayaan yang selama ini hang pegang syawal harap tabah untuk mempertahan prinsip itu biarlah orang di sekeliling hang gembira namun hang gembira dengan cinta daripada Allah swt. Cinta kepada rasul dan cinta kepada kedua ibu bapa dan ahli keluarga.

Pastikan berjaya membalas jasa kedua ibu bapa dulu. Berjaya membalas segala titik lepas ayah kamu yang menitis dan mengalir semata-mata mncari sesuap nafkah untuk membiayai pengajian anda dan kehidupan anda. Alhamdulilah, atas didikan ayah ibu selama 20 tahun ini syawal dapat gunakan segala tunjuk ajar tunjuk mencari rezeki untuk keluarga.

Itu janji syawal agar kehidupan kedua itu syawal selesa. Mereka dapat beribadat, dapat bermain dgn cucu, dapat menjalani kehidupan dengan aman dan sentosa!!. Itu adalah azam syawal untuk tahun ini. Doakan syawal yee.. Deman datang melandaaa. Jmpa lagi

Sunday, November 3, 2013

Mungkin ini adalah yang terakhir..

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

  Mungkin ini adalah yang terakhir. Mungkin jika kamu tahu kenapa aq bersikap sebegini. Mesti kamu akan hargai apa yang telah kamu lalui.. Biasalah, manusia. Selalu buta. Walaupun mempunyai mata. Ia tetap akan tak nmpak. Maafkan syawal juga kerana itu memang salah syawal. Salah syawal kerana berangan terlalu tinggi. Sekuat mana kita genggam ia, kalau bukan milik kita. pasti kan terlepas jua. Sejauh mana kita menolak ia, andai itu milik kita. ia akan datang jua kepada kita.

Terima kasih

terima kasih
terima kasih 


atas segalanya.......


    Haaaa... hari ingin syawal rasa seronok sangat. Nak tahu kepada. apa yang syawal impinkan, cita-citakan. Terlaksana jua akhirnya. Untuk menjadi dewasa. Untuk berdikari. Untuk berdiri di atas kaki sendiri tanpa apa-apa bantuan. Sejujurnya, syawal bukannya lelaku yang suka bercintan-cintun ini. Bersweet2 sebelum bernikah. Itu prinsip syawal. Memang syawal berterus terang pernah sukakan seseorang, atau berkenan atau meminati sesorang. kalau syawal cakap tak pernah. sah2 la syawal ini gay atau lesbian. Tapi, ada sebab syawal bersikap sebegitu. Syawal ada satu prinsip bahawa saya tak kat bersweet-sweet yang sesorang yang belum menjadi yang halal bagi syawal. atau erti kata lain. menjadi isteri syawal yang sah. Harap anda semua mengerti. Syawal perlu meletakan cinta kepada ALLAH dan Rasul dan kedua ibu bapa syawal sebelum cinta kepada kaum hawa.

  Selama 20 tahun ini, syawal hidup menjaga hati ni khas untuk isteri syawal yang sah. Tapi, syawal bukannya nabi. Mampu untuk kawal semua ini. Mesti ada kalanya tersasarnya. Ada buat silap. Tapi, itu adalah ujian bagi syawal. Kalau syawal tak pernah mengalami kekecewaan. Bila lagi syawal akan alaminya? Hidup kita ini macam-macam boleh terjadi. Tak semestinya jodoh kita panjang. Ada kalanya jodoh kita pendek. Mungkin jodoh kita dengan Si a ini hanyalah 3 tahun sahaja. Cukup 3 tahun dia akan pergi mengadap ilahi. Kerana tuhan lebih sayangkan dia. Nampak kejadian itu? betapa man kuatnya kita sayangkan seseorang itu. Kalau takdirnya untuk pergi dulu. kita tak mampu untuk melawannya. Jadi kenapa kita perlu takut untuk kecewa. Mungkin ini adalah cara untuk tuhan mengajar syawal erti kekewaaan kerana sebelum ini syawal tak pernah kecewa. Hidup syawal yang dikelilingi dengan kegembiraan, berita gembira, gelak tawa, riang adik2, semangat abang2, kasih sayang daripada kedua ibu bapa dalam mencari rezeki yang halal. Syawal tak pernah merasai pemergiaan orang yang syawal sayangi. Walaupun tok masih hidup semasa syawal masih kecil. Tapi kenangan itu sikit sangat. Malahan ketika itu syawal masih belum mengenal apa itu kasih sayang.

   Sebab itu Tuhan hadirkan seseorang yang akan mengajar kita erti kekecewaan. Untuk mengajar kita erti ketabahan. Dan itulah syawal bersyukur sangat2. Selama ini syawal hanyalah mendengar luahaan daripada orang yang kecewa. Sekarang ini syawal alaminya sendiri. Tetapi syawal sangat bersyukur kerana ALLAH sayangkan syawal. Dia hantarkan seseorang untuk mengajar syawal erti tersebut agar syawal lebih tabah jika suatu hari nanti orang yang paling dekat dengan syawal akan pergi meninggalkan syawal atau syawal yang akan pergi buat selama-lamanya. Jadi hargailah ibu bapa anda dan pegorbanan meraka dalam membesarkan anda...

   Kini masanya sudah tiba.. Tiada cinta untuk kamu syawal selagi mana kamu sudah menunaikan tanggungjawab anda sebagai seorang anak yang membalas jasa kedua ibu bapa kamu. Ramai orang yang bertanya kepada syawal. Kalau dh suka kenapa tak beritahu sahaja? Perlukan syawal beritahu? sebabnya dia bukannya milik syawal. Dia milik ALLAH swt. Perlu syawal minta kepada tuannya dahulu. Kalau anda tak mampu untuk sang pencipta. Jangan bermimpi untuk mencintai orang yang diciptanya. 


   Terasa diri ini semakin dewasa.. Teringat ketika syawal kecik-kecik dulu. Masih rasa kesejukkan diri ini apabila ayah syawal seawal pagi-pagi telah bangun menyediakan nasi sarapan serta nasi buku serta wang saku sebanyak rm 1.00 untuk dibawak ke sekolah. Di ketika mana ibu menyikat rambut syawal sambil menipiskan bedak di muka walaupun dia tahu anaknya memang tak suka bedak. terima la weh.. budak2 lagi. Masih teringat lagi buat engine motor ex5 yang ayah hidupkan waktu pagi-pagi. Syawal, lagi dua orang abg berhimpit naik motor yang ditunggangi oleh ayah seawal 6.30 pagi. Ingat lagi ayah pakai jaket berwarna hitam kuat menahan kesejukkan pagi semata-mata ingin menghantar syawal dan abang ke sekolah. Masih jelas di ingatan ini di mana saat tangan ini bersalaman dan mencium tangan ayah yang bekedut-kekedut itu. Terasa tangan ayah sangat kasar kerana berkerja keras untuk membesarkan kami 5 adik beradik. Dan semua telah berjaya atas titik peluh ayah. Banyak pergorbanan ayah yang syawal ingin catatkan di sini. Tapi syawal tak mampu, tak mampu untuk mengenangkan ayar mata ini. Yang akan bila-bila masa sahaja akan tumpah.

Atas ketegasan ayah dan kelembutan ibu. Maka lahirlah 5 orang khalifah di muka bumi ini. Yang akan menegakkan agamaMu ya ALLAH. Masih ingat lagi, bunyi kuali yang ayah gorengkan nasi untuk bekalan kami ke sekolah. Kami semua berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah yang hebat2.. semua duduk di asrama. Tapi, ayah masih dengan motor ex5. motor buruk itulah yang membawa kami untuk mengenal alif ba ta. Satu dua tiga. Dengan motor buruk itulah ayah menumpahkan kasih sayangnya. dengan motor buruk itulah ayah telah buat kami berjya.. terima kasih ayah..

Kemudian, hampir kesemua anak-anak ayah dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. Berbekalkan nasihat ayah, teguran ayah,panduan ayah.. Akan kami gunakan semua itu sebagai pedoman kami di sana. Alhamdulilah, walaupun ayah masih bersama motor buruk itu. Ayah telah berjaya mendidik seorang anak menjadi engineer di syarikat mas dan berkelulusan master daripada unversiti luar negara. Dengan motor ayah yang buruk itu, ayah mampu medidik seorang manager ladang di serawak. Dengan motor buruk itu, ayah berjaya mendidik seorang engineer kilang membuat besi di peneng.. yang motor buruk itu, ayah telah berjaya membawa syawal masuk ke universti... Pesanan ayah itu tak akan syawal lupa...

Dan hari ini merupakan hari yang bersejarah buat syawal apabila dapat bawak ayah pusing-pusing peneng melawat anak menakan dan pergi reunion kawan-kawan abah semasa berkhdmat di kem askar dulu. Syawal bawak ayah jalan-jalan dengan titik peluh syawal sendiri. Kereta yang dibeli dengan tulang 4 kerat hasil didikkan ayah agar syawal dapat berkerja keras mencari pendapatan untuk keluarga. Itulah matlamat syawal sekarang ini. Sebab itulah syawal tak ada masa untuk bersweet dalam percintaan yang tak kenal lama ini. Itu hanyalah lakonan semata-mata.. Percayalah..

Sekarang ayah perlu duduk goyang kaki dan merasai segala jasa yang telah ayah curahkan kepada syawal. Syawal akan berusaha untuk mengubah nasib keluarga kita daripada motor ex5 yang buruk itu kepada keluarga yang diredai oleh ALLAH swt. Doakan syawal dapat penuhi impian ayah dan ibu untuk menunaikan haji ke mekah suatu hari nanti... Barulah anda boleh fikirkan siapakah yang akan menganti cinta mereka syawal.. Ingatan kepada kamu syawal.

Syawal ada satu impian yang sangat besar, dan berharap impian itu tidak akan musnah. Doakan syawal dapat meneruskan impian itu.. Doa kalian amat-amat diperlukan. Membina empayar agar agama islam terus tertegak di muka bumi ini..

ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH
ALHAMDULILLAH

Ats segala ujian dan cabaran yang telah engkau hadirkan dalam hidup. 

Agar syawal lebih kuat untuk menghadapi sesuatu musibah yang bakal mengundang..





Kalau aku mampu ungkapkan,
kasih rindu dan sayang padaMu,
Tak perlu kau menjauh daripadaku,
Milik itu bukan hak aku,
Hanya doa dalam setiap sujudku,
Agar kau tercipta untukku'
Kerana tika suatu masa,
Aku sentiasa yakin.
Tuhan akan menjagaMu untuk.....