Tuesday, June 28, 2011

Mencari kebenaran


Peristiwa yang penting untuk umat islam ialah israk dan mikraj. Semua sudah maklum tentang kejadian tersebut yang menceritakan perjalan Nabi Muhammad ke langit ke tujuh. Namum, peristiwa yang paling penting ialah baginda mendapat keringanan solat fardu dari 50 kali menjadi 5 kali sehari semalam. Bagi memberkati hari yang mulia ini, kita mulakan dengan membaca Al-quran. Berlaku satu kejadian yang syawal tak sangka kerana persoalan yang bermain di fikiran syawal terjawab. Tidakah pernah kita terfikir.


Syawal tertarik dengan ayat yang syawal baca semasa pagi tadi dan rasa nak kongsi dengan semua orang. Kita tahu di dunia ini ada banyak agama, tetapi adakah agama islam itu benar. Jadi persoalan itu terjawab setelah syawal membaca terjemahan surah Al-i-Imran ayat 19. Syawal rasakan sedang berkomukasi dengan-Nya kerana ini dalam fikiran syawal selalu terfikir, adakah agama yang kita anuti ini benar. Jika benar, apa buktinya.


إِنَّ الدِّينَ عِندَ اللَّـهِ الْإِسْلَامُ ۗ وَمَا اخْتَلَفَ الَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ إِلَّا مِن بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْعِلْمُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ ۗ وَمَن يَكْفُرْ بِآيَاتِ اللَّـهِ فَإِنَّ اللَّـهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ ﴿١٩﴾

Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.


فَإِنْ حَاجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِيَ لِلَّـهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ ۗ وَاللَّـهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ ﴿٢٠﴾

Oleh sebab itu jika mereka berhujah (menyangkal dan) membantahmu (Wahai Muhammad), maka katakanlah: "Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutku". Dan bertanyalah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Kitab, dan orang-orang yang "Ummi" (orang-orang musyrik Arab): "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (ugama Islam yang aku bawa itu)?" Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (tidak mahu menerima Islam), maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (dakwah Islam itu). Dan (ingatlah), Allah sentiasa Melihat (tingkah laku) sekalian hambaNya


Syawal bukanya nak mentafsir ayat al-quran di atas. Cuma untuk renungan bersama disebabkan oleh persoalan yang dikemukan oleh sahabat syawal. Harap dapat menambah sedikt ilmu dan ditetapkan iman. Kita cuma hendak mengenal cinta antara manusia berbanding mengenal pencipta kita iaitu tuhan di dunia ini. Setelah kita mengecapi cinta dari sang pencipta. Insyallah cinta sesama manusia akan lebih manis. Apa yang terjadi dalam masyarakat kita adalah terbalik kan? Masa tua baru ingat kat tuhan. Ingatlah kematian itu bukannya berlaku waktu kita tua saja.

Friday, June 17, 2011

Berjalan masa cuti

Pada hari isnin bersamaan 6 june 2010 syawal bersama-sama sahabat syawal pergi berjalan-jalan untuk mengisi masa cuti ini. Syawal, ikhwan zulhelmi, adib dan najmi or jimmy pergi ke matrikulasi kedah, canglun. Tetapi sebelum itu, kami bertiga kecuali najmi pergi makan kenduri kat rumah tahqif kerana perkahwinan kakaknya.

 
 

Bukan nak cerita pasal kenduri la, pasal pergi canglun nihh. Selesai makan kenduri kami balik la rumah syawal kerana hendak tunggu najmi mai rumah.. Nak tengok apa lepa buat? Adib kiri, ikhwan kanan.. Lambat betul la najmi nie...

 
 


 
 

 
 

Oklah.. Duk tunggu najmi mesej dulu dengan kawan-kawan kan adib. Then cerita kat lepa nak kuaq dengan orang yanghampa duk berebut.

 
 

Setelah najmi sampai kat rumah, bermulalah perjalanan kami dengan dimulai dengan doa naik kenderaan yang syawal baca dalam hati..kemudia, berlakulah berbalahan sedikit tentang tempat yang hendak di dituju…. Ada kata yang p arau, ada yang nak p yang, ada yang nak p queenbay, ada yang nak p peneng. Bagi syawal hampa duk bertengkaq pun takdak guna aiihh.. P isi minyak dulu, lepas tuh baru kita bincang p mana. Kalau setakat minyak ada 2 bar ja, toksah duk hingaq la.. Haha taleh p mana pun.. Pusing alor staq jaa..

 
 

Kesimpulannya, tersetuju semua nak pergi bekas matrix ikhwan z di canglun. Di sini dia berjaya menamatkan pergajiannya selama satu tahun dan memperoleh keputusan yang cemerlang. Taniah syawal ucapakan.

 
 

 
 


Apa ni ikhwan, usha sapa kat atas tuhh…
 
 


Ni pula adib, nak buat cerita titanic ka.

 
 

 
 




Persekitaran kolej matrikulasi canglun(gajah mati)

Canglun di ambil sempena perkataan siam yang membawa naksud 'gajah mati'

Kata salah seorang lecture ikhwan zul



Kami nak balik dah, selamat tinggal changloonnn.

 
 

 
 

Baik lah, kemudian kami meneruskan perjalan ke Lye Huat Garden. Mesti orang yang di luar kedah bahkan orang kedah pun tak tau apa tempat ini kan. Jadi syawal nak buat promosi cuti-cuti malaysia la. Lye Huat Garden ini merupakan tempat seakan-akan memuzium yang menempat pelbagai arca atau barang dari negara china.sebagai contoh, arca Terra Cotta, Lorong nostalgia, mini langksap dan ada mini zoo.. Memag besh la tempat ni kalau tengok dari luar. Kalau tengok dari dalam memang tak dapat terluah dengan perkataan.. Hampa p tengkok la sendiri

 
 

Bawah nie garden dia la:


 
 

 
 

Bawah ini pula benda yang ada kat dalamnya...

 

 
 

Hampa mesti hairan kan kalau syawal katakan tadi kalau tengok kata dalam tak terucap dengan kata-kata kerana kami tak masuk pun… haha, disebabkan oleh masa yang tidak mengizikan. Tempat itu dah nak kena katup, jadi kalau masuk mesti tak puas nak jalan-jalan kat dalam tuh.. Nasihat syawal kalau nak pergi kena pergi awal-awal dan buat persediaan yang sempurna baru percutian kita seronok.!!!

 
 

Tak caya tengok la muka mereka nie

Najmi, adib dan ikhwan


 
 

 
 


 
 

 
 

Dari raut wajah mereka yang ansem-ansem belaka nioe. Ternyata perjalanan kali ini tersangat yang menarik bagi mereka ini…

Bolehkah jadi tunggul kayu?



Serius, rasa macam tunggul kayu di atas pun ada. Ramai orang kata jangan jadi tunggul kayu sebab tak berguna. Terus terang syawal tak bersetuju. Setiap ciptaan tuhan ada kelebihan dan manfaat masing-masing. Ada manusia dilahirkan semulajadi pandai dan ada pula yang bodoh tetapi tidak bermaksud yang pandai itu boleh bongkak atau sombong manakala yang bodoh tak boleh di katakan tidak berguna. Oleh itu, setiap nikmat atau kelebihan haruslah kita syukuri kerana atas kurnia kita diberikan kelebihan tertentu. Kita bukanya nabi yang disuruh membaca oleh malaikat jibril kemudian baginda terus dapat membaca. Kamon la kawan2, syawal bukannya nak tunjuk pandai atau apa, kerana exam semakin hampir jadi apa salahnya kawan-kawan kita study. Mereka bukannya nabi kan. Jadi ilmu itu nak mai dari mana kalau tak study. Lagi satu kalau orang percaya. Kalau akan dapat result cemerlang sekiranya tak study,boleh berjaya juga. Kalau difikirkan balik macam riak pun ada. Apa yang syawal nak tekankan mengapa ada segelintir masyarakat kita tak boleh memandang orang kalau study sebaliknya kita sepatutnya mencontohinya atau teladani serta memberi sokongan. Sebagai contoh, kepada orang barat berjaya, banyak kemajuan yang mereka perolehi. Mencipta ipad la, mircosoft la. Takkan semua ilmu itu jatuh dari langit sekiranya mereka tidak buat kajian atau penyelidikan.

Benarlah orang kata nak buat baik memang orang tak suka tetapi sekiranya orang buat jahat buat buta ja. Lepa anggap dosa bukannya aku tanggung, lepa yang buat la kan. Nasihat syawal la lah ubah mentaliti kita semua la, dalam al-quran ada menyebut perkara yang perlu dibuat sekiranya menlihat kemungkaran iaitu melalui tangan sekiranya mempunyai kuasa, seterus melaluin nasihat atau teguran dan terakhirnya melalui hati seperti tidak menyukai perbuatan mungkar. Apa yang masyakat ini buat adalah sebaliknya pula kan? Jadi, fikirkanlah.


 

Ada satu maksud yang syawal nak kongsikan bagi orang yang pernah menempuh kegagalan:

Kita tahu bahawa ilmu itu cahaya, dan tidak akan memasuki hati-hati yang gelap, tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.

 
 

Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

 
 

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

 
 

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

 
 

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

 
 

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

 
 

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

 
 

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

 
 

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

 
 

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

 
 

" Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku"

 
 

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

 
 

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

 
 

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

 
 

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

 
 

Saya yakin, 99% akan merasa begini, " Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?"

 
 

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

 
 

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

 
 

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

 
 

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

 
 

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

 
 

" Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa"

 
 

ALLAH menjawab,

 
 

" Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya"

 
 

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah studi, gagal dalam perniagaan walau kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

 
 

" Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…"

 
 

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

 
 

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

 
 

Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

 
 

Saya yakin tidak..

 
 

Anda tenang sekarang?

 
 

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

 
 

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.

 
 

Mari kita sama-sama duduk, dan bermuhasabah semula.

 
 

 Daripada perkongsian di FB


 

Tetapi... sedarkah kita tentang







 

Disebalik tunggul kayu di atas ini, mungkin kita tidak tahu ada hidupan yang memerlukannya sebagai tempat berlindung.

Sunday, June 5, 2011

Mesti tak sangka kan

Semasa tamadun India atau indus, terdapat kemajuan dalam bidang sains. Masyarakat pada zaman ini mahir dalam melebur besi mengunakkan relau. Sebagai contoh, dengan pembinaan Iron Pillar of Delhi atau Menara Besi(Tiang Besi) di Delhi dan tempat itu berdekatan dengan Qutb Minar yang dibuat pada 5M. Ia merupakan sebatang besi 7 meter tinggi dan begitu tulen hingga tidak berkarat dan berat menara ini dianggarkan 6 tan sehingga sekarang tidak terjejas.

Selain itu, keupayaan melebur logam ini juga turut dijadikan pembuatan duit-duit syiling berkembang pesat dalam pembuatan duit-duit syiling dan digunakan sekurang-kurangnya sejak abad 8 SM.

The Great Iron


Kurang jelas, tengok ini pula.



haha, perasan tak kunci kat gambar di bawah sekali berkarat. Ini adalah salah satu bukti bahawa teknologi zaman sekarang tak secanggih zaman dahulu dan tak perlulah syawal nak terangakan panjang lebar.
bak kata Nabil Maharajalawak "Mesti korang tak sangka jadi lagu ni kan"

Sekiranya nak dibandingkan zaman sekarang, tak mustahil untuk mengatakan bahawa teknologi zaman dahulu lebih canggih daripada zaman pada ada 21 ini kan. Tujuan syawal menunjukkan kemajuan sains semasa tamadun indus hanya kita untuk lebih berfikir tentang kehebatan atau kejayaan yang dikecapi oleh masyarakat terdahulu. Sebagai buktinya, salah contoh kecanggihan teknologi sekarang ialah: