Thursday, December 29, 2011

Cabaran dalam berdakwah.. kuatkanlah hatiku

Aku mungkin tidak seberani Nabi Ibrahim,
tidak setabah Nabi Yunus,
tidak seikhlas Nabi Ismail,
tidak sekuat Nabi Nuh,
tidak sepintar Nabi Musa,
tidak setulus Nabi Isa dan

tidak seagung Nabi Muhammad..
Namun, aku memerlukkan semua kekuatan itu untuk memastikkan nilai-nilai islam tetap bertebaran di muka bumi ini. Kita harus belajar daripada kisah-kisah anbiya iaitu para nabi yang terdahulu yang telah menempuh pelbagai ranjau dalam meyebarkan dalam menyedarkan manusia tentang kekuasaan Allah. Sebagai contoh, bagaimana Nabi Ibrahim dicampak kedalam api oleh raja namrud pada suatu ketika dulu, Nabi Musa berhadapan dengan Firaun iaitu bapa angkat yang menjaganya pada ketika baginda masih kecil. Tetapi, apa-apa sebabnya, mengesakan Allah itu menjadi perjuangan utama.

                             bagi sesiapa yang tengok pic di atas apa pendapat anda...

Pertama sekali, syawal ingin memohon maaf atas nasihat dan teguran yang tidak disegani oleh anda. Syawal tidak berniat untuk menyakitkan sesiapa, prinsip syawal adalah jika A masuk syurga, maka si B pun mesti turut masuk syurga contohnya sekiranya kita baik la sangat dan kita berbahagia di ahkirat tetapi kawan-kawan kita sengsara di ahkirat kelak dan bagi syawal perkara itu sangat tidak mnyeronokkan.

 Sejujurnya, syawal sebagai kawan hang tidak berniat untuk menyakiti anda wahai sahabatku, apa yang syawal ingin syawal sampaikan adalah untuk beringat-ingat ketika kita hidup, tak semua yang kita lakukan di dunia ini orang suka, ada juga tak suka. jadi berusahalah agar setiap tingkah laku kita sentiasa mendapat redanya.

Sebenarnya, syawal agak terkilan dengan pernyataan di atas, namun syawal yakin Allah sentiasa bersama-sama hamba-Mu yang ingin bertaqwa. Niat syawal nasihat bukan untuk anda semata-mata kerana dalam syawal menasihati orang secara tidak langsung dapat menghindari diri syawal daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah.

Bagi anda di luar sana, jika kita yakin di jalan yang benar maka usah gentar dan takut serta yakinlah bahawa Allah sentiasa berada bersama-sama kita. Allah sedang menguji hamba-Nya, syawal anggap ini adalah titik permulaan dalam menegakkan syariat-Mu, dan ini merupakkan cabaran yang akan syawal hadapi!

  **sampaikan walaupun dengan satu ayat: sabda Nabi Muhammad SAW





No comments:

Post a Comment