Tuesday, May 28, 2013

Hamparan kerindukan PadaMu

Dekat-dekat nak exam ini bermacam-macam dugaan, cabaran, rintanga, kerinduan, Kegelisahan, Ketakutan dan bermacam-macam lagi sehinggakan tak boleh nak fokus. Jadi, boleh ini boleh meredakan segala-galanya.. Kasih PadaMu. Cuba mendapatkan cinta Allah dan Rasul serta kerinduaan kepada Ibuku..

Post kali ini nak meluangkan masa bersama kekasih yang tercinta.. Tiba-tiba hatiku terharu apa mendengar lagu Kasih Padamu di nyanyikan oleh kumpulan kegemaran syawal iaitu UNIC. Baru semalam aku berbicara tentang keperibadiamu, namun hari ini aku mendengar lagu dengan kasih baginda kepada umat-umatnya.

Dalam menyingkap sirahMu. 
Aku ketemuan ketenangan. 
Keperibadian Mu mengujakan. 
KetokohanMu tiada tandingan. 
DidikkanMu menghiburkan. 
CintaMu tertinggi. 
Ketulusan Mu murni.
KefasihanMu mendamaikan
KesabaraMu sumber kekuatan
HikmahMu mengagumkan
AkidahMu tidak pernah goyah
KesederhanaanMu s
 SemangatMu tiada tandingan.

Walaupun tak pernah menatap wajahMu, kenapa diri ini terasa begitu dekat apabila mendengar dan membaca tentang keperibadian. Keperibadian yang agung. Tiada manusia yang dapat menangini budi perkertimu. Terkenang sewaktu kecil mendengar cerita ketokohan Rasulullah. Baginda dilahirkan oleh Aminah, menjadi anak yatim ketika dilahirkan kerana kematian Ayah baginda ketika masih dalam kandungan. Kemudiaan, baginda dijaga oleh ibu susuan iaitu Halimaton Saadiah. sehingga mencapai umur 6 tahun. Setelah besar, di pulangkan kepada ibunya. Namun, kesempatan baginda untuk menagih kasih bersama ibumuNya tidak lama disebabkan ibu meninggal selepas itu. 

Seterusnya, Baginda di jaga oleh Abdul Mutalib iaitu Atuk baginda. Dalam beberapa tahu dalam jagaan Atuknya. Insan yang di sayangi pergi jua. Kemudian, baginda diserahkan kepada Abu Talib iaitu bapa saudara yang mempunyai ramai anak. Di sini, terserlah semangat kepimpinan dan berdikari Rasulullah. Baginda ditugaskan untuk menjadi pegembala kambing si usia belasan tahun. Di saat remaja lain menjalani kehidupan mereka. Baginda terpaksa melupakannya dan berdikari untuk mencari sesuap nasi. Namun, benda inilah yang membentuk keperibadianMu. 

Setelah dewasa, Baginda berkahwin dengan Siti Khatijah. Betapa hebatnya akhlakmu sehinggakan saudagar Arah sanggup menawarkan diri untuk mempersuamikanMu. Tanpa banyak bicara. Baginda menerimanya. Betapa mulianya Siti Khatijah.. Masih wujudkah insan sepertimu Siti Khatijah? Melayari bantera perkahwinan dengan Siti Khatijah sehingga isteri baginda menghembuskan nafas terakhir di pangkuanMu ya Rasulullah. Baginda sangat setia pada isterinya tanpa menduakan kasih sayang Siti Khatijah. Alangkan indahnya jika umat-umat baginda mencontohi sifat-sifat Rasulullah...

Bersyukur syawal kepada kedua ibu bapa syawal yang bersusah payah mengajar Ilmu Agama.  Teringat dulu apa setiap malam selepas solat Magrib. Syawal dan abang-abang kerja mengaji al-quran dahulu sebelum membuat kerja masing-masing. Emak mengajar dengan kelembutan di dalam ketegasan untuk memastikan anak-anak tidak lupa ilmu akhirat. Kerinduan syawal kepada saat-saat sangat didambakan. Terima kasih emak kerana tidak pernah sedikit pun mengeluh dengan kenakalan dan kedegilan anak-anakmu. Sebenarnya, kami rindu mendengarkan emak menceritakan kisah-kisah Nabi dan Sirah Rasulullah. Masih dalam ingatan apabila, emak membantu kami menjawab soalan-soalan untuk kelas Kafa. Masih tersegar dalam ingatan apabila mendengar jeritan Ibu memanggil kami semua untuk mengaji Al-Quran. Masih terpahat dalam ingatan apbila mendengar suaramu kian berbalam-balam menceritakan sesuatu kisah untuk memastikan anak-anaknya terlelap tidur. Emak sanggup berjaga malam untuk memastikan anak-anak tidak digigit nyamuk. Betapa besarnya pergorbanan seseorang ibu.. 

Sebenarnya, syawal rindukan ibu syawal... janganlah kita malas. Malas untuk mengetahui perasaan seorang ibu. Malas untuk bertanya khabar tentangnya. Malas tanpa meperdulikan keadaan dia. Malas dengan buat kerja masing-masing. Malas untuk mengeratkan kasih sayang antara ibu kita.. Jika kita malas. Nyata kita seorang yang sangat rugi... Jadi anda mesti lah kena rajin :) Berani untuk buat perubahan.. InsyaAllah.


No comments:

Post a Comment