Tuesday, September 24, 2013

Tentang rasa...

Assalamualaikum da salam sejahtera..

Minggu yang sangat-sangat memenatkan bagi syawal. Selepas selesai kursus induksi selama 2 minggu, kemudian orientasi selama seminggu, kemudian dilantik menjadi JKPS untuk dpp bank rakyat, kemudian menjalankan program jamuan hari raya bersama FABS, menguruskan hope iaitu hari pendaftaran kelab di UUM, kemudian dan yang terbaru menguruskan program interface 2013 untuk pelajar semester satu.. Hidup ini umpama musafir di negeri sendiri yang membawa hati dan perasaan yang kosong ini untuk disi penuh dengan erti dalam kehidupan ini. 


Biasa, dalam hidup ini ada suka, ada duka, ada ribut, ada taufan, ada cerah, ada nyaman dan sebagainya. Apapun yang berlaku dalam hidup kita ini. Untuk jalan singkat untuk menyelesaikannya ialah dengan tersenyum. Senyum adalah ubat yang paling mujarab untuk kita menghilangkan stress di terbuku di jiwa nuraini anda semua. Memang minggu yang sangat menyibukkan bagi syawal sehinggakan masuk kelas pun tak dapat nk fokus apa yang diajar. Memikirkan masalah-masalah yang dihadapi dalam program, tanggunjawab persatuan, amanah yang telah diberikan oleh DPP. Memang akan merunsingkan kepada otak ini. Namun, Allah itu maha adil. Dia tidak akan membebankan kita dengan sesuatu yang tidak dapat untuk kita tanggung. Jika kita perlu menghadapi sesuatu cabarab atau ujian itu, bersyukurkan kerana Allah masih ingatkan kepada kita dia menrindui tangisan kita memuji nama ilahi. Lihatlah betapa sayangnya Allah kepada kita, namu kita yang selalu melupakannya..

Coretan yang tercetus akibat terjaya daripada lamunan yang panjang.... dan tak berupaya untuk melelapkan mata kerana tak sabar menanti hari esok. :)

Sepanjang di library, 2 kejadian yang sangat mengujakan apabila penulis syawal mendapat perhatian daripada kawan-kawan. Semoga penulisan syawal yang masih banyak kekurang ini menjadi pedoman kepada diri syawal terutamnya dan kepada anda di luar sana. Semoga senantiasa di dalam hidayah dan rahmat Allah swt. Aminn..

Syawal sering bermain dengan rasa. Apakah maksud rasa? rasa adalah satu perasaan di mana jika anda memikirkan sesuatu kejadiaan disekelilian anda berlaku disebabkan sesuatu dan ada satu kuasa yang sebaliknya yang berkuasa mentadbirnya. Lihat dengan mata hati anda bagaiman alam yang indah ini ditadbir? Umpama sebuah kerajaan yang mentadbir sesebuah negara. Begitu jugalah dunia ini, mesti ada satu kerajaan yang mentadbirnya. Sama juga jiwa kita, yang akan menentukan siapa diri kita adalah bagaimana kita mentadbir jiwa kita? adakah kita membimbing diri kita kejalan yang diredai Allah? Tepuk dada tanya iman.

Cukup setakat ini syawal berbicara soal rasa. Jika anda rasa anda ada sifat tangungjawab. InsyaALLAH anda akan menpunyai rasa itu melakukan amanah yang diberikan.

Kepada diri syawal dan kawan-kawan yang stress dengan program dpp, kelas, assigmnt program sana sini.. Syawal doakan anda semua tabah menghadapinya.. Jangan berputus asa dan berpijak dengan kaki sendiri...  semoga berjaya.. jangan stress2 ye kawan-kawan

No comments:

Post a Comment