Tuesday, July 13, 2010

Sistem Ekonomi Campuran

1. Gabungan antara sistem ekonomi pasaran bebas dgn sistem ekonomi perancangan pusat
2. Menggunakan mekanisme pasaran dan membenarkan kerajaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk mengatasi kelemahan2 mekanisme pasaran.
3. Kerajaan dan pihak swasta bersama-sama menyelesaikan masalah asas ekonomi.
4. Individu dan firma bebas untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.
5. Kerajaan akan memastikan kegiatan firma tidak menjejaskan kepentingan pengguna dan faktor pengeluaran.

CIRI-CIRI EKONOMI CAMPURAN

PEMILIKAN FAKTOR PENGELUARAN
- Individu dan pihak swasta bebas memiliki faktor pengeluaran
- Kerajaan menggunakan undang2 untuk mengawal sumber ekonomi demi menjaga kebajikan masyarakat dan memelihara kestabilan ekonomi negara.

PEMBUAT KEPUTUSAN
- Individu dan pihak swasta bebas menentukan corak peruntukan faktor2 pengeluaran
- Firma bebas menentukan jenis dan jumlah barang yg hendak dikeluarkan,kaedah pengeluaran dan pengguna sasaran bagi barang yg hendak dikeluarkan.
- Kerajaan mengeluarkan barang2 yang tidak dikeluarkan oleh pihak swasta.
- Individu, pihak swasta dan kerajaan bersama2 membuat keputusan.

PILIHAN
- Pengguna dan pengeluar bebas membuat pilihan - Individu dan pihak swasta bebas menggunakan faktor pengeluaran yang mereka miliki. - Kerajaan membuat pengawalan di pasaran supaya pihak swasta hanya mengeluarkan barang yg memberi manfaat kepada pengguna.

PENENTU HARGA
- Harga barang yg tidak ditentukan oleh kerajaan ditentukan melalui mekanisme harga.
- harga barang keperluan ditentukan kerajaan untuk menjaga kebajikan rakyat.

PERSAINGAN
- pegeluar bebas bersaing sesama sendiri.
- kerajaan memastikan persaingan adalah sihat dan adil.

MOTIF
- pengguna: mencapai kepuasan maksimum
- pengeluar: keuntungan maksimum
- kerajaan: memaksimumkan kebajikan


TUJUAN CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM SISTEM EKONOMI

MEWUJUDKAN KESTABILAN EKONOMI
- menstabilkan ekonomi melalui dasar fizikal dan kewangan supaya ekonomi mencapai pertumbuhan ekonomi yang pesat, guna tenaga penuh, tingkat harga yang stabil, dan keseimbangan imbangan pembayaran.

MENYEDIAKAN BARANG AWAM
- mengeluarkan barang awam untuk meningkatkan kebajikan dan pembangunan negara.

MENGELAKKAN AMALAN MONOPOLI
- kuasa monopoli yang wujud di bawah mekanisme pasaran perlu dikurangkan/dihapuskan kerana monopoli akan menyebabkan firma menguasai pasaran.

MERAPATKAN JURANG PENDAPATAN NEGARA
- melalui percukaian dan pemberian subsidi.

MENGHAPUSKAN KESAN LUARAN YANG NEGATIF (eksternaliti negatif)
- perlaksaaan undang2 dapat menghapuskan kesan luaran yang negatif yang wujud akibat daripada individu yang hanya berhasrat memaksimumkan kepuasan dan firma yang bermotifkan memaksimumkan keuntungan.


MENGAWAL AKTIVITI PENGELUAR YANG BERTENTANGAN DENGAN UNDANG2
- kerajaan akan menyekat aktiviti pengeluaran ini demi kepentingan masyarakat.
- contoh: pengeluaran dadah

PENYELESAIAN MASALAH ASAS EKONOMI DALAM SISTEM EKONOMI CAMPURAN

APAKAH JENIS BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG HENDAK DIKELUARKAN?

1. Diselesaikan oleh pihak swasta dan kerajaan.
2. Pihak swasta – mengeluarkan jenis barang yang mempunyai permintaan untuk memaksimumkan keuntuangan.
3. kerajaan – mengeluarkan jenis barang dan perkhidmatan yang tidak mampu dikeluarkan oleh pihak swasta (jalan raya) dan yang mampu dikeluarkan (pendidikan)

BERAPA BANYAK BARANG DAN PERKHIDMATAN YANG HENDAK DIKELUARKAN?
1. Swasta – bergantung kepada mekanisme harga.
2. kerajaan – mengeluarkan barang dan perkhidmatan yang tidak mencukupi dalam pasaran untuk memenuhi permintaan masyarakat dan menjamin kebajikan masyarakat.

BAGAIMANA BARANG DAN PERKHIDMATAN ITU HENDAK DIKELUARKAN
1. Swasta – teknik pengeluaran berintensifkan buruh atau modal yang dapat meminimumkan kos pengeluaran dan mencapai kecekapan optimum.
2. Kerajaan – teknik pengeluaran berdasarkan kos kebajikan masyarakat

UNTUK SIAPA BARANG DAN PERKHIDMATAN ITU HENDAK DIKELUARKAN?
1. swasta – bergantung kepada agihan pendapatan, kemampuan, dan kuasa beli dalam pasaran.
2. Kerajaan – menawarkan dan menyediakan barang untuk semua rakyat bertujuan meningkatkan kebajikan rakyat.

BENTUK CAMPUR TANGAN KERAJAAN DALAM EKONOMI

PERATURAN DAN UNDANG2
- kerajaan menentukan kawasan perindustrian, perumahan, industri berat dan ringan untuk mengelak kesan eksternaliti negatif.
- barang asas (gula, beras) diistiharkan sebagai barang kawalan dan harganya tidak boleh dinaikan atau diturunkan tanpa persetujuan kerajaan.
- pengeluar diwajibkan untuk mempamerkan bahan yang digunakan dalam penyediaan makanan dan tarikh luput penggunaannya supaya penggunaan tidak terbeli barang yang tidak sesuai atas sebab agama dan kesihatan sekaligus mengelakkan ekspolitasi pengeluar atas pengguna.
- aktiviti perniagaan harus mempunyai lesen daripada pihak berkuasa supaya aktiviti pengeluar tidak bercanggah dengan peraturan kerajaan.

PENENTU TINGKAT HARGA
- dasar harga maksimum – dasar penetapan harga yang lebih rendah daripada tingkat harga keseimbangan.
- dasar harga minimum – dasar penetapan harga yang lebih tinggi daripada tingkat harga keseimbangan pasaran.
- kuota – kerajaan menghadkan penawaran sesuatu barang pada suatu tingkat kuantiti yang tertentu.

PERCUKAIAN
- mengenakan cukai tidak langsung terhadap pengeluar untuk menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan penggunaan pengguna terhadap sesuatu barang.
- beban cukai yang ditangung oleh pembeli dan pengeluar bergantung pada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran.

SUBSIDI
- pemberian subsidi akan mengurangkan kos pengeluaran pengeluar.
- jumlah subsidi yang akan dinikmati oleh pengeluar bergantung pada keanjalan permintaan dan keanjalan penawaran.

PEMILIKAN KERAJAAN
- kerajaan akan memiliknegarakan sesuatu firma supaya firma tersebut dapat menguasai seluruh pasaran dan dapat menghasilkan keluaran untuk menikmati ekonomi bidangan.
- ciri2 firma yang dimiliknegarakan:
a. pelaburan yang besar dan pulangan yang rendah
b. menyedikan perkhidmatan yang sangat penting kepada masyarakat
c. keluaran yang penting kepada ekonomi negara

nota pada 10.7.2010
kumpulan koay, shaymi, bong chong

5 comments:

  1. walaupun nihh entry dahh lme tahun lepas , thnxs sangat2 , entry nihh amat membantu sy nak buat presentation :D

    ReplyDelete
  2. Jelaskn Peranan kerajaan dlm sistem ekonomi campurn

    ReplyDelete
  3. wah ini sngt brgunaa 🤩

    ReplyDelete