Thursday, January 27, 2011

BAGAIMANA UNTUK CERIA?


Cara untuk ceria 
Pendahuluannnya, hehehe..(mcm nak buat karangan pula) baiklah kawan2 berbincang tentang bagaimana untuk ceria berkait rapat dengan kehidupan seharian kita. Sebagai contoh, kebanyakkan benda di dalam dunia ini ‘neutral’ contohnya kena ada positif dan negatif caj untuk menjadi neutral kan jadi terpulang kepada kita untuk mencorak keadaan sekeliling kerana persekitaran kita ada yang ceria ada yang sedih lagi la ada. Terkenang saya salah satu sabda rasullulah s.a.w “Dalam buruk ada baik dalam susah ada senang” kena ingat tau. Kekadang kita menglihat kesan sesuatu masalah dalam jangka masa pendek menyebabkan masalah tersebut teramat membebankan kita tapi tidak nampak kesan jangka panjang yang lebih positifi, cemerlang lantas kita merasa hiba, sedih dan tertekan. Di sini saya suka berkongsi cerita sebab apa kita ceria.!
1. Jangan tinggalkan ibadah dan patuh kepada Allah s.w.t. seperti solat, puasa, zakat, tapi andainya kita menglihat kawan kita jauh daripada Allah namun ‘happy jer’ tak ada apa masalah pun dan sebenarnya itu hanyalah perkara yang tak tulen dan cuma bersifat sementara dan janganlah kita terpedaya.
2. Nak ceria tapi tak pasang niat. Kita niat di dalam nnti untuk nak ceria selalu dan waktu terbaik ketika hendak tidur. *adakah kita buat? Contohya macam banyak berdoa kepada yang Maha Esa. Kita nak makan nasi pun baca doa, jadi nak cerita kena la baca doa kan kawan2.. berkata Allah swt dalam FirmanNya “ berdoalah aku perkenankan” maka tak reti nak berdoa lagi ke..
3. Maafkan semua orang sebelum tidur. Ini bertujuan untuk cuci hati yang kotor semoga hati kita sentiasa lapang, otak kita cergas dan berpontensi untuk cemerlang. Tambah itu, programkan otak kita sebelum tidur untuk berfikiran positif keesokkan harinya. Mudah-mudahan Allah menpekenankannya isyallah.
4. Apabila bangun tidur terus senyuman ditambah berdoa agar iman bertambah dan permudah urusan seharian, bak kata perpatah ‘Air jika di hulu jernih maka jernihlah di hilir’ persoalannya ialah jika kita bersemangat dan ceria dia awal pagi ada harapan untuk kita ceria sepanjang hari.
5. Pakai la pakai yang sesuai dengan jiwa kita. Ertinya dgn memakai warna-warna tertentu dapat merangsang otak kita untuk ceria. Patut la hari raya orang pakai baju warna- warni, kalau tidak bagaimana nak ceria. Betul tak.?
6. Cari perkara-perkara yang dapat menceriakan kita pada awal pagi, contohnya bagi saya ialah dengan menikmati secawan coffee white old town kaw punya. Baru la seronok, kalau kawan2 bagaimana pula caranya.? Kongsi la sama… hehehe
7. Lakukan kerja dengan bersungguh-sungguh. Nak tahu kenapa.? Nabi pernah bersabda sekiranya kita melakukan pekerjaan dengan sebaik mungkin dari pagi hingga petang dan petang kita penat maka hilanglah dosa-dosa kecil kita.
8. Untuk ceria, ceriakan orang lain, untuk gembira, gembirakan orang lain. Niat kita nak tolong kawan bagi ceria, dan Allah pula akan mengurniakan kebahagian kepada kita insyallah.
9. Wujudkan suasana yang dapat menceriakan kita terutama tempat selalu kita berada.
10. Jaga kesihatan, amalkan hidup sihat dan jangan merokok taw.! Kalau nak jogathan pula malas xpa lagi kot… hahaha( xsure)
11. Ketawa ala kadar, tengak kartun, peluk teddy bear( saya tak dak ya) sapa nak bagi eh.? Hahaha.
12. Jangan jadikan masalah sebagai masalah.? Haa, pening cek. Contonnya jadi masalah itu sebagai kaedah untuk kita Berjaya.. xpham jga.? Tnya la saya, insyallah saya terangkan.. hehehe

Penutup, menurut kajian orang yang sentiasa ceria adalah orang yang dapat merangsang kecerian dalam diri sendiri. Persoalannya mengapa kita tak ceria sedangkan pada hakikatnya kita boleh CERIA kan..? hhehehe