Monday, November 21, 2011

Berikan hambamu kekuatan

Ya Allah, Hambu seorang insan yang lemah. tak mampu menangung perasaan gundah di jiwa. aku mohon kepada-Mu berikan kekuatan kepadaku.
    Setiap orang mengatakan bahawa melakukan kesilapan adalah proses pembelajaran, namun sekiranya melakukan kesilapan yang sama setelah kita mengetahui cara untuk membetulkannya adalah apa?
    Mesti anda semua pernah mengalami keadaan seperti di atas. Namun jangan anda bersedih kerana kita mesti percaya bahawa Allah sentiasa bersama Hambanya yang yakin dengan nikmat dari tuhan. Oleh hal yang demikian, kita tidak perlu cepat untuk berasa kecewa seandainya kita berasa syukur dengan apa yang telah kita lakukan kerana itu mungkin adalah yang terbaik untuk diri kita..


 
>mood hati tak tenang, nasib baik surah Al-Hud dapat menangkan hati ini.
Antara kelebihan surah ini ialah:

      Sesiapa yang membaca surah ini, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Selain itu, jika membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Seterusnya sesiapa yang membaca ayat 112 dari surah ini, sebanyak 11 kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
     
                                                                                                                           Alhamdulilah(:0