Tuesday, November 29, 2011

Hidayah itu milik Allah. Bersyukur sangat-sangat kerana sahabat ceq telah kembali kepada Islam.


Menurut Muhammad Nur Muslim, Ini adalah gambar beliau semasa berumur 17 tahun, ketika ini beliau menindik telinga dan berambut "spiky", beliau menjelaskan lagi pada setiap minggu beliau pergi "clubbing" dan merasakan kehidupannya ketika itu sangat-sangat enjoy dapat melepak dengan kawan-kawan dan menikmati hidup di dunia ini yang tiada penghujungnya. Tetapi, alhamdulilah setelah diberikan Hidayah oleh Allah swt dan beliau kembali kepada Islam. Semua perkara-perkara yang tidak berfaedah yang beliau lakukan dahulu tidak ditinggalkan dan dibuang jauh-jauh daripada hidupnya. Beliau telah menjauhi persekitaran yang negatif semasa masa lampaunya dan cuba medekati Islam dengan lebih mendalam. Sekarang, Islam telah mengajar beliau ke arah kebaikan dan beliau sangat-sangat bersyukur. Menurut beliau, setelah Muhammad Nur Muslim mengucapkan Kalimah Syahadah, hati beliau terasa sangat tenang, ketenangan itu sukar digambarkan dan tidak pernah beliau rasai sebelum ini. Kalimah teragung iaitu "AKU BERSAKSI TIDAK ADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU PESURUH ALLAH"


 
  Gambar di atas ialah salah seorang senior incik tombiroulast semasa menuntut di Kolej dulu. Betulah orang cakap, hidayah itu milik Allah. Senior Tan Fang Wei atau nama islamnya ialah Muhammad Nur Muslim yang bermaksud orang yang mengamalkan cahaya islam. Sedap nama itu, semoga dia dapat membawa nama tersebut bersesuai dengan akhlaknya dan dapat menyebarkan cinta-cinta islam kepada orang yang belum kembali kepada agama Islam. Beliau yang incik tombiroulast kenali dulu semasa di tingkatan 4 dahulu sangat berbeza daripada sekarang. 

   Alhamdulilah, sekarang beliau telah memeluk agama Islam dan mengamalkan agama islam dengan istiqamah. Bila di imbas kembali, perwatakkan semasa beliau di bangku sekolah sangat berbeza dengan sekarang, waktu sekolah dahulu melalui permerhatian incik tombirou, Beliau seorang yang nakal, sosial, tidak menghormati orang dan menjalani kehidupan seperti remaja-remaja lain yang tiada tujuan hidup yang suka melepak, clubbing, membuang masa, karaoke, soooker dan bermacam-macam lagi. Maafkan incik tombiroulast jika tersalah tanggapan. Senang cerita, kehidupan yang tiada matlamat hidup, biasa la zaman remaja kan.. Incik tombiroulast pun biasa alaminya..

  Namun, siapa sangka kan? selepas menamatkan persekolah. Sinar-sinar hidayah menerpa ketika dia menuntut di Akademi Navy di Perak. Di sana beliau mula mengenal islam, mengenal apa erti islam yang sebenar. Cerita tentang kembalinya beliau ke agama Fitrah insyaAllah tombirou akan kongsikan di entry yang akan datang.. Kerana incik tombiroulast baru sahaja tahu berita ini. Alhamdulilah, bertambah juga umat Nabi Muhammad.

   Incik tombiroulast doakan saudara Tang Fang Wei atau Muhammad Nur Islam sentiasa di dalam rahmat Allah swt.. 

  Kekadang incik tombiroulast sedih dengan orang yang dilahirkan sebagai orang yang beragama Islam tetapi tidak bersyukur dan lalai. Bangunlah sahabat-sahabatku, kita sama-sama berubah kepada yang lebih baik. Ingatan keras buat diri ini sebenarnya...

  Selalu ku doa agar kawan-kawanku yang lain mengikut jejak langkah Muhammad Nur Muslim. isyaAllah. Masih terkejut..

**tombiroulast


No comments:

Post a Comment