Thursday, March 22, 2012

Hikmah solat dhuha. Jom amalkan!

             

                   Beberapa hari yang lepas, tiba-tiba syawal terdetik untuk menunaikan solat dhuha setelah menghantar adik syawal ke sekolah dan selepas itu, dengan serta merta syawal men'uptdate' status seperti di atas. Heran juga la sebab tak pernah nak meng'update'kan status ini. Tapi sejak akhir-akhir ini duk kerap, apakah petanda ini? adakah aku sudah pandai menggunakkan facebook? Untuk pengetahuan semua, syawal dh hampir 4 tahun berkecimpung dalam dunia FB ini tapi rasa-rasannya boleh kira dengan jari ja status yang dibuat, apatah lagi comment dan like serta sebagainya.. Cukup malas. Haha. Fullstop, entah mengapa FB ini seakan-akan memanggil untuk mendekatinya, tapi bukan untuk membuang masa namun lebih kepada berdakwah kepada remaja di luar sana si samping kita berseronok dengan dunia INTERNET ini, jangan pula lupa pada akhirat. Syawal tertarik dengan kata-kata Ustaz Azhar Idrus berkaitan hukum bermain alat muzik. hukum ialah jangan bermain sampai jadi najis, cukup simple kan jawapan daripada beliau. Bagi kita yang jahil ini tak kan tak reti nak fikir kot. Nak main sebarang alat muzik boleh tetapi janganlah segala yang wajib dan perkara-perkara lain kita abaikan. Anologinya, sama seperti FB, nak aktif boleh, tapi jangan sampai jadi najis yaaa.

Namun begitu, bukan syawal nak bercerita tentang Fb ini, cuma nak kongsi kisah yang benar-benar terjadi kepada syawal. Haha, buat macam kisah benar kat TV3 pula. Mungkin anda di luar sana menganggap kisah ini hanyalah pekara kecil sahaja. Tapi ingat kawan-kawan, dosa kita sekecil zarah pun dikira kelak serta pahala pun sama. Inikan pula kita malu untuk besyurkur tentang sesuatu perkara yang kecil. janganlah sombong untuk bersyukur yaa.

     ""Kisah bermula begini, pagi ini kawan-kawan syawal mengajak untuk bersarapan bersama sama di kedai berhampiran dengan rumah kawan syawal. Rutin syawal tiap-tiap pagi buat masa sekarang adalah menghantar adik ke sekolah. Hantar saja, balik sendiri la. hehe. Selepas itu syawal pergi la kepada kawan-kawan yang sudah tercacak di kedai kopi itu sesudah subuh lagi kot. Syawal tiba agak lewat dekat kedai kopi itu tetapi lepa makan x abis lagi la. Kemudian, Syawal memesan 1 pinggan nasi lemak lauk ayam dan ayaq teh o ais satu, Namun, mungkin rezeki milik syawal pagi itu, hal ini disebabkan syawal adalah pelanggan yang terakhir, maka makcik itu membuat keputusan untuk memberikan syawal makan percuma. waw, percuma beb. Syawal pun terkejut, eh betul ka makcik ini. Jadi, syawal apa tunggu lagi menerima pelawaan dengan ikhlas. hehe sejujur nasi lemak macik itu memang sedang dan patut la abis awal. Sebelum syawal berlalu, makcik itu berpesan 'diam tau jangan habaq kat sapa sapa'. Syawal pun mengganguk tanda setuju dan kawan-kawan syawal pun kehairanan. ")
    Makcik itu seakan- akan dapat membaca hati syawal kerana memang syawal nak bagitau kat kawan bahawa syawal dapat makan 'free'.. terima kasih double makcik kerana mengingati syawal"_
    Seterusnya, ada kawan number 1 syawal "open" cucuq satu pinggan pula, katanya kenduri doa selamat. Nak tahu kenapa, sebab dia baru sahaja selamat daripada kemalangan motor. Motor dia teruk, nasib baik dia ok sebab dia jatuh atas rumput dan motor dia terlanggar "signboard". naseb baik la dia tidak mengalami kecederaan serius. Kalau tak tak dapat la cek makan cucuq 'free'. hehe
   Kemudian kawan nomber 2 syawal pula tolong bayar semua duit minuman kami. Kami semua hanya empat orang sahaja. Setakat harga ayaq untuk 4 orang tiada hal punya kerana gaji dia pun ribu juga.. hehe Disebabkan beliau baru sahaja menerima gaji. Maka dia berbesaq hati untuk membuat amal jariah Haha, maklum la sekarang orang sudah bekerjaya kan.. opps, sory nah. Jangan jeles.

Letih syawal nak cerita panjang-panjang, kalau ada umur yang panjang kita beletiaq lagi nah. Kesimpulannya, hari ini waktu sarapan syawal tak kuaq 1 sen pun la. hehe


### apa yang syawal nak tekankan ialah solat dhuha itu banyak fadilatnya, cuma terletak kita untuk mengerjakan dan sedar tentang rezeki yang kita kecapi selama ini tidak kira rezeki itu kecil atau besar, cepat atau lambat dan sebagainya. Bersabar wahai sahabat-sahabat ku dan percayalah kepada qada dan qadar-Nya

No comments:

Post a Comment