Wednesday, March 28, 2012

Aku Percaya (suratan yang terindah)

Aku percaya apa yang terjadi adalah suratan daripada ilahi. Mungkin esok, lusa atau hari-hari berikutnya kita akan mengetahui hikmah atas segala kejadian yang menimpa diri kita. Aku percaya segala suratan yang tertulis dalam diari hidupku adalah yang terbaik. Aku percaya bahawa setiap kejadian yang aku alami tidak kira baik atau buruk akan menjadi anugerah yang paling bermakna dalam hidupku. 

Dulu syawal sering tertanya-tanya, kenapa Allah mengurniakan aku abang sahaja.Kenapa aku tiada kakak seperti mana kawan-kawan aku yang lain. Mereka mempunyai kakak yang sayang kepada adik mereka. Selain itu, mereka kakak yang membantu ibuku dalam urusan rumah seperti memasak, megemas rumah dan sebagainya. Disebabkan syawal tiada kakak, syawal terpaksa menjadi anak perempuan sementara yang tidak bertauliah membantu ibuku. hehe
Syawal sebenarnya mempunyai seorang kakak, namun sudah meninggal dunia ketika dalam kandungan. Syawal rindu untuk menziarahi pusaranya. Untuk sedekahkan Al-fatihah padanya. Ternyata walaupun tak pernah ku tatap wajahmu, namun aku amat merindumu kakak. Syawal berharap kakak berbahagia di alam sana. Syawal doakan kakak dalam keadaan baik di Syurga di atas sana.

Semasa syawal kecil, hati ini sering tertanya-tanya. Kenapa aku tidak dapat apa yang aku inginkan. Adakah tuhan ini tidak adil? aku hanya ada abang yang sering membuliku, sering menyakatku, seing ber'wrestling' denganku. Aku tiada kakak untuk bercerita, untuk bermanja, untuk bermain. Hati kanak-kanak aku membentak. Aku selalu merungut pasal hal ini. Ada abang selalu ja kena buli.

Walaubagaimanapun, itu hanyalah secebis kisahku di zaman kanak-kanak dahulu. Semua abang-abang syawal tak matang lagi termasuklah diri ini. Namun, sekarang baru aku sedarkan akan nikmatmu Ya Rabbi. Betapa indahnya suratan yang telah engkau telah susun buat diriku. Engkau telah menghadiakan buatku 2 orang kakak untuk diriku dan aku sangat bersyurkur. Baru-bau ini, abang keduaku iaitu Amirul Rashid telah selamat bernikah dengan gadis pilihan iaitu Fanazirah Tuah di Pejabat Agama Betong, Sarawak. 

Ramai yang kata, dia senyum sampai ke telinga
Ternyata, Allah bersama-sama orang yang bersabar. Wahai sahabatku sekalian, anggap segala dugaan, cabaran dan kegagalan yang kita hadapi adalah sebagai penghapus dosa kita sebelum ini. Mungkin dosa yang kita lakukkan tanpa kita sedari. Ramai mengatakan ujian yang menimpa kita menandakan Allah swt sayang kepada kita. Hal ini kerana, Dia tidak mahu kita diazab lebih dasyat lantaran dosa-dosa yang pernah kita lakukan.

Ini adalah abang yang pertama dan kakak yang pertama!

Apabila syawal merenung kembali kepada suratan qada dan qadak yang telah tetulis dalam hidup ini. Aku percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Sebagai contoh, dulu syawal tak ada kakak, sekarang ini dapat dua orang kakak terus, duk tunggu kakak yang ketiga tidak lama lagi ja. hehe

*moral story
1. Banyakkan bersabar.
2. Setiap kejadi yang berlaku ada hikmahnya
3.Allah swt akan memakbulkan permintaan kita bila tiba waktunya
4.Bersyukur apa yang ada.
5.Beusaha dan tawakal



No comments:

Post a Comment