Friday, April 27, 2012

Sesungguhnya ku amat merindumu Ya Allah, Keluargaku, Pemilik tulang rusukku ")

Rasa cinta adalah fitrah manusia, ia merupakan anugerah yang sangat berharga kepada manusia. Allah telah mencipta manusia berpasangan. Yakinlah dengan takdirnya. Apabila menyebut tentang cinta, syawal teringat kisah percintaan pertama antara manusia iaitu antara Adam dan Hawa. wah, begitu indahnya kisah pencintaan kedua- dua manusia ini. Sesunggunhya, Adam memang sunyi tanpa Hawa, dan tidak dinafikan bahawa Hawa amat memerlukan Adam sebagai pelindung.

Sebelum kita berbicara tentang cinta antara dua insan iaitu lelaki dan perempuan, pernahkah kita terfikir untk mendapatkan cinta daripada Allah swt iaitu pencipta kita semua. Syawal sering diajukan pelbagai soalan seperti kepada tiada "girlfriend", kenapa tidak bercinta, ansem mcm nie xkan tadak sapa yang mau (soalan paling mencabar pala otak syawal) haha dan bla2 lagi. Sejujurnya Sesungguhnya dan Sebenarnya syawal memang tidak suka semua itu selagi tidak mengapai cinta daripada yang Esa iaitu Allah swt. Syawal sebenarnya seronok menglihat kawan-kawan yang lain bergembira dengan pasangan masing-masing, boleh menluahkan perasaan, berkasih sayang, berdating dan bla2 lagi. Namun, apa yang menyedihkan syawal ialah apabila perhubungan itu tidak berada di dalam reda Allah swt iaitu seperti ber'kapel'! Pesan syawal untuk semua, Bernikahlah bagi kawan-kawan yang sudah menjumpai pasangan yang sesuai. Janganlah menlengah-lengahkan perkara yang baik ini Tidakkan anda tidak mahu pahala dan rahmatnya atas setiap tindakkan ataupun perbuatan anda sebagai pasangan suami isteri yang sah?

(pasangan berkhawin)
contoh:
keluar berdating- dapat pahala
menatap wajah isteri/suami- dapat pahala
berkasih sayang dengan isteri/suami- dapat pahala
bagi isteri/suami makan-dapat pahala

(pasangan kapel)
contoh:
keluar berdating- dapat dosa
tengok muka awek/balak- dapat dosa
berkasih sayang dengan awek/balak- dapat dosa
belanja awek makan- rugi saja.(derma masjid dapat gak pahala).

Disarankan bernikah?
Mesti ramai yang cakap tidak mempunyai wang, tidak bersedia untuk berkahwin susah kahwin awal ini, takut la, nanti kehidupan sebagai remaja hilang. Anda pecaya kepada qada dan qadar x? kalau percaya, yakinlah bahawa Allah swt akan mempermudahkan segala urusan kita. Jika anda mampu berkapel itu bermakna anda mampu untuk berkahwin. Anda mampu melakukan dosa, kepada anda tidak mahu untuk melakukan pahala.

Ini cuma luahan hati syawal yang sedih apabila menglihat rakan-rakan yang leka dalam perhubungan yang tidak diredai oleh Allah swt. Syawal sangat bahagia menglihat salah seorang sahabat syawal yang bernikah seawal umur 20 tahun. MasyaAllah, sangat indah percintaan mereka apabila seiringi dengan reda daripda Allah swt. Demi kerana tidak mahu berada dalam kemaksiatan, maka penyelesaiannya adalah bernikah. Selain itu, syawal lihat sendiri bagaimana Allah memudahkan perjalanan hidup mereka dengan dilimpahkan dengan rezeki yang mencurah-curah walaupun berkahwin ketika dalam pengajian mengulung ijazah. Satu pesan syawal, rezeki itu tidak datang bergolak anda mesti berusaha untu mendapatkannya.

Subahhanallah, segala puji Allah, tuhan semesta alam. Aku amat mendambakan cinta daripada-Mu, kurniakan cinta-Mu kepada ku dan juga kepada pemilik tulang rusukku ini. Agar kami berdua ditetapkan iman, dan sentiasa di dalam reda-Mu ya-Allah. Benarkanlah kami saling merindu dalam doamu Ya Allah. Takdir akan menemukan kita apabila telah ditentukannya oleh-Nya.

Amin. Anda disana perlu percaya dengan takdir daripada Allah swt, maka peliharalah dirimu hanya untuk suami/isteri mu yang sah. Percayalah bahawa saat itu akan lebih indah daripada anda bercinta dengan bf/gf anda.

##amaran- khas untuk pasangan kapel yang mendekati zina dan seangkatan dengannya

No comments:

Post a Comment