Monday, April 2, 2012

Wahai muslimah, berbahagialah anda!


      Entah mengapa jiwaku bergetaran apabila menatap video ini, alangkah indahnya semua wanita di dunia ini berusaha untuk menjadi seorang muslimah yang solehah. Aturan yang Allah swt telah tetapkan supaya wanita menutup aurat adalah syariat yang terindah buatku. Ingat wanita, anda tak perlu untuk berpakaian warna-warni,  ketat-ketat, bergemalapan dengan manik-manik segala bagi, cuma berpakaian menutup aurat sudah pasti mengugat iman para lelaki. Ingatlah wanita, tubuhmu perlu dipelihara daripada pandangan lelaki yang bukan mahrammu dan sudah pasti auratmmu hanya untuk seseorang lelaki yang bergelar suami. Ingatlah wanita, lelaki yang memandang wanita seksi itu merupakan pandangan syaitan dan janganlah kamu bangga apabila merasakan diri kamu itu digilai oleh ramai lelaki. Oleh itu, anda perlu  berasa bangga apabila berjaya menjaga auratmu daripada pandangan lelaki yang bukan mahram mu dan tidakkah anda teringin menghadiahkan sesuatu yang istimewa buat bakal suami anda iaitu menjaga auratmu sebelum tiba saatnya anda bernikah. Bagi syawal, wanita yang menjaga auratnya dan cuma akan mempersembahkan auratnya pada bakal suaminya kelak adalah Bidadari Dunia!
      Wanita adalah perhiasan dunia, dan seindah-indah wanita adalah wanita solehah. Jika anda menjadi wanita solehah, maka menangislah syaitan kerana dia telah kehilangan seorang pengikutnya. Maka, marilah wanita di luar sana berubah dan berjihad membuatkan syaitan menangis. Hal ini kerana, pada akhir zaman wanita merupakan fitnah dunia kecuali wanita solehah. Teringat kata-kata ustaz Azhar Idrus, wanita terlalu istimewa. Allah telah ciptakan hawa seindah-indah ciptaan sehingga pak ustaz boleh terjatuh serban tengok wanita yang cantik ini. Jika anda fikir wanita itu lemah, maka tanggapan anda itu salah. Summayah seorang wanita arab pada suatu ketika dahulu mampu mengoncangkan dunia dengan ketabahan beliau mempertahan akidahnya. Maka, wanita sekarang tidak mempunyai alasan untuk tidak mempertahankan aurat anda.
    Ini adalah luahan hati syawal sahaja, kadang kala syawal rasa bersyukur kerana mengalami masalah rabun daripada terpaksa memandang aurat wanita yang bukan mahram bagi syawal.

   Ini tidak adil untuk kita katakan untuk pihak wanita sahaja. Hal ini kerana lelaki perlu bertanggunjawab dalam menlahirkan wanita yang solehah. Lelaki ataupun individu yang  bergelar ayah perlu memainkan peranan penting dalam memdidik anak-anak mereka agar menjadi muslim yang soleh dan solehah. Bagi anak lelaki, mereka perlu memdidik dan menasihati anaknya agar menjadi pemimpin yang baik walaupun tak mampu menjadi Ketua Negara ataupun Ketua Polis asalkan mampu menjadi Ketua Keluarga itu sudah memadai. Selain itu, seorang bapa perlu tegas soal aurat anak perempuannya agar keselamatanya terjaga. Kita tidak boleh menyalahkan wanita itu semata-mata apabila dia tidak menutup aurat, tetapi salahkan ayah atau pakcik saudara atau abangnya lebih tua yang tidak menegur wanita itu tentang aurat mereka.
  Bagi lelaki yang di alam remaja dan meningkat dewasa pula, anda tidak seharusnya leka untuk bercinta pada usia yg sebegitu. Untuk mengelakkan diri anda daripada leka dalam alam percintaan, cuma tanya diri anda. Mampukah anda menjadi seorang iman? kalau bagus iman di surau yang berdekatan, habis teruk pun menjadi iman di rumah kepada adik-adik atau kawan-kawan anda. Kalau boleh taniah") Seterusnya, adakah anda mampu menanggung kedua ibu-bapa anda? Jika mampu, anda lulus, jangan roadtax motor/kereta,wang saku 'parents' yang tanggung lagi. Ketiga, mampukah anda mengajar isteri anda tentang islam dan membaca Al-Quran? kalau mampu anda lulus.Keempat, anda tidak menjadi tanggungan ibu bapa lagi. Jika anda lulus semua syarat-syarat ini anda layak bercinta dan cepat-cepat lah kahwin. Hal ini kerana selepas anda berkahwin isyaAllah rezeki akan jatuh bergolek-golek.. hehe Andai anda tidak mampu memenuhi syarat ini, jangan duk gatai nak bercinta nah..

  Wahai wanita muslimah, memandangmu mampu mengetarkan mana-mana hati lelaki. Keayuanmu mampu menambat hati seorang lelaki yang bergelar suami. Wanita muslimah pandai menutup aurat dan menjaga kehormatan diri. Berubahlah wanita di luar sana dengan seikhlas hati, syawal percaya anda mampu. Setiap manusia pernah melakukan kesilapan dan janganlah malu untuk berubah dan percayalah bahawa Allah swt sentiasa di sisi kita.

"Apabila wanita itu telah melakukan Solat 5 waktu, PUASA pada bulannya, TAAT pada suaminya, menjaga kemaluannya, akan dikatakan kepadanya ; masuklah kamu ke dalam SYURGA daripada mana-mana pintu yang kamu sukai. " (Riwayat Ibn Majah)


Syawal tidak mengharapkan wanita yang sempurna, Tetapi cukuplah jika dia mampu mengaminkan Al-Fatihah dalam solatku ")

No comments:

Post a Comment